Rabu, 28 November 2012

Tarian Cuti-cuti 1 Malaysia 2012 (TCC1M 2012)

Posted by Emmymazli at 2:50 PTG 2 comments
Salam semua...

Today Emmy nak share video untuk tarian TCC1M 2012 ni dengan korang semua... mesti ramai yang tercari-cari video ni sebab susah nak dapat... almaklumlerrr.... tahun ni ada penambahan 3 tarian yang baru dari 9 tarian jer sebelum ni... so confirm ramai yang mengagau macam mana nak menari tarian yang baru tu kalau tak sempat nak berlatih..... heheheh... sebenarnya tuju kat diri sendiri.... sebab itu dengan gigih Emmy convert video ni dan upload kat youtube.... Kat sini Emmy share rangkuman semua 12 tarian ni jer la yer.... senang skit yer dak....  kalau korang nak tengok one by one... korang check la kat youtube Emmy tu... semua tarian ada.... Selamat sharing semua..... ^_^

Isnin, 26 November 2012

Segmen Follow Dan Blogwalking Oleh Mialiana.com

Posted by Emmymazli at 12:47 PTG 41 comments
Salam semua..... aku ni baru nak mencuba-cuba untuk join apa-apa segmen yang boleh menambah follower... follow memfollow dan blog walking sesama blogger.... sebelum ni bukan tak pernah join... tapi tak berapa nak rajin.... tapi tak salah nak mencuba untuk meramaikan follower untuk blog aku yang tak berapa cantik ni dan nak meramaikan kenalan...

Oklah.... segmen yang aku join ni dari blog Mia Liana.com. Kebetulan setelah sekian lama aku tak buka reading list tu... tetiba leh terbaca pasal segmen dari blogger famous kita nih.... terus aku berminat nak try.  Tak susah mana pon...   Tapi segan giler sehhh.... kalau tengok blogger yang join segmen ni... sumernye follower diorang riban-riban.... aku ni... 100 pon tak sampai... sedeyyy..... maklumler... blogger picisan jer aku nih... 


Oklah... jom try...

Segmen Follow Dan Blogwalking Oleh Mialiana.com

Jumlah follower aku sekarang 87 jer (ehh... sama dengan no rumah aku la... hahahaha)

Smile... Smile... Smile...

Apa yang aku suka kat blog Mia Liana.com ni... kat sini banyak info dan tips belajar serta bermacam segmen dan contest korang leh tau dari sini... heheheheh... Mia rajin update entry-entry yang menarik serta rajin wat segmen untuk blogger lain.  Mia juga rajin wat free banner untuk followers dia cuma aku lom rezeki lagik... heheheheh!! And the most important thing is... Mia sangat rajin  blogwalking..... Thats good about Mia.... Semoga Mia terus sukses!!

Khamis, 22 November 2012

Jalan-jalan Ke Snowalk I-City

Posted by Emmymazli at 5:53 PTG 2 comments
Yuhuuu....

Today nak share story aku dan family pergi jalan-jalan di I-City.   Niat asalnya nak temankan bibik aku dan family dia dari Melaka jalan-jalan ke Bukit Cahaya Shah Alam.  Bila dah sampai sana.... masing-masing terfikir pula apa yang boleh dibuat kat situ dengan keadaan hujan renyai-renyai ditambah pula dengan terlihat orang yang lalu lalang kat situ masing-masing memakai pakaian dan kasut sukan dalam keadaan yang basah.  Dah la kat situ  hutan... orang pergi ke situ dah tentulah jungle tracking ke apa..... ni boleh plak masing-masing pakai cantik-cantik and yang paling sadis bila ada yang pakai heels... Hahhaha... Camno tu.... Lebih-lebih pon kalau nak ke situ.... boleh masuk ke Rumah Empat Musim jer laa tapi tempat tu pon tutup.  Apa pon tak boleh... Hahahha...  Dengan perut lapar tu... kitorang pon keluar dari situ dan mencari tempat makan dan teruskan perjalanan ke I-City.

