Memaparkan catatan dengan label Bicara Hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bicara Hati. Papar semua catatan

Isnin, 21 Januari 2013

Kisah Cinta Seorang Wanita.....

Posted by Emmymazli at 5:18 PTG 0 comments

Salam semua.... 

Harini aku amat terpanggil untuk menulis mengenai kata-kata Ustad Azhar Idrus mengenai rumahtangga…

SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA - sedarilah bahawa jalan yang dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi semak belukar yang penuh onak duri.

KETIKA RUMAHTANGGA GOYANG - jangan saling berlepas tangan tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

Macam mana aku nak cakap ekkk.... pada aku... ada benar kata-kata UAI tu.  Rumahtangga mana yang tidak bergolak... pahit manis biarlah diharungi bersama.... jika salah seorang melakukan kesilapan haruslah saling tegur menegur waima terlalu pahit untuk ditelan tapi aku berpegang "manusia melakukan kesilapan.... maafkanlah sesama sendiri selagi mampu.... asalkan tidak melangkaui  batasan..."

Sedikit cerita dari kisah benar yang aku nak ungkaikan dari kata-kata UAI sebagai pengajaran untuk aku sendiri dan mereka di luar sana yang sudah berumahtangga  mahupun bakal mendirikan rumah tangga....  moga menjadi iktibar untuk semua….


Kisah Cinta Seorang Wanita…. (dari cerita kisah benar)

Pengalaman aku yang telah berkahwin 12 tahun... pelbagai liku rumah tangga yang aku telah lalui.... sedih dan tawa... susah dan senang... benci dan sayang.... semuanya bersama suami yang tercinta.  Aku sedar aku bukan wanita yang terhebat untuk suami aku... tapi aku cuba jadi yang terbaik walau aku sedar aku tak sebaik mana.... aku sedar adakala aku malas... aku sedar adakala aku garang... aku sedar adakala aku nakal... aku sedar adakala aku berperangai melampau.... huhuhu.  Jujurnya... aku tak pernah nak kata aku ni wanita terbaik untuk suami aku.  Begitu juga aku menerima seadanya suami aku walaubagaimana pon sikap dan perangainya.... bagi aku dia adalah segalanya... pelengkap hidup aku..... Kalau dia boleh senaraikan buruk dan baik aku.... tapi aku tidak boleh nak senaraikan kerana aku terima suamiku seadanya....

Hmmm.... tidak dinafikan.... pelbagai dugaan yang melanda perkahwinan ku sepanjang tempoh 12 tahun ini.... menangis tu menjadi 1 kebiasaan padaku.  Tiada orang yang mampu mengesat air mata ini untuk aku dan juga memujuk tatkala hati wanita aku terguris.... bukan kata aku tak bahagia.... tapi aku bersyukur kerana masih ada lelaki mulia yang menerima aku untuk dijadikan isteri setelah mengetahui kisah silamku.  Walaupun pada awalnya perkahwinan aku dulu tak direstui keluarga.... tapi aku tetap dengan pendirian aku kerana aku pasti lelaki ini mampu mengubah hidup aku.  Alhamdulillah… keluarga sudah boleh menerima seadanya suamiku setelah apa yang dibuktikan olehnya….  Namun, walaupun selepas beberapa tahun berkahwin, pelbagai rintangan yang telah aku harungi.... dimarah... diperli... dihina... hanya air mata peneman diri aku.  Aku hanya  mampu mengesat air mataku sendiri.... Aku tak mengadu dengan keluarga dan adik beradik aku.... kerana aku tahu.... aku juga akan menerima habuan dan tohmahan.... Kepada siapa aku nak mengadu??? Kawan-kawan rapat??? Tapi bolehkah diorang bantu???  Bagi aku... perkahwinan ada pasang surutnya.... ada masa memang kita rasa sangat bahagia..... ada masa bergaduh hingga kita lupa siapa diri kita...

Tidak dinafikan juga ada orang ketiga yang pernah menyayangi diri ini dizaman persekolahan hendak mengesat air mata ini dan menunjukkan yang dia lebih baik dari suami aku... tapi aku masih tahu batas-batas aku.  Aku sayangkan perkahwinan aku walaupun ia tak segah perkahwinan orang lain.  Walau orang ketiga itu cuba pelbagai cara tanpa aku sedar pada ketika itu.. tapi aku masih sedar aku sayangkan suami aku walau suami aku tak selembut mana... walau suami aku tak sekaya mana... walau suami aku tak setampan mana.... dia tetap suami aku.  Mungkin aku silap mengadu tatkala hati terluka dan aku sedar aku terlayan kata-kata dia yang mengarut.... tapi bagi aku ia hanya kata-kata lelaki yang gatal.  Hakikatnya…. aku tidak pernah keluar dengan lelaki lain tanpa pengetahuan suami aku dan melakukan perkara-perkara diluar batasan aku sebagai isteri terutamana ketika dia bekerja diluar kawasan.  Aku masih berpegang pada agama dan tertib aku sebagai isteri.  Bagaimanakah dapat aku buktikan yang aku tidak bersalah? 

