Memaparkan catatan dengan label Emmymazli Recipes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Emmymazli Recipes. Papar semua catatan

Rabu, 9 Julai 2014

BISKUT NESTUM

Posted by Emmymazli at 1:10 PTG 0 comments
Ni aku nak share lagi satu resepi biskut yang mama aku tak pernah miss untuk buat dan yang sangat aku suka.  Bagi kuih ni sebalang pon boleh habis kalau letak kat depan mata aku... tak yah nak tunggu bagi kat tetamu... hehehehehe... korang try ekkk!!
gambar ihsan google
** nanti kalau dah ada gambo sendiri aku upload gantikan yang ni. tq
Untuk doh:
5 cawan tepung gandum
2 cawan nestum (diblend kering tp jgn terlalu halus)
1 1/2 cawan gula kastor
1/2 camca garam
2 biji telur (kuning sahaja)
2 camca teh esen vanila
1 1/2 - 2 cawan butter 

Sebagai hiasan:
2 biji kuning telur
2-4 titik pewarna kuning telur
Ceri potong

Cara membuat
1.  Gaulkan dan uli kesemua bahan doh di atas dan gunakan butter sebanyak 1 1/2 cawan dulu.  Kalau ulian doh tak lembut baru tambah butter tetapi jangan sampai melekit semasa uli doh. 
2.  Terap ikut acuan yang kita suka.
3.  Hiaskan dengan sapuan kuning telur di atas kuih dan letakkan ceri potong
4.  Masak dengan suhu 170°c selama 20-25 minit atau hingga kekuningan

Simple kan?? Yummy!!!

TART NENAS (TERAP)

Posted by Emmymazli at 12:46 PTG 0 comments
Sempena nak raya ni... aku nak share resepi tart mama aku yang menjadi favourite aku tiap-tiap tahun.  Bagi aku... takder yang dapat challenge kuih tart mama aku nih... heheheh... mengadakan.... bukan apa... selalu yang aku dapat atau makan dari yang orang lain buat most of it tartnye akan terlalu lembut dan peroi... so resepi mama aku ni akan just nice jer tepungnya dan jem nenasnya tak terlalu manis seperti yang kita beli.  Sebenarnya aku suke tart terap dari tart gulung... kalau tart gulung.. jem nenasnya nanti lembut sangat berbanding jem nenas pada tart terap yang dibakar.  Akan rasa liat-liat skit. Apa-apa pon.. cuba dulu baru tau kan...

Bahan doh:
500gm tepung gandum
125gm butter
125gm planta
1 camca teh garam
2 biji telur (1 biji guna penuh, 1 biji guna kuning shj & buang putihnya)
1 camca teh esen vanila

Untuk jem:
2 biji nenas
1 cawan gula

Cara membuat:  

Untuk Jem: 
2 biji nanas di blend dan dimasak dengan 1 cawan gula sampai pekat.  Sejukkan.

Untuk doh:

1. Gaulkan butter + planta, garam, telur seperti sukatan dan esen vanila dan gaul sehingga rata. 
3. Masukkan tepung gandum yang telah diayakkan. 
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati menjadi doh.
5. Canai adunan biskut setinggi anggaran 1/2 - 1cm (ikut suka...) terap ikut acuan yang kita suka.
6. Bulat-bulatkan jem nanas. Letakkan jem nanas diatas adunan yang dah diterap.  Hiaskan sekali kalau nak nampak kuih lebih menarik.
10. Bakar dalam oven suhu 170'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 15-20 minit. 
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara

Ok... selamat mencuba... 


Nota:
1 adunan = 2 biji nenas (saiz sedang/besar)
1 biji nenas = 1/2 (setengah) cawan gula
Kalau nak inti color-color pon cantik juga... ikut suka hati kita!!

Jumaat, 25 April 2014

Resepi Tauhu Telur

Posted by Emmymazli at 10:19 PG 1 comments
Okeyyyy... baru tengok gambar pon dah terliuq... apatah lagi kalau dah buat.... jom cuba... aku share di sini resepi ni...

Kredit : Fiza Sezali

4 keping tauhu putih
2 tiub tauhu lembut
1 genggam isi udang (kalu nak letak lebih pon apa salahnya)
2 biji telur

-kesemua bahan-bahan ni di blender sampai lumat yer
-dah sudah masukkan dalam bekas seperti dalam gambar tu
2 biji cili merah dicincang halus (kalau nak pedas tambah la lagi)
sedikit daun bawang yang di potong halus-halus (nak guna daun sup pon boleh)
sedikit serbuk cukup rasa Maggie (jangan letak banyak tau... nanti masin)
tapi kalu tak suka guna serbuk cukup rasa maggie ni pon takpa.. letak garam jer yer..
-gaulkan sebati bahan-bahan ni dengan tauhu yang dah di blender lumat tu yer
-selepas itu bolehlah dikukus dalam 20-30 minit (masa nak kukus tu terpulang la nak guna loyang ke, tupperware ke... kalau guna loyang akan melekat.... lebih elok guna tupperware lagi selamat)
-biarkan sejuk baru dipotong (ikut suka anda nak potong gaya apa pon.... hihihi)
-celopkan tauhu yg dah di potong dalam telur yang dah dipukul sedikit..barulah di goreng hingga kekuningan.