Sampai-sampai kat situ tempat pertama kitorang tuju ialah Snowalk.  Teringin nau nak feeling-feeling oversea kenalah datang ke situ... Ala-ala winter sonata gitu... hahahhaha..... Bayaran per head dewasa masa tu RM25 dan kanak-kanak RM20.  Perghhh masak aku!!  Tapi dah sampai takkan nak balik dan tak nak masuk pulakkan.... so redah jer leee.   Bayaran include baju sejuk yang disediakan kat dalam tu.  Cuma boot ala Pua Chu Kang + stokin tu jer yang kena sewa lagi RM10.  Tapi... erk.... bau takleh tahan skit... but redho jer leee.  Hmmmm.
Dalam loghat-loghat nak bersiap masuk ke dalam tu.... boleh pula terjumpa kawan seopis si Alin dan family dia.... hihih... kot opis jarang berjumpa... kalau jumpa pon kadang wat tak tau lak... tetiba bleh plak jumpa kat sana... siap posing sekejap lak tu... hahahhaa....

Masuk-masuk kat sana... jadi orang jakun dah masing-masing.... nak feeling oversea sangatkan.... sejuk tak hengat!! Hahahah.... Ntah berapa kali la aku jatuh.... dah tak rasa apa dah.  Masing-masing sakan bergambar.  Pada aku laa... kalau dah sejuk gitu... takleh tahan aku nak duduk lama-lama... camner la orang kat kutub utara tu leh hidup ekk.... haishhh.... Anak-anak aku jangan cakap laa..... suma menda dia nak try.. mengelinjat lebey...sebab tu gambo diorang kurang kat sini.  Tak lama pon kitorang duduk dalam tu.  Tak boleh tahan der..... Sejuk sampai tahap kebas dah... ada kot duduk kat situ dalam 30 minit jer kot.... kitorang pon keluar le dari peti ais tu... tak kuase nak duduk lama-lama.  
Keluar dari Snowalk tu... dah alang-alan ada masa dalam 1 jam lebih skit untuk masa berganjak ke malam dan nak menunggu kawasan lampu-lampu kat I-City tu... kitorang pon pergi la makan dulu mengisi perut kat KFC yang berada betul-betul di sebelah tempat lampu-lampu kat I-City tu.  Elok-elok perut kenyang jer dan tepat jam 7.00 malam.... lampu-lampu pokok di I-City pon terpasang.... kitorang pon beransur la ke sana.... 
Sebenarnya... family aku dan Angah dah pernah sampai ke sana... so tak berapa la excited sangat pon macam mula-mula sampai dulu... so kami bagi can la kat family Bik Limah aku tu jenjalan menikmati keindahan lampu  yang bewarna-warni kat situ.  Sakan benau diorang bergambar... hihih.... Disebabkan kitorang di situ awal... maka balik pon nak awal laa... jam 10 lebih dah sampai rumah.  Takder apa nak buat.. just berehat sudah... Bibik dan family pon sebenarnya nak ke KLIA untuk berjumpa mertua bibik, ayah kepada arwah cik jamal yang baru balik dari Mekah dan akan sampai jam 12.30 malam... So bila sampai rumah aku jer... masing-masing semua bersiap untuk keluar semula dalam jam 12 tu.  Lagipun rumah aku dari KLIA tak jauh mana pon.  Dalam 15-20 minit dah sampai.  So diorang tak perlu la terkejar... heheheh

Oklah... tu jer story nye pon.... jumpa di next entry... tataaaaa

Jom layan gambo... kat sini... hehehehe

NRE Volleyball Team Wins @ 25th MNRE-MEWR Annual Friendly Games 2012

Posted by Emmymazli at 12:41 PTG 0 comments
10 November 2012 - FRIM, Kepong
Haaa.... setelah seminggu  lebih berakhirnya  25th MNRE-MEWR Annual Friendly Games 2012 ni... harini baru berkesempatan nak buat entry pasal penyertaan aku dalan sukan ini kalini.  Itupun sebab baru dapat gambar dari sahabat yang sama-sama dari team aku ni... Tq Lindsay!!