 
17 Jan

3.00 petang
Adakalanya kebenaran di dalam kehidupan yang amat menyakitkan adalah sesuatu yang lebih wajar di simpan sebagai sebuah kenangan.... Kalau 10 tahun sebelum ni dalam perkahwinanku... aku merasa  bahagia tapi adakala aku menangisi pelbagai perkara yang tanpa suamiku sedar kesilapannya.... Kini aku berterus terang.... 2 tahun terakhir ini aku merasa amat bahagia dan amat berbangga dengan perkahwinanku dan suamiku.  Aku bangga suami ku telah banyak berubah... aku bangga suami aku lebih positif.  Aku bangga suami ku lebih penyayang dan prihatin terhadap aku dan keluarga.  Tiada apa lagi yang aku hendak minta.  Kebahagian dan kasih sayang suami aku.  Aku rasakan... tanpa suamiku sukar untuk aku berdiri andai aku lumpuh.... Sebab itu... aku cuba hindari segala anasir luar yang cuba mengganggu perkahwinan ku perlahan-lahan.  Aku minta perkahwinan dan diriku dihormati....  Tapi bila kejujuran aku mula dikorek dan terjumpa perkara lama yang aku cuba perbaiki dan tinggalkan angkara mimpi  suamiku yang aku melakukan hubungan seks dengan lelaki lain selama 3 hari berturut-turut.... segala-galanya musnah begitu sahaja.  Aku di sangka berlalu curang apabila suamiku terbaca perbualan lelaki  gatal dari zaman sekolah tadi denganku melalui laman sosial yang berbaur lucah.  Aku tidak memulakan tetapi lelaki itu… terang-terangan adakala aku cuba mengelak…. Aku sedar kesilapan aku kerana tidak memadam mesej-mesej tersebut kerana mungkin bagiku tiada apa yang yang hendak aku sorokkan…  Namun, kerana disalah ertikan…. tiada lagi kepercayaan untukku.... tiada lagi senyuman.... tiada lagi kasih sayang.... bagaimana aku hendak teruskan hidup tanpa suamiku....??? Biarlah orang kata aku ni bodoh kerana lelaki... tapi aku sayangkan suami aku walau jahat dan buruk macam mana sekalipun suami aku.  Aku tau hati suamiku hancur.... tapi tiada ruangkah untuk aku memohon ampun dan maaf dan menerangkan hal yang sebenar?  Puas ku pujuk dan merayu tetapi tidak diendahkan.  Aku terus terusan dipersalahkan….  Menangislah air mata darah sekalipun…. Tiada makna bagi suamiku ketika itu.   Sehingga aku melakukan perkara paling bodoh dalam hidupku untuk mendapat belas kasihan dari suamiku.  Aku menelan 20 biji panadol!!  Tapi takdir tuhan…. Aku hanya pengsan sekejap dan kesihatan aku biasa-biasa sahaja
11.40 malam
Aku terus cuba memujuk suamiku walaupun dia cuba mengelak-ngelak bertembung denganku sejak petang tadi…. …. Walau tangisan dan sedu sedan… walau aku dapat memeluk suamiku tapi aku tidak dapat memeluk hatinya…. Bagaimana bisa kupujuk hatimu… sehingga aku terlelap sambil pelukanku tidak lekang…. Begitu keras hatinya juga tidak memaafkan aku.  Katanya aku nak melepaskan diri…. Tapi tetap mempertahankan diri… aku tetap mengatakan aku tidak melakukan perkara yang terkutuk itu. 


18 Jan

6.00 pagi
Aku tersedar dari tidurku.  Mataku bengkak…. Ada sisa air mata kering di mata.   Aku mencari suamiku…. Dia sedang bersiap untuk ke tempat kerja.  Aku tahu… dia cuba mengelak dari  bertembung denganku.  Alasannya dia ada tugas.  Aku meminta ampun lagi… aku ingin memeluknya lagi.  Aku sudah tiada daya…. Suamiku terus mengelak dariku apatah lagi memberiku peluang untuk mencium tangannya.  Aku tak benarkan suamiku pergi kerja selagi dia tidak memaafkan aku.  Aku tekad….. tiada cara untuk membuktikan yang aku tidak bersalah melainkan aku mati di tangan ku sendiri.  Aku melaung macam mana pun dia tetap tidak peduli.  Biarlah jiran nak kata apa janji aku dapat pujuk suamiku.  Aku cari pisau potong daging yang dibeli suamiku baru-baru ini.  Aku mengugutnya dengan memacukan pisau tajam itu dileherku.  Aku tekad untuk mati kerana tiada apa yang aku ada kecuali lelaki ini.  Jika dia tiada…. Tiada ertinya aku hidup.  Terjerit-jerit aku disubuh hari untuk mendapatkan kasih sayang suamiku semula dan tidak lekang dari mulutku memohon ampun darinya serta menyatakan aku tidak melakukan perkara terkutuk itu.  Kebetulan… anak-anak aku baru sahaja keluar dari bilik air…. Menjerit-menjerit mereka menangis minta aku jangan bunuh diri dan mereka katakan mereka sayangkan aku….. suamiku yang masih ada rasa amarah menyuruh aku memandang wajah anak-anak.  Terduduk aku berteleku sambil aku membaling pisau ke tempat lain.  Suamiku terus keluar rumah dengan tiada apa-apa reaksi untuk ke tempat kerja. 
 
Aku pergi ke tempat kerja seperti biasa walau mata aku bengkak… walau hati aku gundah gulana dan walau dalam hati aku menangis… tak tahu bagaimana hendak ku sorokkan perasananku…. Aku tak tahu kepada siapa aku mahu mengadu.  Aku ceritakan pada sahabat terapatku di sini apa yang berlaku…. Puas dia cuba menenangkan perasaan ku….. tapi hatiku tetap tidak tenang…..

1.50 petang
SMS ringkas dari suamiku:  “Ko tolong jaga anak-anak dan semua yang ada”

Bagai di panah halilintar….  Aku jawab sms suamiku…. “Abang jangan cakap yang bukan-bukan… I love u so much… I tak mahu kehilangan abang.. Please… maafkan I dan dosa I.  Untuk kali keberapa I sumpah demi Allah I tak pernah bersama dengan lelaki lain.  Maafkan I kalau  apa yang abang baca tu mengguris hati abang tapi I tak pernah buat bang…. Apa ertinya I tanpa abang… Jika  abang tak ampunkan I sekali pon atau abang tak mahu pandang I lagi… I pula minta abang jaga anak-anak.  I hidup pon selama ini bergantung pada abang… bergantung kasih sayang abang…. Segalanya kita share bang…. I tak nak orang lain menggantikan tempat abang… I tak boleh hidup dengan orang lain.  I takkan pergi mana… cuma kalau  benar abang tidak boleh terima I dan abang benar-benar tak boleh pandang I seperti dahulu… I rela MATI!!  I hidup pon tiada guna tanpa abang dan anak-anak.  Kalau abang tak balik petang ini… anggaplah abang akan tengok mayat I malam ini.  Mungkin dengan ini  I dapat buktikan pada abang I tak buat seperti yang abang sangka dan I benar-benar cintakan abang.  Jaga anak-anak dan harta kita…. Jaga orang tua I dan you. I love u abang… Terima kasih jaga I selama ini… Halalkan makan minum dan segalanya yang abang dah berikan pada I.  Ampunkan I.  Terima kasih.”

