Khamis, 18 Ogos 2011

Bengkel Decoupage Anjuran PUSPANITA NRE

Posted by Emmymazli at 5:27 PTG 0 comments
 18 Ogos 2011 (Khamis) - Dewan Baiduri, NRE

Salam semua....

Excited giler aku harinih!! Lepas habis jer bengkel decoupage tadi, terus aku buat entry ni.  Sementara masih hangat lagi ni, baik aku story... yer tak???
Semasa sesi Bengkel Decoupage
 Today aku belajar something new.  Korang pernah dengar "decoupage"?  Pada yang tak pernah dengar... meh aku citer.  Decopage ni adalah dari perkataan "day-coo-parj"  merupakan asal daripada perkataan Perancis yang bermaksud "potong". Decoupage merupakan perkataan yang merujuk kepada teknik memotong kertas untuk ditampal pada sesuatu permukaan sebagai dekorasi. Decoupage boleh ditampal  pada kaca, papan atau kayu, seramik, botol dan tin dengan menggunakan kertas seperti tisu, wallpaper, wallborder dan kertas pembalut hadiah.  Kebaikan teknik decoupage ini ialah ianya memerlukan sedikit  alatan tetapi hasil yang  amat menarik. Decoupage yang paling disukai ialah corak bunga-bungaan dan buah-buahan. Alatan untuk decoupage ialah  sealer (gam), cat akrilik (untuk warna asas), tisu dan varnish (sebagai pelindung dan  pengilat).  Fuhh!!! Baik punya penerangan aku bagi kan... hehehhehe
Datin Shahriah dan Dr. Sharifah Norul bersama rakan-rakan dan peserta-peserta lain sedang khusyuk memotong tisu
Adik aku pun turut serta bengkel ini
Bengkel yang aku sertai ni adalah anjuran PUSPANITA Cawangan NRE di bawah Biro Keusahawanan yang dipegang oleh PUSPANITA Ibu Pejabat NRE.  Kiranya atas usaha AJK-AJK akulah tu.  Tapi yang menguruskannya aku jugak!!! Huhuhu... Bukanlah aku nak perasan bagus.... tapi aku amat berbangga bila diberi peluang dan tugas untuk mencari tenaga pengajar dan mengendalikan bengkel ini dari A-Z.  Dan paling best bila bengkel ni mendapat sambutan hangat dari pelbagai pihak terutamanya pihak atasan.  
Kak Gee sedang memberi penerangan tentang decoupage
 Kelas macam ni kita kena pastikan mendapat cikgu yang best.  Tapi cikgu yang ajar decoupage harini memang best!! Cikgu tu ialah kak Roziah Hani atau nama glemer dia Honey Gee.  You all boleh buka blog dia di http://honeygeesdecoupage.blogspot.com/ dan tengok hasil kerja dia.  Bukan takat decoupage jer, fork art dan deco painting pun dia buat dan hasilnya amat cantik.  Semasa bengkel ini, Kak Gee ajar dari A-Z.  Memang senang kalau ikut cara dia ajar step by step tu.  Tapi masalahnya... kalau dah dasar tangan tak berapa nak lembut dan tak bedung... memang lainlah jadinya.  Tak yah tunjuk contoh orang lain... aku punya jer dah cukup.  Huhuhu.  Bab mengecat dan varnish ok lagi... tapi masa nak potong tisu tu memang aku rasa nak muntah dan bosan.... nak gunting ala kadar jer kang tak cantik pula.  Lagi 1 yang buat aku tension skit ni bila nak seal tisu tu kat papan.. Kalau silap letak nanti berkedut pula jadinya bunga tisu  tu.. dah tak comel.... Kalau tengok kerja aku tu... huhuhuh... sedih mak tau.... tapi bila tanya cikgu tu... hasil tangan aku tu dikira lulus la jugak... hehehhehe.  Best.. best!!!
Puan Roziah Hani @ Kak Gee
Oklah.... apa sangat nak story pun kan... korang tengok jer lee gambar hasil kerja aku nih dan kengkawan lain yang aku tepek kat blog ni....

