Rabu, 27 April 2016

Trengkas Tutorial : Part 34

Posted by Emmymazli at 11:50 PG 1 comments
Vokal Kembar 'ia'

Sebagai daifon:
Rangkai Kata
Latihan 34.1
Latihan 34.2



Transkripsi

Latihan 34.1

1. Api dian di dalam balang gas itu kian lama kian hilang.
2. Pada siang hari dia diam di sebuah rumah yang diahsiakan.
3. Saya akan menyedia dan menyiapkan bahan kuliah itu.
4. Segala kegiatannya janganlah dibirakan kerana ia tidak mempunyai tauliah.

Latihan 34.2
Saudara yang mulia

Saya sedang menghadiri satu kuliah untuk peniagaperniaga kecil.  Kuliah ini disampaikan oleh seorang yang mempunyai tauliah dalam ilmu akaun.  Di dalam kuliah yang telah lalu dia menyatakan majunya satu-satu kegiatan ekonomi itu adalah tanggunjawab penyimpan akaunnya.  Buku-buku akaun patutlah disimpan dengan baik agar dapat menunjukkan keadaan yang sebenar kejadian itu terutama sekali hutang dan piutang.

Adakah saudara ingin  mengikuti kuliah ini?  Pada siang hari kita menjaga kedai dan menjalankan lain-lain kegiatan sementara pada sebelah malamnya pula kita menghadiri kuliah.  Kuliah ini adalah anjuran pihak MARA dan MARA tidak mahu melihat serta membiarkan peniaga-peniaga daripada kaum kita ketinggalan di belakang.  Sebagai setiausaha dan juga rakan yang setia, saya menggesa saudara agar menghadiri kuliah ini..

Sekian, terima kasih.
Sayang yang setia


Alias bin Zakaria
Setiausaha, Kesatuan Peniaga-Peniaga Kecil
Pontian, Johor

Selasa, 26 April 2016

Trengkas Tutorial : Part 33

Posted by Emmymazli at 11:59 PG 0 comments
Vokal Kembar 'oi'; Vokal Kembar 'iu'

Vokal Kembar 'oi'
 Sebagai diftong:
 Vokal Kembar 'iu'
Sebagai daifon:
Rangkai Kata:
Latihan 33.1
Latihan 33.2



Transkripsi

Latihan 33.1
1. Satu pameran berkenaan orang-orang kaum Senoi akan diadakan di Muzium Negara.
2. Bila ditiup angin sepoi-sepoi  bahasa, pkok-pokok sekoi dan nyiur di ladang itu melentok liuk ke kanan dan ke kiri.

Latihan 33.2
Amboi, eloknya ladang sekoi dan nyiur kepunyaan Encik Taib di Tampoi.  Apabila kita sebut sahaja nama Tampoi kita tentu dikaitkan kepada orang-orang  yang tidak siuman tetapi Encik Taib bukan seorang yang tidak siuman.  Ia telah membuka ladangnya sekoi dan nyiur empat tahun yang lalu.  Ia memang pandai.  Ladang sekoinya ini ialah yang pertama di Tampoi.

Ketika senja, riuh bunyi burung-burung tiung dan siulan burung-burung murai yang hendak tidur di sarang-sarang mereka di atas pokok-pokok nyiur di ladang itu.

Jumaat, 22 April 2016

Trengkas Tutorial : Part 32

Posted by Emmymazli at 12:20 PTG 0 comments
Vokal Kembar 'au'


Sebagai daifon:
Sebagai diftong:
Latihan 32.1
Rangkai kata:
Latihan 32.2



Transkripsi

Latihan 32.1
1.  Beliau telah meninjau keadaan di kampung-kampung yang dilanda kemarau itu.
2.  Saya rasa risau apabila orang itu mengacau  kanak-kanak yang sedang main ditepi surai itu.
3.  Sebuah surau telah dibina di atas pulau di tengah-tengah sungai itu.
4.  Kicauan murai dan raungan  harimau telah memecah keadaan damai di sekitar danau itu.

Latihan 32.2
Rakyat di Kampung Sungai Pauh tinggal di dalam keadaan aman damai.  Di musim kemarau yang lalu sebuah surau telah dibina untuk orang ramai yang hedak menunaikan perintah Allah.

Rakyat di Kampung SUngai Pauh ini adalah penangkap-penangkap ikan. Tiap-tiap hari kaum lelaki ke laut untuk menangkap ikan dan kaum ibunya menanam tembikan dan tembikai.  Laut di situ saujana mata memandang kerana tiada terdapat pulau-pulau.