Aku sedar kata-kataku seperti orang yang tiada pegangan hidup…. Tapi siapa tahu… jiwa aku kosong….

4.30 petang
Buat suamiku.... bagaimana harus ku pujuk hatimu....? Aku bukan wanita terhebat..... adakala aku melakukan kesilapan... maafkanlah aku.... andai tiada kasih sayangmu.... segalanya tidak bererti buatku.  Aku kosong... aku tiada apa... segalanya telah ku serahkan padamu.  Andai ditakdirkan kita tidak bersama.... biarlah AJAL yang memisahkan kita.  Aku malu berdepan dengan dunia tanpa kau disisi.  Ada baiknya aku MATI.  Aku dah letih menahan hati... aku dah letih menangis... aku dah letih jadi yang terbaik walau tidak disukai.  Dengan itu.... halalkan segalanya abang... ampunkan dosa-dosaku dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.   Jaga anak-anak dan keluarga aku.... Aku sayangkan kamu semua tapi aku tak daya untuk kehilangan salah seorang dari kamu.  Biarlah aku pergi.... Aku amat tidak berdaya.... (-_-)

6.30 petang 
Sampai sahaja rumah aku terus mengunci bilik mengunci diri di dalam bilik…. Pada anak-anak aku minta jangan mengganggu ku…. Berikan aku ruang untuk diri aku sendiri… anak-anak seolah-olah mengerti.  Di dalam bilik aku menangis…bersedih dan terus bersedih tatkala hati terus merintih menangisi kepahitan yang menimpa diri….. tatkala memikirkan apa yang perlu aku lakukan sekiranya suami yang dikasihi tidak pulang memaafkan diri dan aku mahu terus menghukum diri aku sendiri…. Tidak kira dengan apa cara sekalipon!! Aku mahu mati!!
 
7.23 malam
Aku terdengar seruan Azan dari radio yang ku pasang dari telefon dimana tujuan asal aku memasang radio itu untuk mendengar lagu-lagu sentimental sambil menangisi diri sedari tadi…. Baru ku sedar… seruan azan tadi bisa membuat hati aku tenang….  Aku sedar selama ini aku jarang mengerjakan perintahnya.  Aku hanya melakukan bila teringat dan perlu.  Dalam saat ini… apabila mendengar alunan azan tadi… entah mengapa terlintas dalam fikiran… hanya Allah yang mampu memperbaiki keadaan kerana aku tahu aku tidak bersalah.  Laju aku bangkit dan terus ke bilik air untuk mengambil wuduk…. Tanganku terus mencapai sejadah dan telekung baru pemberian suamiku minggu minggu lalu setelah dia pulang dari Kelantan.  Hiba rasa hati….. saat aku memasangkan telekung pemberian suami ke badan, air mata ini terus berjujuran dipipi.  Amat besar maknanya pada aku pemberian ini.  Rupanya… inilah tujuan Allah nak tunjukkan pada aku yang pemberian suami ku ini ada hikmah yang tersirat bakal berlaku.  Sedih…. Aku tunaikan solat maghrib dengan penuh hiba sambil  menyesali perbuatan ku selama ini.  Sambil aku bersujud… aku ternampak wajah suami dan anak-anak.  Betapa besar rahmatmu Ya Allah pada harini… Kau beri aku peluang untuk tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang mu Ya Allah. 
Selesai solat maghrib…. Aku memanjatkan doa kepada Illahi  agar dosa-dosaku diampunkan…  begitu juga dosa-dosa suami, anak-anak dan kedua-dua ibu bapa ku juga minta diampunkan…. Paling aku berdoa agar Allah bisa melembutkan hati suamiku untuk pulang ke rumah dan juga dilembutkan hatinya agar menerima ku kembali seadanya.  Berkali-kali ku ulang doaku sambil air mata berjujuran di pipi.  Wajahnya sentiasa dalam fikiranku ketika aku berdoa sambil terbayang segala usikan dan belaian suamiku ini sepanjang perkahwinan kami.  Amin…. Ya rabbal a’lamin….  Aku mencari surah yassin di dalam laci…. Sedang aku hendak memulakan bacaan Yassin… Anak-anak aku mengetuk pintu bilik mengatakan suamiku telah pulang tetapi dia berada di Kantin Pekerja Indonesia di kawasan perumahanku.  Aku sangat bersyukur dengan rahmatmu Ya Allah!!  Walau pun Kau belum sampaikannya di rumah…. tapi sudah menjadi satu rahmat yang besar padaku Kau telah membawa dia pulang.  Aku minta anak-anak mandi aku bersihkan diri dan menyiapkan kerja sekolah.   Aku kembali ke tikar sejadah dan memulakan bacaan Yassin.  Entah mengapa… hati ini terasa amat pilu…. Sambil bacaan yassin meniti di bibir…. Wajah suamiku terus bermain difikiran….  Apakah petandanya itu???  Hanya Allah sahaja yang mengerti.  Mungkin dia adalah suamiku yang terbaik Allah anugerahkan pada aku.  Sekiranya selama ni tanpa aku sedar yang suamiku adalah insan yang paling menyayangiku… harini aku mengerti betapa hancur dan hibanya hati suamiku kerana menyangka aku berlaku curang.  Apa pon… aku akan terus meminta ampun dengan suamiku hingga dia memaafkan aku tanpa sekelumit jemu  dan tanpa sekelumit gentar kerana aku tahu aku tidak bersalah.  Suamiku adalah hak aku!!

