Khamis, 31 Januari 2013

Tershopping lagi.....

Posted by Emmymazli at 6:44 PTG 10 comments
Salam semua.....

Adehhhhh.... Dari tadi aku nak buat entri ni tapi kesibukan tugas di pejabat menghalang aku dari nak menjengah blog pada sepanjang waktu bertugas.... Baik betul aku harinikan.... Hahahhaha... Bluekkk :P
Anyway.... Alkisahnya.... Hari ini adalah gerai jualan kat opis aku nih.... Seperti entri aku smalam pasal aku tershoping perkara tak sepatutnya di gerai jualan di bangunan MOA.... Harini aku memang nak mencapai target la untuk membeli tudung ala Fareeda yang aku tak mampu nak beli selama ni.... Bukan apa.... Aku ni jenis simple walaupun suke melaram.... Bukan jenis yang nak beli tudung or baju butik-butik ni... Kalau nak beli butik punya pakaian pon beli yang dalam kemampuan aku.  Kalau takder bajet duduk diam-diam. Untuk orang pompuan yang suka berfesyenkan.... Siapa la yang tak gemar tudung ala Fareeda ni tapi aku ni sabar banyak-banyak untuk membeli.... Ukur baju di badan sendiri.... Huhuhuhu.... Pada aku, lama-lama mesti ada orang duplicate tudung design butik ni dan jual lebih murah.... Murah tak murah pon around RM55-120 la jugakkan depends pada kualiti kain... So tengoklah sekarang... Memang menjadi lambakan tudung jenis ini kat jualan tempat aku ni.

Sebelum ni.... Aku dah terbeli sehelai sebenarnya untuk testing cantik ke tak aku pakai.  Saja tayang beli yang sehelai tu dengan harga RM65 dekat hubby dan oficcer perempuan kat opis aku yang suka komen bila aku melaram apa-apa.  Hehehehe.... And they give me good respon la kan.... Hihihi... Barulah semangat nak tambah koleksikan....
Tudung yang sehelai aku beli mula-mula dengah harga RM65
So.... Aku pon memang berniat nak beli 2-3 helai lagi sebagai tambahan koleksi harini setelah tak dapat apa yang aku nak semalam.  Aku memang dah tau gerai mana nak tuju sebab penjual tu pernah bagitau aku... Kalau nak beli banyak dan jual dia boleh bagi aku harga borong....  Setelah kaw team....  aku bagitau la aku ambik untuk aku sendiri dulu 2-3 helai tapi bagi aku harga borong juga dan aku akan promote pada kawan-kawan dan jual harga lelong penjual tu sendiri jika ada yang berminat nak beli.... Alhamdulillah dia setuju siap bagi aku kredit lagi kalau aku tak cukup duit nak bayar masa tu dan aku pon mula memilih.... Dalam dok pilih-pilih tu tak sedar aku dah ketepikan 5 helai tudung tu.... Huarghhhh!!! Cuba nak kurangkan tapi hati ni say NO!!! Hahahah!!  Entah camner.... Aku pon pengaruh la sahabat aku yang kebetulan lalu di situ untuk membeli sama dan aku bisik padanya pakai harga aku secara senyap.... Heheheh.... Pilih punya pilih dia pon ambil 4 helai..... Hahahah.... 9 helai la semuanyakan.... Si penjual tudung dok mengayat aku untuk beli lagi sehelai untuk cukupkan 10 helai.... Aduhhhh.... Terpengaruh jugak aku akhirnya. Cari lagi sehelai.... Aku punya sendiri jer dah 6 helai..... So terpaksa la yang aku punya sendiri tu separuh aku bayar cash dan separuh lagi aku minta dikreditkan.  Yang kawan aku punya tu pon kredit juga tapi dah selamat pon di bank in petang tadi... Heheheh... Kena uruskan cepat payment untuk kawan aku tu.  Takut terpakai duitnya nantikan.... Takper la jual dan promosi pada kawan harga murah dulu harini.... Insyaallah ada rezeki aku di kemudian hari... Hehehehhe... 

Tapi masalahnya.... Camner ni... Aku dah terbeli 6 helai ni....??? Ni la yang aku nyampah kalau nak shopping apa-apa.... Tak beringat!!! Huhuhu..... Bila la aku punya habit ni nak berubah..... Hmmmmmm...... (-_-)

Maulidur Rasul 2013

Posted by Emmymazli at 5:45 PTG 2 comments
24 Januari 2013 - Masjid Putra, Putrajaya

Salam semua....