Senangkan.... selamat mencuba....

Selasa, 23 Julai 2013

Resepi Seafood & Beef Spaghetti Aglio E Olio

Posted by Emmymazli at 1:00 PTG 0 comments
Seafood & Beef Spaghetti Aglio E Olio
Alkisah semalam dok loghat tengok resepi dari NZ Cakes & Pasta yang aku dah share kat blog semalam walaupun aku lom try buat… Heheheh…. So balik kerja semalam terus aku cari bahan masak yang takder kat rumah tu di Cyberjaya.  Teruja giler nak buat petang semalam jugak sebab bila ingat dan tengok jer gambar spaghetti tu aku jadi ngences (kecur air liur)…. Mau sepanjang hari sampai esok paginya aku leh ngences teringat spaghetti tu lak kang kalau tak masak.  Huhuhu….  So akhirnya… aku berjaya masak spaghetti ni untuk juadah berbuka semalam…. Siap boleh bagi jiran-jiran lagi sorang sedikit sebab kalau masak banyak gini kang yang makannya aku, Hanum dan Kimie jer… Hubby aku tetap mau nasi bila berbuka.  Ngade… heheheh… Tapi tak sangka… laku la pulak spaghetti aku ni semalam…. Heheheh…. Alhamdulillah…

As usual… aku ni kalau bab masak memang suka try and error dan juga tokok tambah cara aku.  Tapi sebenarnya lagi syiok ooo…. Sama jer dengan resepi semalam tapi aku tambah skit-skit bahan…. So sesiapa yang nak try resepi tokok tambah aku ni…. Korang sangat dipersilakan…. 

Bahan-Bahan (Untuk 8-10 org makan):
1 pek Spaghetti 500 gm (aku prefer jenama San Remo)
1-2 biji capsicum/ lada bengala dihiris panjang2 (kalau tak suka takmo letak pon takper tapi kalau ada rasa dia lagi best)
15-20 ekor udang - lebih pon ok… baru syiokkkk
5-6 ekor sotong - ikut korang punya citarasa
200gm daging kisar (aku prefer jenama Ramly.  Kalau dalam bungkusan tu ada 2 keping seberat 400gm… so korang pakai 1 keping jer yer.  Kalau nak pakai lebih terpulang pada korang)
½ cawan Extra Virgin Olive Oil (cawan tau…bukan pakai gelas)
5 sudu besar butter/mentega (takmo pakai majerin…. Tak best)
8 ulas bawang putih - dicincang halus
1 ½ sudu besar chilli flake (serbuk cili yang kasar, jika nak pedas lagi tambah lagi ½ hingga 1 sudu lagi)
2 sudu besar dry parsley (jika takde boleh pakai daun sup segar yang dipotong halus... but dry parsley adalah yang terbaik)
½ sudu besar lada hitam yang dikisar halus
¾ sudu camca pati ikan bilis (untuk rasakan seafoodnya dari letak ajinomoto)
½ sudu camca teh pati ayam (untuk rasakan manis dagingnya dari letak ajinomoto)
Garam secukup rasa
Bahan-bahan memasak
Cara-Caranya:
1. Siang dan bersihkan udang dan sotong. Udang tu dibuang kulit dan kepala yer supaya senang nak makan.  
2. Daging kisar hendaklah dileraikan supaya tak terbuku semasa dimasak. 
3. Didihkan seperiuk air yang telah diletakkan 3 sudu besar garam. Apabila air mendidih masukkan Spaghetti dan biarkan ia masak mengikut arahan pada pek Spaghetti. (kalau jenama San Remo kena masak selama 13 minit) 
4. Apabila Spaghetti sudah masak, toskan air dan gaulkan Spaghetti dengan 2 sudu butter supaya ia tidak melekat. 
5. Dalam periuk/kuali yang lain...panaskan Extra Virgin Olive Oil dan baki 3 sudu butter. Apabila butter dah cair, masukkan bawang putih dan tumis sehingga naik bau dan sedikit kekuningan. 
6. Masukkan udang dan sotong yang dah dibersihkan tadi beserta daging kisar. Masak sehingga sotong mula mengeluarkan air. 
7. Masukkan serbuk cili kasar, dry parsley @ daun sup, lada hitam dan kacau rata. 
8. Jangan lupa masukkan pati ikan bilis dan ayam serta garam secukup rasa...  time bulan pose ni korang boleh la mintak siapa-siapa yang uzur tu rasakan garam...hihihihihi ....
9. Kemudian masukkan spaghetti yang dah dimasak & tos tadi...gaul rata dan masak sehingga air dlm kuali kering sedikit. 
10. Akhir sekali, masukkan capsicum. Gaul rata dan masak dalam 2 minit supaya capsicum tadi tak jadi lembik dan masih rangup. 
11. Siap untuk dihidangkan…. Taraaaa…. Simple jerkan…. Bak kata mama aku… masak main campak-campak jer… tapi hasilnya marveless ok…. Heheheh 


Oklah… selamat mencuba kengkawan….