Pada satu hari minggu lepas, orang-orang kampung telah risau kerana orang-orang yang turun ke laut tidak pulang.  Orang-orang kampung risau mereka ini dikacau oleh lanun.  Rupa-rupanya mereka telah cuba meninjau mencari tempat menangkap ikan yang baru.  Mereka telah sampai di sebuah pulau yang sangat jauh.

Trengkas Tutorial : Part 31

Posted by Emmymazli at 10:34 PG 0 comments
Vokal Kembar 'ai'


Tanda 'v' digunakan bagi melambangkan bunyi vokal kembar 'ai'.  Vokal kembar 'ai' ialah vokal tempat pertama:

Sebagai daifon:

Sebagai diftong:

Latihan 31.1
Latihan 31.2



Transkripsi


Latihan 31.1
1. Petai, tapai dan aiskrim boleh dibeli di gerai itu.
2. Tidak hairanlah kerana pemuda yang bermisai itu mempunyai perangai yang sungguh baik.
3. Apabila mempelai itu sampai ia terus naik kerana hujan turun renyai-renyai.
4. Tidak ada saiz kasut yang sesuai untuknya.

Latihan 31.2
Lebai Sulaiman bin Haji Taib ialah seorang peraih ikan di Kampung Sungai Inai.  Beliau mempunyai sebuah kedai di tepi pantai di sebelah balai Polis.  Lebai Sulaiman membeli ikan secara tunai.  Hidup sebagai penangkap ikan memang susah, kata Lebai Sulaiman , iaitu kais pagi makan pagi.  Lebai Sulaiman juga menjadi naib kadi di kampung itu.

Tidak lama lagi upacara main pantai akan diadakan.  Gerai-gerai didikan untuk orang ramai.  Upacara main pantai diadakan sesudah menuai padi.  Ramai orang-orang kampung akan datang dengan memakai pakaian yang indag-indah.

Keadaan di pantai  memang damai dengan pohon-pohon kelapa melabai-lambai.  keadaan ini memang sesuai  bagi mereka yang mahukan kedamaian hati.

Khamis, 21 April 2016

Trengkas Tutorial : Part 30

Posted by Emmymazli at 10:44 PG 0 comments
Akhiran (Partikel) 'lah, kah dan tah'


Akhiran (Partikel) 'lah':

 Akhiran (Partikel) 'kah':
Akhiran (Partikel) 'tah':
Latihan 30.1.



Transkripsi:

Latihan 30.1.
Janganlah kita tanyakan apakah yang boleh Malaysia sumbangkan untuk kita tetapi tanyakanlah apakah  yang boleh kita sumbangkan untuk Malaysia.  Kita juga patutlah tanyakan ke manakah harus kita tumpahkan kasih kita.  Kita haruslah  mempunyai keazaman yang teguh bagi memajukan tanah air kita yang tercinta ini.  Jika negara kita ini maju kehidupan kita tentulah akan maju juga.  Tidakkah kita marasa susah jika Malaysia dicerobohi oleh anasir-anasir jahat? Apatah lagi jika anasir-anasir itu dapat pula memerintah..

Kita mestilah mencari jalan agar Malaysia boleh kekal berada di dalam keadaan bebas, aman dan makmur.  Jika selama ini kita lena di alam mimpi, kita hendaklah sedar yang tanah tumpah darah kita ini mahukan tenaga dan berkehendakkan sumbangan kita.  Marilah kita berganding bahu dan bersama-samalah kita berusaha bagi  memajukan lagi negara kita ini dengan berpandukan prinsip-prinsip Rukunegara.  

Makmurlah Malaysia dan majulah raknyatnya.

