Memaparkan catatan dengan label SMVPD 79ers. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SMVPD 79ers. Papar semua catatan

Isnin, 29 Disember 2014

Picnic 5 Family SMVPD79ERS

Posted by Emmymazli at 11:06 PG 0 comments


28 Disember 2014 - Pantai Bagan Lalang, Sepang Gold Coast
Finally... semalam aku dan 4 lagi family kawan-kawan sekolah ‪#‎SMVPD79ERS‬ iaitu Lala, Hajar, Liza dan Jep dapat berpicnic sekali. For sure kalau 4 wanita jelita dan teddy bear besar ini kalau dah berjumpa... boleh haru tempat tu.... happening giler.... pening kepala mak si Hajar yang ikut sekali....Sesi kami ni tak lain tak bukan... makan dan makan serta borak tak ingat dunia... Anak-anak jangan cakap laa... happy sangat dapat mandi laut dan main pasir pantai... kebetulan aku yang bawa anak buah aku juga si Alya pon kemain suka dia bila dah beramai-ramai mandi manda.  

Sebenarnya... planning nak berpicnic ni adalah secara tertutup sahaja... tak la beria nak ajak ramai-ramai ala reunion. Ni picnic geng sekolah yang kaki betah punya.... heheheh... plan ala kadar tau-tau jadi... kalau plan beria kang kecewa lak... ada jer hal nye last minit.... 

Oklah... for my side.... aku dapat lunaskan permintaan anak dara aku si Hanum tu yang nak sangat mandi laut since mula-mula cuti sekolah.... so... permintaan settle! Tq semua... ♡♡♡
Pemandangan dari tempat kami duduk
Bila anak-anak mandi laut
Sakan dengan main pasirnya
Sempat bagi posse cantik
Jejaka bbq
Bila geng jahanam 4+1 SMVPD79ERS dah bergambo
Dah penat mandi dan main pasir... tahu pula lapor yer... tapi sangat tak senonoh cikgu lala ajor bagi minum pakai centong... hahahahah
Muka anak-anak yang puas hati...
Kami juga puas hati... yeayyyy

Ahad, 14 Ogos 2011

Majlis Berbuka Puasa SMVPD 79ers

Posted by Emmymazli at 8:37 PTG 0 comments
13 Ogos 2011 - Restoran Rimba Klasik, Bangi

As usual... bulan Ramadhan jer.. banyak event buka puasa yang nak dipenuhi.  SMVPD 79ers untuk bekas student Vocay PD juga mengambil peluang untuk berbuka puasa bersama-sama.
Penganjur tu macam biasalah... akak jugakkk!!! Heheheh... tapi bukan la aku jalankan sengsorang.. event ni takkan menjadi tanpa sokongan kengkawan lain terutamanya Ecah dan Jep Auto.  Alhamdulillah... event berganti event.... semakin bertambah jumlah kengkawan yang joint kami.  Kalau nak mengharapkan semua datang.. mungkin agak mustahil.  Bagi aku, mana yang ada pun dah cukup berjaya kalau yang lain dapat hadir. 

Tempat yang kami rancang untuk berbuka puasa adalah di Restoran Rimba Klasik, Bandar Baru Bangi.   Kami pilih tempat ini sebab tempat ini adalah titik tengah bagi kengkawan yang datang Port Dickson, Seremban, KL dan Klang.  Tak kisahlah mana pun mereka.... yang penting kami dapat sama-sama berkumpul.  Buffet kat sini berharga RM27 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak.  Agak murah berbanding tempat lain.  Di sini menyiapkan masakan ala-ala kampung.  Bab rasa.. kira ok la.. Not bad at all.  Kira aku puas hati la jugak....

Kengkawan yang datang event ni ialah Ecah PPU, Adik EK, Hazlinda BB, Giant AUTO, Wak MRT, Fitri MRT, Wazir MRT, Syahrul KFL, Aziz PPU, Blink MPPU, Harris Singh EN, Yazid TL, Jefly BB, Jep AUTO, Yumie JDI aku sendiri, Emmy PPJ. (shortform dibelakang nama tu stand for nama kelas kami)

Seronok giler bila berjumpa kengkawan lama... ada yang aku tak jumpa sejak habis zaman sekolah.  Ada yang aku pernah jumpa di event yang lalu.  Tapi masing-masing semua sporting sangat.  Meriahlah tempat tu dengan  kehadiran kami.  Ada yang bawa family... sampai pack jugalah tempat tu... To those yang tak joint event ni... amatlah rugi.... Bila jumpa semua ni.. rasa macam balik di zaman sekolah pulak.  Yang bezanya ialah bila masing-masing dah berumur dan ada yang agak montel.... Heheheheh.  (akulah tuh!!! ;p)

Bila dah jumpa mereka-mereka semua ni... rasa macam tak nak balik pulak.  Borak sampai lupa diri.  Minum air pun dah bercawan-cawan.  Masing-masing yang bawa family tu tak bolehlah stay lama-lama.  Kalau sengsorang tu mau ntah pukul berapalah baru balik.  Gedebak gedebuk... ada jugaklah dalam pukul 10.30 juga baru masing-masing beransur. 