Nota Emmymazli:  jangan lupa komen di ruang bawah ni kalau korang dah berjaya masak resepi ubahsuai aku ni yer….. (^__^)Y

Isnin, 22 Julai 2013

Seafood Spaghetti Aglio E Olio

Posted by Emmymazli at 5:33 PTG 0 comments
Arini Emmy nak kongsi resepi Seafood Spaghetti Aglio E Olio yang Emmy ambil dari FB kawan NZ Cakes & Pasta. Kalau kengkawan nak tau Spaghetti Aglio E Olio tu maksudnya spaghetti with garlic and oil dalam bahasa Itali..hehehe...so jom kite mule memasak (^_^).  Sebenarnya... aku tak buat lagi masa aku share resepi ni... tapi aku pasti mesti sedap... huhuhu... asal tengok gambar jer rasa nak ngencess... hahaha

Bahan-Bahan (Untuk 8-10 org makan):
1 pek Spagetti 500gm (prefer jename San Remo sbb die kenyal, tak lembik dan tak mudah putus)
1-2 biji capsicum/ lada bengala dihiris panjang2 (jika tak suka tak nak letak pun takpe :)
15-20 ekor udang - ikut kesukaan masing2 :)
5-6 ekor sotong - ikut kesukaan masing2 :)
1/2 cawan Extra Virgin Olive Oil (cawan yerr..bukan gelas...hihihi)
5 sudu besar butter/mentega (magerine tak sedap..!)
7 ulas bawang putih - dicincang halus
1 sudu besar chilli flake (serbuk cili yg kasar, jika nak pedas lagi tmbah lagi 1/2 hingga 1 sudu lagi :)
1 sudu besar dry parsley (jika takde boleh pkai daun sup segar yg dipotong halus... tp dry parsley adalah yg terbaik :)
1/2 sudu besar lada hitam yang dikisar halus
Garam secukup rasa

Cara-Caranya:
1. Siang dan bersihkan udang dan sotong.
2. Didihkan seperiuk air yang telah diletakkan 3 sudu besar garam. Apabila air mendidih masukkan Spaghetti dan biarkan ia masak mengikut arahan pada pek Spaghetti. (kalo jenama san remo kene masak selama 13 minit)
3. Apabila Spaghetti sudah masak, toskan air dan gaulkan Spaghetti dengan 2 sudu butter supaya ia tidak melekat.
4. Dalam periuk/kuali yang lain...panaskan Extra Virgin Olive Oil dan baki 3 sudu butter. Apabila butter dah cair, masukkan bawang putih dan tumis sehingga naik bau dan sedikit kekuningan.
5. Masukkan udang dan sotong yang dah dibersihkan tadi. Masak sehingga sotong mula mengeluarkan air.
6. Masukkan serbuk cili kasar, dry parsley @ daun sup...kacau rata.
7. Jangan lupa masukkan lada hitam dan garam secukup rase...klo time bulan pose ni leh la mintak sape2 yg uzur tu rasekan garam...mhihihihihi
8. Kemudian masukkan spaghetti yang dah dimasak & tos tadi...gaul rata dan masak sehingga air dlm kuali kering sedikit.
9. Akhir sekali, masukkan capsicum. Gaul rata dan masak dlm 2 minit supaya capsicum tadi x jadi lembik dan masik rangup.
10. Siap utk dihidangkannnn..! senang je kan  (^__^)Y 
SELAMAT MENCUBA...!!!(^__^)Y

Khamis, 14 Mac 2013

Resepi Chocolate Cake Paling Senang

Posted by Emmymazli at 12:41 PTG 1 comments
Salam semua....

Ok guys... kalini aku nak share resepi Chocolate Cake paling senang untuk dibuat.  Memang sedap tau!! Dulu... aku jual chocolate cake ni senang-senang jer kat sekolah untuk kumpul dana untuk buat dewan sekolah... Tapi itu dululah.... Heheheh....

So... lets try ok!!

Bahan-bahan (untuk loyang saiz sedang)

250gm Butter
9oz gula
3 biji telur
1 sudu camca esen vanila
8 oz tepung naik sendiri 
2oz serbuk koko
1 sudu camca serbuk soda bicarbonate
¼ sudu camca garam
1½ cawan air

(oz=ounce)