Hmmm...nampaknya harini baru aku berkesempatan memasukkan entry tentang aktiviti yang aku terlupa nak story kat blog ni.  Adehhh... urat banyak putus.... tu yang manjang terlupa.... kadang tu tajuk entry dan gambar dah buat.... lupa nak buat laporan pula.... Hehehe....

Oklah.... berbalik pada story aku.  Alhamdulillah... sejak JBK mampu  berdiri sendiri... kami semua yang beragama Islam di JBK berpeluang merasa untuk join aktiviti luar seperti Maulidur Rasul dan Maal Hijrah.    Dapatlah baju free.  Hehehe... kalau duduk kat NRE lom tentu dapat merasa. Kadang tu orang yang sama dan orang-orang dia jer dapat pergi.... Mujur JBK bagi peluang kepada semua yang  beragama Islam kerana kami tak ramai.

Untuk Maulidur  Rasul 2013... JBK mengenakan tema pakaian berwarna purple bersama-sama dengan wakil dari NRE. Kamikan tak ramai.... so kalau yang lelaki berapa kerat tu nak berarak tak patutlah kan... so kami still join kontijen di bawah NRE tapi peruntukan JBK sendiri. 
Wakil JBK yang ada....
Seawal pagi jam 6.30 pagi kami dah berada di NRE untuk berkumpul.... alhamdulillah... makanan semua dah disiapkan lebih awal sebelum ke Masjid Putra.  Rezeki-rezeki.... perut dah kenyang... kendian tu  barulah yang lelaki follow kontijen NRE untuk berarak dan yang gegurl jalan kaki ke Masjid Putra... perghhh... basah ketiak kitorang excercise pagi-pagi... dengan baju kurung pula tu...  huhuhu.... Kontijen NRE dan JBK berada di nun belakang sana.... tak kuasa kami nak tunggu diorang ni berarak.... Dengarnya perarakan ni ada hadiah untuk kontijen yang terbaik... wow!! Tapi aku surelah.... NRE dan JBK takder chance.... hikhikhik... jalan pon sepah-sepah macam nak pergi pasau!!
Lelaki-lelaki yang berarak ke Masjid Putra

Dihadapan Masjid Putra
Kontijen-kontijen yang berarak....
Nak dijadikan cerita... sebenarnya hubby aku pon  terlibat sama dengan perarakan ni mewakili JUPEM... hihih... tapi kami kat Masjid Putra baru jumpa.... kununnya nak balik sama.... tapi biase lee... lelaki kalau dah jumpa geng lupa bini hokeyyy.... sempat ambil gambar jer.... pastu bila nak balik tu bukan main laju dia jalan ngan kengkawan dia... dah kita tertinggal... sabo jer laaa...
Masa kat dataran kat depan Masjid Putra
Possing jap masa on the way nak balik tu... pastu terus hilang... sabo jer laaa
Apapon.... kitorang tak tunggu lama kat masjid tu.... tak sempat nak masuk dalam masjid pon sebab dah sesak sangat.... kebetulan masing-masing ada hal... almaklumler... cuti la katakan... balik kampung la lepas tu.... Kitorang di maklumkan  yang setiap peserta akan mendapat senaskhah Al-Quran dan terjemahan.   Alhamdulillah.... Aku ingatkan tak dapat sebab sapa yang stay jer baru dapat Al-Quran tu.... rupanya wakil dari setiap jabatan yang terlibat kena ambil Al-Quran tu di JAKIM minggu berikutnya untuk semua orang yang terlibat dengan perarakan Maulidur Rasul ni.... so hubby akulah dapat dulu..... not bad actually Al-Quran tu.... JBK punya kena tunggu wakil kami pergi ambil... lambat benau... Ada jer hal yang berlaku.... Apa pon... syukur sudaaa... dapat baju free... dapat cuti ganti dan dapat Al-Quran lagik.... syukurrrrr sangatttt!!! Alhamdulillah....
Terjemahan Al Quran

Rabu, 30 Januari 2013

‎19 Tips Cinta Suami Isteri

Posted by Emmymazli at 5:36 PTG 0 comments
Salam semua...

Harini Emmy nak share ilmu rumahtangga..... jom baca dan amalkan yer.... insyaallah... rukun rumahtangga kita.... Amin....
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Nota:
Thanks kepada Emas Putih untuk info ini.  