Selesai bacaan yassin… aku terbaring di tikar sejadah sambil memandang ke arah telefon yang menunjukkan waktu untuk ke sembahyang Isyak pula.  Entah mengapa…. Air mataku sukar dibendung ketika itu.  Sehinggalah aku terdengar suara Azan Isyak mula berkumandang di radio telefon hingga tamat… aku terus bangkit menunaikan Solat Isyak…. Sekali lagi aku menadah tangan ke hadrat Illahi agar segala dosaku dia, suamiku dan ahli keluarga ku yang lain diampunkan dan sejahtera hendaknya kehidupan mereka. Sekali lagi juga aku berdoa agar suamiku dilembutkan hati dan mengasihani diri ini berulang-ulang kali sambil menitiskan air mata hiba.  Aku teramat menyayanginya Ya Allah.  Kau peliharalah perkahwinan kami ini.  Amin Ya Rabbal A’lamin.

Aku meletakkan telekung pemberian suamiku di dalam lipatan sejadah.  Aku berbaring di birai katil sambil termenung mendengar radio yang dipasang ditelefon.  Dalam 10 minit aku begitu…. Tiba-tiba terdengar bunyi enjin motor suamiku tiba di porch rumah.  Tergumam aku seketika…. Ya Allah…. Begitu pantas kau menunjukkan kekuasaan mu.  Kau telah membawa lelaki ini pulang walau aku tahu belum tentu hatinya lembut kepadaku tetapi bagiku ia sudah cukup untuk memadai dia pulang ke rumah.  Indahnya kekuasaan mu Ya Allah!!  Aku tau… sekiranya suamiku ada di rumah… kebajikan dan makan pakai anak-anakku akan terbela.  Jadi aku terus membaringkan diri sambil melayan perasaan hingga terlelap tanpa secubit makanan pon yang singgah di mulut dan perutku seharian itu.  Entah mengapa….tiada sedikit pon perasaan lapar ketika itu.  Malam itu…..Aku tidak mahu  mengganggu suamiku…. Aku hendak beri peluang kepada suamiku untuk memikirkan segala-galanya dengan waras dan tawakal….  Aku berserah kepada Allah…

19 Jan

6.10 pagi
Aku tersedar dari tidur apabila terdengari bunyi alarm telefon… terus aku ke bilik air membersihkan diri dan mengambil wuduk untuk menunaikan solat Subuh.  Selesai solat aku terus berdoa seperti sebelumnya….. minta ketenangan hati dan dilembutkan hati suamiku…. Dengan telekung yang masih di badan… aku keluar bilik mencari suamiku… dia tidur di bilik anak daraku…. Anak-anakku yang lain tidur di ruang tamu.  Pintu bilik terkunci tetapi lampu bilik terpasang… Aku mencari kunci bilik dan cuba membuka tombol pintu.  Alhamdulillah… setelah dah berkali-kali mencuba akhirnya berjaya.  Aku lihat suamiku sedang tidur mengereng di katil kecil anak daraku…. Dengan telekong yang masih terpasang di badan…. Aku membaringkan diri di sebelah suamiku sambil memeluknya dari belakang dengan penuh kasih sayang dan linangan air mata.  Walau aku tahu suamiku tidak mahu dipeluk… aku tetap hendak memeluknya.   Dia tidak menolak ku pon ketika itu sudah cukup baik.  Walau beberapa kali dia cuba mengalihkan posisi badannya… aku tetap mahu terus memeluknya.  Aku tidak mahu melepaskannya.  Biar dia tahu… sejauh mana dia pergi… sejauh itu aku akan menggapainya.  Tak terucap kasih sayangku padanya….  Kami terus terlelap di katil kecil itu hingga pukul berapa aku sendiri tak pasti. 

Bagai diberi isyarat… walau aku terlelap… aku tahu suamiku bangun dari sisi aku.  Aku bangun sama dan menanggalkan telekungku dan keluar dari bilik anak daraku… ku lihat dia sedang duduk di sofa sambil menonton tv.  Aku terus ke dapur menyediakan sarapan pagi untuk keluargaku setelah 2 hari aku mogokkan diri aku dari memasak kerana terlalu bersedih. 

Selesai memasak dan siap menghidangkan makanan.  Aku kembali kepada suamiku.  Kali ini…aku akan tetap pujuk dia sedaya upayaku walau air mata ini telah mencurah-curah tanpa henti dan tidak bermakna apa-apa pada dia…. Aku akan tetap pujuk suamiku!! Aku akan tetap terus meminta ampun darinya walau aku tidak bersalah.  Aku redho… aku terus menangis dan meminta ampun…. Aku terima sahaja kemarahan yang keluar dari mulutnya….   Aku cuba untuk mencium tangannya tapi suamiku terus mengelak dari aku memegang tangannya.  Aku mengerti dia terluka tapi aku mahu pengertian dan kemaafan darinya.  Aku tidak peduli!!  Entah macam mana…. Aku dapat memegang tangannya…. Aku cium dan meratap…. “Tangan dempak ini yang I rindukan… tangan ini yang selalu mencubit, mengeletek dan mengusik I… tangan ini yang selalu membelai rambut I… tangan ini yang selalu menggaru I dan tangan ini yang selalu memeluk I.  Tangan ini juga yang beri I makan dan kasih sayang.  Please don’t go away from me… I miss this hand…. Please yang…. I love u abang… Macam mana I nak hidup tanpa u.  Please abang” Aku terus meratap…. Peluh tubuhku yang mengalir usah dikata… tapi aku tidak peduli…. Perhatian suamiku yang aku peduli.  Entah bagaimana….. dengan kata-kataku tadi…..suamiku memegang pipiku menatap wajah aku…. Aku menangis hiba di tangan yang memberi makna dalam hidupku itu selama bergelar isteri … aku cium leher… pipi dan dahinya…. Aku terus meminta ampun…. Aku memeluknya sambil bersyukur kerana Allah telah melembutkan hatinya.  Suamiku memelukku…. Suasana hiba seketika……  Ya Allah…. Aku bersyukur… Kau telah tunaikan permintaanku.  Bagaimana aku harus berterima kasih padamu Ya Allah.  Aku baring disisinya  dan memeluk tubuhnya sambil ada sisa tangisan.  Aku mengerti… walau dia memaafkan aku… tapi disudut hatinya tetap terluka kerana menyangka perbuatanku... Aku akan tetap terus berdoa untuk suamiku menyayangiku sampai akhir hayat kami nanti.
 