Sebenornyaaa... aku rasa happy giler bila diberi peluang untuk kali kedua dalam sukan persahabatan di antara Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air Singapura yang diadakan di FRIM tahun ni.  Sukan ni diadakan secara tahunan berganti tempat samada diadakan di Singapura atau Malaysia.  Kalau dulu pada tahun 2009 aku berkesempatan dalam sukan bowling di Singapura, tapi kalini aku diberi peluang bermain bola tampar atas kapasiti aku pada tahun lepas yang bermain bola tampar dalam Sukan NRE 2011.  Syukur aku terpilih.  
Dalam team aku  ni... terdiri dari 10 orang player dari pelbagai jabatan.  Walaupun ada yang pertama kali aku berjumpa dengan diorang.... tapi kitorang macam dah kenal lama... best.. best!! Heheheh...  Yang buat aku segan skit bila diorang ni pon terdiri dari yang terhebat.... huwaaa... malu sehhhh!!!  Aku bukan terer mana pon!!

Syukur alhamdulillah.... tahun ni aku mendapat kemenangan berganda. Kalau sebelum aku dapat kemenangan dari kumpulan koir.... kali ni aku menang dalam pertandingan bola tampar yang berlawan dengan Singapura pula.  Walau hadiahnye tak seberapa sangat la kan.... tapi rasa puas hati la jugak kerana dapat menyumbangkan mata kemenangan kepada NRE dalam sukan persahabatan ni...  Huhuhu....  For info.. 12 games telah dipertandingan untuk Sukan Persahabatan NRE-MEWR  2012 ni..... alhmadulillah... NRE berjaya menjadi juara keseluruhan pada tahun ni dengan mata NRE 10 - MEWR 2.  Yeay!!! Congrats NRE!!!

Thanks kepada kengkawan dalam team aku NRE Malaysia.... Kak Fatah, Mawar, Maheran, Baizura, Lindsay, Bebeh Caya, Massiah, Izwah dan Zuraini. Trade mark kita "Enjoy the game!"  Hahhaha.... memang betul-betul enjoy game ni kita buat!! Hihihi....  Love u all friends!!

Enjoy the pic!!





Rabu, 14 November 2012

Jom Tonton Drama Adam & Hawa Full Di Sini!!!

Posted by Emmymazli at 1:27 PTG 0 comments
SELAMAT MENONTON ADAM DAN  HAWA DI SINI.... 

** aku akan update dari hari ke hari untuk setiap episod.... 







Kisah Drama Adam & Hawa

Posted by Emmymazli at 12:40 PTG 0 comments
Hahahaha... baru nak tulis aku dah gelak dulu... bukan apa... sekarang ni kan tengoh hot pasal drama Adam dan Hawa kat Astro Mustika HD.  Aku ngan hubby memang galak sungguh kalau pasal drama ni.  Memang layan giler... mesti on time!!  Boleh pulak record guna beyond tu pastu boleh ulang-ulang tengok bila nak tido... Bila tengok Am dan Ain romantik skit-skit... aku and hubby pon sengih-sengih... hahahhaha... lawak betol penangan Adam dan  Hawa ni.  
Masalahnya... aku ni yang perempuan memang sinonim la kalau layan drama-drama gini.... tapi yang kelakar dan pelik ni... hubby aku plak yang lebih-lebih.... hahahhaha!!!!!

