Memaparkan catatan dengan label Emmymazli Randomness. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Emmymazli Randomness. Papar semua catatan

Isnin, 23 Februari 2015

Kebaya Nyonya Punya Story

Posted by Emmymazli at 3:28 PTG 6 comments
Alkisahnya.... adik aku nak melangsungkan perkahwinan pada 6-7 Mac 2015 nanti.  Temanya pada malam majlis nikah nanti adalah berkebaya dan tema hijau.  Majlis sanding pula, baju kurung dan kebaya tetapi keutamaan adalah baju kurung dan tema peach.  Pilih salah satu yang berkenan pon takpe as long temanya ok.  

So cuti Raya Cina lepas aku kan balik kampung... Ops lupa nak bagitau... kampung aku di Melaka yer... Heheheheh... Balik kalini dapat la aku discuss dengan family nak pakai apa.... aku pilih tema kebaya nyonya untuk malam nikah.  Ramai aunty-aunty dah setuju nak pakai kebaya juga... maka aku pon mengikutlah tema kebaya nyonya cuma takmo warna hijau sebab takde yang berkenan.  Aku diberitahu kat Medan Samudera di Bandar Hilir harga kebaya nyonya sangat reasonable.  Kebetulan makcik aku dah beli lebih awal... so memang berkenanlah harga dia dari beli kat kedai-kedai under Baba Nyonya House di area Bangunan Merah.
Maka aku pon berdating berdua jer la dengan hubby untuk beli kebaya nyonya ni.  Anak-anak dah mengelenjit gi Dataran 1 Malaysia kat Klebang kununnya nak mandi kolam dan juga makan ais krim pasu dengan Mak Ngah and Mak Anjangnya.  Senang skit kerja aku ni.... Mudah juga nak cari kedai yang jual banyak kebaya ni kat Medan Samudera.  Dah tentu 1 kedai ni jer yang pelbagai jenis corak dan warna kebaya nyonya dengan pelbagai saiz termasuk untuk yang bersaiz besar cam aku nih.  Tapi..... nak menyampaikan hajat tu ke Medan Samudera time musim perayaan ni punyalah berhantu jem nyer.... perjalanan 20 minit nak jadi dekat 1 jam! Nangessss!!!

Pilih punya pilih sebenarnya sangat berkenan dengan warna pink.... tapi hubby aku dok merepek dalam kedai.... asik warna pink jer pilihan aku.... cuba ubah skit katanya.... so pilih punya pilih, tersangkut aku kat corak dah warna maroon seakan coklat.  Sesuai la dengan umur dan saiz aku.... huwaaaaa... nak pink... tapi terpaksa suka sebab hubby kata nicekan.... sabo jer laaa.... Harga untuk sepasang kebaya untuk saize macam aku L-XXL (baju dan kain batik berjahit) adalah RM150.  Kalau size S-M dapatlah RM140 sepasang.  Pada aku sangat ok. Yerlah... kalau nak jahit lagi kan dah jadi 1 kerja pula... upah menjahit pula mahal sekarang ni.... 
Nilah pilihan hubby untuk aku.
Balik dari Medan Samudera... maka aku pun buatlah fashion show kat makcik-makcik and mama aku.  Semua kata cantik... ok... aku dah kembang semangkuk ni.... tapi dalam baru kata nak kembang ni.... anak dara aku ni merajuk pula sebab katanya aku boleh beli baju kebaya tapi dia tak dapat.  Merajuk sampai nangis okay!!! Adoiiiii tension.  Out of budget dah ni.... Aku pun buat senyap-senyap aku.  Malas nak layan kehendak anak sangat.  Kalau tak mampu buat cara tak mampu.... Aku cerita dekat makcik aku yang mak kepada adik aku yang bakal menikah ni pasal anak dara aku tu.  Kebetulan masa tu aku sedang menghabiskan kerja mempacking goodies untuk majlis adik aku tu nanti... settle jer kerja makcik aku hulur duit minta aku belikan Hanum baju kebaya nanti.  Kalau diikutkan memang tak cukup duit tu tapi makcik aku suruh mama aku contribute skali duit untuk cucu sulung dia sorang ni.  Nasib aku ni bijak skit.  Aku bagitau mama dan abah sekali supaya contribute beli baju untuk cucu dara dia sorang ni.  At last... dapat juga aku kumpul untuk beli sepasang baju untuk Hanum.... Hahahahah.... selamat duit hakakkk.... maklumlah... bajet ciput tapi kesian pula kat anak dara sorang ni...  Nasib baik dapat full sponsored.

