Selasa, 31 Mei 2011

Thank You Very Much AcuRose Lil Art!!

Posted by Emmymazli at 11:35 PTG 9 comments

Entry kali ini sebenarnya aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada AcuRose Lil Art kerana kesudian beliau menukar segalanya kat blog aku ni dan mendesign berukan blog aku yang cantik dan pinky ni.  Sebenarnya dah lama aku nak say thanks pada designer berbakat bernama Acu ni tetapi asyik terlupa jer.  Haishhh!!

Buat pengetahuan kawan-kawan semua, segala yang anda lihat di blog aku  ni adalah hasil kerja tangan Acu yang tak pernah jemu melayan karenah dan kehendak aku.  Memang aku salute habis la dengan hasil kerja Acu ni.  Kalau korang ada masa, lawat la blog dia yer dan lihat hasil kerja Acu terutamanya Dolly-dolly dia yang bercirikan kemelayuan dan keislaman.  Blog Acu sendiri pun cantik!! Designerkan....  Event now dah beberapa bulan aku berkenalan dengan Acu ni, kali ni dah masuk 3 kali dia tukar header dan design blog dia... seronok lak aku tengok.  Kalaulah aku seperti dia kan best!!  Boleh tukar desingn blog bila-bila masa.  Hehehehe....  Ini tidak... aku ni buta IT skit bab design mendesign ni... hehehehhe.

Kalau ada kawan-kawan perlukan khidmat beliau juga dipersilakan.  Tapi kena tanya tuan empunya badan dulu tau.  Heheheheh....

Aku doakan, semoga kerjaya Acu berpanjangan dan dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah.   Amin.

p/s:  Kalau-kalaulah Acu terbaca entry aku ni... "Acu,  Emmy mintak copy Acu punya dolly baru ekkk!! Comel la!!!


AcuRoseDay

Isnin, 30 Mei 2011

Tahniah Salma dan Erra Fazira Menjadi Juara Mentor 5!!!

Posted by Emmymazli at 12:27 PG 0 comments

Akhirnya Mentor 5 melabuhkan tirai dengan berakhirnya Konsert Final Mentor 5 pada malam ni.  Paling best bila protege dan mentor pilihan aku sejak konsert pertama hingga konsert final menang pada malam ni.  Congrats Salma dan Kak Erra.  Salma memang the best and u deserved it beb!! Biarlah orang nak kata apapun tentang Salma, aku tetap sokong Salma.. hehehehhe

Salma di Konsert Akhir
Salma dan Erra Fazira
Tak kurang juga congrats  pada Shiha dan Tok Pah kerana telah mendapat tempat kedua.  Iqa dan Edry pun best jugak.  Cuma takder rezekikan.  Tak dinafikan, 3 orang finalis pada konsert akhir memang bagus-bagus dan saingannya amat sengit.  Masing-masing ada kelebihan, gaya dan gimik tersendiri.

Shiha, Salma dan Iqa
Dari segi permarkahan, Salma telah menjuarai mentor musim ke 5 dengan mengumpul 85 markah, Shiha 63 markah & Iqa 56 markah. Sebagai juara, Salma membawa pulang wang tunai sebanyak RM100 000 berserta sebuah kereta mewah Chevrolet Cruze bernilai RM97800.



Apapun, sekali lagi tahniah buat Salma kerana telah menjadi Juara Mentor Musim 5. Semoga Salma terus berjaya dalam karier beliau.

Sabtu, 28 Mei 2011

Al Kisah Aku dan Hari Belia Negara 2011

Posted by Emmymazli at 11:59 PTG 0 comments
27 & 28 Mei 2011 - Putrajaya 

Heheheheh... malu nak mulakan entry nih... Bukan apa,  semalam aku marah-marah sebab semak opis aku dengan khemah sana sini disebabkan Hari Belia Negara ni.  Tetapi mandrem bising-bising tu bukan main lagik... tak boleh tahan aku!! kehkehkeh... Maka, ngam-ngam jer waktu pejabat habis, aku terus turun opis untuk berjimba dan round-round dengan Yatt kat area khemah-khemah tu.  Rupanya best jugak ekk tengok orang ramai-ramai ni apatah lagi bila ada mini konsert sana sini.  Heheheheh

Ni stage di area opis aku yang berdongdangdongdang sepanjang hari
Meriah dengan adik-adik belia di hadapan opis aku
Inilah keadaan area opis aku Wisma Sumber Asli dan Wisma KBS
Masa aku round-round tu sempat la aku cuci mata sambil bergambar. Sempatlah jumpa artis-artis... aku pun loghat la bergambo ngan diorang.. saja layan.. ngehngehngeh.... paling best bila dapat bergambar ngan Jehan Miskin.... haishhh... comeyyyyy!!!! Tapi paling tak sangka bila sedang aku merakam gambar orang berbasikal, tetiba tertangkap gambar Tan Sri Samsuddin Osman ex KSN berbasikal...heheheh... cute beb!!

