Isnin, 23 Februari 2015

Kebaya Nyonya Punya Story

Posted by Emmymazli at 3:28 PTG 6 comments
Alkisahnya.... adik aku nak melangsungkan perkahwinan pada 6-7 Mac 2015 nanti.  Temanya pada malam majlis nikah nanti adalah berkebaya dan tema hijau.  Majlis sanding pula, baju kurung dan kebaya tetapi keutamaan adalah baju kurung dan tema peach.  Pilih salah satu yang berkenan pon takpe as long temanya ok.  

So cuti Raya Cina lepas aku kan balik kampung... Ops lupa nak bagitau... kampung aku di Melaka yer... Heheheheh... Balik kalini dapat la aku discuss dengan family nak pakai apa.... aku pilih tema kebaya nyonya untuk malam nikah.  Ramai aunty-aunty dah setuju nak pakai kebaya juga... maka aku pon mengikutlah tema kebaya nyonya cuma takmo warna hijau sebab takde yang berkenan.  Aku diberitahu kat Medan Samudera di Bandar Hilir harga kebaya nyonya sangat reasonable.  Kebetulan makcik aku dah beli lebih awal... so memang berkenanlah harga dia dari beli kat kedai-kedai under Baba Nyonya House di area Bangunan Merah.
Maka aku pon berdating berdua jer la dengan hubby untuk beli kebaya nyonya ni.  Anak-anak dah mengelenjit gi Dataran 1 Malaysia kat Klebang kununnya nak mandi kolam dan juga makan ais krim pasu dengan Mak Ngah and Mak Anjangnya.  Senang skit kerja aku ni.... Mudah juga nak cari kedai yang jual banyak kebaya ni kat Medan Samudera.  Dah tentu 1 kedai ni jer yang pelbagai jenis corak dan warna kebaya nyonya dengan pelbagai saiz termasuk untuk yang bersaiz besar cam aku nih.  Tapi..... nak menyampaikan hajat tu ke Medan Samudera time musim perayaan ni punyalah berhantu jem nyer.... perjalanan 20 minit nak jadi dekat 1 jam! Nangessss!!!

Pilih punya pilih sebenarnya sangat berkenan dengan warna pink.... tapi hubby aku dok merepek dalam kedai.... asik warna pink jer pilihan aku.... cuba ubah skit katanya.... so pilih punya pilih, tersangkut aku kat corak dah warna maroon seakan coklat.  Sesuai la dengan umur dan saiz aku.... huwaaaaa... nak pink... tapi terpaksa suka sebab hubby kata nicekan.... sabo jer laaa.... Harga untuk sepasang kebaya untuk saize macam aku L-XXL (baju dan kain batik berjahit) adalah RM150.  Kalau size S-M dapatlah RM140 sepasang.  Pada aku sangat ok. Yerlah... kalau nak jahit lagi kan dah jadi 1 kerja pula... upah menjahit pula mahal sekarang ni.... 
Nilah pilihan hubby untuk aku.
Balik dari Medan Samudera... maka aku pun buatlah fashion show kat makcik-makcik and mama aku.  Semua kata cantik... ok... aku dah kembang semangkuk ni.... tapi dalam baru kata nak kembang ni.... anak dara aku ni merajuk pula sebab katanya aku boleh beli baju kebaya tapi dia tak dapat.  Merajuk sampai nangis okay!!! Adoiiiii tension.  Out of budget dah ni.... Aku pun buat senyap-senyap aku.  Malas nak layan kehendak anak sangat.  Kalau tak mampu buat cara tak mampu.... Aku cerita dekat makcik aku yang mak kepada adik aku yang bakal menikah ni pasal anak dara aku tu.  Kebetulan masa tu aku sedang menghabiskan kerja mempacking goodies untuk majlis adik aku tu nanti... settle jer kerja makcik aku hulur duit minta aku belikan Hanum baju kebaya nanti.  Kalau diikutkan memang tak cukup duit tu tapi makcik aku suruh mama aku contribute skali duit untuk cucu sulung dia sorang ni.  Nasib aku ni bijak skit.  Aku bagitau mama dan abah sekali supaya contribute beli baju untuk cucu dara dia sorang ni.  At last... dapat juga aku kumpul untuk beli sepasang baju untuk Hanum.... Hahahahah.... selamat duit hakakkk.... maklumlah... bajet ciput tapi kesian pula kat anak dara sorang ni...  Nasib baik dapat full sponsored.