Cara memasaknya
  1. Panaskan ketuhar dengan suhu 180 darjah
  2. Sapukan butter pada keliling loyang dan alaskan dalam loyang tersebut dengan  kertas minyak dan sapukan butter pada loyang tu lagi.
  3. Pukul gula dan butter hingga kembang menggunakan mixer.  Kemudian masukkan sebiji telur dan pukul kembali adunan gula dan butter tadi.... ulang lagi 2 biji telur dengan kaedah yang sama dan pukul hingga kembang dan berwarna agak putih.... 
  4. Sambil itu.....masukkan esen vanila dan garam
  5. Ayakkan tepung+serbuk koko+soda bicarbonate bersekali.  Kemudian masukkan tepung+serbuk koko+soda bicarbonate yang telah di ayak tadi sedikit demi sedikit (1 senduk biasanya) ke dalam adunan gula+butter+esen vanila+garam tadi berselang dengan air dan kacau hingga sebati.  Ulang kaedah yang sama hingga habislah tepung+serbuk koko+soda bicarbonate tadi.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu butter tadi dan masukkan adunan kek tadi ke dalam ketuhar dan masak kek selama 45 minit - 1 jam dengan suhu 180 darjah.
  7. Dah siap!!!!
Tips senang untuk  buat kek ni cara aku....
  • guna api atas dan bawah pada ketuhar tu untuk 30 minit pertama.
  • minit seterusnya... pusingkan loyang kek ke arah lain agar kek masak lebih sekata.  Kadang-kadang ia bergantung pada ketuhar juga..... 
  • kalau tak nak atas kek hitam.... kalau lepas 30-40 minit atas kek dah hitam cantik atau kekuningan... gunakan api bawah sahaja.
  • nak tahu dalam kek tu masak ke tak selepas 45 minit.... ambil lidi satay/lidi pencungkil gigi... cucukkan pada tengah-tengah kek dan angkat.  Kalau adunan melekit yang tersangkut pada lidi tu maksudnya tak masak la tu.... tambahlah lagi masa 10-15 minit.  Kalau cucuk tiada yang tersangkut pada lidi tu dan kering.... maka dah masaklah kek tu.
  • Kalau nak nampak kek tu lebih  menarik... korang boleh taburkan chocolate rice... rainbow star ke.. love ke atas adunan sebelum di masukkan ke dalam ketuhar.  Atau pun kalau kek tu dah masak... korang boleh hiasakan dengan coklat cair atau jem dan hiaskanlah apa cara korang suka.
Tadaaa.... senangkan.... kalau dah siap.. jangan potong kek tu masa tengah panas lagi yer... nanti berderai pula keknya bila potong... so tunggulah sejuk baru potong tau........ Heheheh... selamat mencuba!!
sebelum masak
setelah masak dan siap... heheheh

Khamis, 30 Ogos 2012

Resepi Roti Lapis Daging Berkeju @ Lagsana Melayu...Yummy!!!

Posted by Emmymazli at 12:14 PTG 2 comments
Salam semua


Today aku nak share resepi Lagsana Melayu for those yang nak hidangkan menu yang simple kepada tetamu  yang datang beraya tu.  Resepi ni aku dapat dari seorang kawan yang aku datang beraya ke rumah dia.  So aku pun mencubanya..... dah buat dan bagi orang lain rasa diorang kata sedap... Hehehhe... Menu ni memang  mengeyangkan dan mudah untuk dibuat.  Bahan-bahan pun mudah untuk didapati di kedai runcit.  Jom try yok!!!
Bahan Inti
300gm daging/ayam cincang @ 4 keping daging burger ayam (dihancurkan) 

** kalau nak daging lebih, 1 paket tu 400 gm  boleh disemuakan

1 biji bawang merah besar + 2 biji bawang putih ~ diketuk dan dicincang/blender
2-3 sudu besar rempah kari (ikut selera masing-masing) dibancuh dengan sedikit air


1/4 cawan air

kepingan cendawan butang yang diracik + mix vegetable / 1 biji kentang yang dipotong dadu - ikut suka nak letak banyak mana

sedikit garam dan gula
minyak


Bahan Roti
12kpg roti
5 biji telur
200ml susu fresh

1/4 sudu kecil lada hitam
1/4 sudu kecil lada sulah

8 kpg slice cheese
cheddar cheese ~ diparut


Cara:
Utk membuat inti
Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan putih hingga bawang layu dan masukkan rempah kari yang dibancuh air. Goreng hingga naik minyak dan masukkan air.
Masukkan daging/ayam kisar dan goreng sambil tekan supaya daging/ayam tidak berketul.
Masukkan kepingan cendawan butang yang diracik+mix vegetable atau kentang.


Rasakan garam dan gula secukup rasa (jgn terlalu banyak garam sebab cheese yang akan diletakkan dalam roti nanti dah masin.... cukup sekadar rasa biasa sahaja)
Goreng hingga kering dan padamkan api.

Buangkan lebihan minyak dlm inti dan biarkan inti sejuk.


Utk membuat Roti Lapis Daging Berkeju:
Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dengan butter (kalau korang guna loyang biasa macam aku nih, alaskan loyang dgn aluminium foil dan lebihkan sedikit bahagian tepi untuk mudah nak keluarkan masa nak makan. Jangan lupa sapu keseluruhan loyang dan aluminium foil dengan butter.
Bancuh telur dan susu fresh bersama lada hitam dan lada sulah dalam sebuah mangkuk hingga sebati.
Celup sekeping roti ke dalam bancuhan telur susu tadi dan susun didalam loyang. Buat sehingga memenuhi ruang dalam loyang.
Tuangkan 1/2 dari inti daging tadi dan ratakan.
Susun slice cheese ke atasnya.
Ulang sekali lagi proses dari awal tadi dan tutup dengan 1 lagi lapisan roti yang dicelup kedalam bancuhan telur susu (sekiranya ada lebihan bancuhan susu boleh dicurahkan keatas roti atau dicelah2nya supaya tidak membazir.
Kemudian tabur dgn parutan cheddar cheese.
Bakar dalam oven yg dah dipanaskan pada suhu 180C lebih kurang 35 - 40 min (sehingga masak).
Keluarkan dari oven dan biarkan seketika.
Potong dan hidangkan.  Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan sos cili.