See ya!!! ^_^
Lihatlah hasil kerja aku... ok tak??
Bersama AJK-AJK menunjukkan hasil kerja masing-masing
Khusyuk adik aku Angah buat kerja dia.. hahahahah
Inilah hasil tangan adik aku si Angah @ Azwa dari JUPEM
Kami AJK-AJK buat kat depan... kesian... takder table.. huhuhu
Nasib baik time gambo ni dicaptured aku tak tunjuk muncung aku semasa khusyuk menggunting tisu...kalau tak mesti buruk... huhuhu
Ila dah siap kerja dia... aku still dengan tisu aku.. huhuhu
Bergambar dengan cikgu decoupage... Kak Gee
Pengerusi-pengerusi PUSPANITA di NRE pun nak tunjuk hasil kerja mereka...
 

Ahad, 14 Ogos 2011

Majlis Berbuka Puasa SMVPD 79ers

Posted by Emmymazli at 8:37 PTG 0 comments
13 Ogos 2011 - Restoran Rimba Klasik, Bangi

As usual... bulan Ramadhan jer.. banyak event buka puasa yang nak dipenuhi.  SMVPD 79ers untuk bekas student Vocay PD juga mengambil peluang untuk berbuka puasa bersama-sama.
Penganjur tu macam biasalah... akak jugakkk!!! Heheheh... tapi bukan la aku jalankan sengsorang.. event ni takkan menjadi tanpa sokongan kengkawan lain terutamanya Ecah dan Jep Auto.  Alhamdulillah... event berganti event.... semakin bertambah jumlah kengkawan yang joint kami.  Kalau nak mengharapkan semua datang.. mungkin agak mustahil.  Bagi aku, mana yang ada pun dah cukup berjaya kalau yang lain dapat hadir. 

Tempat yang kami rancang untuk berbuka puasa adalah di Restoran Rimba Klasik, Bandar Baru Bangi.   Kami pilih tempat ini sebab tempat ini adalah titik tengah bagi kengkawan yang datang Port Dickson, Seremban, KL dan Klang.  Tak kisahlah mana pun mereka.... yang penting kami dapat sama-sama berkumpul.  Buffet kat sini berharga RM27 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak.  Agak murah berbanding tempat lain.  Di sini menyiapkan masakan ala-ala kampung.  Bab rasa.. kira ok la.. Not bad at all.  Kira aku puas hati la jugak....

Kengkawan yang datang event ni ialah Ecah PPU, Adik EK, Hazlinda BB, Giant AUTO, Wak MRT, Fitri MRT, Wazir MRT, Syahrul KFL, Aziz PPU, Blink MPPU, Harris Singh EN, Yazid TL, Jefly BB, Jep AUTO, Yumie JDI aku sendiri, Emmy PPJ. (shortform dibelakang nama tu stand for nama kelas kami)

Seronok giler bila berjumpa kengkawan lama... ada yang aku tak jumpa sejak habis zaman sekolah.  Ada yang aku pernah jumpa di event yang lalu.  Tapi masing-masing semua sporting sangat.  Meriahlah tempat tu dengan  kehadiran kami.  Ada yang bawa family... sampai pack jugalah tempat tu... To those yang tak joint event ni... amatlah rugi.... Bila jumpa semua ni.. rasa macam balik di zaman sekolah pulak.  Yang bezanya ialah bila masing-masing dah berumur dan ada yang agak montel.... Heheheheh.  (akulah tuh!!! ;p)

Bila dah jumpa mereka-mereka semua ni... rasa macam tak nak balik pulak.  Borak sampai lupa diri.  Minum air pun dah bercawan-cawan.  Masing-masing yang bawa family tu tak bolehlah stay lama-lama.  Kalau sengsorang tu mau ntah pukul berapalah baru balik.  Gedebak gedebuk... ada jugaklah dalam pukul 10.30 juga baru masing-masing beransur. 

