Memaparkan catatan dengan label Emmymazli Office Stories. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Emmymazli Office Stories. Papar semua catatan

Isnin, 4 Ogos 2014

Mulakan Tempat Kerja Baru di JKPTG

Posted by Emmymazli at 3:14 PTG 0 comments
Dimulakan dengan Bismillah... harini 4.8.2014 aku mulakan tugas aku ditempat baru di Seksyen Hakmilik Strata,  Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian,  NRE... ini merupakan hijrah tugas aku yang ke 8 dalam 14 tahun aku di Perkhidmatam Awam dan selepas 6 tahun lebih berkhidmat di Jabatan Biokeselamatan, NRE sendiri. Semoga semuanya dipermudahkan. Aminnnn..

Selasa, 5 Februari 2013

Dapat Batik Santeeekkkk!!

Posted by Emmymazli at 3:42 PTG 3 comments
Alhamdulillah.... Rezeki aku harini dapat hadiah kain batik crepe dari Puan Sharifah officer tempat aku ni. Warna baju sangat sweet.  Boleh buat baju kurung tambah koleksi baju kerja aku.... Hehehe.... Tq Puan Sharifah....

Selasa, 18 September 2012

Projek Taman Mini JBK

Posted by Emmymazli at 3:40 PTG 4 comments
Salam semua....

Oklah... today nak update pasal Taman Mini JBK.... heheheheh... 

Alkisahnya... tiap-tiap tahun kat NRE ni akan buat program Hari Inovasi dan mengambil kriteria-kriteria permarkahan  untuk setiap jabatan.  Memandangkan jabatan aku ni jabatan baru... so banyak menda la takder kat sini... So nak dijadikan cerita, salah satu kriteria tu kena ada taman mini yang bertemakan "Go Green" di setiap jabatan.  Maka person incharge aku yang handle ni pun agak pening la bila kriteria tu di JBK takder.  Kalau nak buat pun, menggunakan perbelanjaan yang besarlah juga.  So, bila dah ditimbang kati dari segi kewangan sumer.... kami pun mengambil keputusan untuk menyervey pembelian taman ni dan terus order mengikut budget yang ada.  Sebelum tu... sempatlah aku design lebih kurang sudut yang aku rasa sesuai untuk buat taman mini mengikut budget yang ada walaupun aku tak tunjuk secara roughly kepada pegawai aku... malu weii........ so gini la rupanya draf taman mini pada pemikiran aku...
Draf taman mini mengikut andaian aku pada mulanya....
So, pada  hari Khamis (6.9.2012) yang lepas... kami (aku, Jaidah, En. Zul dan Anjang) pun ke Sungai Buluh untuk sesi menyervey dan membeli mengikut budget kerajaan.  Hahhaha.... sabo jer laa... sumer cantik-cantik but mostly kedai takmo terima LO... leceh!!! Cari punya cari.... jumpa la 1 kedai ni.... dah berkenan.... tanya-tanya kata terima LO but in the end bila dah pilih kata tak boleh pulak dan macam-macam alasan dia... sabo jer laa... at last bila dah diskus ngan  bossnye....baru boleh... hadoiiii!!! Dugaan!!!
gini lah lebih kurang design yang kami pilih di kedai tu...
So... dah pilih-pilih dan bincang dengan kengkawan yang pergi menyervey skali tu.... kami pun balik la ofis... redho dengan pilihan yang kami buat... jangan orang kat opis tak suke dah lee.... Designer kedai tu akan datang pasang sumer alat dan pokok pada hari Sabtu (8.9.2012)... so lagi la aku suspen dengan pilihan aku tu ok ke tidak sebab aku tak dapat tengok masa kerja dijalankan.... huhuhuh.... so far hari tu aku sempat tengok dalam FB jer gambar yang di tag oleh Puan Fiza yang menunggu designer tu pasang alat dan pokok bila sumer dah siap.  Kira ok la jugak....
Beginilah hasil yang kami dapat beli mengikut budget kami 
Hari Isnin (10.9.2012) tu... berkobar-kobar aku masuk ofis.  Heheheh.... Nasib baik cantik la jugak diorang pasang taman tu mengikut kesesuaian tempat..... cuma takde color-color pada taman ni..... Walaupun orang lain kata cantik... pada aku masih ada kurangnya....  Jadi aku dan Puan Sharifah, Pengarah tempat aku ni memikirkan sesuatu.... nak mintak boss sponsor macam payah jer.... belum mintak pun aku  malu sebab tau bebenau perangai boss aku tu.... so... dengan niat murni dan hati tulus  mulus Puan Sharifah ni.... dia telah menyemsponsor bunga tambahan dan trelis kat background taman tu... Dia minta aku pergi lagi sekali hari itu  juga ke Sungai Buluh untuk shopping bunga secara ad hoc sebab takut pegawai penilai datang tiba-tiba ke pejabat minggu tu.  Korang cer tengok perubahan tambahan tu...cantik tak??  Bunga pink yang tinggi dengan pokok macam daun pandan tu aku pinjamkan yang aku punya hasil dari aku  beli kat Sungai Buluh masa aku beli pokok-pokok tu... Tapi tu pokok fake tau!!  Whatever pun aku suke giler!!!
Taman Mini JBK
Jadi.... inilah hasilnya Taman Mini JBK bila dah siap..... apa yang merisaukan aku ni.... taman dah siap... orang yang datang audit tu tak datang lagi buat penilaian.... ada jugak pokok bunga bermusim aku tu kojol sebelum masanya pula.... adehhh!!! Sabo jer laa!!!