Senangkan..... ^_^
Gaya aku memasak tengahari semalam lepas ambil anak sekolah time waktu rehat

Khamis, 9 Ogos 2012

Resipi Soto Nasi

Posted by Emmymazli at 11:26 PG 4 comments
Jom try buat soto pula harini.... 


Nasi impit segera (Tak kisah apa jenama pun)   1 paket
-rebus bersama 1 ½ sudu kecil garam supaya nasi impit tidak merasa tawar selama 40 minit

Sup soto
Ayam bahagian dada sahaja - 3-4 dada (jangan potong kecil-kecil.. biarkan begitu sahaja)
Kaki, leher dan tulang ayam - potong kecil-kecil ikut selera masing-masing dan sebanyak mana korang suke                   
Kentang - 1-2 biji (dipotong kecil)
Air - 1 liter (ikut banyak mana nak masak)
Bawang Merah - 7 biji (bawang kecil) / 1 biji (bawang besar) (ditumbuk atau diblender)
Bawang putih - 4 ulas (ditumbuk atau diblender)
Kayu Manis - 3 batang
Buah pelage - 6 biji
Bunga Lawang - 4 biji
Rempah Sup - 5 sudu besar
Garam - 4 sudu kecil atau secukup rasa (tang ni slalu aku main agak-agak jer)
Gula - 1 sudu kecil
Pes Ayam - 1 sudu kecil (guna bahan perasa pun boleh tp ½ sudu kecil jer)
Daun sup - 3-4 batang (dimayang halus)
Taugeh - Segenggam kecil

Cara-cara
Tumiskan kayu manis, bunga lawang dan buah pelage dalam seminit kemudian masukkan bawang  merah dan bawang putih
Tumiskan sehingga kekuningan dan masukkan rempah sup, gaul sekejap dan masukkan air dan kacau
Masukkan garam, gula dan pes ayam.  Rasakan jauh garam.
Masukkan ayam dada dan leher+kaki ayam bersama kentang yang dipotong kecil
Rebus ayam dan kentang sehingga empuk
Keluarkan ayam dada sahaja ke bekas lain
Masukkan daun sup dan taugeh… siap dihidang bersama bahan soto!!

Bahan-bahan hidangan soto
So’on segenggam (digoreng kering dalam minyak panas macam goreng keropok tu…)
Ayam dada yang direbus tadi digoreng sekejap dan diracikkan menjadi kecil-kecilan
Daun sup 3-4 batang (dimayang halus)
Bawang Goreng
Taugeh (ikut suka masing-masing) dibasuh dan siram ngan air panas sahaja

Selamat memasak dan mencuba sumer....!! ^_^

Sambal Cili Kicap

Posted by Emmymazli at 11:10 PG 0 comments

Bulan puasa ni... macam-macam resepi dan idea yang menerjah kat kepala otak ni.  Kalau boleh sumer nak cuba.. kalau tak time bulan puasa tak loghat pulak nak masak.  

Satu-satunya makanan yang membuka selera aku tak kira la apa pun juadahnya yang kena ialah Sambal Cili Kicap.  So today.. aku nak share la cara nak membuatnya.... 
Gambar ihsan dari Google
Sambal Cili kicap
3 ulas bawang putih (jangan ditumbuk atau diblender.. biarkan seulas-seulas)
Cili api segenggam dibuang tangkai
Kicap manis (ikut banyak mana kita nak…. Kalau pekat sedikit jer letak… kalau cair letak banyak skit
Garam 1 sudu kecil (setengah sudu pun ok juga)
Bahan perasa
Cuka 1 sudu besar

Cara-cara
  1. Goreng bawang putih dan cilia api dalam minyak panas dan tutup kuali supaya minyak tidak meletop
  2. Agak-agak dalam 3-5 minit, angkat bawang putih dan cili api  yang telah digoreng dan toskan minyaknya
  3. Masukkan bawang putih dan cili api  tadi kedalam blender bersama kicap manis, garam, bahan perasa dan cuka.  Blender hingga cili menjadi halus dan siap!!  

*Kicap ni kalau banyak boleh diletakkan di dalam botol dan disimpan dalam freezer.  Bila nak, boleh dihidangkan bukan sahaja dengan soto dan aneka sup.. boleh dihidang dengan bermacam hidangan dan lebih sedap kalau diperahkan bersama limau nipis…. Mesti terangkat lah!!!

Tak caya cubalah!!

p/s: tulis resepi ni pon aku boleh nak ngences (meleleh air liur). Perghhhh!!!