Terserempak dengan Tan Sri Samsuddin Osman ex KSN berbasikal
With Nadia AF
With Radhi Khalid
Yang ni aku tak tau nama dia... tapi aku tau dia pelakon... hehehehhe
With Jehan Miskin
Suasana di Putrajaya area opis aku pada hari Jumaat
Dihadapan Istana Kehakiman
Malam semalam tu pulak... aku, hubby and kids sempat lagi pergi kat area khemah-khemah Hari Belia tu lepas makan kat Pasar Tani Putrajaya yang dipindahkan ke belakang Laman Presint 2 tu... Hendak meriki booth-booth yang best sebenarnya... tapi banyak plak yang tutup. Dah malamkan.  So pemutusnya layankan Hanum ngan Kimie tengok kereta-kereta kebal tentera kat situ.  Yang bestnye malam tu masa tengok kereta kebal tu... ada la 3 patung tentera ni bergaya ala sedang menembak... Rupanya orang!!  Aku memang mati-mati ingat patung tapi rasa pelik lak patung ni bleh goyang skit dan agak berpeluh cuma dia tak bergerak dalam keadaan yang agak lama...  yang kelakarnya bila aku nak try sentuh dia, dalam jarak yang dekat ngan patung manusia tu, boleh plak dia sergah aku 'Haaahhhh!!!'.  Apa lagik!! Keluar semua melatah aku kat situ.  Tergelak sumer orang yang ada kat situ... Hampeh!!!! Malu beb!!  Then, sempat jugak aku jumpa Dato' Maznah  Timbalan Menteri Sumber Manusia yang dulu merupakan Mantan Timbalan Menteri NRE.  Jumpa la driver dia Abg Lan dan SUS dia Emelda yang juga merupakan ex staf NRE.

Aksi aku, my hubby dan anak-anak depan kereta-kereta kebal askar





Patung askar yang buat aku tekezut beruk kat situ... Hampeh!!!
Datuk Maznah sempat  beri lambaian pada aku
Harini, petang tadi aku and family pergi lagi sana, hehehehehehehe. Disebabkan aku dah berjanji ngan anak-anak nak pergi Jom Heboh, so kena la tunaikan. Hari ni memang niat nak round habis kat situ. Ramainya orang harini, tak boleh nak cakap la. Sebelum tu, aku nak inform, aku berada di situ dari jam 5.00 petang hingga jam 10.50 malam... korang bayangkan apa aktiviti aku buat kat situ... heheheh. Dari Presint 18 aku parking kereta dan kami berjalan kaki sambil meronda sampai la Presint 2 kat MOA tu dan round-round area situ dan patah balik.. Huhuhu... penatnya kaki aku toksah cakap la...

Suka la anak-anak aku dengan karakter kartun diorang
Kimie minat giler ngan Naruto... so beria la nak bergambar dengan orang yang berbaju Naruto tu.  Tapi nak bergambar pun kena bayar RM2 tau
Bergambar dengan patung gambar Angkasawan Negara Dr. Faiz
Nak juga posse ngan kereta Jebat
Moto apa ni...??  hehehehhe
Kali ni... sempatla aku meriki a few booth seperti destinasi percutian dan macam-macam lagik. Sempat jugak aku masuk contest melukis untuk booth Acer. Dapat beg laptop free... kalau nak beli mahal tu... hehehehheeh. Bergambar dengan artis pon best jugak tapi paling best bila dapat bergambar dan bersalam dengan abg Rosyam Noor kat booth FINAS.... salam sambil pejam mata mengenjit tu... huhuhuhuh. Teruja beb jumpa Rosyam Noor. Heheheheh!!!