Aku mengharapkan... di masa akan datang, ramai lagi kawan-kawan dapat joint event SMVPD 79ers ni.  Kalau boleh, cubalah luangkan masa seketika untuk berjumpa kengkawan lama ni.  Aku ni antara AJK penganjur.. bila tengok tak ramai yang nak turut serta rasa macam sedih sangat.  Rasa tak berbaloi penat lelah dan wang ringgit kami AJK-AJK ni bila korang tak bagi kerjasama.  Pada aku, dimana pun penganjur buat... cubalah turut serta dan ambil kira kesusahan dan kesenangan orang lain.  Jangan nak penting diri sendiri jer.  Honestly, kami AJK-AJK penganjur tak boleh nak puaskan hati semua orang.  Nasihat aku untuk korang, jangan sesekali mengukur nilai persahabatan kita atas dasar kamu atau mereka adalah dari kelas berlainan.  Kita semua sama.  Di mana pun korang berada di saat ini, kita semua adalah dari akar atau sekolah yang sama.  Di situlah  kita sama-sama menuntut ilmu untuk menentukan di mana kita berada sekarang...  Pada kengkawan yang mungkin suatu ketika dulu ada sejarah  yang tak berapa baik di antara kalian tidak kiralah korang putus sahabat sebab bergaduh ke, bercouple ke tapi takder jodoh..... kalau boleh... buangkanlah yang keruh dan ambillah yang jernih... kita perbaiki kesilapan dan persahabatan kita.  Umur masing-masing pun dah meningkat.  Sampai bila nak bermasam muka yer tak?? v(^_^)  Ambil contoh dari aku sudah... heheheheh (ayat perasan sendiri)

Oklah.... takmo citer banyak-banyak.  Aku ucapkan terima kasih kepada semua kengkawan yang hadir dan juga ahli keluarga korang yang sama-sama memeriahkan event kita ni.  Korang memang terbaekkk lah!!!!!

Thanks guys!!!!!
Wak MRT dan isteri (baju kuning) dan Yazid
Dari kiri Ecah PPU, Hazlinda BB, Jep AUTO dan Giant AUTO
Baju biru tu Fitri MRT, Yumie JDI, Shah KFL, Wazir MRT dan Haris Singh EN
Family aku, Wak dan Yazid
Bergambar dengan kengkawan yang ada
Susah sangat nak dapat bergambar dengan dak Adik EK ni....

Tengah sibuk mengira duit
Bergambar beramai-ramai

Iftar Ramadhan APDISK

Posted by Emmymazli at 7:20 PG 0 comments
8 Ogos 2011 (Isnin) - Cafe Dapur Mas, Presint 9, Putrajaya


Salam semua.... today nak story pasal event aku dengan geng-geng APDISK.  Heheheh... sekali lagi aku memasukkan entry dengan lambat... sibuk di ofis sampai tak sempat nak buat entry....
Geng-geng APDISK yang hadir
Korang pun maklum jugakan... bila time bulan Ramadhan jer... ada saja majlis untuk buka puasa di sana sini.  Tapi biasanya... kena bayar la.  Mana ada free.  Tul tak?? Heheheh... Macam aku... bila bulan puasa jer... perbelanjaan makan aku sekeluarga pun tinggi juga la.  Sebab anak-anak juga berpuasa.  Kalau aku makan buffet di luar... anak-anak aku pun aku kena bayarkan juga.  Bukan murah-murah buffet di luar.  Itu belum lagi kalau pergi Bazzar Ramadhan bila nampak je makanan or air tu sedap jer terus nak beli.  Huhuhu.