Isnin, 18 April 2016

Running Event : May

Posted by Emmymazli at 5:05 PTG 0 comments
May

  • 01: Borneo International Marathon | Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah | 10km, HM, FM |
  • 01: Cameron Highlands 60KM Run Challenge | Plaza Toll, Simpang Pulai, Perak | 60km | *for information on registration, contact +604-7725220 or +6016-5464200 (Cheng)
  • 01: Jasin Run | Taman Ekstrem Chin Chin, Jasin, Melaka | 5km, 10km, 21km |
  • 01: Johor Botanical International Run | Taman Botani Johor (Sri Medan), Batu Pahat, Johor | 3km, 15km |
  • 01: KL Labour Day Run | Dataran Merdeka, Kuala Lumpur | 5km, 10km |
  • 01: Harumanis Adventure Trail Run | Sungai Batu Pahat, Perlis | Trail | 15km |
  • 01: Malacca Possible Run | Mahkota Parade, Melaka | 3km, 10km |
  • 01: MM 3RIO Run - 1st Series | Firefly Park Resort, Kampung Bukit Belimbing, Kuala Selangor, Selangor | 5.5km, 11.7km |
  • 01: Patriot Run | Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, Perak | 6km |
  • 01: PEMADAM International Run | Kompleks Kolam Renang, Precinct 6, Putrajaya | 5km, 10km, HM |
  • 01: Penang Super Run | Youth Park, Penang | 10km, 5km |
  • 01: Sunshine Love of Charity | SJK(C) Kah Wah, Kampung Pulau, Telok Bunut, Banting, Selangor | 7.5km |
  • 01: Tanjong Sepat Run | SJK(C) Tanjong Sepat, Selangor | 5km, 12km |
  • 02: KL Labour Day Run | Dataran Merdeka, Kuala Lumpur | 5km, 10km |
  • 02: Pisang Relay, Kuching | Sarawak State Library, Kuching, Sarawak | 3-person Relay of 1.5km and 4.5km lap per person |
  • 07: Electric Run | Selangor Turf Club, Sungai Besi, Kuala Lumpur | 5km |
  • 07: Karak Krusher Goat Run | Kampung Sungai Dua, Karak, Pahang | Trail | 7km, 12km |
  • 07: Ulu Slim Trail Run | Kampung Ulu Slim, Tanjung Malim, Perak | Trail | 10km |
  • 07: Mount Stong International Climbathon | Kampung Sungai Dua, Karak, Pahang | Trail | 7km, 12km |
  • 07: Larian Bersama Bomba | Dataran Merdeka, Kuala Lumpur | 7km, 10km | Registration/Entry form are available at (i) Headquarters, Fire & Rescue Department of Kuala Lumpur, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur; or (ii) FTAAA, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur
  • 08: Deuter Trail Run | Dataran MPS Batu Arang, Selangor | Trail | 14.5km |
  • 08: Gift of Hope Charity Run | Penampang Sports Complex, Sabah | 8km |
  • 08: KSL Charity Walk & Run | Canary Garden, Klang, Selangor | Walk 5km, Run 8km |
  • 08: PD Coast Run | PD Coast Run | 8km, 11km |
  • 08: Run for Humanity | Taman Rakyat, Klang, Selangor | 5km |
  • 08: SP Winds Run | Sekolah Seri Puteri, Persiaran Tasik, Cyberjaya, Selangor | 5km, 10km |
  • 08: XTERRA Langkawi Malaysia | Berjaya Langkawi, Burau Bay, Pulau Langkawi, Kedah | Trail | 5km, 11km, HM |
  • 14: Batik Fun Run | Kompleks Futsal 1Malaysia, Putrajaya | 5km |
  • 14: Iskandar Pulai Springs Charity Fun Run | Pulai Springs Resort, Johor Bahru, Johor | 5km, 10km |
  • 14: KKB 21KM Road Relay | Stadium Mini Majlis Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Baru, Selangor | Relay of 4 | 5.275km per runner |
  • 14-15: Malaysia Eco 100 | Sungai Lembu, Bukit Mertajam, Penang | Trail | 50km, 100km, 100miles |
  • 14: Muar International Twin Bridge Half Marathon | Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor | 10km, HM |
  • 15: Charity Run - Let's Gear Up! | Padang Merbok, Kuala Lumpur | 2km, 5km |
  • 15: Kibambangan Charity Run | Kg. Kibambangan, Penampang, Sabah | 10km |
  • 15: KL Tower International Towerthon Challenge | KL Tower, Kuala Lumpur | Vertical Run |
  • 15: Kuching City Warrior Challenge | Padang Merdeka, Kuching, Sarawak | Obstacle Run | 10km + 25+ obstacles |
  • 15: MILO Breakfast Run (Penang) | Padang B, C, D, & Ragbi, Universiti Sains Malaysia (USM), Penang | 3km, 5km |
  • 15: Miri City Day Half Marathon | Marina Park City, Miri, Sarawak | 5km, 10km, HM |
  • 15: MSMW Twitterthon | Putrajaya | 5km |
  • 15: MY10K@UKM Go Green Run | Dataran Dewan Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor | 5km, 10km |
  • 15: Nilai Half Marathon | Dataran Nilai, Negeri Sembilan | HM |
  • 15: Sekolah Kebangsaan Taman Maluri (SKTM) Charity Run | Padang Merbok, Kuala Lumpur | 2km, 5km |