Dengan One Nation Emcee
Allaa... lupa lak nama dia...
Abg Rosyam Noor... hihiihihi
Yassin semasa persembahan lagu Nur Kasih
Round area Presint 2 punya booth, my hubby ternampak contest Cuti-cuti 1 Malaysia. Maka aku and hubby pun try laa.... mana tau menangkan.... then tak sedar si Hanum dan Kimie dok melayan booth yang buat contest tu dengan aktiviti art dari span dan coloring untuk kanak-kanak... Dah le anak-anak aku tersangkut kat situ.. lama plak tu... adehhh... tapi elok jugak... ada orang melayan anak-anak aku.. Mak ngan bapaknya dok melayan contest perkataan tersembunyi... Naik pecah kepala aku nak pikir ayat yang tersembunyi dengan bunyi gong dan gendang sana sini.... Yang penting anak-anak aku happy ada aktiviti untuk diorang dan nasib baik juga bila budak kat booth tu begitu rajin melayan karenah anak-anak aku. Dalam melayan contest ngan anak-anak aku tu, tak sedar hari dah malam. Haisshhh... sedar dah pukul 9 lebih... ni baru kat Presint 2... nak menapak ke opis aku lagik sebab aku parking area belakang opis aku tu ... huhuhu. Lotih acik!!!

layan Hanum dengan kerjanya... span-span yang berlidi dan bercolor dalam cawan tu sumer hasil kerja anak-anak aku dengan bantuan urusetia booth kat situ
Anak-anak aku bergambar dengan urusetia yang membantu buat artwork diorang...
Dalam perjalanan balik tu, masa sampai kat opis aku tu ada stage utama... ramai sangat orang tengok konsert siap jerit-jerit.  Rupa-rupanya ada Super Junior (SUJU) perform... terjerit-jeritlah anak dara kat situ... hehhehehe... loghatttt!!!!  Aku sempat amik gambo dari jauh jer lee... tak bleh nak fokus jauh-jauh lens aku tu sebab bawak lens biase.... rasa nyesal pun ada... heheheheh.

hasil gambo dari jauh.... tension
gambar SUJU dari blog seorang kawan.  baru puas ati aku tengok... heheheh
Inilah aksi salah seorang SUJU yang memeluk peminatnya yang membuatkan anak-anak dara dan peminatnya terjerit-jerit tadi... hahahha... mesti diorang jeles habis...
 
Video Persembahan Super Junior M dengan lagu Supergirl di Himpunan Sejuta Belia

Betul-betul bila aku menapak sampai kat tempat aku parking kereta aku selepas melihat SUJU dan round-round area opis aku tengok orang shuffle dan band, jam dah 10.50 malam.  Gila babas aku and family berjalan ni arini.  Patutla aku rasa lutut ngan pergelangan kaki aku cam nak tercabut.  Haishhh... sabo jer laa.... Makan malam pun belum lagi nih!!! Balik terus pergi makan.  Sampai umah dah jam 11.40 la jugak.  Huhuhu... aku ni... jalan pun dah tak tegak... hehehehhe

Sejurus sampai kat kereta... kena la tangkap gambar my hubby ni.. sebab gambo dia takde.. hehehehhe

Kesimpulannya... Program Hari Belia 2011 di Putrajaya memang best laa!!!!


Jumaat, 27 Mei 2011

Meeting AJK APDISK Di Rumah Era Nazeera

Posted by Emmymazli at 5:28 PTG 0 comments
AJK-AJK APDISK di rumah Era Nazeera

Salam semua.... 21 Mei 2011 (Sabtu) yang lepas, aku telah ke rumah Era Nazeera yang telah sudi menjemput aku dan family bersama AJK-AJK APDISK yang lain untuk meeting post mortem mengenai program APDISK yang telah dijalankan iaiatu Majlis Potluck dan Ramah Mesra APDISK yang telah diadakan pada 7 Mei 2011 di Taman Wetland Putrajaya dan juga meeting untuk membincangkan upcoming program untuk APDISK. 

Anyway, masa meeting tu petang so amat bersesuain la dengan menu petang tu bila Era betul-betul buat menu Laksa Utara yang merupakan peberet my hubby.  Tu yang buat beria nak datang tu sebenarnya nak merasa Laksa Utara si Era.  Kalau tak makan rugi.   Heheheheh.

