Sabtu, 25 Januari 2014

Sile Geram Anak Kucing Saya

Posted by Emmymazli at 11:58 PG 0 comments
Entry kali ni saja-saja je... heheheheh.... nak tunjuk-tunjuk anak kucing saya.  
Geram kan... Love them so much!!!


Jumaat, 24 Januari 2014

Jadi Fotografer Niza & Fizi E-Day

Posted by Emmymazli at 11:38 PG 0 comments
Salam semua....

Heeee..... tulis tajuk jadi fotografer tu gaya macam hebat jer.  Tapi kerana permintaan mak sedara aku turutkan jua walau hubby aku takder nak membantu.  Nasib baik la mak ni berbakat hokeyyy... malas jer nak cakap lebih-lebih. Hahahahah....

Anyway... majlis pertunangan sepupu aku Niza ni telah diadakan di Taman Putra Perdana, Puchong pada 11.1.2014.  Alhamdulillah... majlis yang berlangsung santai dan dipenuhi sedara-mara belah mak aku mostly.  Seronok dapat berjumpa sedara-mara.  Buat sepupuku Niza yang bertunang... untuk menjayakan majlis ni sepenuhnya atas usaha keluarga... kecuali catering dan pelamin tunang... baju dibuat oleh ibunya sendiri dan hantaran oleh kakak-kakaknya, mekap by my sis Angah dan jurugambar majlis oleh aku sendiri. Kalau upah orang luar memang banyak juga bajetnye.  Hehehehe.... senangkan.... berbakat semua anak dan cucu cicit Haji Sahri ni.  

Oklah... just nak share a few gambar yang aku ambil dan edit semasa majlis.  Just aku gridkan gambarnya supaya taklah banyak aku nak letak sini kan... Have fun. ^_^
 
 
 
 
 

Jumaat, 17 Januari 2014

Thanks Yat For The Souvenir From London

Posted by Emmymazli at 11:43 PG 0 comments
Alhamdulillah....

Berkat bersahabat dan juga menolong orang.... ada juga ingatan dari sahabat aku sejak dari zaman Politeknik Port Dickson ni yang  baru balik dari London setelah tamat tugas dia dinegara itu.  Macam-macam Yat bagi.... yang penting aku ngan anak dara aku si Hanum dapat handbag Hello Kitty.  Dari Harrods plak tu. Dia memang tau nau minat aku dan si Hanum... huwaaaa..... terharu... 

Nak pakai handbad ni sayang.... ingat nak tunggu raya kot... nak buat lenjan gi kerja hari-hari macam tak sampai ati lak.... huwaaa... almaklumlaa... aku ni sebenarnya kategori orang susah pertengahan... hmmm.... nak dapat menda gini memang susah... so hargailah selagi mampu.  

Anyway yat... thanks a lot my friend....

Isnin, 13 Januari 2014

Mandi Manda di Kalumpang Resort With Family

Posted by Emmymazli at 3:01 PTG 0 comments
12 Jan 2014 -  Kalumpang Resort, Kerling, Selangor


Okeyyyy.... firstly aku nak say thanks to Mama yang sudi sponsor kami anak beranak dan Angah punya family berpicnic ke Kalumpang dari A-Z... Ni semua gara-gara mama membebel dari hari pertunangan cousin aku Niza... boring katanya... tak nak bawa dia kemana-mana ke??? Heheheh... aku takder idea dan yang pasti aku penat sangat dan terikat dengan program anak-anak so aku pada mulanya senyap jer lee.... 


At last pagi Ahad tu... jam 7.30 pagi diwaktu mata aku masih berat lagik disebabkan keletihan pada hari Sabtu tu.... mama kejut suh mesyuarat keluarga pagi-pagi... rupanya nak bincang pasal pergi mand-manda... Mama kata tak kisah la kat Janda Baik ke... Langat ke.... Kalumpang ke... yang penting mandi air terjun and mama sponsor... kiranya last minit punya program lah ni.... At last aku bagi idea elok ke Kalumpang sebab last time masa aku bawa bibik Limah aku ke sana tahun lepas, Mama sepatutnya pada awalnya nak ikut tapi tak dapat cuti then aku just bawa bibik anak beranak jer laaa.  So ada baiknya aku bawa mama and abah pula ke Kalumpang untuk merasa suasana di sana.... Tapi biasa la... kat Kalumpang ni dah macam nak masuk Sagil... masuk kena bayar.... tapi kalau tak cuba tak tau... Tapi pada aku... tempat ni memang menarik la dan sesuai untuk bersantai bersama keluarga.... Setelah bincang mama call Angah pula nak tanya kot la nak join skali... then Angah pon setuju... sambil nak nunggu Angah ni... kami pun bersiap-siaplah sambil masak simple-simple seperti goreng ayam dan maggi untuk bekal di sana sedikit sebanyak time lapar lepas mandi... kalau lapar pagi tu boleh breakfast luar jer.... apa susah.... hehehehe...  

Memandangkan hubby aku takder... terpaksa la gamaknya aku drive exora aku dan sumbat semua orang naik ngan aku... huhuh.... hanya aku jer tau jalan nak ke sana... heheheh.... kang suh abah drive kang ada plak meraban perginya... heheheh..... Sempat plak aku sebelum bertolak tu aku call tempat tu untuk booking wakaf untuk beristirehat di sana.  

