ﺒﺴﻡﷲﺍﻠﺮﺣﻣﻦﺍﻠﺮﺣﻴﻡ
Salam semua
Today Emmy nak join GA yang pasal pets kesayangan pulak.... lama dah tak update pasal kucing-kucing kat rumah so mungkin ini boleh menjadi alternatif untuk mempromote kucing Emmy ni di blog... Hehehehhe
Kucing-kucing kesayangan Emmy |
GA Ina ni senang jer... just follow instruction dia dan story pasal pets kita. Kalau ada kengkawan nak join GA ni adalah amat digalakkan.... So ini cerita pasal cats Emmy....
Kalau tengok pada gambar-gambar di atas... itulah kucing-kucing kesayangan Emmy dan keluarga di rumah. Kucing-kucing inilah tempat untuk kami menumpang kasih, tempat untuk bergurau, tempat untuk menyakat dan buli dan juga sebagai tempat untuk menghilangkan stress bila melihat keletah mereka. Dah macam anak pon yer juga. Kucing-kucing ni terpaksa kami letak dalam sangkar sebab banyak sangat kejadian hilang kucing kat taman perumahan Emmy ni. Sebelum ini... Emmy ada 2 ekor kucing perberian rakan dari office dan juga anak hasil dari kucing tu, tapi akhirnya hilang ntah di mana. Kadang kala datang juga kucing-kucing tu dirumah seolah-olah dia ingat kami pernah menjaga dia.... tapi kucing tu dah macam jadi asing pada kami pula. So terpaksalah yang 7 ekor ni Emmy sangkarkan dan sekali skala jer lepas.
Sengaja Emmy letak nama-nama kucing Emmy pada gambar tu untuk senang Emmy story pasal diorang. Hehehheeh..... Ok... kita cerita pasal 3 ekor kucing besar Emmy dulu. Cimong dulu Emmy beli dari kawan office dengan harga yang murah sebab takder masa nak jaga. Jimmy dan Gucci pula pemberian adik angkat Emmy. Kebetulan.... Emmy telah partnerkan Cimong dan Gucci Emmy untuk dijadikan baka. Mana tau la ada rezeki boleh buat duit skit untuk top up beli makanan-makan kucing ni. Tapi so far ni Emmy tengok mengawan dah banyak kali tapi tak pernah ada anak juga.... heheheh.... tak paham betul!! Jimmy pula sendirian di dalam sangkar. Sekarang ni tengah berusaha untuk mencari partner Jimmy. Kalau dapat baka Jimmy tu confirm cantik anak diorang. Perrgghhh!!! Berangan lebeyy pulak nak jadi nenek!! Hahahah... Nak dijadikan cerita.... Every morning, hubby Emmy terpaksa melayan karenah Gucci dan Jimmy. Layan yang dimaksudkan tu.... hubby Emmy kena garu-garu badan diorang sebaik sahaja hubby keluar rumah nak start motor untuk pergi kerja. Selagi tak garu diorang dan kalau hubby still ada kat area sangkar diorang, selagi tu la Jimmy dan Gucci dok mengiau dan akan turun naik para 3 tingkat kat dalam sangkar tu seolah-olah panggil hubby. Kadang tu... balik dari mana-mana pon sama juga. Dah jadi rutin harian pula. Bila dah garu pula tu.... lebih-lebih pula sampai keluar tangan dari sangkar tu macam nak pegang tangan kita. Kadang tu sampai tercakar juga la tangan dek kerakusan Gucci terutamanya... Hahahahha.... Sangat-sangat mengada. Cimong pula akan buat tak tahu jer laa... Hubby kata Cimong ni kucing takder perasaan. Hahahaha.... 3 ekor ni kalau dilepaskan.... Cimong confirm akan panjat pagar rumah sebelah dan menghilang. Sakit pula hati kita ni kalau dia merayau. Bukan senang nak cari. Berlainan pula dengan Jimmy dan Gucci. Jimmy akan round-round dalam area rumah sahaja kat porch kereta tu dan kemudian akan menggolek-golekkan badan dia macam singa laut dapat lantai. Haaaa... samalah... Hahahah... Macam lama sangat tak jumpa lantai simen. Hehehehe. Kadang tu dia akan melepak kat mana kaki kita letak minta dimanja dan perhatian. Itu yang buat kami sayang sangat kat Jimmy. Gucci pula, memang sangat pandai berlakon. Bila dalam sangkar... dia akan minta perhatian kita sangat-sangat tapi bila dilepaskan sahaja.... terus lari sana sini dan tak pedulikan kita walau kita nak pegang dia sekali pon. Tempat paling faveret dia melepakkan diri ialah bawah sangkar burung Emmy. Haishhh.... geram kadang tu sebab sombong sangat. Grrrrr....
Kucing-kucing kecil Emmy yang 4 ekor tu pula berumur dalam 4 bulan. Sama sebaya semuanya tapi taklah dari ibu yang sama. Mimi dan Momo adalah adik beradik, pemberian kawan hubby. Bobby pula Emmy beli dari rakan online sebab terpesona ngan color bulu dia yang rare tu. Tenit pula satu-satunya anak yang tinggal kat kami hasil dari Cimot, salah seekor dari kucing Emmy pemberian kawan office yang menghilang tu. Kucing 4 ekor ini Emmy letakkan dalam 1 sangkar. Perkara paling menarik pada kucing 4 ekor ni... bila buka jer pintu sangkar tu untuk bagi diorang air minum dan makan.... salah sekor atau 2 ekor pasti akan terus jer berdezup keluar. Pantang lepa skit la orang kata. Hahahah.... Macam banduan terlepas!!! Hahahha. Bila dilepaskan sekali skala pula..... bukan main happy diorang ni. Sana sini diorang panjat dan lompat dalam rumah Emmy. Dah macam sarkis kucing pula!! Kadang tu Emmy rasa rumah Emmy tu dah macam highway untuk kucing-kucing buat main kejar-kejaran dari pintu belakang sampai la ke hall depan tak kira la masa tu kita tengah lipat baju ke.... tengah kemas ke.... tengah berehat ke or tengok tv. Main redah jer la!! Dengan kita-kita sekali diorang main langkah-langkah jer. Perghhh.... geram sangat tengok aksi loghat diorang. Kadang tu...bila dapat tangkap salah sekor masa berlari-larian dan berlompat-lompatan tu.... Emmy akan buli diorang sampai penat sambil peluk-peluk dan cium diorang. Hishhh.... geram laa... diorang comel sangat!! Heheheh.... Bila Emmy tengok dah banyak sangat lemak diorang ni bila lama berada di luar sangkar..... barulah Emmy akan masukkan balik diorang dalam sangkar untuk dikuarantinkan... Hahahah.... Noughty sangat-sangat!! Padan muka dia yer.....
Oklah... kalau cerita pasal kucing boleh jadi berjela tau.... so far Emmy happy giler jaga diorang.... sayang diorang sangat-sangat.
Emmy nak tag:
** sorry tag u all lagi.... u are my favourites.... heheheheh
p/s: Moga ada rezeki untukku..... ﺇﻦﺸﺎﺀﷲ