So, setelah selesai meeting bersama AJK APDISK, setelah mendapat kata sepakat,  upcoming program untuk akan datang adalah Tournament Bowling.  Kepada bekas-bekas pelajak DSK Politeknik Port Dickson, anda di jemput untuk menyertai Tournament Bowling APDISK ni.  Nak baca lebih lanjut mengenai tournament ni... sila klik di APDISK Bowling Tournament 2011.

Oklah... chow dulu.  Thanks banyak-banyak to Era yang menyediakan hidangan laksa utara buat AJK2 APDISK... banyak kali jugak anak-anak aku menambah laksa ko beb.  Malu la pulokkk!! Huhuhu!! Ko memang kelaslah!!!

p/s: entry ni dah lama aku tulis tapi semedang terlupa nak edit dan publish... sorry!!
 
Kami-kami AJK APDISK yang comel... heheheh
 


Perhimpunan Sejuta Belia di Putrajaya

Posted by Emmymazli at 10:23 PG 0 comments
Haishhh... Semak aku tengok area opis aku ni.... Sana sini khemah! sana sini jalan tutup! Sana sini bising.  takleh buat kerja aku.....  Bak kata sahabat aku tadi... Dongdangdongdangggg.. Hahahahah... Sana sini bunyi muzik berdentang dentum.  Rasa cam nak menyibuk jer kat bawah tu tapi perasaan malas tu banyak sgt.. hahahah.. Kalau nak nyibuk tu boleh aje.... Almaklum lee.... Boss takder arini.  Kehkehkeh...

Rasanya pagi ni dah start perhimpunan sejuta belia ni. Adehhhh... Depan opis ada stage dan gerai-gerai... Tepi opis sebelah menara kbs ada khemah... Belah sini plak ada khemah jugak berdedai kat area parking tu, pastu kat blakang opis plak khemah budak sekolah camping kat situ.  Sana sini khemah. Haishhh semak!!  Memang la best kalau KBS buat acara besar-besaran macam ni,  tapi bila dah menyemakkan keadaan area opis aku ni.... Boleh pening kepala.  Sampai nak keluar opis pun takut.  bukan takut apa.... Takut sesat tak jumpa jalan balik opis.. Hehehehehhe

Tak dinafikan memang KBS telah menganjurkan Sambutan Hari Belia yang sangat grand.  Pastu bersekalik pula dengan Jom Heboh TV3 tu.  Lagi la sesak Putrajaya ni.   Confirm sana sini jam.... Aku memang teringin nak pergi Jom Heboh ni kalau ada kat sini.  Tapi nampak gayanya kena naik motor la ni... tak boleh naik kereta.  Bukan apa... takut tak tau nak parking kereta kat mana nanti.  Kalau pergi Jom Heboh ni bolehlah aku menyoppingkan diri di gerai-gerai yang disediakan.  Murah pun murah... lagi best kalau dapat barang free... hehhehehe!!

To all kengkawan di luar sana jika terbaca entry aku ni, jomlah datang beramai-ramai ke Putrajaya ni untuk menyambut Hari Belia jika ada rasa anda masih belia. Hahahahah.... walaupun aku rasa semak skit kat sini... tapi kalau korang tak datang.. amatlah rugi.  Ada Jom Heboh, ada sukan extreem, ada budak-budak camping, ada konsert, ada booth-booth dan macam-macam lagik.  Fun fair pun ada jugak tau... tapi aritu aku pergi tak best.. tak tau la 3 hari ni best ke tak.. hehehhehe.  Anyway... jom la yer....  SELAMAT DATANG KE PUTRAJAYA!!!!

Jumaat, 20 Mei 2011

Kasihnya Ibu Bersama Jamal Abdillah

Posted by Emmymazli at 5:21 PTG 0 comments
17 Mei 2011 (Selasa) - PWTC

Korang mesti maklum yang pada 17 Mei 2011 merupakan cuti Hari Wesak.  Memandangkan ia merupakan hari cuti, maka sebulan sebelum ini aku telah merancang sesuatu untuk sambut hari ibu bersama my mom. 
Kad Jemputan berserta no Cabutan Bertuah
Al kisahnya... sebulan sebelum majlis ini, aku terbaca la paper pasal Sambutan Hari Ibu Bersama Jamal Abdillah ni.  So aku pun bincang la dengan adik-adik aku si Angah dan Syila (aku tanya orang yang dah kerja je) kalau-kalau nak celebrate mothers day skali ngan mama sebab aku amat maklum yg my mom memang amat meminati Jamal Abdillah.  Setelah decide, kami sanggup sharing untuk tiket mama but dalam kami 3 beradik Syila tak nak joint sebab dia risau kepenatan sebab kalau ikut plan asal aku dan Syila, kami memang baru sahaja habis treasure hunt Ahad tu.  Maka lepas decide aku terus contact PWTC untuk booking tiket dan tempat.  Nasib baik... ada lagik... syukur... memang rezeki my mom.