Maka bermulalah esoknya pencarian baju kebaya nyonya untuk Hanum.  Terpaksa meredah jem lagi... sabo jer laaa.   Dalam pilih punya pilih sampai naik penat aku melayan kerenah Hanum yang banyak songeh ni kat Medan Samudera....at last berkenan la kat warna dan design macam gambo kat bawah ni sampai tak tau pilih mana satu.  Warna baju sama tapi design kerawang dia lain dan juga matching color kain juga lain.  
Pemutusnya aku whatssapp makcik aku untuk pilih mana yang sesuai sebab Hanum pun dah buat muka tak kuasa nak pilih yang mana satu.  Dia dah mula buat perangai cam budak-budak main-main dengan kraftangan kat area situ...  at last makcik aku balas dengan pilihan bunga kecil dan kain warna kontra dari baju.  Bila dah test memang sangat cantik..... sesuai dengan peringkat umur Hanum yang masih remaja.

Balik jer rumah mama aku.... mama adalah antara orang pertama yang minta Hanum pakai baju kebaya tu... di suruhnya buat fashion show kat rumah.....heheheh... sampai Hanum tak kuase dibuatnya.  Amik gambo pun buat muka nak minta penyepak.  Sakit ati... padahal semalam dah menangis sebab tak dapat kebaya.   Tapi memang suka dengan warna pilihan Hanum ni serta design kerawang baju serta warna kain batiknya sekali.  Sangat matching dengan warna kulit Hanum serta peringkat umur Hanum  yang remaja sekarang ni.  Hehehehe.... cam jeles laakkk mama kak!
Apa pon... apa kata korang dengan design kebaya nyonya Hanum ni?? Ok tak...???  Heheheh... nak puaskan ati sebenarnya.... Kikikikikkkk!!!

Oklah... aku nak belanja skit pic beberapa helai baju kebaya nyonya yang cousins and auntys aku dah beli.... ish... ish... ish... tak sabo nak menunggu hari yang dinanti... nak saksikan meriahnya kami2 bergaya.... heheheh  

Rabu, 18 Februari 2015

Selamat Tahun Baru Cina 2015

Posted by Emmymazli at 12:48 PTG 0 comments

Ahad, 8 Februari 2015

Rezeki Harini

Posted by Emmymazli at 11:30 PTG 1 comments
Assalamualaikum....

Harini terpanggil nak citer pasal soal rezeki ni.... seriously sebenornya aku sangat bersyukur dengan apa yang berlaku pada aku harini.  

Kisahnya gini.... harini aku tak plan nak gi mana-mana selepas semalam aku berbelanja lebih skit untuk beli tudung untuk majlis perkahwinan adik minggu depan.  Sebenarnya... jujur aku cakap yang duit dalam tangan sebelum nak gi shopping tudung tu aku hanya ada RM90 sahaja hingga nak tunggu gaji ni.  Tapi atas niat untuk beli tudung untuk diri sendiri dan anak dara aku si Hanum sebelum majlis adik aku... aku tutup mata juga beli.  So target aku memang nak beli tudung tu just kat area jalan TAR lah sebab sudah semestinya murah.  Syukur kat diri sendiri juga sebab aku ni bukan jenis wanita yang mementingkan brand... nak beli jenama Neelofa... Fareeda... Ariani... Adijuma dan macam-macam bagai... dapat yang seangkatan dengannya pon dah syukur banyak dan yang penting murah.  Ikut kemampuan la katanya.  

So semalam aku berbelanja hampir RM70 untuk beli tudung aku dan Hanum serta anak tudung yang bersesuaian untuk dipakai kendian nanti.  So bleh imagine tak berapa jer duit aku tinggal.  Tapi aku pasrah jer.  Balik dari Jalan TAR kami 4 beranak terus ke Ampang untuk traning kelas champion anak-anak aku  pula.  Bleh pula batuk aku menjadi-jadi.  Makanya kenalah ke farmasi untuk beli ubat sakit tekak... duit lagi... so diam sudahla.... pejam mata duit tinggal berbelas ringgit jer dalam purse.  Duit suami aku memang tak minta sebab aku tau dia pon tinggal berapa jer duitnya....lagi pula sepanjang keluar... duit makan dan tol serta minyak kereta dia yang uruskan.  So aku senyap jer.  Buat macam takde apa yang berlaku tapi dalam hati tuhan jer tau apa yang ada dalam hati aku.  