Alhamdulillah…. Setelah beberapa hari berlalu…. Tanpa sekali aku meninggalkan perintah mu Ya Allah…. Aku lebih merasa tenang…. Aku akan tetap terus berdoa untuk suamiku di dalam setiap solat-solatku….. Aku sedar…..walau pon dia berbuat baik padaku dan menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami tapi aku tahu… jauh disudut hatinya masih ada sekelumit sakit hati kepada lelaki yang cuba mengganggu rumah tangga kami.  Aku tahu dia cuba selidik dari teman-temanku  yang mengenali lelaki dari zaman silamku itu.  Pada aku….. lakukanlahh apa saja… asalkan dia tidak melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.  Aku tahu aku tidak bersalah.   Yang penting… aku hanya mahu kasih sayangnya dalam hidupku.  Aku akan tetap terus berdoa… moga pernikahan ini akan berkekalan hingga ke Jannah!!  Andai ditakdirkan jodohku dengannya tidak berpanjangan… biarlah hanya dengan panggillan Allah sahaja yang dapat memisahkan kami.  Amin Ya Rabbal A’lamin…
 

NOTA DARI EMMYMAZLI

PERIHARALAH DAN SAYANGILAH HUBUNGAN SUAMI ISTERI YANG TERBINA.  ALLAH MENJADIKAN SETIAP PASANGAN DAN PERHUBUNGAN ITU ADA PASANG SURUTNYA… SETIAP SATUNYA ADA HIKMAH DISEBALIKNNYA.  CUBALAH PERBAIKI KELEMAHAN DIRI UNTUK MENIKMATI KASIH DARI YANG HAKIKI.....

Ada kata-kata dari blog seorang teman yang mengusik perasaanku....

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU 

"Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, 
ambil yang jernih. Baru teguh peribadi." 

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan. 

Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi. 

Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, "Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini." 

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. 

Saling berpesan-pesan kpd kebaikan.. 

"The only real mistake is the one from which we learn nothing..."

Rabu, 14 September 2011

Hari Bengang Sedunia.... 14 September 2011

Posted by Emmymazli at 11:57 PG 0 comments
Pepagi dah buat aku stress..
Pepagi juga aku disalahkan...
Tak senang aku nak dengar ceramah!!
Main sms kat aku dan terus aku naik atas buat kerja
Orang lain silap...
Aku juga dipersalahkan....
Aku tau kerja aku...
Tapi bila orang lain yang ambil alih tugas nak buat kerja aku....
At last kerja ni dia buat tak habis.. tergantung di tengah jalan... aku jugak yang salah!!!
Orang lain suruh simpan barang boss aku dan kata boss balik nanti dia nak bagi sendiri pun...salah aku jugak!!! Bila aku bagi time dia tanya... katanya nak tunggu dia tanya baru nak bagi.. padahal orang lain yang suruh aku pegang dulu... tapi aku jugak salah.... !!!!!!
Alasannya sebab aku PA.. tugas aku...!! Muktamad!!!
Macam cipan!!!! Apa salahnya kita ni manusia ingat mengingat... aku pun kadang terlupa.... bukan takat diri ko, diri aku sendiri pun tak terurus dan aku sendiri selalu terlupa!!!
So... aku pun tak nak cakap banyak.... yer laa... memang salah aku....
Nak blame orang lain pun tak guna.... Admit sudah!! Memang aku salah!!!
Salah aku jer la nampak....!!!! Salah ko sendirik ko tak nampak....!!!  Fine!!!
You are the boss.... untuk harini ko tengok jer laa muncung aku sepanjang hari.....!!!!
Maybe sampai esok!!! Pedulik la.... tak yah nak buat-buat baik ngan aku  bila saat ko perlukan!!!!
Aku tau ko dah rasa sedikit bersalah pada!!   Itu pun sebab ko nak kejar pangkat ko tu sebab tu ko buat baik ngan aku!!!
Honestly... aku buat kerja ko dengan hati tak ikhlas!!!
Malas nak cakap banyak!!!  Porrrraaahhhhh!!!!!




Selasa, 26 Julai 2011

Perginya Datukku Yang Tersayang - Haji Sahri bin Odrus

Posted by Emmymazli at 1:02 PG 2 comments
Sewaktu aku menulis entry ini, aku baru sahaja dikejutkan dengan berita pemergian Atuk aku yang tersayang.  Aku sedang menunggu kehadiran adik aku Angah atau sepupu aku Shahril untuk membawa aku sekeluarga pulang ke Melaka jam 3 pagi nanti.   Waktu-waktu begini pula kereta aku rosak.  Dan pada waktu ini juga suami aku outstation di Johor.  Kenapalah aku diduga waktu-waktu begini.   

Ketika ini aku terusan menitiskan air mata mengenangkan segala kenangan manis aku bersama atuk sejak kecil hingga besar.  Saat Atuk mengajar aku mengaji dan sembahyang.  Saat Atuk suruh sapu laman rumah atuk dan menolong atuk menoreh getah dan buat getah keping untuk dijual.  Saat Atuk jengilkan mata kalau aku degil.  Saat Atuk bercerita dan beri nasihat berjela-jela.  Dan paling tak lupa saat Atuk mengusik atau mengejek aku yang aku ni anak keling kalau aku balik kampung.  Aku rindu Atuk dan segala-galanya kenangan bersama atuk!!!

Tapi aku redha.  Atuk telah pergi selamanya mengadap Illahi sebentar tadi jam 12.15 am 26 Julai 2011 ketika umurnya 92 tahun.  Aku redha Atuk pergi sebab aku tak mahu Atuk terus menderita dengan sakitnya.  Aku tak sanggup lihat atuk menjerit-jerit dan menangis saat dia menahan sakit.  Aku harap Makwek (nenek aku) redha Atuk pergi.... kesian Makwek.

Macam mana aku nak terangkan kesedihan aku saat aku menulis ni.  Hanya air mata meneman kesedihan aku saat aku menulis ni.  Sambil aku meletakkan gambar atuk di dalam entry aku ni semakin laju air mata aku bila teringatkan aku mengusik atuk suruh senyum bila bergambar dan atuk senyum sampai ke telinga walaupun matanya tak nampak. 