Kami 3 beranak.  Angah, Mama dan Aku
So, planningnya, kami takmo inform dulu pasal event ni kat my mom until la dia datang sini.  But my mom dah rasa curiga pula bila kami 3 beradik masing-masing call dia suruh dia datang Putrajaya dengan membawa baju lawa-lawa.  Then nak jadi hal pula, Syila pula paksa my mom beli baju yang grand-grand untuk event ni dan siap bawak ke kedai dan pilihkan baju untuk my mom ni. Hai... lagi la kantoi.  Terpaksa la Syila inform pasal event ni.  Yang kelakarnya, masa aku serahkan tiket tu masa kami sambut Mothers Day di rumah Angah (KLIK DI SINI STORY SEBELUMNYA) , my mom boleh buat-buat terkejut.  Hahahah... sabo jer la mama ni. 

Di hadapan pentas kecil di luar dewan
 Oklah... straightly story about the event,  Aku, Angah dan Mama bertolak dalam tengahari tu nak ke PWTC.  Sampai kat sana, ngam-ngam waktu yang diberi semasa kami mendaftarkan diri.  Selesai mendaftarkan diri, kami terus mendapatkan masuk ke Dewan dan mendapatkan tempat duduk di Table 31.  Tengok-tengok kat kerusi dah ada gift dari pihak PWTC.  Best betul... siap ada tudung Ariani lagi beb.  Table kami tak jauh sangat dari pentas dan just nice.  Disebabkan konsepnya adalah Hi Tea, maka perut aku yang berkoroncong ni sebab tak makan tengahari lagi ni makan jer la apa sahaja yang dihidangkan kat situ dan booth makanan di luar.  But not bad la makanannya sebab banyak pilihan. 

No table kami
Gift yang kami terima...
Kebetulan, kami setable dengan pasangan anak dan bapak ni.  Namanya Sulaiman a.k.a Leman.  Bapanya aku tak ingat nama dia sebab sepanjang kami setable, aku panggil pakcik jer.  But syukur, Leman dan ayah dia amat friendly dan kami borak dah macam keluarga dan dah kenal lama pula. 

Leman dan Ayahnya
Bertemakan Kasihnya Ibu Bersama Jamal Abdillah, sambil menikmati hi tea, kami dihidangkan dengan nyanyian dari penyanyi undangan di situ... tak konal den.  Tapi suara memang best.  Pengacara hari itu ialah Dee yang sinonim dengan sitkom 'Jangan Ketawa'.  Siapa yang hadir pada hari itu, kalau tak gelak sebab keletah dan gelagat Dee yang berpakaian wanita paling grand dalam dunia tu aku rasa memang wayar diorang shot la tu... hehehhehe.  Di samping itu, penonton juga dihidangkan dengan alunan bunyi sexsofon oleh pemain sexsofon muda iaitu Alif Nasir.  Perghh... meremang bulu roma den ni haaa dibuai alunan sexsofon Alif.  Caya laa...

Keletah Dee
Alif Nasir
 Paling best bila penonton diserikan dengan usikan Dee yang meminta lebih kurang 6 penonton lelaki untuk dijadikan bahan sebagai artis zaman 50an hingga 90an untuk memeriahkan majlis.  Dalam dia mencari-cari orang, aku, Angah dan Mama telah membahankan si Leman dengan memanggil Dee yang memerlukan 'Anggur Muda' yang mantop!! Hahahahah.. sian Leman!! 6 orang ni dikuarantinkan dan disiapkan dengan baju zaman dolu-dolu!! Bila diorang keluar je ke pentas, diorang kena  menggayakan pakaian diorang dengan muzik yang diberikan mengikut tema.  Apa lagi.. berdedailah ketawa 1 dewan melihat aksi mereka ni.  Si Leman pun bukan mainlah tunjuk bakat dia... hahahahahah... comey Leman.  Leman antara top 2 yang mendapat sorakan penonton untuk mendapat hadiah.  Tapi takder rezeki.  Sedey... Hehehehhe... Tapi apa pun.. cayalah Leman sebab berani menonjolkan bakat dan siap mengusik Dee lagi di pentas tu. Hehehhehe!!!

