Khamis, 29 September 2016

Produk Height Up - Supplement Peninggi Badan

Posted by Emmymazli at 3:26 PTG 13 comments
Salam semua...

Harini saja nak buat review skit pasal satu produk ni.  Aku ni tau pasal produk ni pon sebab adalah seorang kawan aku yang anak-anak kami ni dalam dunia taekwondo.  Anak-anak dia memang semua ketahui.. hebat dan selalu menang pingat emas.  Disebabkan dasar kawan-kawan, minggu lepas semasa kami terlibat dalam perlawanan taekwondo, dia ada ceritakan pasal kelebihan anak dia sekarang ni dengan ketinggian yang ada dengan menggunakan produk Height Up. Yes.... memang aku perasan sangat anak dia sekarang tinggi nak dibandingkan dengan anak bujang aku yang sebaya dengan dia... Beberapa bulan lepas taklah tinggi  mana... Ketinggian dia dah macam budak tingkatan 5 sedangkan anak dia baru tingkatan 1.  Dalam taekwondo, untuk jadi atlet berjaya bukan sahaja terletak pada bakat tetapi ketinggian juga faktor penting untuk menjadi atlet taekwondo.  Bayangkan jika bermain di luar negara... pasti akan jumpa dengan atlet-atlet yang tinggi-tinggi.  Apa pon... bukan sembarangan orang kakak tu nak share something yang berguna untuk anak-anak dia kepada orang lain.  So aku rasa sangat beruntung bila dia sharekan kelebihan produk ni.

Maka dengan itu... aku pon googlelah... Nilah produknya....

Setelah aku google .... dapatlah aku baca maklumat dan riview dari orang yang pernah guna.  

Yes... aku dah order untuk anak-anak aku.  Soon akan dapat.... Tak salah mencuba.... lagi pula dengan keadaan anak bujang aku yang rendah tu.  Even dalam kelas, dialah paling rendah.  Kesian tau.  Belum cerita dalam taekwondo lagi.  Kimie pasti akan jumpa opponent yang tinggi dari dia. Kadang separas bahu pon ada.  Anak aku tu badan kecik tapi padat.  Tapi ketinggian bukan faktor untuk mengalah dalam perlawanan taekwondo.  Cumanya... kalau tinggi,  mudah untuk dia mencuba dengan lebih yakin.  

Insyaallah.  Aku harap  percubaan aku ni berjaya untuk anak-anak aku.  Kalau Hanum dah tinggi... moga lebih tinggi... dan Kimie... moga lebih tinggi dari sekarang and ada improvement.  Insyaallah... Aminnn....

Jom korang baca dan hadam dulu yer pasal produk ni... sumber semua ni dari encik Google....


Selasa, 27 September 2016

CK Classic International Open Taekwondo Championship Malaysia

Posted by Emmymazli at 5:23 PTG 0 comments
23-25 September 2016 - Stadium Badminton Cheras

Salam semua....

Kalini nak update pasal event anak-anak pula.

Hanum & Kimie kalini mewakili Koryo Club terlibat dengan CK Classic International Open Taekwondo Championship Malaysia.  Tournament ni melibatkan 25 buah negara luar yang sama-sama bertanding untuk merebut gelaran juara.  Bukan senang yer... Rezeki anak-anak aku dapat join kalini.

Kalini rasa macam jadual perlawanan lama skit dari tahun lepas.  Tahun lepas 2 hari jer.... tahun ni 3 hari.  Bercinta aku nak menunggu anak-anak ni.  Apa pon... tournament begini memberi pengalaman dan pendedehan pada anak-anak aku untuk sparring dengan atlet luar negara selain dapat berjumpa dan berkawan dengan mereka.