Lebih kurang jam 10.45 pagi bertolak dari rumah.... sempat breakfast + makan tengahari di R&R Rawang, akhirnya sampai la Kalumpang dalam jam 12.30.  Alhamdulillah..... Sampai-sampai jer anak-anak aku dan anak buah dah menggelupur nak masuk air... terus pakai baju renang dan mandi... heheheh... disebabkan perut dah kenyang... maka aktiviti tu taklah tersekat... terus kami turun ke sungai mandi-manda.... macam-macam pesen masing.... Anak-anak aku dan angah si Alya sibuk main air... sume nak di try nyer.... Anak Angah si Sarah dok melalak tak nak mandi sebab tak tahan sejuk air sungai... dah maknya si angah geram jer sebab tak puas mandi... hehehehhe... Ipar aku si Zahri sibuk explore tempat tu... Abah plak dengan perangai takut air/mandi dia... loghat jer lebih..... tinggal la aku dan  mama dok merilek mandi secara aman.... hehehhehe.... anak-anak dah puas mandi air sungai diorang ke kolam renang plak main slide air.... macam-macam gelagat budak-budak ni.... bila bawa si kecik Sarah ke sana... baru lah muka ada senyum skit sebab dah terbiasa mandi kolam la katakan... sabo jerlaaa....

Dah puas mandi... makan... dan mandi semula... at last kami bersiap untuk pulang dalam jam 5.40 petang... orang pon dah takder di situ... macam seram pulak.. heheheh.... tapi terpancar di wajah yang kami berpuas hati mandi manda di sana dalam keadaan yang bersih, tenang dan air yang jernih.... Alhamdulillah.... sampai Cyberjaya dengan selamat dalam jam 7.10 malam terus kami semua isi perut makan malam.... Thanks mama support kami semua ke sana.... Bukan selalu dapat mama belanja ni... hehehehehe.... Luv u mom!!!

Layan gambor jer laa....

Ahad, 12 Januari 2014

Anak-Anak Training Kelas Taekwondo Di Tempat Baru

Posted by Emmymazli at 4:00 PTG 1 comments
Salam tahun  baru...  masih sempat lagi kan nak wish... hehehehe

Anyway just nak sharing aktiviti anak-anak.... 

Memandangkan Kerajaan pon minta kita sebagai rakyat Malaysia ambil langkah berjimat cermat.... salah satu caranya aku terpaksa juga la mengambil langkah menukar kelas training taekwondo anak-anak aku dari training di Putrajaya ke Putra Perdana.... area rumah aku lebih dekat banyak dengan Putra Perdana dari di Putrajaya nun.... dapat aku jimat minyak kereta.  Huhuhu....

Lagi pon.... kebetulan pula.... trainer yang mengajar tu Sir Muhin yang juga sir diorang yang mengajar Kelas Sparring di Dengkil dan di bantu oleh Sir Arvind.  So harap-harap  ada banyak perkara yang boleh diperbaiki oleh anak aku selepas ini.  Bukan senang nak dapat sir-sir yang bagus kan....

Anyway... moga anak-anak aku berjaya hendaknya kelak.... Amin.  Good luck anak-anakku!!

Khamis, 9 Januari 2014

Emmymazli Enterprise Dah Didaftar!!!

Posted by Emmymazli at 2:07 PTG 0 comments
8 Januari 2014 - Putrajaya

Alhamdulillah... setelah ditimbang tara beberapa lama memandangkan aku hendak mencuba pelbagai perkara dalam dunia perniagaan maka akhirnya aku kuatkan semangat untuk melabelkan nama aku dan suami 'EMMYMAZLI' dengan mendaftar perniagaan untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan.  Puas aku fikir untuk daftarkan perniagaan ni sebab dapat permintaan untuk menjual power bank dan lain-lain barang dalam kuantiti yang banyak.  So why not aku mula dari first step dan mula cari-cari peluang perniagaan kecil-kecilan secara online.  

So.... pada 8 Jan 2014 (Rabu) akhirnya aku berjaya mendaftarkan perniagaan aku dengan nama 'EMMYMAZLI ENTERPRISE'... yeayyyy!!! Doakan aku yer kengkawan..... zaman sekarang ni kena mula berniaga untuk mencari rezeki tambahan buat anak-anak dan menyara hidup.... Aku harap aku gagah harungi cabaran ini... Amin.....

Isnin, 6 Januari 2014

Kenduri Kesyukuran di kampungku

Posted by Emmymazli at 1:55 PTG 0 comments
4 Januari 2014 - Kampung Paya Meranti, Tiang Dua, Melaka

Salam semua.... baru sempat nak update story hakak balik kampung.... Alhamdulillah... dapat la gamaknya aku dan keluarga merasa makan nasi ambeng dan berkumpul bersama keluarga kembali.  Majlis diadakan di surau sebelah rumah parents aku sempena kenduri kesyukuran buat keluarga makcik aku, Puan Janiah Sahri a.k.a. Bik Nyah.  Seronok sangat berkumpul dengan sedara mara walau aku sendiri tidak berapa sihat... demam, batuk dan selsema buat pergaulan dan kerja aku kurang aktif.    Huhuhu..... Anak-anak la seronok, sempat main air kolam kecik kat depan laman umah dan mandi hujan masa kita sibuk-sibuk.  Sabo jer la.  

Anyway Bik Nyah... thanks for the nasi ambeng and everything.  Alhamdulillah!!!  Rugi sedara-sedara yang tak balik... hehehehe

Sesi menyediakan ambeng
Sempat hanum dan alya main hujan....
Masa orang sibuk-sibuk mengemas rumah... budak-budak ni pulak sibuk main air... 
Makan ambeng beramai bersama keluarga... yang kenduri dah settle... heheheeh
Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...