Oklah... berbalik kepada tajuk story aku.  As usual, APDISK mengambil peluang untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama ahli-ahli dan AJK APDISK.  Tapi as usual juga, hanya orang yang sama dan AJK tu juga la yang joint pun.  Takde muka lain.  Hmmm.... dah tak tau macam mana lagik nak promote kat ahli-ahli APDISK ni untuk joint event kita ni.  Kadang jadi penganjur pun naik sedih tau. 

Kali ini, majlis ini dibuat di Cafe Dapur Mas, Presint 9, Putrajaya.  Harga  buffet untuk sekepala ialah RM28 bagi dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.  Tapi, bukanlah aku nak komen-komen yang tak baik tentang cafe ni but honestly, makanan kat sini memang tak seberapa sedap pun.  Lauk-lauk yang disediakan juga tak banyak pilihan.  Macam tak berbaloi la bayar RM28 hengget tu.  Ni  bukan komen aku sorang sahaja tau.  Tetapi majoriti yang hadir semua kata begitu.  Aku ni taklah cerewet bab makan.  But bila tengok lauk jer... terus rasa hampa.  Nak buat camner... kat Putrajaya ni.. tu jer yang ada dan murah. Huhuhuh
Dapur Mas Presint 9 Putrajaya
Suasana semasa mengambil makanan buffet
Apa-apa pun, yang penting ialah bila ahli-ahli APDISK dapat berkumpul bersama.  Bagi aku.. semenjak aku joint APDISK ni, walaupun kami berlainan umur tetapi persahabatan kami semakin hari semakin erat.  Alhamdulillah!!  Itulah pentingnya bila APDISK diwujudkan.   Selain dapat mengeratkan persahabatan tak kira pangkat dan umur di kalangan ahli, banyak lagi faedah yang berguna boleh diperolehi bila joint APDISK ni. 
Lepas makan terus sesi berbincang
Oklah... takder apa nak distory pun... event makan jer pun kan... as usual juga bila kami-kami ni berkumpul.... acara bergosip untuk event akan datang dan bergambar adalah agenda yang penting... Tak sahlah kalau takder agenda ni.  Hahahahha...

Enjoy the pic yer...
Hubby dan anak pun joint juga...
Setable dengan Lia
Member sekementerian Yasarina dan hubby dia member sekolah aku...
Berbincang dengan presiden
Gossiping
Possing dengan anak Yas yang gevu
Pantang ada camera jer... heheheh
Jejaka-jejaka idaman malaya kami yang turut serta... amacam... macho tak????



Selasa, 9 Ogos 2011

Tempat Berbuka Puasa Yang Best ^_^

Posted by Emmymazli at 12:23 PG 2 comments
Salam semua.... Selamat Berpuasa.... today nak story pasal tempat berbuka puasa yang best.   Tempat ni, aku dah pergi hari minggu yang lepas bersama family aku dan mertua aku.   So, sesiapa yang nak datang ke Melaka, boleh la mencuba menu berbuka puasa ni yer v(^_^)v.