Maka bermulalah esoknya pencarian baju kebaya nyonya untuk Hanum.  Terpaksa meredah jem lagi... sabo jer laaa.   Dalam pilih punya pilih sampai naik penat aku melayan kerenah Hanum yang banyak songeh ni kat Medan Samudera....at last berkenan la kat warna dan design macam gambo kat bawah ni sampai tak tau pilih mana satu.  Warna baju sama tapi design kerawang dia lain dan juga matching color kain juga lain.  
Pemutusnya aku whatssapp makcik aku untuk pilih mana yang sesuai sebab Hanum pun dah buat muka tak kuasa nak pilih yang mana satu.  Dia dah mula buat perangai cam budak-budak main-main dengan kraftangan kat area situ...  at last makcik aku balas dengan pilihan bunga kecil dan kain warna kontra dari baju.  Bila dah test memang sangat cantik..... sesuai dengan peringkat umur Hanum yang masih remaja.

Balik jer rumah mama aku.... mama adalah antara orang pertama yang minta Hanum pakai baju kebaya tu... di suruhnya buat fashion show kat rumah.....heheheh... sampai Hanum tak kuase dibuatnya.  Amik gambo pun buat muka nak minta penyepak.  Sakit ati... padahal semalam dah menangis sebab tak dapat kebaya.   Tapi memang suka dengan warna pilihan Hanum ni serta design kerawang baju serta warna kain batiknya sekali.  Sangat matching dengan warna kulit Hanum serta peringkat umur Hanum  yang remaja sekarang ni.  Hehehehe.... cam jeles laakkk mama kak!
Apa pon... apa kata korang dengan design kebaya nyonya Hanum ni?? Ok tak...???  Heheheh... nak puaskan ati sebenarnya.... Kikikikikkkk!!!

Oklah... aku nak belanja skit pic beberapa helai baju kebaya nyonya yang cousins and auntys aku dah beli.... ish... ish... ish... tak sabo nak menunggu hari yang dinanti... nak saksikan meriahnya kami2 bergaya.... heheheh  

Rabu, 18 Februari 2015

Selamat Tahun Baru Cina 2015

Posted by Emmymazli at 12:48 PTG 0 comments

Selasa, 12 Mac 2013

The 2013 AirAsia Bonus

Posted by Emmymazli at 9:06 PG 16 comments
Salam semua

Kalau korang baca tajuk kat atas ni mesti korang terujakan... macam best jer bunyinye.... So today aku nak share skit pasal menda ni.... Pagi-pagi aku buka email ofis dah dapat email ni.  Sebenarnya email yang sama aku dah dapat beberapa kali.... Saja aku ignore.  Kalau baca memang boleh teruja giler la sebab nak dapat duitkan... Tapi... hmmmm.... penipu semua ni.... Korang-korang kat luar sana.... berhati-hati ok..... jangan bagi informasi korang dan balas email yang korang dapat macam ni.  Merbahaya..... Ok!!!



From: AirAsia [mailto:fly@stu.nknu.edu.tw] 
Sent: Tuesday, March 12, 2013 3:35 AM
Subject: The 2013 AirAsia Bonus


Airasia Program Eksklusif
Ibu Pejabat Serantau Asia Pasifik
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
Jalan Lapangan Terbang Lama Tanjung Aru 88100
Kota Kinabalu Sabah
Malaysia


Pada 2013 AirAsia Bonus Eksklusif Khas program pemilihan telah dijalankan di Ibu Pejabat Serantau Asia Pasifik kami di sini di Sabah, Malaysia. 2013 AirAsia specail program Bonus Eksklusif didaftarkan dan dianjurkan selaras dengan Lembaga Permainan Asia (AGB) dan Dunia Loteri Peraturan Akta (WLRA).

Kami sukacita untuk secara rasmi memaklumkan kepada anda status kemenangan anda. Pemberitahuan rasmi Eksklusif AirAsia Bonus Khas ini dikeluarkan kepada anda sebagainombor tiket e-mel anda; AirAsia-09-0-96-10, dengan nombor siri; AirAsia / 01/2013, dan ref no; AirAsia / 019/2010007 dalam kumpulan A / 6183 secara rawak menarik untuk nombor bertuah 000-31-0584 yang memilih alamat e-mel anda sebagai pemenang pemilihan program Bonus Eksklusif Khas kami. Oleh itu, anda telah seterusnya memenangi Bonus 2013 AirAsia Khas Eksklusif dalam kumpulan pertama.

