Jumaat, 30 September 2011

Kerenah Hanum Pasal Kucing!!!

Posted by Emmymazli at 4:13 PTG 0 comments

Macam-macam kerenah Hanum lately ni.  Tak larat nak layan kengkadang tu.   Malam tadi Hanum moody jer.  Bukan pasal Barbie… tapi pasal kucing!!!  Hisshhhh!!!!

Storynyer gini…. Macam dalam entry aku kat http://emmymazli-emmymazli.blogspot.com/2011/09/hadiah-hanum-dari-mak-anjangnya.html .  Kucing kepunyaan Hanum tu sekarang tu memanglah hubby aku tak bagi bawa ke rumah sini sebab takut hilang.  So Hanum ni kemaruk sangat nak ada kucing.  Budak penyayang memang cenggitu.   Since dia pun dah ternampak kucing muka kemek + Persian kat kedai pet tempoh hari.... sampai ke hari ni dia request nak kucing macam tu.  Nak beli memang tak termampu tu…. So, satu hal la aku menebalkan muka minta kat wall FB aku kalau sesapa yang ada anak kucing spesis itu yang nak sedekahkan untuk anak-anak aku amatlah diharapkan… hahaha.. tak bleh blah!!!  Tapi so far ni, takder lagi yang sudi nak menaja kucing jenis tu.  Kalau jenis kucing kampung ada la.  Kat rumah mama pun banyak!!  Tapi takper lagik… aku diam… maka dia pun diamla kan… hahahahah
Hanum & Kimi tayang 3 ekor anak kucing yang tiba-tiba ada kat depan rumah aku
Nak dijadikan cerita… pagi semalam masa Hanum nak ke sekolah… bila dia buka pintu jer dia menjerit sampai terperanjat aku.  Rupanya dia excited ada 3 ekor anak kucing putih oren  kat sofa depan rumah aku tu tengah main-main.  Dia ingat ada orang kasi dia.  Tak dinafikan anak-anak kucing tu comel sangat.  Macam ada kacuk Persian skit pun ada.  Aku pun naik geram tapi aku ni bukan apa… takut nanti kucing tu hak orang lain yang Hanum loghat sangat nak jaga…. Aku tak mahulah bagi Hanum harapan.  Aku just cakap biarlah kucing tu kat depan rumah jer… takut tuan dia cari.  Muka masam terus!!
Anak kucing ni la terdampar di depan rumah aku pagi semalam... comelkan??!!!
Balik sekolah petang semalam…. Belum sempat aku sampai rumah, Hanum dah sampai rumah dulu.  Tetiba aku dapat call dari Hanum… padahal aku dah on the way balik ke rumah ni tapi dia sempat nak cakap dalam telefon jugak.  Dia try nak pujuk aku bagi dia bela anak kucing tu.  Haishhh…..  Aku still bagi jawapan yang sama.

Sampai rumah aku tengok 3 anak kucing tu duduk elok jer dalam kotak yang Hanum sediakan.  Rupanya dia dah buat projek dia dulu.  Muka Hanum masam jer.  Muka orang susah hati.  Nak makan pun tak lalu.  Sambil meleser kat aku… Hanum still pujuk nak minta izin bela anak kucing tu dengan air mata bergenang.  Aku paham niat murni Hanum tu.  Tetapi aku risau nanti kucing tu ada tuan dia.  Lagi haru sok.  Tak puas hati pujuk aku… Hanum telefon sendiri ayah dia.  Nak pujuk jugaklah tu.  Hahahah…. Pujuk sambil bergenang air mata.  Aku yang nengok dari tepi ni… kesian pun ada…. Hubby aku pun dah nak kesian tapi tetap say no.  “Apa-apa tunggu ayah balik dari outstation kita bincang ok…. “  Hmmm… macam-macamlah si Hanum ni!!!
Kotak dan bakul yang dah siap untuk kucing lepak.  Aku siap dah alter atas permitaan Hanum
Aku tak nafikan.. Hanum ni ada sikap penyayang kat kucing dan burung.  Sejak ada burung kat rumah aku tu… si Hanum la yang mengerjakannya.  Bagi burung makan, tukar air, bersihkan yak yak burung tu.   Aku tukang tengok dan pantau jer….   Even masa Hanum ada anak kucing yang dia jumpa dulu tu pun… boleh dikatakan hari-hari dia nak mandikan kucing tu.  Katanya takmo kucing tu kotor ngan berak dia… hihihi… pening tau….  Ni anak kucing ni ada kat rumah tu baru sehari dah loghat nak buatkan susu la.. nak bagi mak dia makan laa… loghat betul!!