Alhamdulillah.... Blog Emmymazli Dalam Bloglist arepnakbebel.com

Posted by Emmymazli at 5:16 PTG 1 comments
Salam semua....
Dah petang-petang ni bila Emmy dok blogwalking blog kawan-kawan dan riview balik contest/segmen/GA yang Emmy telah join.... baru terperasan yang Emmy telah tersenarai dalam bloglist arepnakbebel.com.  Sebelum ni Emmy ada join segmen yang dianjurkan oleh Luqman Zakaria (klik sini).  Alhamdulillah... at least bila dah ada dalam bloglist orang yang ramai followernya....boleh meningkatkan trafik blog Emmy ni.... Amin.....

Thanks yer Luqman Zakaria kerana bagi peluang blog Emmymazli ni tersenarai dalam :

Bloglist Melekat 2013 "LADIES"

Nota aku:  Syukur....

Tershopping Juga Akhirnya.....

Posted by Emmymazli at 3:58 PTG 2 comments
Salam petang semua....

Hmmm..... saja nak merapu di petang hari ni..... bukan apa.... bila boss takder je mula la keboringan tahap gaban tu melanda kat aku ni..... Anyway.... tadi tengahari aku telah ke MOA.  Kebetulan aku dengar ada Jualan Puspanita.... so niat hati tu nak ronda-ronda jer la menghilangkan mengantuk dan cari bahan untuk mulut ni mengunyil.  Dalam dok tahan-tahan hati nak membeli perkara tak sepatutnya terutama tudung la kan sebab aku memang berniat nak beli tudung pon pada asalnya tapi takder pula berkenan di hati..... boleh pulak kat hujung-hujung gerai on the way nak balik tu aku terberhenti di kedai brooch.  Adehh.... dalam kata nak beli... tak nak beli.... akhirnya terbeli la jugak.... hmmm... godaan semua nih!!  Walaupun aku  berbelanja hanya RM15.... tapi geram juga dalam hati sebab tak boleh nak menahan diri untuk membeli tanpa berfikir panjang..... pantang nampak cantik dan murah jer.... terus grab!!... Hisshhh!!!  Sabo jer laaa...

Hmmm... korang nampakkan brooch aku tu.... perasan tak semuanya berbatu putih...?? Saja aku beli semuanya warna putih dan tak pilih yang colorfull... senang aku nak capai dan nak matchkan warna tudung nanti.... Tak kuasa pula aku nak belek-belek warna brooch...hehehhehe!!  Aku ni kan simple jer orangnya.... Bluekkkk!!! Hahahha..... 

Oklah... sekian merapu aku untuk hari ini.... tataaaa.....

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 2)

Posted by Emmymazli at 3:38 PTG 2 comments
ﺒﺴﻡﷲﺍﻠﺮﺣﻣﻦﺍﻠﺮﺣﻴﻡ


Just nak try lagi GA dari Cik Sally...

Menjawab soalan Cik Sally..... "KENAPA SALLY KENA BAGI SOUVENIR DARI BANDUNG DEKAT SAYA?"

Jawapan Emmy.... "Honestly... Emmy tak pernah sampai ke Bandung.... memang Emmy berangan jer lebih nak ke sana.... tapi masih belum ada rezeki.  Kalau nak ke sana.... setakat Emmy seorang insyaallah lepas.... tapi suami Emmy takkan nak lepaskan Emmy ke sana sorang-sorang atau bersama kawan-kawan.  Kata dia.... kalau nak pergi biar 1 keluarga... huhuhu.... macam mana tu....?? Memang tak mampu la jawabnyakan.... So baik pendamkan perasaan Emmy ni sahaja..... Emmy dapat tahu.... Kain-kain sulam dan manik cantik-cantik di jual dengan harga yang murah di sana berbanding di Malaysia.  Selalu gak search kat blog, fb dan sebagainya.... tapi rasanya terlalu mahal la nak beli kalau harga kat sini dan lagi pula ada yang tak berkenan di hati.  Paling sedih tu.... pernah kirim beli kain yang diidamkan dengan kawan-kawan yang bercuti ke sana.... tapi mostly bila Emmy terima kainnya.... tak seindah khabar pula rupanya.... so far tak pernah dapat yang memuaskan hati nurani Emmy ni.  Tapi Emmy bayar jugalahkan untuk tidak mengecilkan hati kawan tu..... Alangkah baiknya kalau dapat pergi sendiri ke Bandung dan melepaskan gian untuk membeli kain-kain yang menjadi idaman hati mengikut citarasa Emmy ni..... Huhuhu.... Bila la kan nak dapat peluang tu.....?  So.... Emmy harapkan Sally dapatlah hendaknya bagi souvenir yang menarik di sana.... At least boleh mengubat jiwa yang kecewa tak dapat pergi sana tu.... Kalau tak dapat kain ke... dapat tudung comel ke... fridge magnet comel ke or apa-apa jer lah pon Emmy terima dengan hati yang terbuka.  Hehehhe... macam demand la pulak.... Macam paksa pon ada nak suruh bagi hadiah tu..... Heheheh.... Anyway... semoga dipermudahkan perjalanan dan percutian  yer... "