Harini... seperti yang aku bagitau tadi.... duit dalam purse memang ada hanya berbelas ringgit jer... memang rasa nak nangis... tapi bukan jenis aku nak minta-minta ngan orang.  Makan aku tak risau sangat.  Cukuplah kenyang dengan makan apa yang ada dirumah.  Masak lauk sedap-sedap dan makan sampai kenyang.  Hubby aku keluar awal harini untuk buat kerja plumbing kat taman rumah.  Upahnya ada la skit lepas buat kerja.  Tapi selagi kerja tak settle... tak lah dapat upah penuh.  Buntu pasal duit tak settle lagi.  Baru aku teringat 1 perkara... Dalam aku takde duit... hari jumaat lepas, ada sahabat aku ni dah sedekah voucher jusco kat aku dengan tak semena-mena.... 10 keping RM10... so jumlahnye RM100.  Kebetulan dalam tangan memang ada voucher jusco lagi RM20.  So jumlahnya cukup RM120.  Aku memang plan lama nak beli underwear baru tapi asik tertangguh sebab rasa takde kepentingan (sebenarnya berkira duit... hehehehe).  Nampaknya... inilah peluang yang ada... aku memang ingat voucher hanya boleh digunakan untuk beli barangan selain barangan runcit kat jusco tu.  So aku pon berplan nak ke jusco lepas anak habis traning taekwondo.

Masa kat jusco tu... punyalah lawak bila nak beli underware pon sampai berkira-kira.... anak-anak pon nak juga... sabo jer la....  beli dan pilih punya hal... aku kira-kira adalah dalam RM123.++.  So kena tambahlah duit sendiri RM3.++ tu.  Rupanya bila dah kat cashier.... lepas dapat diskaun... semuanya hanya RM104.30 jer... jadinya aku simpanlah voucher RM20 lagi untuk digunakan kendian.  Masa menunggu anak aku pergi membayar kat cashier tu.... aku ni bermanis mulut la pergi tanya kat seorang promoter ni.... "Jusco ada buat member card promo untuk dapatkan voucher tak sekarang ni?"  Promoter tu cakap "Takde... hanya boleh kumpul point dengan mata pembelian dan juga beli barang dengan harga member card..."  Hmmmm.... diam jappp aku bila dengar.  "Tapi saya nak bagitau ni kak... saya rasa ramai pon tak tau.... pihak jusco pon memang tak akan bagi tau... saya sendiri sejak kerja sini baru tau.  Sebenarnya.... setiap 6 bulan elok akak cek point jusco card akak.  Akak boleh rebate mata akak dengan voucher jusco tu.  Kalau akak tak rebate mata tu... setiap 6 bulan hingga setahun akak punya point burn.  Rugi kat akak.  Boleh mendatangkan duit tu sebenarnya.  Tak ramai tau pasal rebate ni"  Haaa... baru aku teringat... last time Yat beli mesin basuh kat jusco pakai card aku.... alaaa... dah lama kot... ruginyaaaaa.... patutlaa senyap jer..... last aku shopping beria pon masa nak raya beli baju raya anak-anak.  Boleh try cek jap lagi la nampaknya.... Hmmm...  terima kasihlah kepada promoter tu kerana bagitau.

Settle bayar tu... terus ke kaunter khidmat pelanggan.  Saje nak check point untuk tau berapa point ader and kalau nak rebate voucher dapat ke tak.... Cek-cek boleh dapat voucher RM40 lagi!! Ya Allah... syukurnya.... sape la nak bagi gitu jerkan... Aku minta hubby tanyakan... kalau voucher ni nak digunakan di pasaraya bahagian runcit tu boleh atau tak..... pegawai khidmat pelanggan tu kata boleh!  Maka misi seterusnya kami terus ke pasaraya untuk membeli beberapa keperluan rumah dengan berbekalkan voucher balance RM60.  Huhuhu... sadiss jer bunyinya.... tapi rahmat besar pada aku.  Dengan dalam purse yang tak berapa nak ada ni.... masih lagi boleh shopping kat jusco.  Lagi terharu bila masa tengahari tu... hubby ada tanya... ada duit tak nak beli ayam untuk buat rendang bagi kat opis.... aku terpaksa cakap takder.... lepas nak makan anak beranak jer kita ni kalau pun sempat.  So bila di ingat balik.... dapat juga hubby aku beli ayam dan skit-skit bahan rendang untuk dia tunaikan hajat bawa rendang ayam untuk disedekahkan pada member opis disebabkan voucher tu.  Huwaaaa.... nampak tak??? Rezeki Allah tu di mana-mana.  

Pastu... yang buat lagi terharu tu.... masa sibuk-sibuk shopping bajet kat jusco tu... hubby dapat message dari tuan rumah yang dia buat kerja plumbing tu.  Dia minta hubby ambil duit skit kat penyewa dia.  Huhuhu... rezeki lagi... alhamdulillah.... so masa balik tu... kami singgah la ambil duit upah kerja  hubby pula.  taklah tangan kosong sementara nak tunggu gaji tu.... syukur sangat-sangat....