We look and see jer la apa terjadi ngan anak kucing tu.  Aku bagi Hanum tengok-tengokkan sahaja anak-anak kucing tu buat masa ini sehinggalah kalau tuan dia ambil.  Aku memang takut kalau kucing tu kucing orang.  Buat masa ni biarlah anak kucing tu lepas kat depan rumah aku tu.  Lepak la mana nak lepak pun.  Mak kucing tu memang selalu ada kat depan rumah aku tu bagi susu kat anak dia.  Anak kucing tu pun macam takder tempat lain nak menangga…. Asyik lepak kat depan rumah aku jer…. Kalu korang tengok siap bergelimpangan!!! Best sangat ke haper tak tau laa…. Tapi memang comel…!!!  Kalau korang tengok kat gambar kat bawah ni.  Bukan main loghat anak kucing ni tido sambil terlentang....hissshhh... geram.. rasa nak picit-picit jer... hahahahha
Macam-macam pesen tido... cute!!!
Sekali lagi aku minta kepada kengkawan yang ada anak kucing muka kemek + Persian tu…. sedekah kat aku seekor pun jadi la… Kesian kat si Hanum.  Kucing kampung dia dah ada…. Sekarang ni letak dulu kat rumah mama aku sebab takut hilang kalau letak kat rumah sini.  Please…!!!!!

p/s:  masa aku tulis entry ni.. aku baru dapat tau yang seekor anak kucing  Hanum warna putih nama Baby kat kampung yang  Mak Anjang dia bagi tu dah mati pagi tadi 30 September 2011  Sakit radang paru-paru mama aku cakap.. huhuhu... sian... ni kalau Hanum tau ni... mau meleleh lagi air mata dia... Buat masa ni aku tak bagitau dulu sehinggalah kami balik kampung malam nanti....

Hanum with Baby... nampak sangat Baby tak sihat...
Arwah Baby (putih) bersama dengan Boju (belang) .... Huhuhuhu

Lawatan Mesra Ke Star Publication

Posted by Emmymazli at 1:48 PG 0 comments
27 September 2011 (Selasa) - Star Publication, KL

Yuhuuu.... nak story ngan korang skit ni.... baru-baru ni aku telah diarahkan untuk turut serta menghadiri Lawatan Mesra ke Star Publication anjuran Unit Komunikasi Korporat NRE.  Tau tak tempat apa tu??  Haaa... inilah yang akak nak story ni.  Star Publication nilah tempat penulis berita-berita terkini di dada akhbar The Star setiap hari yang korang baca tu.  Itu pun kalau korang baca surat khabar inilah.. aku sendiri mengaku kurang membaca paper ni... selalu baca Berita Harian, Harian Metro dan Utusan Melayu... Ngeeeee ^_^

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendekatkan lagi pelawat luar dengan dunia kewartawanan, editoring, macam mana penulis-penulis buat berita kat dada akhbar tu sumer di samping mengetahui serba sedikit hal-hal berkenaan Star Publication.  So far, banyak menda yang aku tak tau jadi tak tau.  Apa yang pasti, dunia kewartawanan ni memerlukan pengorbanan masa untuk pastikan berita yang diberi terkini dan tepat.  Bukan senang kerja orang surat khabar ni tau. 

Apa pun... thanks kepada penganjur yang memberi peluang kepada kami hadir ke Star Publication walaupun sekejap.    Takder apa nak aku story panjang berjela... hanya gambar penyeri laporan entry saya ni.. heheheh.. enjoy the pic!!

Dalam bas... sebelum bertolak ke KL
Di hadapan pintu masuk
Motto Star kot... heehhehe
Sedang diberi penerangan oleh pihak Star
Explanation yang menarik
Di tangga utama Star Publication kami berpossing
kenangan.... nice ^_^