Baru semalam aku menulis entry minta kesejahteraan atuk.  Tetapi atuk tetap pergi.  Allah tetap ambil Atuk. 

"Atuk... Along doakan atuk sejahtera di sana dan ditempatkan di dalam golongan orang-orang  yang beriman.  Along akan sentiasa rindukan atuk.  Tak sia-sia Along balik Sabtu dan Ahad lepas ni untuk lihat Atuk.  Sekurang-kurangnya Along dapat lihat Atuk dan pegang tangan Atuk untuk kali terakhir walaupun Along takde di sisi Atuk saat Atuk pergi.  Tapi Along sedih tahun ni Along tak dapat lagi cium tangan Atuk Syawal nanti seperti biasa dan Along tak dapat lagi mendengar doa Atuk yang berjela mendoakan kesejahteraan dan murah rezeki Along bila Along bagi Atuk ang pow raya sejak Along kerja. Along rindu Atuk!! Atuk pergi sebelum sempat kita semua menyambut Ramadhan dan Syawal.  Sedih sangat-sangat!!!"

Sesak nafas aku bila menangis dan menulis ni.  Apa-apa pun, Al-Fatihah buat Atuk....

Gambar kenangan bersama Atuk.  Atuk terus tersenyum walaupun mata dia tak nampak ketika gambar ini diambil


Jumaat, 15 April 2011

Kes Hanum Kena Cubit Dengan Cikgu!!!!

Posted by Emmymazli at 12:00 PTG 12 comments
Salam semua….

Harini aku nak story kebengangan aku terhadap cikgu sekolah rendah agama anak aku…. Haishh… kalau fikir pun geram ni.  Biarlah aku story di sini....

Puncanya ialah anak perempuan aku si Hanum lately ni selalu mengadu dia kena cubit kat perut dengan cikgu kelas dia. So, aku ni pada mulanya, tak ambil pusing sangat hal cikgu ni kalau nak merotan atau cubit anak-anak aku ni. Bagi aku, itu adalah perkara biasa dalam proses pembelajaran. Dan aku tidak menafikan… anak aku bukannya baik sangat. Biasalah budakkan.. nakal dia tetap ada. Lagi satu.. aku tak menafikan anak aku ni si Hanum ni kuat berangan dan kadang-kadang tak siap kerja sekolah sebab ada ada perkara yang dia tak dapat nak settle sebab lambat siap, takder buku rujukan dan tak faham. So, aku anggap anak aku memang patut terima hukuman atas silap dia. Tetapi yang buat aku bengang sangat ni adalah reason cikgu dia cubit tu. Actually anak aku ni antara pelajar darjah 3 yang tak dapat buku teks yang dibekalkan oleh pihak sekolah. Reasonnya tak cukup dan akan dapat lambat. Dalam proses pembelajaran, anak aku banyak ketinggalan bila nak buat homework yang memerlukan rujukan buku teks. In my case, anak aku mengadu, cikgu suruh hafal something dari buku teks and cikgu akan tanya esoknya. So anak aku ni, apa yang nak dihafal jika buku teks tu takder. Maka bila tak hafal, cikgu tu pun cubit tanpa pikir budak tu ada buku ke tidak. Bukan anak aku jer, budak lain yang senasib dengan anak aku pun begitu. Apalah salahnya jika photostate a few pages dari buku teks dan bagi kat anak murid untuk rujukan dan hafal.  Ini tidak!!  Aku tak kisah kalau perkara ni terjadi sekali dua… aku boleh faham lagi la… ni boleh dikatakan dalam 2 minggu ni kerap dan hari-hari beb! Dah banyak tanda kat perut anak aku tu baik yang lama atau baru. Sampai satu tahap aku tak bleh blah ni bila anak aku tak nak pergi sekolah agama lagi. Dia cakap dia nak pergi sekolah petang (sekolah kebangsaan) sahaja. Emak mana tak sedih bila anak kita mengadu tu dengan suara yang sebak dan linangan air mata. Aku ni bukan apa… aku boleh terima lagi kalau cikgu tu rotan kalau sebab anak aku tak buat kerja sekolah ke atau perkara-perkara yang anak aku buat salah. Tetapi bila reasonnya anak aku tak hafal dari buku teks yang dia tak dapat memang aku rasa tak munasabah. Awal minggu lepas Hanum tunjuk cubitan cikgu tu siap luka lagi. Bekas dia pun ada lagi. But bila tiap hari asyik tunjuk bekas kena cubit, dan reasonnya sama je maka aku pun naik bengang!! Aku siap cakap ngan Hanum “Cikgu kakak ni bodoh ke apa?? Takde otak ke?” Dan aku pun tak boleh tahan, malam tu terus aku citer pada my hubby. Hubby aku pun melenting la. Siap marah aku balik apsal tak bagitau awal-awal. Haishhh.. kita nak mengadu kita pula kena marah balik… huhuhu (>_<)


Tanda-tanda kena cubit ni yang dapat dicaptured pada camera.
Kalau ikut yang asal lagi banyak.
 Dan semalam my hubby telah ke sekolah agama anak aku. Targetnya nak jumpa Pengetua tetapi pengetua pula takde sebab berkursus. So my hubby terus jumpa cikgu si Hanum tu. Hmm.. kalau my hubby dah masuk campur, pempaham jer la. Memang confirm kena sekolah balik cikgu tu. Cikgu tu tak menjawab setiap soalan laki aku dengan betul. Kalau betul tak salah, kenapa tak jawab dengan elok. Yang paling my hubby bengang bila cikgu tu sedikit pun tak tunjuk kekesalan or cakap maaf supaya my hubby ni sejuk hati. Muka tak bersalah sunguh!! Khabarnya dari cikgu lain, cikgu si Hanum tu sebenarnya mengalami tekanan jiwa/stress. Dalam keadaan dia sendiri tak berkahwin lagi, memang dia tak faham bila anak sendiri diperlakukan begitu. Dia stress, dia marah budak. Bukan cubit jer… ada yang kena rotan teruk juga. Dengarnya, sebab kes cubit ni, bukan my hubby jer yang datang ke sekolah tetapi ada ibu bapa lain yang datang jumpa cikgu ni sebab tak puas hati. Tapi dari peramatan my hubby, perkara ini tidak sampai ke pihak atasan sekolah. Maka sebab itulah cikgu tu tak ambil pusing. My hubby cakap walaubagaimana carapun, dia akan tetap jumpa pengetua sekolah tu untuk buat aduan. Samada pengetua nak tukarkan dia ke sekolah lain atau pengetua yang ditukarkan sebab perangai cikgu tu kira nasib le. Padan muka!!