So... moga jawapan Emmy tu dapat menjawab soalan dan berjaya membodek Cik Sally kita tu nanti yer... hehehehhe

Nota Emmymazli:  Moga ada rezeki untukku..... ﺇﻦﺸﺎﺀﷲ

Doa Agar Dapat Peluang Rezeki Yang Banyak

Posted by Emmymazli at 3:05 PTG 0 comments
ﺒﺴﻡﷲﺍﻠﺮﺣﻣﻦﺍﻠﺮﺣﻴﻡ


Just nak sharing doa agar mendapat peluang rezeki yang banyak..... ﺇﻦﺸﺎﺀﷲ.... Amin.....

Topup Giveaway By IeZwa RazK

Posted by Emmymazli at 2:37 PTG 0 comments
ﺒﺴﻡﷲﺍﻠﺮﺣﻣﻦﺍﻠﺮﺣﻴﻡ

Salam semua....

Petang ni Emmy just suka-suka join GA untuk dapatkan top up pula..... Sesiapa yang berminat nak join GA ni klik kat banner yer.... ^_^

Nak tag

p/s:  Moga ada rezeki untukku..... ﺇﻦﺸﺎﺀﷲ

22th Birthday GiveAway

Posted by Emmymazli at 10:59 PG 0 comments
ﺒﺴﻡﷲﺍﻠﺮﺣﻣﻦﺍﻠﺮﺣﻴﻡ

Salam semua....


Wahhh... Emmy join GA lagi.... biar sampai lebam la join GA arini....

Okey.... GA dari Anis ni memang  best.... banyak hadiah menarik yang disediakan.  Bukan susah pon... just ikut syarat yang diminta oleh Anis ni.... okeyyy.... 

Giveaway ini akan tamat pada 22 February 2013.  Pemenang akan dipilih menggunakan random.org dan top referral berdasarkan stats blogger

Sesiapa yang  minat nak join just klik kat  banner tu yer.... Tataaaa...

p/s:  Anyway.... Happy Becoming Birthday Anis...... Moga Allah menceriakan hidup Anis selalu ^_^

Nota aku: Moga ada rezeki untukku..... ﺇﻦﺸﺎﺀﷲ



Big Give Away Me & My Family

Posted by Emmymazli at 10:46 PG 0 comments
ﺒﺴﻡﷲﺍﻠﺮﺣﻣﻦﺍﻠﺮﺣﻴﻡ


Salam semua....

Wahhh... GA ni memang  best.... banyak hadiah menarik yang disediakan.  Bukan susah pon... just ikut syarat yang diminta oleh Adyna ni.... okeyyy.... 

Tarikh tutup adalah pada 24.3.2013.... lamakan GA nie sebab ini adalah BIG GA..

Sesiapa yang  minat nak join just klik kat  banner tu yer.... Tataaaa...

p/s:  Moga ada rezeki untukku..... ﺇﻦﺸﺎﺀﷲ

GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Komen Terakhir

Posted by Emmymazli at 10:36 PG 0 comments
ﺒﺴﻡﷲﺍﻠﺮﺣﻣﻦﺍﻠﺮﺣﻴﻡ


Jom join contest dari blogger  yang murah hati ni... simple jer contest dia... saper komen yang terakhir pada entry beliau pada masa yang ditetapkan boleh dapat duit....

RM30 x 5 pemenang harian

p/s:  Moga ada rezeki untukku..... ﺇﻦﺸﺎﺀﷲ

Selasa, 29 Januari 2013

Mini GiveAway: Bangkitkan Pesonamu

Posted by Emmymazli at 5:06 PTG 1 comments
ﺒﺴﻡﷲﺍﻠﺮﺣﻣﻦﺍﻠﺮﺣﻴﻡ


Salam semua....

Pagi-pagi Emmy dah join GA yang dianjurkan oleh blogger-blogger ni.... sekarang ni tengah misi mengutip GA-GA yang ditawarkan... kalau ada rezeki untuk aku ﺇﻦﺸﺎﺀﷲ.... 