Berkenaan perkara di atas, kita telah secara rasmi meluluskan pembayaran sejumlah $ 130,000,00 (Satu Ratus Tiga Puluh Ribu United State Dollar) sahaja kepada anda sebagai pemenang Bonus Eksklusif Khas, Jawatankuasa penganjur 2013 AirAsia Bonus Eksklusif program Khas (LOC) akan segera memulakan penghantaran segera cek $ 130,000,00 (Satu Ratus
Tiga Puluh Ribu Ringgit United State) sebaik sahaja anda telah menghubungi mereka. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk menghubungi Jawatankuasa penganjur pada 2013 AirAsia Bonus Eksklusif program Khas (LOC) dengan serta-merta seperti yang dinyatakan di bawah;
================================================== ==============
Contact Person: JK Allen
Penghantaran Pegawai Penjaga
Jawatankuasa penganjur 2013 AirAsia loteri program (LOC)
Email:www.airasia.my@maraya4u.com
================================================== ==============

***********************************
Nama 1.Full: .......
Alamat 2.Residential: .....
3.Country: ......
4.Occupation: ......
5.Telephone: ...

Anda Sincerly,
Jimmy Chan
Pengerusi
(C) Jawatankuasa penganjur 2013 AirAsia loteri program (LOC)
Untuk dan pada behalfk AirAsia, Serantau Asia Pasifik.

Rabu, 6 Februari 2013

Si Beruk Yang Kurang Ajar

Posted by Emmymazli at 11:14 PG 7 comments
Salam semua....

Harini aku nak share something pasal kejadian semalam....
Aku just copy storynya dari FB tentang luahan aku apa yang berlaku semalam...  tengok pula reaksi sahabat-sahabat FB aku yer... hmmm.... 

Satu insiden berlaku tadi di parking berdekatan pasar tani putrajaya.... Ada sekor pemandu beruk ni berkereta iswara ni masuk parking barisan hadapan ke kawasan yg boleh memuatkan 2 buah kereta dgn selesanya. Dia tak sedar dia dah masuk parking menghimpit parking sebelah walaupun kitorang lom masuk parking... Means ruang antara keta sebelah dgn keta iswara tu belah penumpang tu seluas-luas alam dan ruang parking belah pemandu dimana tempat aku masuk parking disebelahnya bukan main sempit. Mcm dia dia sorang nak parking. Bila dah masuk parking...Then bila laki aku tegur.. "Bang... Adjust la ke sana skit... Ruang sebelah tu luas lg" Si beruk ni dgn berlagaknya keluar kereta dan pergi ke belakang marah2... "Dah tau sempit ko parking jugak....! Skrg ni apa yg ko tak puas hati ni... Sukati aku nak parking camner...!" Laki aku ckp elok2 lg "Eh... Org tegur elok2... Gini pulak awak ni... " Laki aku dah menggigil tangan ni.... "skrg ni apa tak puas hati lg ni....??!! Parking kat blakang tu ada pergi la blakang.... Keta aku ni keta besar jugak! Keta baru jugak" Laki aku pandang anak dia... Kesian pon ada kalau bergaduh kat situ sbb dia bawak family. Konon nak tunjuk timing la dpn keluarga "Emmy... Meh sini kunci kereta.... Susah ckp ngan org takder timbang rasa langsung ni!" Aku pun serah kunci... Standby pon yer kot la kalau diorang bergaduh.... Aku nak join skali bertumbuk terutamanya dgn org kurang ajar ni.... Bini dia dah terkebil2 cam bangang.... Kot la dah tau laki dia salah... Tegur n cool downkanlah laki dia kan... Sambil laki aku dok alihkan keta... Beruk ni dok merepek sorang2 ckp kelantan siap keluar perkataan b**i dan s**l. Adeke patut... Anak2 aku pon dgr... Aku tgk dia pon dah kecik besar... Ingat aku tunggul ke apa.... Nampak sangat ko ni bangsa tak bertimbang rasa dan kurang ajar!!! Pastu siap buat2 taliponla org konon cam nak panggil geng.... Aduhhh.... Aku kesian gila org gini.... Dia ckp berlagak td psl keta dia besar dan baru tu td... Aku mmg nak gelak giler hokey.... Kereta iswara kemik sana sini... Buruk pon.. Bukan aku nak hina... Kalaulah ada niat nak calarkan keta keta dia pon tak sampai ati taw. ...Huhu.... Tp tlg la ada sikap timbang rasa sesama manusia tak kisah la ko pakai keta apa pon kan...... Bukan parking wakaf bapak dia pon kan.... Sabo jer la aku ngan laki aku td... Dugaan di malam rabu.... Huh!! Kengkawan aku yg lain... Tolong jgn ada perangai cenggini.... Benci aku!!
 