  • 20-21: Hardcore 100 Miles | Kayapa Municipal Hall, Kayapa, The Philippines | Trail | 100miles |
  • 20-21: Pulag 100K | Kayapa Municipal Hall, Kayapa, The Philippines | Trail | 112km |
  • 21: Hasuu Tasuu Trail Run | Sabah | Trail | 25km |
  • 21: Larian Rimba Universiti Malaya | Bukit Cinta, Universiti Malaya, Kuala Lumpur | Trail | 10km |
  • 21: Newton Kuching Challenge | MBKS Car Park, Kuching, Sarawak | 12km |
  • 21: Runners Wild | Bario, Sarawak | Trail | 50km |
  • 21-22: Salt Trail Challenge | Inobong Substation, Sabah | Trail | 18km and 25.5km |
  • 22: Annual Kuantan Half Marathon | Kuantan, Pahang | 5km, 10km, HM |
  • 22: Cultural Diversity and Ocean Run | Oceanus Mall, Kota Kinabalu, Sabah |
  • 22: Fit Malaysia - FM Run Pulau Pinang | SMK Seri Balik Pulau, Pulau Pinang | 5km, 10km |
  • 22: Larian Rimba | Bukit Cinta, Universiti Malaya, Kuala Lumpur | 10km |
  • 22: MILO Breakfast Run (Sarawak) | Padang Merdeka, Kuching, Sarawak | 3km, 5km |
  • 22: Paddy Run | SMJK Yoke Kuan, Sekinchan, Selangor | 2km, 5.5km, 12km |
  • 22: Roasters Chicken Run for Charity | Desa WaterPark, Kuala Lumpur |
  • 22: Thirsty Runner | Taman Jaya, Selangor | 3km, 6km, 12km |
  • 22: Watermelon Relay | Taman Metropolitan, Kepong, Kuala Lumpur | Relay of 3 runners | 3.4km per runner |
  • 28: 118 Prosperity Run | Tasik Sri Rampai, Kuala Lumpur | 7km |
  • 28: Asics City Relay | Dataran Merdeka, Kuala Lumpur | Relay of 4 | HM, FM |
  • 28: BOH Eco Trail | BOH Plantations Bukit Cheeding, Banting, Selangor | 8km |
  • 28: Larian Amal Ceria Bukit Gasing - KSDK MBPJ Fun Run | Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya, Selangor | Trail | 5km |
  • 28: The Great Relay Kuala Lumpur | Kepong Metropolitan Lake Garden, Kepong, Kuala Lumpur | Trail | Relay of 2/4/6 | 50km, 100km on 3.5km loop |
  • 28: Run for Southern 2.0 | Nusajaya Educity Sports Complex, Johor | 10km, 21km |
  • 28: Sunsuria Foodiethon Run | Sunsuria City, Putrajaya South, Salak Tinggi, Selangor | 7km |
  • 29: Bagan Lalang Beach Run | Bagan Lalang, Selangor | 6km, 10km, HM |
  • 29: Bukit Jalil Park Run | Rumah Malaysia, Taman Bukit Jalil, Bukit Jalil, Kuala Lumpur | 7.5km, 12km |
  • 29: Fit Malaysia - FM Run Perak | Mini Stadium Tapah, Perak | 5km, 10km |
  • 29: I Love PD Run | Pantai Cahaya Negeri, Batu 6, Port Dickson, Negeri Sembilan |
  • 29: Magical Forest Run | Taman Botani Negara Shah Alam, Selangor | 7km |
  • 29: MILO Breakfast Run (Putrajaya) | Dataran Putrajaya, Putrajaya | 3km, 5km |
  • 29: Onesie Runsie Kuala Lumpur | Perdana Botanical Garden, Kuala Lumpur | 2.5km, 5km |
  • 29: Perlis Marathon | Stadium Kangar, Perlis | 5km, 10km, HM, FM |
  • 29: Shoebox Charity Run | Wisma Putra, Putrajaya | 4km |
  • 29: UEM Charity Run | Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis | 3km, 6km, 12km, HM |
  • Sportexcel 25th Anniversary Walkathon & Family Day 2016

    Posted by Emmymazli at 4:24 PTG 0 comments
    17 April 2016 - MSN Bukit Jalil

    Salam semua....