Rabu, 8 Ogos 2012

Resepi Bergedil Daging

Posted by Emmymazli at 5:33 PTG 0 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua….. Kali ini aku nak share resepi bergedel daging cara mudah dan sedap. Resepi ini menggunakan bahan-gahan yang mudah didapati dan yang penting senang giler nak membuatnya.  So far aku dah buat ikut cara aku nih… adik beradik, sedara mara dan kengkawan yang rasa sumer kata sedap dan power. Hihihih… perasan sendiri…. Berdegel daging ini boleh dimakan begitu sahaja dengan sos cili atau boleh dimakan bersama soto, mee/bihun/kuey teow sup, nasi ambeng dan sebagainya mengikut kesukaan masing-masing. Biasanya kalau kita beli satu biji bergedel daging ini harganya dalam 50 sen- RM1. Nak buat berdegel ini senang je so kalau buat sendiri boleh kita makan banyak-banyak dan ikut dan kita jer nak makan bila…. ^_^
Bergedil Daging
Gambar ihsan dari Google
Daging
1 kg daging kisar (boleh guna gading Ramli 1 paket)

Bawang merah – bawang besar size sederhana 1 ulas / bawang kecil 3 ulas (ditumbuk/dikisar kering)
2 sudu besar rempah sup/kurma (tak kisah apa brand pun)
1 sudu kecil garam (ikut citarasa masing-masing)
Secubit bahan perasa / ½ sudu kecil pes ayam (aku lebih suka guna pes ayam)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada putih

½ cawan air
3 sudu besar minyak untuk menumis

Cara-cara
  1. Tumiskan bawang hingga kekuningan dan kemudian masukkan rempah sup/kurma dan masukkan air. 
  2. Masukkan garam, bahan perasa/pes ayam,  lada hitam dan lada putih dan gaulkan.  Kemudian masukkan daging kisar  dan gaul hingga rata hingga daging masak dan menjadi ketulan halus dan kering. 
  3. Toskan daging untuk buang minyak dan bahagi 2 bahagian supaya boleh masak dilain hari.
Kentang & adunan bergedel

1 kg kentang (dipotong halus dan digoreng)
2 biji telur (diasingkan kuning telur dan putih telur dan di pukul)
½ cawan bawang goreng
4 tangkai daun sup (dimayang halus)
2 tangkai daun bawang (dimayang halus)
½ / 1 sudu kecil lada sulah
½ sudu kecil garam (ikut citarasa masing-masing)
1 sudu kecil serbuk lada hitam

Cara-cara
  1. Tumbukkan kentang yang digoreng tadi hingga lembut.
  2. Masukkan daging yang telah ditumis tadi setengah bahagian, bawang goreng, daun sup, daun bawang, lada sulah, garam, serbuk lada hitam, kuning telur sahaja dan gaulkan semua bahan.
  3. Bentukkan adunan supaya menjadi bulat dan leper.
  4. Celupkan adunan ke dalam putih telur yang telah dipukul.
  5. Gorengkan adunan bergedel yang telah dicelup dengan putih telur tadi ke dalam minyak panas.
  6. Goreng sehingga garing kekuningan dan angkat serta toskan minyak.
  7. Sedia untuk dihidangkan bersama soto, mee/bihun/kuey teow sup, bubur nasi dan makanan lain yang disukai atau makan begitu sahaja dengan sos cili.
*kalau adunan ni banyak sangat untuk dimasak bagi sekali makan… boleh simpan adunan yang telah dibulatkan tu ke dalam freezer.  Bila hendak makan… keluarkan dari freezer just celurkan dengan putih telur dan goreng bila hendak makan.
**setengah bahagian daging yang ditumis tu boleh disimpan dalam freezer untuk dibuat bergedil dimasa akan datang

Tips buat bergedil
  1. 1 kg daging kisar adalah untuk 2 kg kentang.  Kalau akulah… aku akan buat ikut nisbah ini dan doublekan bahan untuk bab bergedil kentang tu tapi telur kuning 3 biji pun ok dah… tang daging tak payah adjust dah.. just ikut resepi aku.  Then adunan tu just goreng yang untuk dimakan sahaja dan selebihnya disimpan di dalam freezer begitu jer adunan tu or bulat-bulatkan dan simpan di dalam bekas dan dimasukkan ke dalam frezer, then bila nak makan just keluarkan dari freezer dan celurkan dengan putih telur dan goreng.
  2. Tujuan daging di tumis dahulu supaya daging confirm masak dalam bergedil dan rasa pun lebih sedap bila ditumis.
  3. Tujuan guna kuning telur dalam adunan kentang tu supaya semasa menggoreng, bergedil tu akan kental dan mampan serta tidak mudah berderai.
  4. Mencelup dan menggoreng menggunakan putih telur sahaja akan membuatkan bergedil lebih kemas dan tidak banyak buih-buih telur pada bergedil.  Minyak pun tak meletup-letup sangat semasa menggoreng.
Selamat mencuba resepi ringkas dan senang untuk dimasak iaitu Resepi Bergedel Daging ^_^

Menu yang aku sediakan bersama bergedil baru-baru ini.


Char Kuey Teow Paste dan Cara Masak Char Kuey Teow

Posted by Emmymazli at 10:50 PG 28 comments

Ok guys... today aku nak share resepi Char Kuey Teow ala-ala Penang tu... semalam aku baru jer buat sos dia dan simpan untuk next punya makan.  Resepi ni setelah aku cuba memang sedap.  Resepi asal adalah dari che'iza @ myresepi dan resepi ubah suai dari resepidaria.  Seterusnya... aku adjust sana sini skit.  Hahahha...

Jom kita try yok...