Isnin, 2 April 2012

Celebrate Birthday Staff JBK

Posted by Emmymazli at 1:06 PTG 0 comments
21 Mac 2012 - Ruang Legar JBK

Ok... lupa aku nak update majlis yang dianjurkan oleh jabatan aku... mau kecik ati ni kalau tak update...  hehehhe...

Anyway... baru-baru ni, Jabatan Biokeselamatan telah membuat Majlis Perjumpaan dengan staff JBK merangkap makan-makan dan menyambut majlis harijadi untuk staff  yang sambut birhtday on February and Mac.  So pemutusnya hanya 4 orang jer la yang menyambutnya termasuk aku, En. Onn, En. Zul dan Anjang pada bulan tersebut.
Bila staff JBK dapat berkumpul
Hidangan yang disediakan simple tapi sedap
Majlis diadakan kecil-kecilan... tetapi bagi aku penuh  bermakna.  Janji ada ingatan... kan??  Tapi sayangnya.... masa nak potong kek tu.. Anjang pula takder.   Takper Anjang.. aku makan  bagi pihak ko ekk??? Hikhikhik!!
Birthday cake kami ^_^
Turn aku tiup lilin... shy!!
Yang menariknya... majlis yang diaturkan adalah majlis tak formal sebenarnya... tapi Mr. MC kita iaitu En. Farhan, Pegawai Sains kami telah membuatkan majlis tersebut macam formal giler... aduhhh.... skema giler aku rasa.. hahahah.. jangan marah ekkk En. Farhan.  Sampai boss aku Mr. Letchu dan officer lain termasuklah En Johnny tu tergelak-gelak la sebab membayangkan ucapan ala formal En. Farhan masa majlis perhimpunan bulanan bersama Menteri.  Heheheheh.. Boss aku pun dia panggil Yang Berhormat... hahahahha... tergelak sakan semua....
Tersengih dan tergelak masing-masing dengar ucapan MC kita En. Farhan yang berbaju jaket hitam
Anyway... thanks kepada semua warga JBK yang menyumbang untuk majlis ini.... Kiranya aku dapat potong kek in advanced lah before birthday aku... hikhikhik... makan-makan pun sedap!!!  Hadiah pun dapat.  Heheheheheh!!!
Dapat hadiah!! Yeay!!
Thanks a lot!!!