Emmy dah ikut syarat-syarat yang Fiqa hendak.  Cuma salah satu syarat yang Fiqa hendak tu Emmy akan nyatakan di sini.  Fiqa minta nyatakan hadiah yang paling kita mahukan dan kalau nak tulis sebab musababnya pun lagi si Fiqa suka. Okeyyy... Kak Emmy surelah nak Avon Perfume: Be Fun Body Spritz 100ml tu.  Nak wangi selalu biar hubby kiss pon wangi jer dan rasa sayang selalu biarpun umur makin meningkat.... sayang tu tetap berpanjangan....  hehehhe.....

Okeylah.... for those yang nak cuba GA ni... jomlah sama-sama meriahkan GA blog Fiqa ni.  Just klik kat Banner GA Fiqa tu yer.... Tataaa....

2nd GA - KAIN PASANG

Posted by Emmymazli at 4:53 PTG 2 comments
ﺒﺴﻡﷲﺍﻠﺮﺣﻣﻦﺍﻠﺮﺣﻴﻡ

Salam semua

Emmy try join GA lagi... so just klik kat banner as usual la yer kalau sesiapa yang nak join. Syaratnya senang jer.... 


Syarat-syaratnya:(**Emmy copy dari blog penganjur)

  • Copy gambar ini dan pastikan gambar ini anda backlink
  • Follow blog saya
  • Buat simple entry dengan tajuk di atas
  • Tinggalkan link entry di komen

Dan Hadiahnya : 
1) Kain Pasang
2) Satu hadiah misteri

TARIKH TAMAT GA : 22 FEB 2013 (JUMAAT), JAM 11.00 MALAM.

Hakim seperti biasa: Encik Firdaus.(**ni pun Emmy copy dr blog penganjur)

Jom join ramai2 di SINI


p/s:  Moga ada rezeki untukku..... ﺇﻦﺸﺎﺀﷲ

January 2013 Blog Giveaway

Posted by Emmymazli at 4:01 PTG 4 comments
ﺒﺴﻡﷲﺍﻠﺮﺣﻣﻦﺍﻠﺮﺣﻴﻡ

Klik kat banner ni ekk untuk tahu lebih lanjut mengenai GA ni

Salam semua

Giveaway yang aku joint kali ni adalah dari blogger bernama Lin (klik sini) yang menjalankan business Handmade Greeting Cards.  Memang cantik-cantik kad yang dibuat oleh Lin sepanjang aku follow dia.... Korang tengoklah sendiri hasil kerja Lin ni dalam blog dia.  Dan Lin ni yang bagusnya.... setiap bulan dia buat Giveaway.... so sesiapa yang bernasib baik... memang beruntung lah dapat giveaway hasil kerja tangannya.  Hmmm.... bila la nak turn aku ni...? Moga-moga ada peluang aku nak dapat giveaway ni.... boleh bagi kat hubby masa birthday dia nanti.... ﺇﻦﺸﺎﺀﷲ

New Year Giveaway By Anis Amila

Posted by Emmymazli at 3:32 PTG 2 comments
ﺒﺴﻡﷲﺍﻠﺮﺣﻣﻦﺍﻠﺮﺣﻴﻡ

Just nak try Giveaway yang ni pulak... hadiah-hadiahnya memang menarik aku tengok.... Moga ada rezeki aku.... ﺇﻦﺸﺎﺀﷲ

For those yang berminat nak join segmen ni... just klik kat banner tu yer.... ^_^
Tak susah pon syaratnya.... take care...

Emmy tag

Segmen Menang RM 200 by Putry Mirah

Posted by Emmymazli at 2:51 PTG 2 comments
ﺒﺴﻡﷲﺍﻠﺮﺣﻣﻦﺍﻠﺮﺣﻴﻡ

Salam...

Emmy masih mencuba nasib lagi untuk contest atau giveaway yang dianjurkan oleh blogger-blogger ni.  Mana tau rezekikan....  Kebetulan Putry Mirah ni sangat baik hati nak hadiahkan duit RM200 kepada pemenang untuk segmen yang dianjurkan olehnya.  Moga Allah memberi rezeki yang murah kepadaku.. Amin....

For those yang berminat nak join segmen ni... just klik kat banner tu yer....




1st Giveaway By Puterikasih.com

Posted by Emmymazli at 11:13 PG 8 comments
ﺒﺴﻡﷲﺍﻠﺮﺣﻣﻦﺍﻠﺮﺣﻴﻡ

Salam semua...

Minggu ni tengah bermood nak masuk contest sana-sini.  Moga  murah lah rezeki aku hendaknya..... Aminnnn....

