Khamis, 31 Mac 2011

Hadiah Dari Avon. Thanks Avon!!!

Posted by Emmymazli at 11:36 PTG 0 comments
Alhamdulillah.........

Itu jer yang mampu aku mulakan. Heheheh.... Actually, aku telah mendapat hadiah dari Avon atas pencapaian sasaran Jualan Peribadi masa tahun 2010.  So, aku telah menerima Anugerah Wakil Avon 2011 bagi Anugerah Pencapaian Ahli Golden Circle Unit Executive sebab pencapaian aku tu.  Huhuhu... dengar macam best jer kan.  Padahal pakai sendiri jer pun.  Takder la beria nak menjual. 

Pada 27 Mac 2011 yang lepas telah diadakan Majlis Penganugerahan Avon di Putrajaya.  Aku sepatutnya hadir untuk menerima anugerah bagi kategori Golden Circle.  Tetapi malangnya aku tak dapat hadir kerana aku balik kampung dan yang paling penting aku dapat job photographer untuk wedding cousin my hubby.  So, biarlah dikejar rezeki dulu.  Betul tak??  Heheheh

Kebetulan, smalam aku telah ke Avon untuk membeli barang keperluan dan aku terus tanya staff Avon bernama Fatin jika ada bahagian yang aku boleh dapat untuk anugerah tu.  Syukur... walaupun tidak hadir, aku still dapat hadiah yang aku layak untuk terima.  Nak tau apa dia aku dapat???  Hehehehhe... Aku dapat sebuah handbag besau punyaaaaa.... dan pin AVON GOLDEN CIRCLE yang cantik & Sijil Penghargaan.  Jadi la kan.  Thanks to Fatin and semua staff Avon yang banyak membantu aku meningkatkan jualan walaupun tak seberapa.  Sayang u all!!

Ok laa... sekian dulu story for today... tataaaa.....


Hadiah yang aku dapat dari Avon

Sijil Penghargaan

Pin Avon Golden Circle

Hand bag besaaauuuu punya!!! hahhaha

Kat hand bag pun siap letak Golden Circle

Today Is My Birthday ;-)

Posted by Emmymazli at 3:56 PTG 0 comments
Salam semua....

Aku happy giler harini.  Almaklumlee.... hari ini pada 31 Mac 2011 aku menginjak umur 32 tahun.  Hmmm.... mcm tak caye jer dah 32 tahun.  Rasanya baru 23 tahun.... hahahahhaah!!!! Perasan gilerkan!! Kadang-kadang tu  bukan apa... aku ni berperangai macam budak-budak remaja tanpa aku sedar aku ni mak orang.  Apa yang budak muda buat aku pun nak.  Dressing pun camtu.  Teringin kadang-kadang tu tapi malu la pulakkan.  Kalu bab suara aku, hmmm.... jangan cakap lah.  Even orang call hand phone aku, mesti orang tanya "boleh cakap ngan mak??".  Padahal yang jawab telefon tu aku.... mak mana lagi dia nak cakap tak tau la.  Tu belum telefon pejabat lagi.  Mesti diorang ingat aku ni lom kawen kalu dengar suara aku. Manjer giler!!! Hahahahhaha!!

Anyway, jam 11.20 tadi kebetulan aku tengah berborak dengan abah melalui telefon, tetiba staff JBK ni bernama Mira datang tempat aku cakap ada 'surprise'.  Pastu tetiba muncul pula 1 mamat ni bawa sejambak bunga.  Tercengang-cengang aku dibuatnya.  Terpaksa la cakap ngan abah yang ada orang datang so kena stop berborak on phone.  Nanti abah cakap sengsorang pula kan sebab mata aku dah tertumpu kat bunga tu... Saper lak bagi ni?  Tengok pada card comel tu tulis "Selamat Hari Jadi Along....  Love You Always".  Hmmm... siapa la gerangan manusia yang panggil aku Along ni bagi bunga.  Tertanya-tanya mak tau!!  Tapi seriously.... aku masih dalam terkejut dan terharu giler bila dapat bunga ni.  Seingat aku, dalam hidup aku yg dah menjangkau 32 tahun,  baru 3 kali dapat bunga ni. First time dapat bunga masa birthday aku yang ke 18 semasa di Melaka dulu, kawan baik berbangsa Cina bagi aku bunga n hadiah.  Kali kedua semasa Konvokesyen kat Politeknik Port Dickson dulu oleh seorang teman dari kelas Diploma Jentera Am.  Kali ni tak tau la siapa empunya gerangan yang bagi bunga tu.  Dari adik aku Angah, dia kata adik aku Syila yang bagi.  Tapi kemudian tu Syila mengaku juga dia yang bagi bunga tu... Huhuhuhu.... Terharu beb!!!  Tak kisahlah sesiapa yang bagi bunga tu pun... lebih-lebih lagi bila dah tau adik aku Syila yang bagikan... so, terima kasih banyak-banyak la di atas ingatan yang diberikan pada aku.  Luv u Cilot!!