Disebabkan fanatik dengan drama ni.... baru-baru ni aku singgah di kedai buku Popular kat AEON Klang tu masa hubby aku ajak memancing.... Pastu aku teringat pasal novel Adam dan Hawa ni... terus aku mention kat hubby aku.  Hubby aku kata... "Hah belilah!!" terus dia hulurkan duit kat aku then sama-sama cari novel tu kat dalam kedai.  Bila dah dapat dan bayar.... pesanan penaja dia.... "Sekarang dah episod 44... u baca tengah-tengah laa sampai habis... nanti u story kat abang ending dia.... pastu kalau u nak baca dari mula terpulang laa... hahahahahah!!  Boleh gitu?? Kihkihkih....  
Akibat boring masa hubby aku memancing kat Pandamaran.... aku pon melayan novel tu dalam kereta.... Boleh habis layan novel tu kooo.... tapi dari tengah-tengah laa!!! Hahahahha!!!! Boleh lurus bendul plak ikut cakap hubby!!  Bukan apa... nak tau ending dia dulu.... kihkihkih.....!!!  Dah malam skit sebelom tido baru aku bermula baca dari depan.  Hahhaha....

Sekarang aku dah khatam... lepas ni kalau layan drama ni.. dah boleh senyum-senyum.... tang hubby aku tu... aku citer pon skit-skit jer ending dia... takkan aku nak story macam dalam buku lak kan.... hahahha.... hubby aku cam geram jer ngan aku sebab takmo citer betul-betul apa yang terkandung dalam novel tu.  Hihihih.  Alasan aku... "Nanti tak surprise la yang bila u tengok drama tu.  Hahahha!!!"  Semalam... lepas tengok drama episod 46 tu.. hubby pon capai la novel tu.... "Aku nak baca laaa buku ni... Sakit hati nak tunggu drama ni!!"  Hahahahahha!!!

Dapat Anak Angkat Baru Gucci & Jimmy

Posted by Emmymazli at 11:34 PG 2 comments
Firtsly.... aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat dari FRIM yang dah macam adik bernama Farizth ni kerana telah memberikan 2 ekor anak angkat dia kepada aku pada Jumaat, 9 November 2012 lepas... hihihi... anak angkat dia sebenornya kucing persian.  Kihkihkih... Comel giler.... seronok dapat anak angkat  baru ni..... Gevusss!!!  Dia berikan pada aku sebab dia ada baby dan kesihatan baby dia memaksa dia untuk tak boleh membela kucing lagi buat masa ini.  
JIMMY
GUCCI
Anak angkat baru ni... yang betina namanya Gucci warna kelabu hitam.... yang jantan pulak namanya Jimmy warna oren..... sayang giler kat mereka berdua ni.... sebenornya.... bila aku tunjuk kehappyan aku pada sahabat aku kat NRE yang bernama Kak Kay ni gambo anak angkat baru ni... Kak Kay nak minta 1 ekor yang jantan ni... niat asalnya aku nak bagi sebab selama ni Kak Kay tak pernah berkira dengan aku malah kucing sebelum ni pon si Ning dan si Cimot atas pemberian Kak Kay.  But one thing is... tapi aku jadi serba salah pula kerana tuan empunya asal kucing ni macam serba salah nak aku pisahkan kucing tu yang sebenornya adik beradik dan tak pernah berpisah before this.... the important thing is... dia pula dah amanahkan aku menjaga kucing ni.  So aku merasa amat serba salah pula dengan Kak Kay.  Tapi aku dah berterus terang... kami boleh menjaga sama-sama kalau Kak Kay mahu bila nak pegang si  Jimmy.... ada baiknya aku jaga amanah Farizth... harap-harap Kak Kay faham... huhuhu.... Sorry Kak Kay but i love u... maybe rezeki dilain hari... 

2 ekor anak angkat baru ni manja sebenarnya.... tapi tu la... awal-awal aku amik dia... senyap jer lebih-lebih lagi yang jantan si Jimmy... macam murung.... tapi bila dah beberapa hari baru dengar suara dia.... Yang betina lak si Gucci... hubby aku letakkan dalam sangkar bersama Cimong aku.... konon-konon nak matingkan diorang ni.... tapi sombong kemain la hai.... hahahha.... Cimong yang garang pon jadi kodok!! Kihkihkihkih!!!  Adoiii... bila la nak dapat cucu comel cam diorang ni kalau masing-masing eksen.....  Sabo jer laaa!!!

Apa pon.... happy giler dapat kucing 2 ekor ni... Tq Farizth!!!
 

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...