Khamis, 29 September 2011

Dah Nak Botak Layan Permintaan Hanum... Huhuhuhu

Posted by Emmymazli at 4:04 PTG 2 comments
Nasib baik la anak aku 2 orang jer buat masa ni.  Dan yang perempuan tu sorang... kalau ramai... luruh segala rambut yang ada kat body ni.   Huhuhu....  Citer nye begini.  Anak dara aku si Hanum ni memang peminat Barbie.  Tapi sebelum ni dia tak lorat sangatlah nak membuat koleksi... Kalau ada Barbie pun, maunya Barbie tu akhirnya akan boleng/bogel.  Kasut dan baju semua ntah ke mana.  Dalam tak sedar, rupanya Hanum dah ada 2 Barbie yang dah togel.  Geram memanglah geram.  Nak beli bukannya murah.  Luckynyer... birthday dia tahun-tahun sebelum ni pernah Pak Acu dia belikan patung Barbie jugak.  Dan yang aku beli sendiri ada 1. Kebetulan pula raya pertama baru ni aku dan hubby buat celebrate birthday si Hanum dan birthday cake hanum pun ada patung Barbie yang sebenar.  Tapi setelah dibersihkan, Barbie tu pun togel juga, so terpaksa jugaklah aku kena membeli set baju Barbie si Hanum ni.  Tapi kira oklah.... sekali beli baju tu dapat 3 set baju dan kasut.  Kalau beli 1 helai memang boleh tapi ruginya bila 1 helai baju jer dah RM15 tanpa kasut.  Lebih baiklah aku beli 3 helai baju dan siap kasut juga beg tangan berharga RM50++.  Lagi jimat.  Anak punya pasal... ok lagi lah.... Adehhhh....
Koleksi Baju dan Aksesori Barbie Hanum
Koleksi Kasut Barbie

Dalam awal minggu lepas baru-baru ni aku ada pergi ke Giant di Bangi (kat Warta lama).  Saja nak jalan-jalan sambil cari makan.  Macam biasa.. aku kalau hubby takder malas nak masak.  So dalam kata nak jenjalan dan makan kat sana.... si Hanum ternampak patung Barbie dengan Wedding Dress.  Perghhh.... jangan kata Hanum... aku pun tergoda.  Memang cantik!!!  Nak tak nak aku beli la 1 untuk Hanum.  itu belum lagik dia request 1 set baju dan kasut lagik.... katanya dia punya Barbie tak boleh tukar baju.   Setakat ni ada baju tu jer... aku bising la jugak pada dia sebab dulu masa Barbie tu ada baju lengkap Hanum gatal tangan tanggal-tanggalkan.    Aku pun layankan jugaklah beli baju Barbie dia.  Apa lagi... Kimie pun sudah jeles.. Hehehheeh.... merajuk tak sudah-sudah.  Terpaksalah aku belikan dia keta kat KFC tu.. heheh... syarat  bagi diam.    Maka dengan itu.. koleksi Barbie Hanum dah 4 dan baju pun dah selamat ada berapa ntah termasuk baju Barbie dia yang lama-lama jumpa balik dalam bakul mainan dia tu dan masih dalam keadaan cantik lagi.. sabo jer laa.  Bila dah 4 Barbie tu.. pempaham ler... dia request mintak buat kotak rumah Barbie pulak... atas kerajinan aku demi anak... aku buatkanlah kotak rumah Barbie tu pakai kotak mana ntah kat rumah aku tu untuk si Hanum dengan membalutnya dengan kertas A4 putih dan hiaskan dengan aksesori sticker Barbie yang kebetulan Hanum ada simpan.  Sticker tu kununnya nak pasang kat bilik Hanum di rumah baru tu nanti... tapi demi Barbie dia.. sanggup jer.. Hahaahahhah!!!
Kotak untuk Barbie yang aku sempat siapkan untuk Hanum