Terima kasih tak terhingga juga diucapkan kepada teman-teman dan saudara-saudara yang wish birthday kat aku di Facebook. Alhamdulillah... berderet wish korang.... terharu lagik!!! Huhuhu.  Tak lupa juga terima kasih pada insan-insan tersayang yang call hand phone aku dari awal pagi tadi and wish birthday dan juga sahabat aku Hayati Selamat yang buatkan video birthday untuk aku.  Nice video Yat!! Sayang korang semua!!!!


Now... aku menunggu surprise pula dari hubby pulak.   Sekarang ni my hubby outstation... haishhh... dah beberapa kali dia outstation time birthday aku.  Tak kisah la dia tak bagi hadiah pun, janji harini dia balik ekk!! Miss him so much!! Heheheheh...

Rabu, 30 Mac 2011

Program Tranformasi Kerajaan (GTP)

Posted by Emmymazli at 12:06 PG 0 comments
27 Mac 2011 - Stadium Putra Bukit Jalil

Perasan tak... lately ni aku asyik buat cerita back dated... hehehhe..  Serius!! Aku ketiadaan masa nak menulis.  Harap nak menulis di blog ni time masa petang di pejabat atau masa terluang di rumah pada waktu malam jer la.  Kalau hubby ada ni confirm dia bising sebab asyik layan komputer je. Huhuhuhu.!!!


Oklah.  Back to the story yang bertajuk di atas.  Last Sunday aku telah ke Stadium Putra Bukit Jalil untuk menghadiri Program Tranformasi Kerajaan (GTP) bersama hubby yang kebetulan juga menerima arahan untuk hadir oleh Pengarah  beliau.   Sebenarnya, aku menerima arahan dari pegawai di Jabatan Biokeselamatan pada jam 5.45 petang dari email mengenai program ni.  Mula-mula dapat information tu, rasa hati macam nak pergi tapi bila mengenangkan masa tu, terus tak jadi.  But akhirnya aku disenaraikan pulak.  Sib baik aku balik lambat skit.  Sempat la baca email pasal kena program GTP ni.  Mula-mula ingat nak ponteng je.... but pegawai aku tu cakap attendance kami akan di ambil, terpaksa la datang juga. 

Haishh.... actually pada hari Ahad tu, aku dan hubby amat kepenatan kerana pada hari Sabtu dan Ahad tersebut kami  berada di kampung Melaka untuk meraikan majlis perkahwinan sepupu hubby dan kebetulan kami juga ditugaskan menjadi photographer untuk mempelai tersebut.  Bayangkan, setelah selesai sahaja kerja dalam jam 3.45 ptg kami terus balik ke Putrajaya untuk menjalankan tugas yang di arahkan.  Rushing betul!!! Kena lak jam kat highway.... adehhh.... tension!! Nasib baik my hubby tau ikut jalan dalam, so terlepas la dari jam yang panjang tu.  Sempat aku dapat selelap dua dalam kereta... ngantuk dan kepenatan beb.  Sepatutnya, kami kena ada kat stadium jam 6.00 petang.  But disebabkan kami dah lambat sampai dari Melaka, akhirnya jam 7 jugak kami baru sampai kat stadium tu dengan menaiki motor.  Alamklum lee... nak post anak kat umah adik lagi. Heheheh.... Lagipun program baru nak start... so takder la hal... Heheheh...

Sampai kat sana je.. terus cari Mazwan dari Bahagian Pentadbiran dan Kewangan. Sign attendance bersekali dengan hubby aku yang wakil dari JUPEM under NRE.  Tengok geng-geng JBK ramai yang hadir melalui sign attendance tu.  Pasukan NRE yang lain ntah mana ntah.   Datang ke tak... tak tau lah.  Yang penting wakil JBK ada ekk!!!