Selasa, 5 Februari 2013

Udang Galah Besau Punya!!!

Posted by Emmymazli at 3:07 PTG 4 comments
3 Februari 2013

Salam semua...

Today nak share pasal aktiviti hubby aku yang pergi memancing udang galah.... Dah lama rasanya hubby tak bawa aku sekeluarga memancing udang galah.... kalau dia ajak pon confirm aku dan Hanum duduk dalam kereta membuta. Kimie jer akan ikut.... Huhuhu... mana taknya.... time memancing yang hubby aku suka pergi tu time landing tetap aku... pukul 12 malam - 7 pagi.  Perghhh...mana boleh tahan  beb.... Time tu jer murah untuk pakej yang kolam mancing tu sediakan.  So aku rasa hubby aku pun dah tak kuasa nak bawa aku memancing sebab pemutusnya aku akan membuta di dalam kereta... baik biar aku tido dengan nyenyaknya di atas katil.  Hehehhe!!

So inilah hasil tangkapan solo hubby aku tanpa aku meneman...... taraaa....
Hasil tangkapan hubby malam tu.... Alhamdulillah...
Boleh tahanlah kan.... Alhamdulillah..... Tapi 2 ekor yang besau ni memang menarik perhatian aku..... ibu jari aku pon kecik.... masa mula-mula nak keluarkan udang-udang dari sangkar udang tu.... boleh dikatakan udang-udang tu hidup lagi tapi dah weak laa... tapi yang 2 ekor ni memang kuat lagi dan still boleh gerakkan badan dia dan kepit dia... so aku surrender awal-awal nak keluarkan.... jauh jer aku tengok hubby aku keluarkan 2 ekor ni perlahan-perlahan sebab bimbang sepitnya patah.... hahahhaha.... penakut aku ni sebenarnya.... hihihi... sanggup pula hubby aku susunkan udang-udang ni untuk aku ambil gambo untuk dimasukkan dalam instagram aku... hahahaha... saje bikin panas line....
Udang besau.... Yang ekor bergunting tu jadi udang jackpot..... beratnya 350gm seekor... 

4 Februari 2013

Kengkononnya... nak tunggu adik aku Angah datang rumah makan sama-sama udang ni.... tapi anak-anak aku tak bleh tahan plak.... kejap-kejap tanya bila nak masak.... tensen aku!!  So terpaksa la aku masak.... anak dara aku request udang ni di masak lauk lemak untuk makan malam di hari Isnin tu.... huhuhu... nalerkeee.... Taraaaa...... Sedap tau!!!
Udang galah masak lemak melengkau-lengkau atas request anak dara aku. 
Bye.....

Isnin, 21 Januari 2013

Blog Saya Di Skodeng

Posted by Emmymazli at 11:35 PG 2 comments
Assalamualaikum semua...

Hmmm.... harini aku baru berkesempatan untuk buka blog sepenuhnya.  Kalau kat rumah tu... nak buka laptop jer dah berebut dengan anak-anak dan hubby.  Sabo jer la...

Entah macam mana masa aku nak masukkan entri pasal Karnival Pelancaran Kempen Promosi Visit Malaysia Year 2014 tu... baru terperasan dekat Shoutbox ada Secret Admirer yang datang singgah.  Bila buka jer link tersebut rupanya ada insan yang sudi skodeng blog aku ni untuk diriview.

Kalau korang nak tau lebih lanjut... just klik la kat gambar tu...
Apa-apa pun, terima kasihlah Ana tuan empunya blog kerana sudi terjah blog kita ni yer.. Apa pon komen anda tentang blog saya ni... saya amat hargai dan saya memang sedang merangka untuk memperkemaskan blog saya ni dengan bantuan seorang rakan kelak.  Terima kasih di atas komen anda.

^_^

Jumaat, 4 Januari 2013

Mood Update Entry Tahun Lepas

Posted by Emmymazli at 1:58 PTG 2 comments
Salam semua...

Diwaktu-waktu  begini di hari Jumaat time lunch tengahari ni... aku tengah bermood nak update entry tahun lepas yang tak sempat aku nak siapkan. Hari rajin sedunia aku kot walaupun mood aku tersentap juga pagi tadi dek boss aku... huhuhu.