Kebetulan malam Sabtu lepas... hubby outstation di Janda Baik, Pahang... aku yang keboringan pun pergilah Alamanda nak beli makanan.  Kebetulan singgah jalan kat Toys Us tu... Hanum ternampak patung Kent (partner Barbie) yang pakai tuxedo.  Boleh plak dia request nak patung tu pulak!!!!!!! Kononnya kesian Barbie dia yang pakai wedding dress tu takder partner... Barbie dia sumer perempuan... takder patung lelaki... Huhuhu... Sabo jer laa..... Layankan jugaklah.  Aku belikan juga 1 set baju dan kasut  Kent (1 pasang jer) untuk tukar-tukar nanti.  Sedang menelek-nelek..sekali kat situ boleh pula ada terjual rumah Barbie kat situ dengan harga offer.  Kalau diikutkan rumah Barbie ni mahal (kalau harga dekat RM200++ tu kira mahal bagi aku).  Sekali tengok harganya dalam RM100++.  Kira oklah lagik.  Mula-mula aku takmo beli... tapi bila Hanum dah pujuk baik punya kat aku dengan pelbagai alasan termasuk dia takder hadiah birthday la tahun ni sumer.... hmmm.... terpaksalah mama dia ni tepek card credit.  Kimie pulak terpaksalah aku umpan dia kereta control yang tengah offer murah kat situ untuk bagi dia diam.  Kang dia mintak yang bukan-bukan lagi aku susah.  Merajuk jer kerjanya nanti......Huhuhu!!!!
Kent dengan Tuxedo & Barbie with wedding dress
Kotak rumah Barbie
Rumah Barbie yang telah dibuka dari arah kanan
Rumah Barbie yang telah dibuka dari arah kiri
Balik jer rumah.... terus Hanum buat projek menyusun dia... adehhh.. semak aku...!!! Pastu Hanum minta aku buatkan rumah dari kotak 1 lagik guna wallpaper deco murah yang aku beli kat Mydin dulu.  Dari tak pakai.. aku buatkanlah jugak. Dengan penuh tertib aku buatkan kotak rumah Barbie Hanum dan hiaskan dengan sticker yang ada dan juga kotak terpakai yang ada kat Barbie wedding dress aku beli tu.  Selamat!!! Huhuhu.. bila dah siap.. cantik pulak kerja aku.. Hahhaha.. perasan sendiri...!!!  Bila lagik nak puji diri sendirikan!!!!!!!  Sukalah Hanum.....
Kotak Barbie & Kent yang baru aku buatkan...
Bila dah susun cantik tu dan dah sempat main dengan Shirah anak best friend aku si Nurul hari Ahad tu... hari Selasa lepas aku pergi ke Alamanda, sekali lagik Hanum request patung Kent.  Kali ni reasonnya pula patung Kent aritu tangan tak boleh pulas dan lepas tu, Kent tu untuk partner dengan Barbie yang pakai wedding dress tu and tak boleh nak tukar baju dia... alasan dia lagik... kotak yang mama buat tu ada 3 perempuan.. takder lelaki....huh!! Sabo jer laa!! Macam-macam alasan.  Ni namanya dah bagi betis nak bontot!!!  Aku cakap dengan Hanum... "Mama boleh beli tapi ni yang last.  Sampai tahun depan Hanum tak boleh mintak apa-apa dengan Mama dan Hanum kena tolong Mama buat kerja rumah kalau Mama suruh.  Periksa pun kena cemerlang... kalau tak sorry!!!  Mama takkan belikan apa-apa langsung!!!"  Bila dah deal dan Hanum setuju baru aku belikan.  Hmmmm.... tepek card credit lagik...botak aku!!!  Dah ada patung nak tambah baju. pulak.....korang tengoklah sendiri koleksi Hanum tu.  Hisshhh...
Koleksi baju Kent
Semua set Barbie dan Kent yang aku masukkan dalam kotak hasil kerja aku....
Barbie dan Kent yang baru dibeli
Maka dengan itu aku dah terasa nak kopak sangat dah ni gara-gara anak-anak.  Dahlah kereta aku baru saja rosak kelmarin (Isnin) dan dah terkena RM400 cash!!!  Nasib baik ada juga card kredit bleh aku cover untuk beli patung Hanum ni.  Aku jarang layan permintaan Hanum terutamanya bab mainan.  Tapi nilah pertama sekali aku tengok anak aku seronok sangat dapat beli mainan macam ni.  Bukan main dia jaga koleksi Barbie dia ni.  Adik Kimie nak main pun tak boleh!!!  Nampak dia semangat sangat.  Bukan setakat semangat nak main... tapi semangat nak buat kerja sekolah, semangat nak buat kerja rumah... Sanggup masakkan maggi dan siapkan air untuk aku.  Pantang aku cakap lapar ngan haus jer dan aku mintak apa-apa... Servis baik jer minggu ni... Hahahah...