Khamis, 29 September 2011

Jamuan Raya JBK Bersama UKK

Posted by Emmymazli at 12:42 PTG 0 comments
22 September 2011 - Foyer Podium 2, Aras 1, NRE

Salam semua... kali ni aku nak story pasal event yang Jabatan Biokeselamatan (JBK) aku buat dengan usahasama Unit Komunikasi Korporat (UKK).  Anyway, event ni dah lama kami rancang since tahun lepas setelah dikenalpasti yang ruang pejabat yang kami sharing ni amat sesuai untuk dibuat event terutamanya Jamuan Raya yang boleh kami share eventnya.

Perancangan untuk event ini taklah lama sangat sebab dapat kerjasama baik dari 2-2 pihak.  So kami rancang buat menu yang mudah jer.  Bab duit untuk jamuan dari pihak JBK ni agak pening skit la sebab JBK ni agak susah untuk membuat sebarang pembelian/order sebab takut dipertikaikan.  But kami rasa nasib baik sangat bila ada boss-bos yang willing untuk memberi sumbangan.  Alhamdulillah.  Tahun ni, kami di  JBK teringin untuk cuba menu baru.  So, most of us yang membantu aku dalam JBK ni adalah orang jawa... jadi kami pun mencubalah menu Nasi Ambeng yang kami sendiri preparekan.  Kiranya bahagi-bahagi kerja la nih.  Selain dari menu Nasi Ambeng yang ada dalam jamuan tu adalah atas usaha UKK.  Hehehhehe..

Anyway... alhamdulillah sesangat sebab menu yang pertama kali kami cuba ni mendapat sambutan walaupun ada yang kata tak pandai makan itulah.. makan inilah... tapi at least diorang mencuba dan kata menu ni sedap.  Aku siap buat display tu nak tunjuk camner rupa menu tu sebenarnya untuk diorang rasa tak pelik nak makan.  Aku rasa bangga giler dapat memperkenalkan menu Nasi Ambeng yang original dari kampung aku ni pada kengkawan.  Masa aku makan pun... rasa macam makan Ambeng kat kampung... best..best..best!!!

Menu-menu yang UKK buat pun tak kurang hebatnya... sedap-sedap wa cakap lu.  Merasa la kami sorang skit.  Masa event tu tengah berlangsung.. nak dijadikan cerita, ramai VIP yang tak dapat datang terutamanya Dato' KSU.  But at last, boleh plak Dato' KSU datang singgah.. menggelupur la aku dan yang lain-lain nak menghidang makanan.  Hahahah... Lawak betul!!  Nasib baik sempat prepare walaupun tak sebaik mana.... janji Dato' KSU sempat singgah pun kami dah syukur sangat.  Apa-apa pun, yang penting.... kali ini punya Jamuan Raya, kami seronok sangat sebab bila 2 bahagian bergabung dan dibuat pula tempat yang terbuka dan strategik... suasana raya kami rasa meriah sangat walaupun kami cuba buat sesimple mungkin.  Terima kasih aku ucapkan kepada semua kengkawan yang datang ke jamuan raya kami ni dan juga geng -geng JBK dan UKK yang membantu menjayakan event ni.   Love u all lah!!!

Enjoy the pic!!
Possing maut aku.. hehehheeh
Ruang nak bergambo raya kat ofis UKK
Menu kami
Geng-geng JBK
Menu Vegetarian.... sedap!!
Contoh yang kami display untuk Nasi Ambeng
Sate dan sambal tumis yeng menyelerakan
Bergambor saje....
VIP yang dapat turut serta pada mulanya....
Menu dan juadah kami....
KSU yang sempat singgah di saat akhir... huhuhu
KSu setable ngan boss aku.. heheheh
Sedang menyiapkan Laksa yang diminta oleh KSU
Masa KSU nak balik
Orang kuat UKK
Geng-geng UKK
Sakan anak-anak dara UKK ni malaram


Ahad, 19 Disember 2010

3 minggu punya cerita!!! Macam2!!!!!!!!

Posted by Emmymazli at 2:20 PG 0 comments
Hmmmm... lama betul dah tak isi blog ni... rindu rasanya... almaklum la... sibuk bangat lately.... mana lagi ngan otak serabut dlm 2 minggu ni sbb susah hati ngan mak mertua aku yg tak sihat kena kayap api.  Nampak terseksa sgt cam kena buatan org pun ada aku tgk... nak tulis blog pun takder mood masa tu.... then this hole week aku dok siapkan projek untuk pertandingan mewarna anjuran Kelab Alam kat opis aku ni.... byk menda nak prepare.... isk!! so nak layan blog mmg takde masa... on fb pun sekejap2 jer...