Aku ni jadi emosi ni bukan apa. Kalau sesiapa yang sekolahkan anak-anak mereka di sekolah agama area Selangor (aku tak tau la kalau area lain macam manakan.. hehehhe) ni pasti tahu berapa banyak yuran sekolah dia. Mengalahkan yuran sekolah kebangsaan. Macam-macam bayaran yang dikenakan. Bayaran elaun guru la, photostat la dan macam-macam lagi. Dari segi penghasilan, tak la baik mana. Sabo jer laa….

Balik sekolah petang semalam, aku bertanya pada Hanum apa cikgu tu cakap bila ayah dah jumpa dia. Hanum said “Cikgu cakap kat semua budak kelas… lain kali jangan mengadu pada ibubapa… jangan suruh ibubapa datang sekolah lagi. Lepas ni cikgu tak kisah murid-murid nak belajar ke, tak buat kerja sekolah ke, tak menulis ke, nak main ke apa… suka hati murid-murid la nak buat apa”. Boleh ke seorang guru "Sekolah Rendah Agama" berkata begitu bila ibubapa menegur untuk penambah baikkan anak-anak dan diri guru itu sendiri. Bermaksud cikgu ni tak redha dan tak ikhlas menjalankan tugas dia sebagai guru. Nama jer cikgu agama. 

Cikgu-cikgu sekelian, tugas guru atau pendidik ni amat amat mulia tau!! Aku faham tugas sebagai pendidik ni bukan mudah. Tetapi, tolonglah didik anak bangsa kita dengan sepenuh hati walau apa pun cabarannya. Bukan seperti melepaskan batu di tangga. Memang tak semua guru begini tetapi golongan kecil yang sebeginilah banyak merosakkan nama profesion guru yang sememangnya mulia di mata masyarakat. Pelisss la wei!!!

Rabu, 13 April 2011

Sejenak....

Posted by Emmymazli at 7:05 PTG 2 comments
Aku suka kata-kata ni dari seorang kawan....

Jadilah teman bagai MENTARI, yang menyinari dan memberi semangat setiap makhluk di bumi. Seperti ANGIN, yang berhembus dan menyejukkan hati. Seperti BINTANG, yang tanpa lelah menemani malam yang sepi. Seperti BULAN, yang menenangkan mata dan hati dimalam yang sunyi. Dan janganlah menjadi teman seperti PELANGI, yang datang sejenak lalu pergi entah kemana...

Renung-renungkan dan selamat beramal!!!! hehehehehe!!!!!!!

Khamis, 7 April 2011

Minggu Setiausaha.... Perlukah Setiausaha Diraikan???

Posted by Emmymazli at 4:48 PTG 4 comments
Hmmm… dah a few days aku tak menulis…. Sebenarnya… banyak perkara yang aku nak luahkan kat blog lately ni tapi tak terluah. Ntah kenapa aku macam emosi pula lately ni. Time-time emosi ni tak boleh nak menaip lebih-lebih. Takut keluar perkataan yang tak elok. Heheheh

Oklah, actually aku kali ni nak cerita tentang Minggu Setiausaha. Cheehh… cerita macam la awak tu pernah merasa pergi Minggu Setiausaha ni. Heheheh… Aku faham, ramai yang mempersoalkan kenapa tiap-tiap tahun heboh kat mana mana media masa di mana Minggu Setiausaha dibuat secara besar besaran di hotel-hotel 5 bintang, jemput penyanyi no 1. Persoalannya sekarang penting sangat ke Setiausaha tu? Kenapa setiausaha je yang ada minggu? Kenapa tidak kerani ke, akauntan ke, office boy ke, apa ke? Adakah disebabkan nama jawatan 'SETIAUSAHA' tu glamer, atau adakah ini semua berpunca dari sikap kebanyakan BOSS yang terlalu memanjakan setiausaha-setiausaha mereka??? Jika penting sangat kenapa?

Hah!! Disinilah aku nak memperdebatkan hal ini. Walaupun pada hakikatnya aku sendiri selaku setiausaha tidak pernah meraikan atau ayat yang sebetulnya… DIRAIKAN oleh BOSS selama aku servis 11 tahun di Perkhidmatan Awam ni, namun, aku tetap nak maklumkan kat orang-orang yang tak puas hati pasal kepentingan kami ini.

Pertama sekali, aku nak mention pasal senarai tugas as a PA secara roughly.

1. Membantu BOSS dalam tugas harian :
- Menentukan Buku Catatan Harian yang teratur dan kemaskini serta perjalanan tugas harian BOSS berjalan lancar.
- Urusan mesyuarat dan tempahan bilik mesyuarat.
-Menyemak e-mail untuk BOSS dari unit-unit supaya segala perkara yang memerlukan tindakan segera dapat diketahui.
-Penyediaan fail-fail yang berkenaan.
-Urusan temujanji bagi BOSS.
- Memesan minuman untuk mesyuarat atau tetamu yang hadir untuk berjumpa dengan BOSS (biasanya PA buat sendiri)
-Urusan perjalanan dengan membuat tempahan kereta pejabat dan tiket penerbangan.

2. Pengendalian surat-menyurat / fail keluar masuk bagi BOSS:
- Mendaftar surat-surat / fail keluar masuk.
- Mendapatkan fail / perkara/ bahan yang diperlukan oleh BOSS.

3. Sebagai penghubung antara BOSS dengan pegawai-pegawai dalam dan luar pejabat
-Menjawab dan membuat penggilan telefon kepada / daripada pegawai-pegawai dalam dan luar pejabat.

4. Mengambil catatan trengkas dan menaip salinannya serta urusan taip-menaip seperti surat, memo, tuntutan perjalanan, laporan, minit mesyuarat dan kertas kerja.