Oklah... korang tengoklah gambo Hanum menggayakan Barbie dia kat rumah Barbie tu.. bukan main lagik...!!!  Dan aku??? Tunggulah tumbuh rambut baru... pening sudahhhh!!!!

Jamuan Raya JBK Bersama UKK

Posted by Emmymazli at 12:42 PTG 0 comments
22 September 2011 - Foyer Podium 2, Aras 1, NRE

Salam semua... kali ni aku nak story pasal event yang Jabatan Biokeselamatan (JBK) aku buat dengan usahasama Unit Komunikasi Korporat (UKK).  Anyway, event ni dah lama kami rancang since tahun lepas setelah dikenalpasti yang ruang pejabat yang kami sharing ni amat sesuai untuk dibuat event terutamanya Jamuan Raya yang boleh kami share eventnya.

Perancangan untuk event ini taklah lama sangat sebab dapat kerjasama baik dari 2-2 pihak.  So kami rancang buat menu yang mudah jer.  Bab duit untuk jamuan dari pihak JBK ni agak pening skit la sebab JBK ni agak susah untuk membuat sebarang pembelian/order sebab takut dipertikaikan.  But kami rasa nasib baik sangat bila ada boss-bos yang willing untuk memberi sumbangan.  Alhamdulillah.  Tahun ni, kami di  JBK teringin untuk cuba menu baru.  So, most of us yang membantu aku dalam JBK ni adalah orang jawa... jadi kami pun mencubalah menu Nasi Ambeng yang kami sendiri preparekan.  Kiranya bahagi-bahagi kerja la nih.  Selain dari menu Nasi Ambeng yang ada dalam jamuan tu adalah atas usaha UKK.  Hehehhehe..

Anyway... alhamdulillah sesangat sebab menu yang pertama kali kami cuba ni mendapat sambutan walaupun ada yang kata tak pandai makan itulah.. makan inilah... tapi at least diorang mencuba dan kata menu ni sedap.  Aku siap buat display tu nak tunjuk camner rupa menu tu sebenarnya untuk diorang rasa tak pelik nak makan.  Aku rasa bangga giler dapat memperkenalkan menu Nasi Ambeng yang original dari kampung aku ni pada kengkawan.  Masa aku makan pun... rasa macam makan Ambeng kat kampung... best..best..best!!!

Menu-menu yang UKK buat pun tak kurang hebatnya... sedap-sedap wa cakap lu.  Merasa la kami sorang skit.  Masa event tu tengah berlangsung.. nak dijadikan cerita, ramai VIP yang tak dapat datang terutamanya Dato' KSU.  But at last, boleh plak Dato' KSU datang singgah.. menggelupur la aku dan yang lain-lain nak menghidang makanan.  Hahahah... Lawak betul!!  Nasib baik sempat prepare walaupun tak sebaik mana.... janji Dato' KSU sempat singgah pun kami dah syukur sangat.  Apa-apa pun, yang penting.... kali ini punya Jamuan Raya, kami seronok sangat sebab bila 2 bahagian bergabung dan dibuat pula tempat yang terbuka dan strategik... suasana raya kami rasa meriah sangat walaupun kami cuba buat sesimple mungkin.  Terima kasih aku ucapkan kepada semua kengkawan yang datang ke jamuan raya kami ni dan juga geng -geng JBK dan UKK yang membantu menjayakan event ni.   Love u all lah!!!

Enjoy the pic!!
Possing maut aku.. hehehheeh
Ruang nak bergambo raya kat ofis UKK
Menu kami
Geng-geng JBK
Menu Vegetarian.... sedap!!
Contoh yang kami display untuk Nasi Ambeng
Sate dan sambal tumis yeng menyelerakan
Bergambor saje....
VIP yang dapat turut serta pada mulanya....
Menu dan juadah kami....
KSU yang sempat singgah di saat akhir... huhuhu
KSu setable ngan boss aku.. heheheh
Sedang menyiapkan Laksa yang diminta oleh KSU
Masa KSU nak balik
Orang kuat UKK
Geng-geng UKK
Sakan anak-anak dara UKK ni malaram


Selasa, 27 September 2011

Beli Sangkar Baru Untuk Burung Cockatiel

Posted by Emmymazli at 1:14 PTG 0 comments

21 September 2011 - Kajang

Baru 2 hari bela burung Cockatiel... my hubby dah ajak ke kedai pet di Kajang untuk membeli makanan burung dan sangkar baru untuk burung Cockatiel bergerak lebih selesa....  korang tengoklah Cockatiel hubby aku tu.. kemain lagik bila dah dapat ruang besar.... makanan pun siap sepah-sepah... amatlah naughty.. geram jer tengok..  
Sangkar baru Cockatiel
Sayang punya pasal... my hubby siap buatkan buaian gantung dan mainan gantung daripada ranting pokok mangga kat depan rumah aku tu untuk Cockatiel dia... hisshhh... sangat comel time dia senggayut kat buaian tu....!!!!!
Burung pun ada buaian dan mainan tau!!
Sejak dah ada 2 sangkar burung ni... rumah aku makin meriah tiap-tiap hari bila semua burung aku buat bising.  Menyanyi ke berborak aku tak tau le... tapi yang pasti... meriahlah dengan  kicauan suara burung-burung tu berlawan.  Kalau kita ada kat rumah tu macam seronok pula... bagi aku ia satu terapi minda... damai dan tenang jer... heheheheh... poyo lak ayat....!!
5 ekor burung budgie untuk slalu buat bising di siang hari....

Nampak gayanya... sangkar aku yang berbentuk macam masjid tu kosonglah balik... bila la nak isi burung ni... maybe nak find sepasang Love Bird.... lambat skit kot.... tungguuuuu!!!!
Teringin sangat nak love bird macam ni.... tunggu.......!!!!!!!
sweet love bird
Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...