Masa kat sana, takde apa yang menarik sangat tapi bila disebabkan kena hadir, maka kena la bersabar.  Sambil melayan program tu... layan jugak la tengok artis.  Tapi aku tak leh lama.  Tepat jam 9.50 jer aku keluar dan time tu Reshmonu lak tengah nyanyi.  Tak kuase le nak tunggu lama-lama.  Ingat nak tunggu Siti Nurhaliza tapi mesti dia persembahan yang terakhir!! Tension beb.

Sampai jer luar, bleh lak terserempak ngan budak-budak JBK.  Hah selamat!!! Kena amik gambar ni sebagai bukti wakil dari JBK ada ye.  Mana lah tau kot-kot KSU nak tengok attendance lak kan.  Sekurang-kurangnya kami selamat.   Heheheh..

Oklah... maka sekian saja story pasal GTP for today.... enjoy the pic ye.. ^_^

hubby aku possing dengan wajah boring masa
 persembahan kat dalam stadium
 
possing kat luar

aku pun nak jugak possing... heheheh
 
possing bersama staff JBK yang datang GTP ni



saja pose kat depan banner tu... bukti kehadiran aku
 kat Stadium Putra Bukit Jalil tu... heheheheheh

Selasa, 29 Mac 2011

Bengkel Asas Membuat Coklat Anjuran PUSPANITA Ibu Pejabat NRE

Posted by Emmymazli at 5:44 PTG 1 comments
Coklat yang aku buat.... cantik tak???
 25 Mac 2011 - Bilik PUSPANITA NRE


Hai semua…. Kali ni, Emmy nak citer pasal aktiviti emmy minggu lepas. Kali ni, aku telah menganjurkan 1 bengkel under PUSPANITA Ibu Pejabat NRE yang sememangnya telah lama ditunggu oleh wanita-wanita kat NRE ni iaitu Bengkel Asas Membuat Coklat.

Lama jugak aku nak meriki dengan siapa orang yang sudi nak mengajar untuk PUSPANITA dengan harga yang murah ni. Almaklum la…. Biasanya orang meniaga ni nak keuntungan dan nak bisnes cara mudah dengan hanya buat kelas di rumah. Sebab tu payah sikit aku nak cari orang yang sanggup mengajar. Kebetulan aku terjumpa blog Akak Arah ni, dan aku tengok design coklat dia menarik sungguh especially chocolate box dia. Then aku pun try la call. Setelah berborak lama, akhirnya Akak Arah setuju untuk mengajar. Lagipun Kak Arah cakap, dia memang teringin untuk membuat kelas di Jabatan-jabatan kerajaan ni tapi belum berkesempatan lagi sebab takder orang offer kat dia. So, Alhamdulillah, aku telah membuka jalan buat dia untuk mengajar di dalam PUSPANITA dan pada masa yang sama kami pun dapat belajar... bestnyeeee!!!

Cerita pasal kelas, dari 30 orang yang bagi nama kat aku untuk hadir, hanya 25 orang sahaja yang hadir. Apapun, aku happy sebab semua orang merasa untuk belajar dan merasa sendiri macam mana nak mewarna dan membuat coklat tu. Masa yang diberikan mmg tak lama. Almaklumla, Kak Arah nak demo jer dah makan masa, nak cuba buat sendiri lagi, then nak bekukan coklat lagi. Nasib baik ada jugak peti ais kat dalam bilik aku tu. Boleh juga mencepatkan proses menyejuk coklat tu. Memang makan masa skit la. But overall, semua orang merasa la membuat coklat dan makan coklat!! Itu yang penting…..

Apa pun, terima kasih diucapkan kepada Kak Arah kerana sudi mengajar untuk bengkel yang aku anjurkan itu. Hopefully lepas ni, ada la kengkawan dari pelbagai Jabatan kerajaan yang baca blog aku ni boleh minta Kak Arah ni mengajar. Good luck Kak Arah!!

Korang tau tak…. Punya la tak sabar nak tunjuk kat my mom coklat hasil tangan anak dia ni masa balik kampung Jumaat lepas but rasa frust betul tau! Boleh lak coklat tu tertinggal kat umah… sabo jer la…. Whateverpun…. Korang leh tgk hasil coklat yang aku buat bersama partner aku sorang lagi tu iaitu Cik Intan. Malang sekali Cik Intan balik awal, so dia serahkan coklat tu semua kat aku. Heheheheh…. Dan di tambah pula coklat yg didemo oleh Kak Arah tu… makin bertambah lak koleksi coklat aku… heheheheh… best2… Maka.. dengan itu jugalah, badan aku akan menambah lemak-lemak dan kolestrol. Hahahahah!!!