5. Mengambil minit mesyuarat bahagian.

6. Kebersihan dan kawalan pejabat BOSS.

7. Menguruskan hal-hal peribadi BOSS

8. Menguruskan hidangan dan minuman BOSS pada setiap hari (termasuk cuci cawan dan pinggan BOSS & air minum mesti tersedia).

9. Tugas-tugas lain seperti yang diarahkan.

So, yang di luar sana, kalau dilihat dari segi senarai tugas PA di atas, begitulah kerja seharian aku (walaupun lately ni agak rileks skit sebab kerja-kerja pemfailan diuruskan oleh Kerani). Boleh dikatakan mostly Setiausaha di Jabatan Kerajaan semuanya akan mengalami perkara yang sama seperti aku. Tapi jika nak dibandingkan setiausaha-setiausaha di swasta, memang lagi kesian la. Mostly, boleh dikatakan, PA la menjadi tonggak kepada sesebuah syarikat. Kalau yang ada anak dan suami, boleh tunggang langgang la hidup sebab menjalankan tugas demi BOSS. Aku bercakap ni bukan semborono tetapi dari pengalaman a few kawan yang berkerja di Swasta terutamanya PA yang berkerja di bank-bank.

Memang kerja setiausaha ni kalau dilihat dari mata kasar nampak mudah. Selalunya setiausaha akan dikaitkan dengan kecantikan, seksi, berketrampilan and part paling tak best tu ‘skandal’ with boss!!! Helloooo... tu semua bergantung pada diri sendiri. Pucuk pangkal hati beb!! Kalau kerja kerani sekalipun cantik, bergaya and skandal wujud juga, so tak boleh kata setiausaha je yg terlibat dengan semua ni. Tau tak??!! Setiausaha ni umpama mata dan telinga BOSS yang perlu allert pada semua perkara, kena tau arrange schedule BOSS, kene make sure BOSS duduk dalam keadaan tenang, bersih, sentiasa diberi peringatan itu dan ini. Kena tau jaga rahsia BOSS, company dan staff yang lain. Erti kata sebenar, kena sentiasa tutup mulut, jadi telinga lintah dan sebagainya. Tak payah tengok jauh-jauh la, aku sendiri boleh dikatakan dah jadi tea lady everyday ok!! Termasuklah sediakan makan dan cuci cawan dan pinggan makan BOSS. Macam amah pun ada tau!! Kadang-kadang bosan tapi itu la hakikatnya. Itu belum lagi jadi driver BOSS. Perghhh!!! Bab kena marah la yang paling tak tahan. Sedih tau kengkadang tu. Soal manja memang takder dalam kamus tau beb!!

Nampak mudah kan...:) tapi kalau tiada pengalaman, tak mahu belajar, memang susah kerja ini. Incase kalau BOSS kena attend meeting or pergi sign agreement berjuta ringgit tapi setiausaha tak ingatkan perkara itu, tak ke rugi? Siapa salah dan siapa rugi? Just because tak remind BOSS perkara-perkara macam tu. Kalau dilihat kerja-kerja BOSS sekarang ni terlalu busy pergi sana pergi sini, meeting sana seminar sini dan kalau tiada setiausaha, bolehkah dia ingat semua meeting yang kena hadir itu?

Sebab itu kerja setiausaha agak mencabar umpama isteri BOSS bila dipejabat. Sentiasa kena berkomunikasi, cergas, dan berketrampilan. Sebenarnya setiap kerjaya ada kepentingan masing-masing. Mungkin setiausaha ada kelebihan kerana sentiasa bersama BOSS . Apapun kerjaya yang kita buat make sure kena ikhlas dan halal.

OK, berbalik kepada isu Minggu Setiausaha tu. Bukanlah kami ni mengharap sangat kami diraikan. Tetapi bila ada orang yang mengambil berat tentang kepentingan kami ni sebagai setiausaha maka kami terima seadanya. Soal kenapa kena “minggu”? Kenapa tidak “Hari” atau lebih tepat lagi Hari Setiausaha seperti Hari Guru diraikan? Part itu aku tak boleh nak jawab atau pertikaikan sebab tau-tau jer dah wujud and ada. Persoalannya, kenapa company/jabatan yang bayar? Bukan BOSS. Ini semua terletak pada BOSS masing-masing samada nak keluar belanja dari poket sendiri atau dari duit company. Janganlah nak jeles. Bukan apa, incase kalau company or jabatan bayar pun, apa salahnya. Aku perumpamakan diri aku sendirilah.... aku jarang keluar berkursus apatah lagi kalau melibatkan berjalan dengan jabatan unless program tu aku sendiri yang handle. Ibaratnya, banyak kursus dan seminar memang tiada kaitan dengan setiausahalah. Kalau ada pun, jarang BOSS akan hantar setiausaha. So, hidup kami ni memang terperuk la. Huhuhu... bertambah stress tau!!! So dengan adanya Minggu Setiausaha ni la kami dapat mengimarahkan lagi perhubungan sesama setiausaha. Tapi memang sedih la. Di Jabatan Kerajaan, peluang begitu tidak akan ada apatah lagi kalau ada artis-artis ni. Kalau ada pun, BOSS sendiri bayar ya. Tapi aku cuba mengambil peluang sempena minggu setiausaha untuk menghadiri bengkel dan seminar. Ada juga manfaatnya. Itu pun kadang-kadang query ok!! Thats why, aku lebih suka independent. Dalam kes Minggu Setiausaha ni, kalau aku nak pergi tapi BOSS tak boleh bagi, aku akan pergi hasil duit sendiri. Tak payah nak tunggu BOSS, company or jabatan yang bayar. Kalau BOSS tak appreciate kita as setiausaha, kita apreciate diri kita sendiri. Itu adalah lebih baik.

Oklah. Panjang aku membebel ni. Hehehhe. Ini hanyalah luahan rasa aku. Andai sesiapa yang baca boleh terima atau tidak, terpulanglah. Walau apa pun, aku bangga jadi SETIAUSAHA walaupun kami tak diraikan!! Huhuhu...

Tadaaaa!!!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...