Aku mengharapkan... di masa akan datang, ramai lagi kawan-kawan dapat joint event SMVPD 79ers ni.  Kalau boleh, cubalah luangkan masa seketika untuk berjumpa kengkawan lama ni.  Aku ni antara AJK penganjur.. bila tengok tak ramai yang nak turut serta rasa macam sedih sangat.  Rasa tak berbaloi penat lelah dan wang ringgit kami AJK-AJK ni bila korang tak bagi kerjasama.  Pada aku, dimana pun penganjur buat... cubalah turut serta dan ambil kira kesusahan dan kesenangan orang lain.  Jangan nak penting diri sendiri jer.  Honestly, kami AJK-AJK penganjur tak boleh nak puaskan hati semua orang.  Nasihat aku untuk korang, jangan sesekali mengukur nilai persahabatan kita atas dasar kamu atau mereka adalah dari kelas berlainan.  Kita semua sama.  Di mana pun korang berada di saat ini, kita semua adalah dari akar atau sekolah yang sama.  Di situlah  kita sama-sama menuntut ilmu untuk menentukan di mana kita berada sekarang...  Pada kengkawan yang mungkin suatu ketika dulu ada sejarah  yang tak berapa baik di antara kalian tidak kiralah korang putus sahabat sebab bergaduh ke, bercouple ke tapi takder jodoh..... kalau boleh... buangkanlah yang keruh dan ambillah yang jernih... kita perbaiki kesilapan dan persahabatan kita.  Umur masing-masing pun dah meningkat.  Sampai bila nak bermasam muka yer tak?? v(^_^)  Ambil contoh dari aku sudah... heheheheh (ayat perasan sendiri)

Oklah.... takmo citer banyak-banyak.  Aku ucapkan terima kasih kepada semua kengkawan yang hadir dan juga ahli keluarga korang yang sama-sama memeriahkan event kita ni.  Korang memang terbaekkk lah!!!!!

Thanks guys!!!!!
Wak MRT dan isteri (baju kuning) dan Yazid
Dari kiri Ecah PPU, Hazlinda BB, Jep AUTO dan Giant AUTO
Baju biru tu Fitri MRT, Yumie JDI, Shah KFL, Wazir MRT dan Haris Singh EN
Family aku, Wak dan Yazid
Bergambar dengan kengkawan yang ada
Susah sangat nak dapat bergambar dengan dak Adik EK ni....

Tengah sibuk mengira duit
Bergambar beramai-ramai

Isnin, 27 Jun 2011

Bowling Suke-Suke SMVPD 79ers

Posted by Emmymazli at 3:51 PTG 0 comments
26 Jun 2011 - The Mines

Lama juga geng-geng SMVPD 79ers tak gathering.  Rasanya last event bersama diorang pada awal bulan Januari lepas. 

Atas permintaan ramai, maka terjadi jugalah program bowling suke-suke dengan kengkawan lama ni.  Aku memang tak menjangka kali ini akan ada lebih ramai yang hadir dari dulu sebab responnya taklah sebaik mana.  Tetapi atas ketelusan kengkawan, akhirnya menjadi juga program ni walaupun pada saat akhir masing-masing ada program tersendiri dan tak lupa juga yang sememangnya mereka ada tugas yang perlu disettlekan tetap dapat juga bersama-sama memeriahkan majlis. 

Antara kengkawan yang hadir pada hari itu ialah Jafrul, Jefry, Harris Singh, Shahril MRT & isteri, Giant, Yazied, Wak & isteri, Hafis, Yumie, Jefly, Rynda, Hajar & suami, Ecah PPU dan anak-anak dan hubby aku jugak....
Kesemua yang ada bersama suami dah isteri memasing
Sambil berbowling sebagai agenda utama... dapat juga bergurau senda seperti dulu ngan kengkawan.  Yang bestnya, baik suami atau isteri memasing, semuanya sporting.  Dalam ramai-ramai haritu, Rynda la yang amat menjadi perhatian cik abang cik abang semua.   Almaklumla... pramugari, single dan comel pula tu.  Hehehehhe.  Paling sakan bila hubby si Hajar pun sakan mengusik si Rynda.   Pecah perut kengkawan yang mendengarnya.  Hahahahha!!

Selesai bowling, maka sesi makan dan meeting lah buat kami di kedai mamak sebelah The Mines tu jer.    Selain nak berjumpa, tujuan bowling diadakan adalah untuk berbincang dengan kengkawan yang lain untuk up coming reunion yang dijangkakan pada bulan Oktober.  Alhamdulillah, semua kengkawan yang hadir dapat memberi respon yang baik dalam meeting tersebut.  Syukur sangat.   Di harap semuanya berjalan dengan lancar la hendaknya.

Eh, lupa pula.  Sebagai permulaan,  Bendahari untuk SMVPD 79er telah dilantik dahulu untuk memastikan pembayaran untuk apa-apa program yang akan dijalankan.  Mesyuarat bersetuju untuk melantik En. Mohamad Jafri bin Mahmud (Automotif) sebagai Bendahari.  Good luck Jep!!

Anyway.... u olls layanlah gambar kami  yang comel-comel ni yer.... Heheheheheh... Tataaaa!!!


Masa untuk ke kedai mamak!!
Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...