Citer pasal 3 minggu ni.... hmmm... on 10th Dis 2010, aku as AJK Puspanita telah menganjurkan program Bicara Eksekutif Dalam Keusahawanan ICT oleh En. Azli Pa'at-Jutawan ICT di Kelab Golf Perkhidmatan Awam... Hmmm.... susah nak ckp... mmg terseksa la bila kene uruskan sendiri... sib baik last minit ada org membantu.... lagipun tujuan asal program ni sebenarnya nak wat majlis perpisahan untuk Datin Azlina (Pengerusi PUSPANITA Ibu Pejabat NRE).  So terpaksa la guna peruntukan dari bicara eksekutif ni... Tp 1 jer aku perhatikan.... kalu tgk pada tajuk tu cam best jer.... tp bila dah dgr talk tu ibarat cam ko just dgr sejarah mengenai komputer dan ICT... tak menepati tajuk... ni sumer idea Puan M la yang beriya2 nak wat talk ni... aku ingat best la sgt... manalah tau leh wat bisnes bila dah dgr talk dia nnt...tp huhuh.... takper laa... yg penting dpt makan.... hehehehhe

Inilah En. Azli Pa'at-Jutawan ICT.  Dialah yg memberi talk untuk Bicara Eksekutif Mengenai Keusahawanan ICT

This two week juga... permulaan pada aku untuk handle Gerai Jualan Kelab Alam/Puspanita pada setiap khamis... huhuhu... mcm2 ragam peniaga.... naik pening aku dan lin uruskan.... diorang tau berniaga jer... aku ni..?!! nak wat surat kelulusan laa.. nak wat surat dgn BPKN la... huhuhu... mcm2 surat nak kena wat... naik pening aku!!! si lin tau kutip duit jer... tu pun nak ajak aku jugak...!! naik buntu kepala otak aku ler nak layan semua ni....
Then hari Khamis lepas on 16 Dis 2010... Jabatan Biokeselamatan baru sahaja meraikan majlis perpisahan untuk pegawai senior kami iaitu En Muhamad yang akan tamat kontrak di Restoran Saba Cyberjaya.. alaaa... restoran makanan arab tempat aku dinner  untuk wedding anniversary aritu... huhuhu... sedey.... nampaknya lepas ni En. Mad tanam sayur kat kg n jaga cucu la gamaknya.... sib baik event tu bleh bwk family.... so tak yah aku nak masak makan malam... hehehhe.... Alang-alang celebrate En. Mad, JBK pun celebrate birthday untuk staff JBK yg lahir on Sep-Dis skali.  Meriah la siap potong cake lagik.... yg penting... perut kenyang ekkk...

Possing manja with hubby b4 makan untuk meraikan En. Mad

Sesi potong cake untuk En Mad dan staff JBK yg celebrate birthday on Sep-Dis

Bergambar kenangan dengan En. Mad (the only man there)

So, this week mmg totally waktu untuk aku membalas balik hari minggu yg tak dpt diluangkan dgn sebaiknya ngan family dan melepaskan segala kekusutan kepala otak aku ni.... although... my in law pun dah bertambah sihat..... so... time for anak2 n hubby plak...

This week... my hubby betul2 raya keling... hahahah.... sbb minggu ni 1 minggu dia tak gi kerja.... cuti ganti untuk ot dia yg takleh claim.... so claim cuti jer laa... dia menjaga anak2 aku dirumah di samping melayan karenah anak2 aku utk elak keboringan dicuti skolah dengan menonton wayang, memancing n main badminton n keta control tgh2 malam kat putrajaya. masa ni jugak datang kerajinan dia untuk dia packing barang skit2 b4 pindah umah baru yg dijangka dlm bulan 2/3.  kesian... aku lak takleh cuti... cuti dah abes!! huhuhuhu...
Layan kimi dan hanum main kereta kontrol kat putrajaya tgh2 malam...