Sebenarnya....  Entry-entry aku yang tak siap tu dah siap tajuk .... gambar-gambar pon ada.... ada certain entry tu aku dah draf siap-siap word yang aku nak cakap tapi tak lengkap... Hahaha... entry tu pulak ada yang zaman tok kaduk.... dari awal tahun pon ada.... kisah raya la bagai... Ini la bahana berblogging ikut mood.  Poyo gilerkan... bukan apa... aku gagah nak settlekan entry aku yang tak siap sebenarnya nak capaikan hajat.... kot-kot tak ada la umur aku tu nanti.... boleh la keluarga dan kengkawan lain baca entry aku yang mungkin ada kaitan dengan diorang.... Lagipun kenangan juga untuk aku.... dapat baca balik kisah lama.... kan kan kan....

So kalau-kalau korang rasa entry lapuk yang akan aku update jap lagi ni mengganggu korang... sorry banyak-banyak yer.   Ini just ingatan  untuk aku.... 
Nantikan entry aku seterusnyer yer.... Chau chin chau

Rabu, 2 Januari 2013

Ambang 2013

Posted by Emmymazli at 11:51 PG 0 comments
Ha.... Diam tak diam... kita dah masukkan ke tahun 2013.  Hmm.... bertambah la umur aku lagi tahun ni.... huwaa... cam tak caya jer....!! Hahahha.
Apa aktiviti kitorang sefamily di tahun baru ekkk...??? Hihih... Honestly, aku sefamily inilah kali pertama kami sambut event tahun baru.  Kebetulan tahun ni, Ambank telah  menganjurkan Konsert Ambang 2013 di Dataran Putrajaya yang sekangkang kera jer ngan opis aku nih.  So... bila anak-anak dah tau yang ada event kat situ di tambah pula ada bunga api bagaikan... sanggup la la diorang ni mengemas rumah seharian untuk mengambil hati aku dan hubby untuk bawa diorang ke Ambang 2013 tu.  Hmmm... hubby aku tak sampai ati.. so layan jer laa.

Seawal jam 8.15 kitorang dah ada kat sana.... parking pon senang dan jalan pon still clear lagi.  Kitorang cari tempat duduk yang teduh incase hujan dan kebetulan dapat tempat yang berhadapan sekali di khemah depan Istana Kehakiman.  Amatlah selesa dan tidak sesak.  Masa cari tempat tu pon orang tak ramai lagi... so kitorang jer la yang kongker.... bila dah ramai tak boleh nak buat apa dah nanti.

Tepat jam 9.00 malam baru la konsert bermula.  Hos pada malam tu... Faizal Ismail dan Adibah Noor.  Memang best!!  Walaupun konsert belum live bersiaran di TV... kitorang tetap layan lagu yang dinyanyikan oleh M. Nasir, Jamal Abdillah, Ramli Sarip, Hattan dan beberapa penyanyi tempatan yang lain.  Bila jam dah  menginjak pukul 10.30, barulah konsert live yang bersiaran di TV9 bermula.  Masa tu la baru  best lagu-lagu yang diperdengarkan..... Selain otai-otai Dato' M. Nasir, Jamal Abdillah, Ramli Sarip, Dato' Hattan menyanyikan lagu.... ada kumpulan Hujan dan Mizz Nina, Stella Chung dan Magen yang menghangat majlis dan pelbagai tarian dan perarakan yang ditunjukkan.   Tepat jam 12.00 malam barulah contdown bermula bunga api pon bertebaran di langit selama 10 minit.... suke la anak-anak aku tengok bunga api kat atas kepala diorang... hahahhaha.  habis bunga api.... konsert bersambung dan persembaan yang amat ditunggu-tunggu di penghujung konsert .... siapa lagi kalau tak kumpulan Wings.  Hahah!!! Memang best.... Tapi aku pula tak kuasa nak tunggu... dapat 3 lagu aku pon nak balik... mengantuk wehhh... ditambah dengan perut lapar..... hakak tak kuase...

Oklaaa.... time to go.... see u next entry.... kita layan gambo majlis malam tu dulu....
Adibah Noor dan Faizal Ismail sebagai Hos.... sentiasa mencuit hati
 Antara persembahan sampingan yang diadakan malam tu....


Persembahan dari artis-artis terkenal dan otai tanahair pada malam tu....
 
 
  
 
 
 
 
 
kredit picture dari Kronologi

Muka kepenatan kami.... ngantuk dan lapar wehhhh!!!
Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...