Kak Arah masa sesi pengenalan coklat

Taklimat dari Kak Arah

Teknik mencairkan coklat

Teknik mewarna coklat

Kak Arah menunjukkan coklat yang telah diwarna
Sesi gambar beramai-ramai
 
Coklat yang telah siap dipack oleh Kak Arah untuk setiap peserta

Lihatlah coklat saya.... agak comot skit... heheheheh

Ni coklat demo oleh Kak Arah... aku letak juga coklat aku yg ada
warna kuning pink tu bagi penuh ini kotak... heheheheh. Cantikkan....

Isnin, 28 Mac 2011

Pertandingan Sireh Junjung Sempena Mesyuarat Agung PUSPANITA NRE

Posted by Emmymazli at 1:29 PTG 2 comments
23 Mac 2011 (Rabu) - Dewan Baiduri NRE

Today nak story mory kisah mesyuarat Agung PUSPANITA NRE yg lepas…. Heheheh... Baru arini lak nak update story. almaklum le… mmg aku kesibukan masa skit lately ni…. Nak tgk blog n FB pun tak sempat… tgk jap pastu tutup.. confirm bulan ni punya bil internet kat umah tu bayar andau je sbb tak berpakai… rugik!!… hehehehehe
Last week, kementerian aku ni telah mengadakan Mesy. Agung PUSPANITA NRE… maka dengan tak sengaja aku yg juga merupakan ahli dan juga AJK terpaksa le dtgkan… before mesyuarat tu… secara tak langsungnya…. Aku telah berjumpa dgn Akak Hasidah dari JUPEM ni pada hari sebelum mesy tu sbb tolong dia simpan towel yg untuk dijual pada hari mesyuarat tu. Dia telah mengajak aku untuk joint pertandingan menggubah sireh junjung dan towel…. Macam tak caya lak dia ajak akukan…. “Silap person la akak ajak org ni”… aku ckp camtu… almaklum lee…. aku bukan penah buat pun dan masa pun dah suntuk sgt… esok nak pertandingan… arini baru nak ajak… actually aku sebenarnya dah tau lama pasal pertandingan tu… tp bukan tak minat… tp takut tak jadi jer … hehheheh… lg 1 dalam saat akhir ni mana la aku nak cari daun sireh??? . At last… pujuk punya pujuk… termakan jugak aku dgn pujukan akak Hasidah tu…. tp dengan syarat kak Hasidah kene tolong aku cari daun sireh n dia setuju…. Sampai kat umah aku terus termenung… sbb takder idea nak buat apa…. Dok la mengsearch internet… gaya sireh junjung mcm mana aku nak buat tp takder idea jugak… sambil menelek tu… aku ternampak idea sana skit.. idea sini skit… then aku draf nak buat mcm mana… kalau boleh sesimple mungkin… bukan apa… malas…. Masuk pertandingan pun sekadar nak cukupkan korum jer…. Then, masalah lain lak timbul…. Nak kena beli brg la pulak…!!! Adehhh…. Dah la tak gaji lagi time tu… terpaksa le list brg ikut keperluan dan pinjam duit laki aku tu… sib baik dia ada… heheheh… bukan main berjimat aku…. Aku just beli gabus, bunga orkid 1 btg (yg byk bunga 1 tangkai tu), bunga halus 2 ngan peniti sahaja… bodoh2 gitu pun dah RM40 tau… haishhh…. Sabo jer laa…. Sampai umah aku termenung… takkan nak wat cenggini jerkan…. Aku pun cari ler bunga pahar yg lama2 tu… tgk ok lagik… aku cabut n leraikan.. mana yg leh pakai aku amik n guna untuk esok…. Serius beb… sireh junjung yg aku buat tu mmg byk guna reben dan bahan terpakai jer….. recyle method la… huhuhu….

Masa hari pertandingan dan Mesyuarat Agung tu, aku redha n buat jer le apa idea2 yg terkeluar… ada 5 org peserta termasuk aku yg buat sirih junjung….masa yg diberi lak 30 minit jer… but ada la tambah masa… paling lambat siap aku la… huhuh… nasib baik ada adik aku dari JUPEM dan 2 org kawan aku si Latifah dn Kamariah bantu aku gunting2 daun dan bunga…. Kalu tak lagi la berabad aku nak siap…. bila dah siap… rasa cam ok lak tgk sireh junjung aku ni… tp bila tgk org lain nyer sireh junjung… huhuhu… terasa rendah diri lak… uwaa….. tp takper laa….