Kengkawan yang hendak join sama... just klik kat banner tu yer untuk tengok-tengok syarat penyertaan...
“1st Giveaway By Puterikasih.com ini dianjurkan oleh Puterikasih.com dan ditaja bersama oleh All About CraftDikbiAzie NamicoJosrevalution @JRNurul SyarafinaAzziamiza, ZuhanifKiosk Vitamin, Cik YayaKimmie Serembanmaya.com dan Kaspersky Malaysia

Tarikh Tutup 1st Giveaway By Puterikasih.com : 31 Januari 2013 ( tepat pukul 11.59 malam)

Nak tag pada : Tinta Asyraf

CONTEST BLOG PALING CANTIK 2013

Posted by Emmymazli at 10:58 PG 1 comments
ﺒﺴﻡﷲﺍﻠﺮﺣﻣﻦﺍﻠﺮﺣﻴﻡ


Salam semua....

Harini menerjah  blog kengkawan dalam diam... so terjumpa la contest ni... just nak cuba-cuba jer walaupun tau blog aku  banyak kekurangannya dan tak  cantik mana pon.... nasib-nasib kan... kalau ada rezeki ada dimana-mana.


Syarat penyertaan
  1. Korang mestilah Blogger.
  2. Malaysian.
  3. Wajib follow blog Atiey KLIK SINI, serta LIKE fanpage Seindah Blogku dekat sidebar untuk mengetahui perkembangan contest.
Cara penyertaan
  • Korang hanya perlu paste LINK blog korang di ruang komen kat blog Atiey tu dan letak banner contest kat atas tu pada blog korang & linkkan ke entry contest blog tersebut.
  • Blog korang mestilah cantik, kemas dan menarik.
  • (Blog korang akan dinilai oleh Atiey sendiri. Tiada pilih kasih dalam pemilihan *sumpah jujur*)
Sampai bila contest ni?
  • 30 Januari 2013.
Hadiah
  • Pemenang Blog Paling Cantik : RM50
  • Saguhati (2x) : Topup RM20

 Ok... Good Luck kat diri aku sendiri dan kengkawan lain yang mencuba ^_^

Jumaat, 25 Januari 2013

MAJLIS AMANAT KSN KEPADA WARGA PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2013

Posted by Emmymazli at 8:10 PTG 0 comments
22 Jan 2013
Dewan Plenari, PICC

Salam semua....

Today just nak sharing penglibatan aku dan 5 orang staff JBK lain dalam Majlis Amanat KSN Kepada Warga Perkhidmatan Awam Tahun 2013

Hmmmm.... Aku nak cakap macam mana ekkk.... Dah boss arahkan... Aku pergi jerlaaa tanpa membantah... Bukan suruh buat kerja berat pon.  Dengar jer KSN tu berucap....
Antara yang hendak KSN sampaikan ialah seperti yang tertera di dalam gambar ni....
Masa kat PICC tu... Antara yang menarik perhatian aku ialah koir dari JPA yang menyanyikan banyak lagu dari sebelum KSN sampai hinggalah KSN masuk ke dewan. Salutelah sama diorang.... Larat pulak tu....
Tapikan....ada satu wajah yang aku cam kenal sangat dalam team koir tu.... Penyanyi masa aku zaman kanak-kanak dan remaja. Orang itu ialah Azian Mazwan Safuan.  Kalau budak sekarang mungkin tak kenal dia.... Kalau baya-baya aku insyaallah kenal. Tapi kenapa dia ada kat situ ekkk... Dia ni staff ke apa? Untuk memastikan aku tak salah orang, kebetulan masa tamat majlis ada disediakan kudapan.... So ada la 2 orang budak koir JPA minum dekat dengan aku tu.... So aku pon jadilah kepochi nak tanya betul ke orang tu.... Sahabat koir tu mengaku itu memang Azian Mazwan Safuan. Rupanya....  dia merupakan staff JPA gred 17.  Undangan menyanyi still dia terima tapi just majlis kecil or dinner la. .. Hmmm....  Memang benarla tekaan aku.... Nasib artis lama... Gitula kan....
Oklah... Apa sangat nak story.... Pergi dengar amanat KSN jer pon kan.... Settle majlis kami pon terus balik...

So.... Babai dulu la yer....

Rabu, 23 Januari 2013

Awesome Photo Contest by Shadhira

Posted by Emmymazli at 2:28 PTG 2 comments
Salam semua...