Buat kalini.... Hakimi yang pertama kali bertanding dalam CK Classic International Open Taekwondo Championship Malaysia tidak berjaya untuk mendapat apa-apa pingat setelah tewas di bout yang pertama dengan atlet Indonesia... bab kekalahan ni aku malas nak citer panjang... tapi aku anggap bukan rezeki Kimie untuk bawa balik pingat sedangkan permainan Kimie kalini cantik dari biasa.  Hmmmm...  Rezeki Hanum pula... dia berjaya membawa pulang pingat Perak.  Alhamdulillah... dia kalah di tangan pemain Terengganu di final bout.  Takpe... rezeki di situ... Tahniah kakak Hanum dan.... cuba lagi abang Kimie!!

Jom tengok gambar anak-anak dan kawan-kawan mat sallehnya... hehheheheh (nak mat salleh ajer!)
Jadual perlawanan Kimie
Jadual perlawanan Hanum
Sepanjang perlawanan poomsae
with friends from Australia
Hanum before perlawanan
Terima hadiah
Naik podium
Kemenangan untuk Koryo Sepang
With friends
With Stefan from Western Australia
With all team and coaches
With world champion from Iran

Persembahan 1 Inovasi SMK Cyberjaya di Perhimpunan Sekolah

Posted by Emmymazli at 10:44 PG 0 comments
26 September 2016 -  SMK Cyberjaya

Salam semua...

Today nak update aktiviti anak bujang aku si Kimie dengan aktiviti sekolahnya.  Alkisahnya dikhabarkan dari cikgu sains kelas si Kimie maklum kat parent yang turn kelas anak-anak aku akan buat persembahan di perhimpunan sekolah yang patutnya kena buat on 19th September 2016.  Last weeklah kannn..... But tarikh tu boleh pula hujan lebat semasa perhimpunan.  So terpaksalah carry foward the next weeknya.  Mean this week laa....

Yang aku tau diorang kena buat short drama and then nyanyi lagOh My!" by Juzzthin & Daiyan Trisha.  One of the lead singer is my boy Kimie ... waaa.. aku plak speaking okayyy... hehehehe... Puas juga nak make sure Kimie dapat berlatih sendiri untuk hafal lagu tu.  Dengan aku sekali terjebak terhafal lagu tu.  Hahahah.... 

Masa hari kejadian... aku risau juga... yelah.. Kimie baru lepas tournament taekwondo Sabtu Ahad tu.... nasib dah prepare awal... Kimie takde masalah nak buat persembahan.  Rasa cam rugi lak tak dapat nak tengok dan amik gambar budak-budak ni masa persembahan.... Nasib ada sorang parent ni dia ada masa untuk datang ke sekolah untuk rekod setiap kali ada program anak-anak.  And cikgu pon ada minta cikgu lain ambil gambar anak-anak masa persembahan.  Bolehlah kami ni tengok gelagat anak-anak.  Heheheh... kenangan sangat!!!  Tq all... well done kids for the show....

Isnin, 26 September 2016

AXA Hearts In Action Run 2016

Posted by Emmymazli at 1:36 PTG 0 comments
25 September 2016 - Cyberjaya

Run kalini sepatutnya aku dan family 4 branak join tetapi disebabkan anak-anak dah terlibat dengan tournament taekwondo dan husband lak kena kerja terpaksalah aku let go pada kengkawan yang nak join.  

Aku just amik 3km run... nampaknya hanya dapat berlari bertiga dengan Kak Nani yang guna bib Hanum dan Kak Lia guna bib Mazli.  Bib Kimie tak terjual sebab saiz baju Kimie XS kan... terpaksalah redho lari with kakak berdua tu.  

Its a fun run.... slow and easy... bagi aku as long dapat keluar peluh... rasa dah cukup baik sangat.  Lepas habis run terpaksa ke stadium untuk tengok perlawanan anak-anak.  Time ni pula anak-anak lawan.  So kena pandai bahagi-bahagikan masa aku. Tak dapat lah aku nak melahu lama-lama kat event ni.  As well ngan Kak Nani & Kak Lia yang juga ada program tengahari tu.  Biasalah....

Anyway... nice run.... nice medal.  

6.15 am in the morning












Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...