Dalam berdebar menunggu keputusan…. Aku ni terjebak jugak wat persembahan dengan NRE Angles wat persembahan dan poco2…. Praktis skali jer…Haishh… layan jer lee… temankan Ila sebenarnya…. Lgpun bukan susah pun… hehehhehe…

Dalam menunggu-nunggu tu… berlangsung la mesyuarat n mcm2 lagi laa…. Hmm… sampai mengantuk la aku… tp nak gak tau apa keputusannya…. Then… tunggu punya tunggu…. Aku diumum pemenang tempat kedua… Huhuhu… mcm tak caya… bukan apa… aku wat simple giler… org lain siap ada gubahan bunga bagai…. Tp bleh lak aku menang tempat kedua… tempat pertama dimenangi kak Harinawati dari JKPTG… dia punya ada tema…. Aku punya…?? Bak kata kawan aku Yat… ko buat jer tema ‘Menara Nan Sebatang…” Hahahaha… tp jadi jugakla menara nan sebatang ni menang di tempat kedua… huhuhu… Korang tau tak hadiahnya apa… RM70 jer… jadik lee… tp disebabkan aku amik lambat duit hadiah tu…. maka boss yg serahkan duit tu telah ‘mengtol’ supaya beli towel Puspanita tu yg berharga RM12 n tolak siap2 duit kemenangan tu…. Haishhhh!!! Sabo jer laa!!! Boss saper la ni!!!! Boss Umie ni…!!

Selesai mesyuarat dan bergambar bagai… maka aku pun balik dan menerima cenderahati dari pihak PUSPANITA. Dapat la coklat Ferero Roche dan uncang dari bunga riben…. Jadik lee…. sape nak bg yer tak…? Kebetulan before tu… Puan MJ a.k.a boss Umie panggil aku… ingatkan nak apa …. Rupanya dia nak bagi hadiah kerana banyak membantu dalam menjayakan program PUSPANITA… dpt la lg 1 cenderhati… Tisu cover dari bunga reben jugak… hehehheeh…. Baik lak ati si MJ tu nak bagi hadiah kat aku…. Hehehehe.. rezeki betol aritu….

Sekian… story for today….

sedang memulakan menghias tapak sireh junjung

second part... menghias menara nan sebatan... heheheh

sentuhan-sentuhan terakhir....

tadaaaa... siap sudaaaa....

inilah hasil kerja aku...

pemandangan dari atas... comel tak??

masa ni menari lagu michael buble

poco-poco

berdebar menunggu keputusan

hadiah yang diserahkan oleh Datin Shahriah


Adik aku Angah pun ada...






Besttt!!!

Bergambar bersama semua AJK dan ahli PUSPANITA NRE


Selasa, 22 Mac 2011

Layan Cuti Sekolah Bersama Anak-anak di Permaisuri Resort, Port Dickson

Posted by Emmymazli at 4:08 PTG 0 comments
18-20 Mac 2011 - Permaisuri Resort Port Dickson

Cuti sekolah yg lepas, aku n family telah ke Port Dickson untuk sesi bermandi manda… sebenarnya program ke PD ni nak menggantikan program yg sepatutnya ke Kelantan untuk majlis perkahwinan sepupu husband aku. Tapi trip ke Kelantan terpaksa dibatalkan kerana keadaan kereta aku yg tak berapa nak stabil…. Takut kang jalan jauh-jauh breakdown plak… pempahan jer lee…. kereta lama…

Aku bertolak ke PD pada Jumaat tenghari tu…. sepatutnya, hari Jumaat tu aku cuti tetapi aku dtg ke pejabat juga sbb telibat dgn Mesy. Terhimpun PUSPANITA NRE. Lepas habis meeting tu baru terus bertolak ke PD. Sepatutnya program ke PD ni menjadi program bersama family lain, tetapi memandangkan family lain pun kesibukan, maka dgn itu, hanya aku sefamily jer pergi. For info, bilik hotel yg kami menginap tu telah dibeli melalui program MATTA FAIR dgn harga yg murah…. Kebetulan program ke Kelantan tu tak jadi… so husband aku menggunakan la peluang guna baucer yg dibeli semasa MATTA FAIR untuk mengisi cuti skolah anak-anak aku….