Today aku cuba blogwalking kengkawan blogger lain.  So terjumpa la contest ni... just nak hilangkan boring di waktu rehat tenghari ni so aku pun nak cuba nasib mana tau rezeki aku.... Kepada kengkawan lain yang nak cuba nasib sama-sama... boleh la klik kat sticky post ni ekkk.... ^_^


Untuk contest ni..... aku pertaruhkan gambar di bawah ini.  Hopefully adalah rezeki aku hendaknya....

Gambar ini diambil selepas tamat melakukan persembahan untuk Pertandingan Koir Inovasi NRE 2012.  Walaupun masa ni belum tahu keputusan pertandingan ketika itu.... tapi kami rasa sangat happy kerana dapat mempersembahkan nyanyian kami dengan baik.  Untuk capai ke tahap ini.... pelbagai rintangan dan dugaan yang kami lalui.... Alhamdulillah... gelaran Juara akhirnya dapat kami perolehi setelah beberapa tahun berusaha.  Syukur!!  

Nak tau story full... boleh tengok SINI >>

Sahabat-sahabat koirku....
Tak kira junior atau senior.... tak kira orang lama atau orang baru....
Aku bangga mengenali kalian melalui minat yang sama....
Gambar ini bukti perit jerih yang kita lalui selama beberapa tahun....
Akhirnya terbayar juga segala penat lelah kita dengan gelaran Juara....!! 
Mungkin ini pertaruhan terakhir aku bersama kalian.... 
Namun, kenangan manis ini dan ikatan persahabatan yang terukir tidak akanku lupa sampai bila-bila... 
Sayang kalian semua.... 

Emmymazli nak tag RIENA

Isnin, 21 Januari 2013

Kisah Cinta Seorang Wanita.....

Posted by Emmymazli at 5:18 PTG 0 comments

Salam semua.... 

Harini aku amat terpanggil untuk menulis mengenai kata-kata Ustad Azhar Idrus mengenai rumahtangga…

SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA - sedarilah bahawa jalan yang dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi semak belukar yang penuh onak duri.

KETIKA RUMAHTANGGA GOYANG - jangan saling berlepas tangan tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

Macam mana aku nak cakap ekkk.... pada aku... ada benar kata-kata UAI tu.  Rumahtangga mana yang tidak bergolak... pahit manis biarlah diharungi bersama.... jika salah seorang melakukan kesilapan haruslah saling tegur menegur waima terlalu pahit untuk ditelan tapi aku berpegang "manusia melakukan kesilapan.... maafkanlah sesama sendiri selagi mampu.... asalkan tidak melangkaui  batasan..."

Sedikit cerita dari kisah benar yang aku nak ungkaikan dari kata-kata UAI sebagai pengajaran untuk aku sendiri dan mereka di luar sana yang sudah berumahtangga  mahupun bakal mendirikan rumah tangga....  moga menjadi iktibar untuk semua….


Kisah Cinta Seorang Wanita…. (dari cerita kisah benar)

Pengalaman aku yang telah berkahwin 12 tahun... pelbagai liku rumah tangga yang aku telah lalui.... sedih dan tawa... susah dan senang... benci dan sayang.... semuanya bersama suami yang tercinta.  Aku sedar aku bukan wanita yang terhebat untuk suami aku... tapi aku cuba jadi yang terbaik walau aku sedar aku tak sebaik mana.... aku sedar adakala aku malas... aku sedar adakala aku garang... aku sedar adakala aku nakal... aku sedar adakala aku berperangai melampau.... huhuhu.  Jujurnya... aku tak pernah nak kata aku ni wanita terbaik untuk suami aku.  Begitu juga aku menerima seadanya suami aku walaubagaimana pon sikap dan perangainya.... bagi aku dia adalah segalanya... pelengkap hidup aku..... Kalau dia boleh senaraikan buruk dan baik aku.... tapi aku tidak boleh nak senaraikan kerana aku terima suamiku seadanya....