Leman malu-malu kerana jadi mangsa Dee.  Comey Leman

Mangsa-mangsa Dee yang memakai kostum mengikut peredaran muzik zaman dahulu dan kini
 
 

Leman dengan aksinya.. bukan main lagik!!
Pemenang pada hari itu yang menewaskan Leman
Selain itu, penonton juga diberi hadiah cabutan bertuah dari pihak penaja event ni.  So far before Jamal Abdillah punya persembahan, aku, Angah dan Mama belum nak berapa bertuah la.   Sedey!! Hehehehe

Lebih kurang jam 4.30 petang gitu, barulah Jamal menonjolkan diri.  Perghhh... terpegun semua dengan kehenseman Jamal ni. Jamal yang telah menyampaikan sebanyak 11 buah lagu termasuk lagu baru dari album Raja Pop 2, Secupak Dua Cupak.  Antara lagu lain yang dinyanyikan ialah Takdir Penentu Segala, Kau Lupa Janji, Padamu Kekasih, Azura, Kasihnya Ibu, Jeritan Batinku bersama alunan seksofon Alif Nasir, Sandarkan Pada Kenangan yang berduet dengan penonton, Di Sudut Kamar Hatiku dan Gadis Melayu. Masa Jamal menyanyi lagu-lagu sedih ni, dia telah merapati golongan ibu-ibu warga emas dan kurang upaya.  Masa ni, berdedai la air mata ibu-ibu kat dewan tu bila Jamal menyanyikan lagu-lagu yang sengaja dipilih untuk meruntun dan mencuit hati para ibu dan tetamu yang hadir untuk sama-sama menghargai jasa ibu. Huhuhuh.  Nasib baik aku tak terjebak sama... heheheheh.  Apa yang pasti, setelah 32 tahun bergelar anak seni, vokal Jamal masih lagi mantap dan berjaya memukau para tetamu yang hadir pada petang itu.

Hensem beb bila Jamal senyum
Penuh perasaan semasa dia menyanyi
Jamal di pentasnya...
Meleleh air mata nenek ni masa Jamal menyanyikan untuk dia
Alif Nasir dan Jamal mendendangkan lagu Jeritan Batinku
ng buat aku teruja sangat petang tu bila, masa aku dan beberapa orang kawan di table belakang tu menghayati lagu Azura dengan membuat lambaian macam menonton konsert tu,  tetiba Jamal terpandang ke arah kami sambil tersenyum dan terus datang ke table kami.. Masa ni, huru hara semua orang kat table aku ni termasuklah aku nak bergambar dengan Jamal Abdillah... Hahahah.... Yer lee... sape sangkakan Jamal nak datang pada kita.  Kebetulan sedang bergambar tu Jamal juga menyanyi, boleh pula dia suakan mic tu kat aku time tarik chorus akhir lagu Azura tu.. "AZURAAAAAAA".  Nasib baik mak nyanyi tak sumbang... heheheheh... I like!!  Selepas itu, dia sempat ke meja belakang aku tu untuk bertemu seorang nenek tu dan bergambar.  Then bila dia patah balik, dia sempat bertanya penonton tetapi tetiba dia terus sua mic kat aku lagik!! Jamal tanya kat aku: 'Saya hensem ke?' dan aku menjawab, 'You always hensem and young forever!'.  Ayat mengampu tu... heheheheh.  Jamal said, 'Hensem konon.. hidung mcm serombong kapal!!"..... Aku tergelak besar... nasib baik sedar diri... sorry Abg Jamal!!   Hahahah...