Petang Jumaat tu, aktiviti pertama aku ialah melawat sahabat lama semasa di Sek. Menengah Vokasional Port Dickson si Hasrunnafi atau lebih glemer dgn panggilan Adek di Akademi Imegresen, Port Dickson. Cadangannya, jumpa Adek tu sbnrnya nak melawat kawasan akademi tu untuk buat reunion. Mmg not bad la tempat dia… Alhamdulillah, ptg tu si adek belanje kami sefamily di kedai makan yg isteri dia buka di Akademi tu… kemudian malam tu aku n family jalan2 area Teluk Kemang sambil mencari pelampung yg anak2 aku dok loghat mengecek dari petang tu… sabo jer le….

Sabtu tu, semasa di Permaisuri Resort, untuk anak-anak aku, tiada yg paling best melainkan mandi kat kolam renang tu. Tp aku ngan hubby lak keboringan…. Ingat nak main jet ski tp takder lak… sib baik ada ATV bike tu… boleh la aku testing… mcm naik motor cross beb!! Aku n hubby lenjan cukup2 la sampai tercabut rantai motor tu… hahahahha.. mesti bengang mamat yg sewa ATV bike tu…. huhuhu… nasib ko lee…. tgh tu… bila dah penat main motor .. anak2 aku lak dah mandi kemain lama.. mestila perut lapor kan… apa lagik… layan kari kepala ikan kat pekan PD… perghhh!!! Terangkat beb!!... licin!! Elok lepas makan je ngantuk…. Hehehehhe….


Mesra bersama hubby masa mula2 naik ATV Bike ni

Bergaya la tu kunun... h ehehhe


Aku pun nak possing dgn ATV Bike ni... heheheh

Layan Kari Kepala Ikan kat Pekan Port Dickson

Hanum yg tgh ngantuk melihat lauk... hahahahha

Petang tu… aku n suami layan bijik mata.. anak2 aku layan mandi lagik… jgn ingat aku saja lepaskan anak2 aku sesuka hati mandi kat situ yee… tp aku rasa selamat sbb kat hotel tu, kolam renang tu punya guard mmg garang n strict giler… asal budak masuk kolam renang besar jer dia berbunyi…. So anak2 aku selamat di kolam renang yg takat pinggang diorang jer lee… hehehehhe… diorang suka mandi kat situ sbb ada water slide… pastu kawan ramai… sakan laa…. Dalam pukul 6.00 petang baru ada mak sedara dan cousin aku dari Seremban datang menyinggah bawa anak-anak dan anak buah yang lain mandi manda kat situ n lepak sesama…. As usual, bibik aku bik nyah joint tido skali kat bilik tu… baru happening… tak la aku bosan sgt… bila dah ramai baru syok nak wat program apa2… tol tak??? Petang tu aku n hubby serta cousin aku dan anaknye naik boat round area Blue Lagoon…. Best betul… bukan apa… area Blue Lagoon tu mmg rileks jer berbanding di area Teluk Kemang….

Kunun2 boleh bawak boat la tu... hehheeh

With hubby, Safuan, Abg Eddie n Adlina


Sesi mandi kolam

Malam tu… aku n family yg ada makan malam di Eagle Ranch PD. Actually, cousin aku bekerja di situ as a Chef… kebetulan lak anak dia pun joint ada dgn kami n kebetulan juga haritu birthday dia.. so kami dinner sambil celebrate birthday Suraya la…. Mmg best malam tu…. lepas makan… cousin n anak2 buah aku balik Seremban.. tinggal Bik Nyah n family jer yg stay dgn aku kat hotel tu….

Esoknya Ahad… lepas breakfast… aktiviti pertama aku adalah mandi laut…. Rindu woo… saja takmo mandi dulu walaupun sampai awal… takut celeng… hehehhehe…. Terasa puas betul mandi laut…. Pastu, aku n suami belanja bibik aku n family naik banana boat…. Hehehhe…. Mengelenjit la semua… hahahha… as usual lepas semua settle… tgh tu baru check out….

Alhamdulillah… selepas semua selesai… masing-masing balik dgn kepenatan terutamanya anak2 aku… mandi kolam lelama sampai hitam melengit… dah tak comel dah!!

Sekian sahaja story pasal cuti skolah anak-anak aku ni… hehehheh

Dinner at Eagle Ranch

Celebrate birthday Suraya... yg baju putih Abg Mie yg berkerja di Eagle Ranch tu...







Bergambar dengan semua yang ada

Mandi laut

Testing dulu banana boat

Layan Banana Boat
Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...