    Aku nak update aktiviti family dan anak-anak taekwondo Koryo kalini.  Event ni sebenarnya bulan dalam planning aku dan kawan-kawan lain pun sebenarnya.  Kami sepatutnya join Superhero Race di KL pada tarikh ini tetapi run ini telah ditunda di saat akhir.  So... memandangkan run telah pon di tunda.. aku dan anak-anak lain telah pun diinvite oleh coach taekwondo Koryo yang kini bertugas di MSN iaitu Sir Taufik melalui Sir Muhin untuk sama-sama support aktiviti diorang ni.  Hmmm... atas desakan dari Sir Muhin, anak-anak yang disenaraikan memang wajiblah join... parents digalakkan turut sama join diorang.  Support skitlah diorang nih!! 
    Aku difahamkan yang anak-anak dari Koryo Taekwondo Club Ampang dan Sepang akan mewakili  Koryo dalam event ni... So jangan muntahlah ekk kalau muka-muka kami jer yang kongker tempat nih... hehehhe...
    Aktiviti utama event ni adalah Walkathon.  Tak sangka la pula bila event yang diinvite ni ada disediakan tshirt. Punyalah seronok.  Macam masuk running berbayar.... joint dah la free... dapat baju, medal dan certificate  lagi.  Mula-mula tu macam nerves la sebab kami tak diberitahu berapa kilometer walkathon ni akan berjalan.  Rupa-rupanya 2.5km jer... heheheh... kacang jer laa.... Kami dengan suksesnya menamatkan walkathon.... terutamanya mak-mak ni.  Dah la aku nih malam tadi baru jer lepas run 6km.  Fuhhhhh!!!! 
     
    Penaja utama event ni ialah Milo... so mana-mana pergi semua Milo.... minum Milo sampai pitam.... heheheh... tapi kalau  nak dapat goodie bag dari Milo.. kena la penuhkan kertas aktiviti setiap booth yang ada kat event tu.  At least budak-budak dapat bermain dengan aktiviti menarik bagi memeriahkan event ni... jangan kata anak-anak jer yang seronok.  Mak-mak pon bukan main lorat lagi... hehehehe... rasa muda sentiasa... kikikikikkkk!!!
    Oklah... apa jer nak diceritakan... dah penat bermain kami semua nih... goodie beg pon dah dapat.  Thanks MSN menganjurkan event macam ni dan sudi jemput kami parents ni untuk turut serta.  Sangat-sangat enjoy!!  Selama ni wakilkan anak jer dalam tournament.  Moga tahun depan ada lagi... hehehehe... Bye!!

    Ahad, 17 April 2016

    100Plus Outrunner 2016

    Posted by Emmymazli at 3:34 PTG 0 comments
    16 Ogos 2016 - Putrajaya

    Salam...

    Event running again... hehehehe... 
    Kalini aku and anak-anak run bertiga jer... kawan-kawan lain tak sempat nak register untuk join.  Aku tak pernah join running malam ni... rasa cam teruja sangat kalini.

    As usual... aku akan hanya join 6km run jer.  Heheheh... setakat yang aku mampu jer lah kan... Opss lupa... since dah ada run buddy baru... Reen nama dia... kami run berdua.... anak-anak run ikut masa diorang... pandai-pandailah diorang survive....anyway... aku ngan anak-anak sangat enjoy run malam ni.  Mood dia lain.  Tak panas... relaks... 

    Cuma ada beberapa kekurangan pada run yang penganjur dia besar ni.

    1. Penganjur adalah dari 100Plus tetapi air yang disediakan disetiap water station hanyalah air mineral.
    2. Aku dapat tau peserta untuk run ni seramai 13 ribu orang.  Sepatutnya sijil yang disediakan juga perlu mencukupi untuk setiap peserta.  Sangat menghampakan bila orang macam aku yang kemudian sampai di finish line dimaklumkan sijil hanya untuk first come first serve basis.  Habis aku  bayar run tu untuk melopong dapat medal jer ke??? Sijil aku mana??? Aku rasa  bukan aku sorang jer terkena... ramai lagi!!
    3. Apalah salahnya kat finish line tu diberikan sahaja goodie bag dan letak sahajalah air mineral, 1-2 tin 100Plus, bihun goreng dan beberapa item lagi.... ini tidak... semuanya nak kena beratur di 2-3 tempat pula tu.  Skit punya panjang nak beratur lak tu.  OMG!!

    Hmmm... aku tak mau lah komen lebih-lebih... kang jadi meroyan pula... apa pon... aku just enjoy the run with anak-anak.

    Bye... enjoy our pic yer...

    Sebelum run bermula
     Running buddy
    With the medal....
     
     
     
     

    Daisypath Anniversary tickers
     
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...