Apa pon yang boleh aku cakap... Alhamdulillah dan syukur sangat untuk rezeki harini... Rezeki Allah tu dalam macam-macam bentuk. Allah tau hamba dia susah dengan cara ni.... dia bagi rezeki dengan cara lain pula... yang penting niat tu ikhlas..... Syukur padamu Ya Allah!!

Isnin, 2 Februari 2015

Selangor Plus Fun Run 2014

Posted by Emmymazli at 12:24 PTG 0 comments
1 Februari 2015 – Shah Alam Convention Centre

Salam semua…

Alhamdulillah… baru rasa semangat skit lepas dapat rehat secukupnya.   So… today nak update pasal larian aku dan anak-anak kelmarin….. huwaa… tegang segala urat-urat hakak… almaklumlah… dah tua-tua baru nak masuk larian… kecik-kecik dulu tak mau masuk… hehehehhe...


Nama larian ni adalah seperti tajuk aku di atas… agak-agak korang la… apasal tajuk tu 2014 ekk? Bukan 2015… Anyway…. sepatutnya acara ni berlangsung bulan Disember tahun lepas tetapi  tapi disebabkan berlakunya bencana terbesar yang melanda negara kita di beberapa buah negeri, so mereka pun terpaksa tangguhkan dulu bagi menghormati mangsa-mangsa bencana.   Kena la pahamkan….  orang tengah sedih, suasana pun muram takkanlah nak buat acara yang happy-happy. 

Okay… larian kalini yuran penyertaan dia tak mahal ok… Hanya RM10 sorang dan larian hanya 5km jer… adoiii… berbaloi dengan apa yang kita dapat… baju dapat…. medal dan sijil juga dapat.  Kalau menang lagi mantap.... Difahamkan… penyertaan larian ni sebanyak 2000++ orang.  Humang aihhhh…. Memang agak sesak… tapi pasrah jer laaa….

Seawal 6.15 pagi aku dah terpacak kat lokasi…  sebelum larian bermula…. Kami bersenam ala-ala Zumba or senam robik… bagi panas badan skit yer… Dah panas badan baru kami ke garisan permulaan larian….

Ohhh… lupa nak bagitau… anak dara aku ni ngajak kawannya join lari sama.  Namanya Wazlin.  Boleh teman Hanum katanya…. Si Kimie boleh geng dengan aku.  So kami berempatlah ni.  Hubby aku walau di ajak memang tak nak der nyer dia join lari.  Berat bontot katanya… geram hakak hokeyyyy!!!

Kalau nak tau...sempat lagi hakak ni berpossing berlatar belakangkan Masjid Besar Shah Alam yang santekk tu masa tengah jalankan larian... heheheh... Alaaa.. masa tu bukan lari beria pon... lari dan jalan... lari dan jalan.  Kalau lari jer terus mau semput hakak.  Tapi bolehlah untuk dijadikan larian ni sebagai aktiviti sihat bersama anak-anak.  Kalau tak terus menembam jer....
Hmmmm... dah penat lari... di garisan penamat masing-masing dapat medal dan sijil.  Of course anak-anak aku lebih awal sampai.  Heeee... mamanya tertinggal kat belakang.  Sabo jer la.... Tapi anak bujang aku memang terbaik... dia tunggu mama dia di garisan penamat.  Hanum dah tentu ngan kawan dia tu kat somewhere else.... Anyway.... sampai jer garisan penamat.... menda lain aku tak fikir lagi dah... tau nak air jer.... haus weh... Nasib baik penaja baik punya... Milo dan 100Plus.  Minum la sampai kembung!
Sambil-sambil rehat nak tunggu majlis cabutan bertuah... mana la tau kami ni dapatkan... sempatlah berzumba.  Akulah yang paling ligat... Kikikikikkk... poyooo.... 

Apa pon.... apa yang aku  nak share ialah... memang rezeki kami haritu amat baik.  Dalam 3 orang dari kami sekeluarga yang lari tu... 2 dari kami dapat hadiah cabutan bertuah iaitu aku dan Hanum.... Walau setakat hamper... tapi rasa teruja giler kot.  Kalau korang tengok gambo kat bawah ni.... yang besau tu Hanum dapat and yang kecik dan Kimie pegang tu aku dapat.  Tapi as usual.... Kimie akan cemburu kalau dia tak dapat.. maka kenalah mengalah.  But yang aku stress masa tengah panas-panas ni... boleh lak anak-anak aku ni berebut hamper besar kat kaunter urusetia.... tension jap aku... haiyaaaakkk!!!!
Hmmm... segala yang dihajati dah dapat.  Alhamdulillah... rasa berbaloi giler... bayar RM10 dapat macam-macam.  Hopefully tahun depan Kerajaan Negeri Selangor buat lagi... Boleh la aku join lagi... Heheheheh...

Oklahhhh... Babaiiii
Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...