Bahan Char Kuey Teow Paste

  • 400 gm udang (pisahkan kulit udang dan isi udang. lebih skit udang pun takper.  rasa akan lebih  masis)
  • 500ml air
  • 8 ulas bawang putih di ketuk (disebabkan aku malas... aku  blender dgn air yang skit)
  • 12 sb sos tiram
  • 6 sk kicap pekat
  • 6 sb kicap manis
  • 2 sk petis
  • 4 sb pati ikan bilis / pati udang (aku gunakan pati ikan bilis jer sebab pati udang payah sangat nak jumpa)
  • 2 sk garam (sos tiram dah masin so agak-agaklah.  Tambah setengah sudu kecil lagi pun takper kalau nak)
  • 2 sk gula

UNTUK BUAT PASTE

  1. Didihkan air dan masukkan isi udang. Bila isi udang hampir masak, angkat isi udang dan masukkan kulit udang biar ia terus mereneh dengan api perlahan. Tapis dan ambil air udang sahaja, kulit udang dibuang.
  2. Campurkan semua bahan utk paste  seperti diatas dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
Inilah hasilnya paste yang aku buat... selebihnya aku dah masak semalam... hihihih

CHAR KUEY TEOW BASAH (1 orang makan)
Char kuey teow basah aku yang dah tak basah.. heheheh
  1. Goreng udang dahulu. (Untuk pertama kali masak guna udang yang dibuang kulit tadi pun ok)
  2. Tumis bawang putih dan lada boh/cili blender 1sb hingga garing. Masukkan dalam 2sb paste tadi. Masukkan kerang.  Biasanya Penang Char Kuey Teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
  3. Setelah air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh, tauhu dan ketepikan dulu.  Then  pecahkan telur kemudian kacau rata dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sahaja dan jangan lama sangat kacaunye.  Takut nanti kuey teow kembang jadi tak syok pula nak makan.  Pastikan api kuat semasa memasak. 
  4. Siap untuk dihidangkan!!
* Kalau masak untuk 1 paket kuey teow yang boleh makan 5 orang tu... just adjust bawang putih dan cili boh lebih skit dan paste jadi 5-7sb sahaja serta tambah air.  Tapi nak lagi sedap... elok masak untuk 2 orang punya makan tiap kali nak makan.  Jadi confident skit nak masak dan terpelihara sedapnya!!  Hehehe!!

CHAR KUEY TEOW KERING (1 orang makan)

  1. Goreng udang dahulu dan ketepikan dahulu.
  2. Tumis bawang putih dan lada boh/cili blender 1sb hingga garing.. Masukkan kuey teow dan kacau rata.
  3. Masukkan dalam 2sb paste tadi, kacau rata dan kering kemudian ketepikan dulu.
  4. Pecahkan telur dan gorengkan telur serta kacau hingga kering dan kemudian kacau bersama kuey teow yang diketepikan hingga rata.
  5. Masukkan udang yang digoreng tadi, kerang, kucai, taugeh, tauhu, lada sulah kemudian kacau hingga sebati dan siap untuk dihidangkan!!

* Kalau masak untuk 1 paket kuey teow yang boleh makan 5 orang tu... just adjust bawang putih dan cili boh lebih skit dan paste jadi 5-7sb sahaja. Itu jer

Paste yang aku  buat tu... boleh juga digunakan untuk memasak mee dan bihun.  Mesti sedap.  Tak caya cuba laaa.

** Paste ni selalu orang guna untuk meniaga so udang yang direbus memang diorang pakai. Tapi untuk kegunaan sendiri, kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tapi kena tambah petis 1sb atau lebih skit pun ok. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lagi garam dan gula masa masak buat kuey teow tapi kalau rasa cam tawar leh adjust rasanya ikut citarasa masing.  

Selamat mencuba!!!

p/s:  Kalau korang rasa remeh sangat nak buat paste dia... bolehlah cuba sos char kuey teow yang sepupu aku punya produk ni SYAH FLAVOR.  Ramai kata sedap.  Bleh contact wife dia Yuslinda Yusuf (klik sini)  di facebook kalau nak.. ok!! ^_^
Gambo lelaki kat depan botol sos tu... sepupu aku... si Shaharini

Selasa, 24 Julai 2012

Resepi Bubur Lambuk

Posted by Emmymazli at 5:16 PTG 2 comments
Salam....


Selamat berpuasa semua....


Today aku nak share resepi bubur lambuk yang simple tapi sedap macam korang makan yang Bubur Lambuk Kg. Baru punya.... aku try & error je sebelum ni setelah merujuk resepi kawan-kawan dari internet... tapi ikut cara dan selera masing-masing laa.... kebetulan semalam aku baru jer buat dan ada kawan bertanya pula resepi tu... so harini aku nak sharelah resepi aku yer...