Weekend ni my hubby ajak jenjalan kat seremban n stay kat the royale bintang seremban... totally dia belanja.. hehehe.  anyway... bukan tak leh nak stay umah sedara ke apa walaupun sedare ramai kat seremban tu... tp saje nak spent time ngan family... layan anak2 mandi kolam kat hotel tu.... makan2 kat tempat yg best skit... hehehhe thanks darling!!! luv u!!!

Ngada2 ngan hubby... heheheh

Anak-anak possing depan krismas tree kat Hotel The Royale Bintang....

Seperti semua org tahu, sekolah akan dibuka dlm lebih kurang 2 minggu jer lagik... hmm... mcm2 prepation skolah nak kene wat... alhamdulillah... my hubby dah uruskan sumenye.... baik baju skolah anak2 kami dah beli masa jaga mak di kampung..... beli kat tempat yg terkenal ngan baju skolah kat melaka tu... BEE LOON... harga dia tak la mahal sgt but yg penting baju skolah amat selesa dipakai oleh anak2 aku.... then buku2 skolah dan peralatan skolah untuk tahun depan pun my hubby dah beli dan uruskan... hehehhe... aku goyang kaki skit tahun ni...!!! sayang u abang!!!

Hmmm... that's all my story for today... nnt sambung lgk ekk.... tata!!!

Khamis, 15 April 2010

Farewell Dr. Villa & Birthday Party PTB

Posted by Emmymazli at 2:15 PTG 0 comments
12 April 2010 - Ruang Gunasama Pasukan Teras Biokeselamatan

PTB wat makan2 lagik!!! Hahahahah!! Actually party yang PTB anjurkan kalini adalah untuk meraikan Dr. Villa (our UNDP officer) yang telah ke MOSTI.. so kitorang pun rancang untuk buat sekali birthday party untuk those yg sambut bithday on Feb, Mac & April. Semua ada 8 orang... (termasuklah aku) hehehe... but so sad.. on that day boss plak takder... last minute dia kena ke kedah bcoz attended his grandma punya pengebumian.

But, apa yg interesting party kali ni... makanan & everything sume kitorang goreng n masak sendiri... (unless nasi lemak bcoz no time to cook... heheheh) best arr... jimat pun jimat... tak perlu nak order kat luar... makan pun kenyang... kiranya haritu makan sampai santak laa.... bukan stakat makan bertambah jer... nak tapau pun boleh... huhuhuh...

anyway... thanks to boss yg bg can untuk buat party ni... n hopefully everybody pun seronok... terutamanya Dr. Villa... All the best to you... dan tak lupa juga pada adik2ku di PTB kerana menolong menjayakan majlis ni... best sgt aritu...

possing manje b4 makan...

birthday cake kami...

potong cake beramai2.....

yeeyyy... dpt  hadiah... !!!

en nazir, officer tempat aku sdg beri taklimat....

pic sebelum menyerang makanan depan mata... hahahahah


More pics at my FB:

Ahad, 24 Januari 2010

Farewell Party Azua & Birthday Party Jan 2010

Posted by Emmymazli at 2:50 PTG 1 comments
22 Januari 2010 - Ruang Perbincangan Pasukan Teras Biokeselamatan

Majlis kali ini adalah anjuran Pasukan Teras Biokeselamatan untuk meraikan hari jadi staff PTB yg lahir bulan Januari dan meraikan Azua iaitu pekerja khidmat singkat tempat aku tu yg akan habis kontrak dalam beberapa hari jer lagi... kebetulan yg sambut birthday tu big boss.... so meriah la skit kan...

Anyway.. Happpy Birthday Boss & Poniah!!
All the best to you Azua....

Cake untuk org yg dirai...

birthday boy & girl... my boss Mr. Letchu & Poniah

Azwa... dpt hadiah... dia akan tamat kontrak kat PTB

aku biase lee... menempel bergambar dkt kek tu... heheheheh

dengan adik2 PTB

seronok semua dpt makan free... hahahahha


More pics at my FB:
Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...