Tempat pertama yang aku pergi untuk sesi berbuka puasa setelah disuggest oleh adik aku Syila ialah Seoul Garden yang terletak di dalam Mahkota Parade Melaka.  Di sini menyediakan makanan ala-ala Korea secara buffet yang harganya berpatutan dan yang penting sedap ok!!!!  Before ni, aku dengar kesedapan makanan kat sini melalui adik dan cousin aku jer... at last aku merasa juga.  Kat sini, kita boleh makan masakan yang panas-panas.  Mana taknye, pengurusan restoran itu menyiapkan makanan yang telah siap dirempahkan untuk digoreng dan bebola ketam, udang, ikan, sotong dan macam-macam lagi untuk dimasak steamboat.  Kita datang restoran tu pilih-pilih dan terus masak jer atas meja kita yang telah disiapkan dapur.  Memang puas hati sangatlah kalau kita makan kat sini.  Makanlah sebanyak mana.  Biarlah sampai lebam.  Hahahah.  Minuman pun juga begitu... refill lah berapa puluh kali pun dan minumlah sampai buncit.  Itu termasuklah lagi buah-buahan, ABC dan ice cream.  Hehehhe.   Giler kentang aku makan haritu.  Sampai biru-biru muka nak habiskan makanan dalam pinggan aku.  Hahahahah... Hubby aku jangan cakaplah.... ntah ke berapa round dia makan aku pun tak sure.  Yang kelakarnya, tahap kekenyangan aku dan hubby tu, perut kami punya kenyang sampai ke sahur pun still kenyang lagi.  Perghh... hilang diet aku!!!
Sign board depan kedai
Rate makan kat situ
Menu untuk steamboat
Menu untuk di goreng
Makanan laut yang disediakan
Meja untuk pengunjung
Set hidangan nasi
Hidangan buah-buahan dan ABC
Kuih muih dan nugget
Ice crream yang disediakan.  Ambil la banyak mana sekali pun
Cara memasak di sini
Muka orang lapar... hahahah
Peace!!! Sedap tau!!
Adik aku Syila dan Boy
Mama khusyuk makan
Tempat kedua yang best sempat aku singgah untuk berbuka puasa ialah di Restoran Ikan Bakar Muara Anjong Batu.  Tempat ni berdekatan dengan Jeti Anjung Batu, tempat bot-bot yang nak ke Pulau Besar.  Kedudukan restoran ini agak jauh dari medan ikan bakar yang lain yang ada di Melaka.   Aku ni banyak juga tempat kat Melaka ni dah makan ikan bakar terutamanya area Umbai, Serkam, Alai dan Muara Sungai Duyong.  Tapi kali ni aku makan kat Jeti Anjong Batu tu memang yang terbaik pernah aku makan la.  Masakan dia sumer sedap dan berasa.  Antara lauk yang aku pilih untuk masak ialah sotong goreng tepung, ikan goreng masak 3 rasa, ketam masak sweet sour, udang masak sambal, ikan bakar, kupang rebus, tapai, jelly kelapa, air tebu dan nescafe.  Kalau makan ikan bakar kat Melaka ni, tak sah kalau tak makan dengan nasi lemak sekali.  Tak mainlah makan nasi putih.  Tak power beb.  Tapi kat sini, nasi lemak dia memang terbaik!!.  Kena dengan selera aku masa berbuka puasa tu.  Aku ni kalau bab nasi lemak memang cerewet terutamanya bab sambal dia.  Tapi kat sini memang sedap giler.  Haishh... masa aku menaip story ni, boleh lak kecur air liur aku bila mengingatkan.  
Sign board kedai ikan bakar yang aku pergi tu
Pemandangan kedai dari parking lot
Pemandangan kedai dari muara
Mertua aku dan anak-anak aku bersama hidangan
Sotong goreng tepung, Ikan goreng masak 3 rasa, Ketam sweet sour, Udang masak sambal dan Nasi lemak
Ikan bakar, Kupang rebus, pencecah kicap, tapai, jelly kelapa, air tebu dan nescafe
Tak sabar nak tunggu berbuka bila dah tengok lauk pauk atas meja
Kepada kengkawan yang terbaca entry aku ni, jomlah cuba-cuba tempat yang aku dah try ni.  Sure korang puas hati.  Bak kata.. hingga menjilat jari kaki lah!!! Hahaha... Kalau nak ke Seoul Garden kena call dan booking awal-awal yer.  Selalunya fully booked kalau datang terus. Tapi kalau kat medan ikan bakar ni korang kena datang kat sana sendiri untuk pilih menu dan letak deposit.  Biasenya takder masalah kalau datang situ dalam jam 5 ke bawah.  Takde la rushing sangat.  Kalau nak ke sini, contact no tempat-tempat ni korang boleh cari kat internet yer... hehehehehhe!!

Oklah!!! Selamat menjamu selera!!!
Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...