Bahan-Bahan:
2 cawan beras (basuh dan toskan)

½ biji kelapa, gunakan santan pekat (guna santan kotak pon boleh.  Kalau untuk 2 cawan beras gunakan ½ kotak) ½ kg daging cincang (lebih pun takper kalau suka. Then pakai daging paket Ramli pun boleh)

5 s/b minyak masak
1-2 biji ubi kentang (potong kecil-kecil)
Garam
Air
Bahan tumbuk/blender
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

Rempah tumis
1-2 batang kulit kayu manis 3-5 kuntum bunga cengkih 2-3 kuntum bunga lawang 3-4 biji buah pelaga
1 inci halia (ketuk sedikit sahaja)
Bahan rempah
1 ½ s/b serbuk rempah kurma/rempah sup
¼  s/k lada putih
¼   s/k lada sulah
½  s/k lada hitam
½ s/k halba campur

Bahan hiasan

3 tangkai daun sup yang dicincang
2 tangkai daun bawang yang dicincang
Bawang goreng

Cara:

1. Panaskan minyak masukkan rempah tumis dahulu dan kemudian bahan tumbuk sehingga wangi dan garing kekuningan.
2. Masukkan bahan rempah dan daging. Masukkan sedikit air supaya tidak terlalu kering. Masukkan ½ sudu paste ayam. Biarkan sehingga naik minyak. 
3. Masukkan beras, kentang dan air. Biarkan sehingga beras hancur dan daging lembut.
4. Bila dah beras nampak pecah, masukkan santan, dan rasakan garam. 
5. Bila sudah masak, masukkan udang yang telah dibuang kulit dan tunggu 3 minit kemudian hidangkan dengan bahan hiasan 


p/s:  kalau masukkan udang dari awal nanti jadi tak sedap pula.  Tak caya cuba laaa… hehehehe.  Lagi satu aku suka masukkan daun sup yang di cincang sekali dalam periuk bubur tu sebelum tutup api.  Aku rasa bubur lebih wangi dan tahan lama kalau disimpan.  

Selamat mencuba.

Selasa, 29 Mei 2012

Resepi Spagetti Bolognise

Posted by Emmymazli at 2:54 PTG 4 comments
Okaylah... today aku  nak share resepi membuat spagetti bolognise melayu cara aku.  Kalau kengkawan yang pernah rasa spaggeti aku ni.... mcm nilah rasa spagetti yang korang makan mengikut resepi ini.  Memang macam susah skit tapi lebih sedap dari yang korang makan kat Secret resepi or hotel... Tak caya cubalah...


Bahan mee spagetti
Mee Spagetti San Reemo - 1 paket (suka hati nak yg  mee spagetti or angle hair)
Minyak Zaitun

Bahan kuah spagetti
Serai - 2 batang (dititik)
Bawang merah besar - 1 1/2 biji + Bawang putih 5 ulas (diblender)
Sos spagetti Prego/Campbel - 1 botol
Cili hidup - 3-4 batang (diblender)
Tomato - 10 biji (4 biji diblender/ 6 biji potong dadu)
Garam
Gula
Cuka
Perencah Pati Ayam Tumix - 1/2 sudu camca (kalau takder ganti dengan Ajinomoto secubit pun boleh)
Sos Cili
Sos Tomato
Daging kisar - 1 paket (leraikan dahulu daging sepaya bila masak tidak bergentel sangat)
Cendawan butang jenis slice - 1 tin (toskan air dalan tin) - kalau takder yg slice.. beli  yang biase pun boleh tapi kena potong nipis-nipis sendiri
Sosej ayam - 5 batang (potong menjadi kepingan kecil dan bulat)

Cara-cara memasak.

Mee Spaggeti
1.  Rebuskan air dalam periuk yang agak sederhana besar.  Masukkan 3/4 sudu camca garam dan 2 sudu besar minyak zaitun.
2.  Setelah air mendidih, masukkan mee spagetti ke dalam periuk dan masak hingga 8-10 minit.
3.  Setelah masak, toskan mee spagetti tersebut untuk dihidang.

Kuah Spagetti
1.  Tumiskan serai dengan 6 sudu minyak masak sehingga naik wangi serai tu.
2.  Tumiskan bawang marah dan bawang putih yang telah diblender sehingga kuning.
3.  Masukkan sos spagetti Prego/Campble bersama cili hidup dan 4 tomato yang diblender.  
4.  Masukkan garam 1 sudu garam dahulu, 1 genggam gula, 1/2 camca perencah pati ayam tumix dan 2 titik cuka (boleh tambah jika tak cukup rasa).  Tunggu hingga mendidih.
5.  Tuangkan secukupnya sos cili dan sos tomato mengikut citarasa masing-masing samada mahu masam manis atau tidak.
6.  Masukkan semua sekali daging kisar, 6 biji tomato yang dipotong dadu, cendawan butang dan kepingan sosej ayam.  Rasa masam, manis dan masin kuah secukupnya dan tambah mana-mana ikut selera masing-masing
7.  Tunggu hingga mendidih dan pekat kuah.   Boleh dihidangkan.

Nota aku:
Korang kena rasa kuah spagetti tu ikut selera masing-masing tau.... kebiasaannya... kalau aku masak untuk 1 botol sos prego dan 1 bungkus daging.... aku akan letak sos tomato 1/4 atau lebih dan sedikit sos cili untuk sedapkan kuah.... biar kuah masam dan manis skit... jangan masin yer... kalau  masin sekadar rasa takper....

Anyway... selamat mencuba....
Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...