He's coming to us
Bergambar bersama Jamal dan rakan setable
Masa ni lah Jamal nak pass mic dia kat aku... sabo jer laa... 'AZURAAAAA'
Nenek belakang table aku ni cukup glemer malam ni...
Jamal bagi soalan cepu emas kat aku.. heheheh
Untuk lagu yang terakhir, Jamal telah menyanyikan sebuah lagu yang belum pernah dinyanyikan dan sebenarnya lagu itu ditujukan khas kepada arwah ibunya yang telah meninggal dunia lebih 10 tahun lalu. Tajuk lagunya, ialah Penawar Kasih.  Masa ni, Jamal telah memanggil seorang nenek yang duduk belakang table aku tu tadi untuk menemani Jamal ke pentas.  Rupa-rupanya nenek ni adalah nenek kepada pencipta lagu tersebut iaitu Fauzi Marzuki.  Huhuhu... Tetiba nenek ni glamour habis sebab muka dia keluar surat khabar sumer.  Heheheh!! Tetapi, masa Jamal menyanyikan lagu ni la mencurah-curah air mata mak-mak dan nenek-nenek kat situ termasuklah nenek ni.  Huhuhuhu..... Penuh jiwa lagu ni.   Uwaaaa....

Mendendangkan lagu Penawar Kasih buat nenek ni menangis tak hengat... huhuhu... sedey
Penutup kepada majlis ini, sambungan untuk cabutan bertuah diadakan sekali lagi.  Hadiah dia best-best!! Peti ais la, TV LCD, Tiket Firefly dan percutian la...  Huhuhuhu... Best giler.  Tapi still aku, Angah dan my mom takder rezeki.  Nak dijadikan cerita, untuk menambah kegembiraan dan keterujaan para ibu yang hadir, tetiba pula Dee mengumumkan 10 cabutan terakhir extra akan diberikan kepada tetamu untuk Dinner Eksklusif Bersama Jamal Abdillah.  Maka, dengan baik hatinya Leman dan ayah dia telah memberikan kad mereka kepada my mom.  Manalah tau kan.... rezeki mama aku.  Hingga ke peserta bertuah yang ke 9... dah rasa hampa sangat dah.. sebab tak dapat. Masa Dee sebut nombor cabutan  terakhir '0119', tetiba ayah si Leman ni menjerit "Yess!!"  Rupanya nombor dia naik dan dia serahkan kepada my mom.  Apa lagi.. senyum sampai ke telinga la my mom ni.  Huhuhu.... Mama pun naik la ke pentas mama bersama 9 lagi penerima cabutan bertuah Dinner Eksklusif Bersama Jamal Abdillah.  Nak-nak pulak my mom dapat berdiri sebelah Jamal Abdillah dan  bersalam dengan dia.  Bukan main sakanlah mak den ni haa...  Haishhh....
Sakan mak aku dapat salam Jamal Abdillah
Bertentang mata mama aku ngan Jamal
Kesemua 10 orang yang bertuah dapat Dinner Eksklusif Bersama Jamal Abdillah
Tamat sahaja majlis, sebelum beredar, sempatlah my family bergambar dengan Leman dan ayah dia yang happening tu dan rakan setable kami lagi sorang Kak Laila.  Sempatlah bertukar no telefon dan FB.  Hehehe.  Yang loghatnya, aku, Angah dan Mama tak terus balik.  Kitorang sempatlah posing sakan dengan Dee dan kat pentas utama tu dan signboard event tu.  Mama pula sempat la beli CD Jamal dan minta signature Jamal setelah Jamal tamat press conference.  Tukang mintak signnyer aku le.  Sambil nyelam minum air... aku pun nak bergambar personally dengan Jamal Abdillah ni.  Heheheh....

Family aku dengan Leman dan ayahnya bersama Kak Laila di sebelah kiri aku
Eksklusif bersama Jamal.  Siap sign CD lagik tu...
Aku dan Dee

Balik tu.. my mom punya senyum bukan main lagik!! Sampai ke telinga beb!!. heheheh... Anyway, aku happy bila dapat melihat mama tersenyum riang sebab dapat joint event ni.. Bak kata adik aku Syila la... 1 minggu tak habis story dia pasal Jamal ni kat rumah tu... Mesti menanah jer telinga bapak aku ni ... Hahahahah!!!

Oklah... Chow

p/s: Aku baru sahaja diberitahu yang Dinner Eksklusif Bersama Jamal Abdillah bersama 10 orang ibu yang bertuah tu akan diadakan pada 8 Jun 2011. Suke la mama aku tuh!!

Sila layan gambar yee... Heheheheh
Dee with Angah

Mama and Dee
Kami tiga beranak depan pentas


Dengan poster Jamal pun jadi la kan....
Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...