Hmmm.... tidak dinafikan.... pelbagai dugaan yang melanda perkahwinan ku sepanjang tempoh 12 tahun ini.... menangis tu menjadi 1 kebiasaan padaku.  Tiada orang yang mampu mengesat air mata ini untuk aku dan juga memujuk tatkala hati wanita aku terguris.... bukan kata aku tak bahagia.... tapi aku bersyukur kerana masih ada lelaki mulia yang menerima aku untuk dijadikan isteri setelah mengetahui kisah silamku.  Walaupun pada awalnya perkahwinan aku dulu tak direstui keluarga.... tapi aku tetap dengan pendirian aku kerana aku pasti lelaki ini mampu mengubah hidup aku.  Alhamdulillah… keluarga sudah boleh menerima seadanya suamiku setelah apa yang dibuktikan olehnya….  Namun, walaupun selepas beberapa tahun berkahwin, pelbagai rintangan yang telah aku harungi.... dimarah... diperli... dihina... hanya air mata peneman diri aku.  Aku hanya  mampu mengesat air mataku sendiri.... Aku tak mengadu dengan keluarga dan adik beradik aku.... kerana aku tahu.... aku juga akan menerima habuan dan tohmahan.... Kepada siapa aku nak mengadu??? Kawan-kawan rapat??? Tapi bolehkah diorang bantu???  Bagi aku... perkahwinan ada pasang surutnya.... ada masa memang kita rasa sangat bahagia..... ada masa bergaduh hingga kita lupa siapa diri kita...

Tidak dinafikan juga ada orang ketiga yang pernah menyayangi diri ini dizaman persekolahan hendak mengesat air mata ini dan menunjukkan yang dia lebih baik dari suami aku... tapi aku masih tahu batas-batas aku.  Aku sayangkan perkahwinan aku walaupun ia tak segah perkahwinan orang lain.  Walau orang ketiga itu cuba pelbagai cara tanpa aku sedar pada ketika itu.. tapi aku masih sedar aku sayangkan suami aku walau suami aku tak selembut mana... walau suami aku tak sekaya mana... walau suami aku tak setampan mana.... dia tetap suami aku.  Mungkin aku silap mengadu tatkala hati terluka dan aku sedar aku terlayan kata-kata dia yang mengarut.... tapi bagi aku ia hanya kata-kata lelaki yang gatal.  Hakikatnya…. aku tidak pernah keluar dengan lelaki lain tanpa pengetahuan suami aku dan melakukan perkara-perkara diluar batasan aku sebagai isteri terutamana ketika dia bekerja diluar kawasan.  Aku masih berpegang pada agama dan tertib aku sebagai isteri.  Bagaimanakah dapat aku buktikan yang aku tidak bersalah? 

 
17 Jan

3.00 petang
Adakalanya kebenaran di dalam kehidupan yang amat menyakitkan adalah sesuatu yang lebih wajar di simpan sebagai sebuah kenangan.... Kalau 10 tahun sebelum ni dalam perkahwinanku... aku merasa  bahagia tapi adakala aku menangisi pelbagai perkara yang tanpa suamiku sedar kesilapannya.... Kini aku berterus terang.... 2 tahun terakhir ini aku merasa amat bahagia dan amat berbangga dengan perkahwinanku dan suamiku.  Aku bangga suami ku telah banyak berubah... aku bangga suami aku lebih positif.  Aku bangga suami ku lebih penyayang dan prihatin terhadap aku dan keluarga.  Tiada apa lagi yang aku hendak minta.  Kebahagian dan kasih sayang suami aku.  Aku rasakan... tanpa suamiku sukar untuk aku berdiri andai aku lumpuh.... Sebab itu... aku cuba hindari segala anasir luar yang cuba mengganggu perkahwinan ku perlahan-lahan.  Aku minta perkahwinan dan diriku dihormati....  Tapi bila kejujuran aku mula dikorek dan terjumpa perkara lama yang aku cuba perbaiki dan tinggalkan angkara mimpi  suamiku yang aku melakukan hubungan seks dengan lelaki lain selama 3 hari berturut-turut.... segala-galanya musnah begitu sahaja.  Aku di sangka berlalu curang apabila suamiku terbaca perbualan lelaki  gatal dari zaman sekolah tadi denganku melalui laman sosial yang berbaur lucah.  Aku tidak memulakan tetapi lelaki itu… terang-terangan adakala aku cuba mengelak…. Aku sedar kesilapan aku kerana tidak memadam mesej-mesej tersebut kerana mungkin bagiku tiada apa yang yang hendak aku sorokkan…  Namun, kerana disalah ertikan…. tiada lagi kepercayaan untukku.... tiada lagi senyuman.... tiada lagi kasih sayang.... bagaimana aku hendak teruskan hidup tanpa suamiku....??? Biarlah orang kata aku ni bodoh kerana lelaki... tapi aku sayangkan suami aku walau jahat dan buruk macam mana sekalipun suami aku.  Aku tau hati suamiku hancur.... tapi tiada ruangkah untuk aku memohon ampun dan maaf dan menerangkan hal yang sebenar?  Puas ku pujuk dan merayu tetapi tidak diendahkan.  Aku terus terusan dipersalahkan….  Menangislah air mata darah sekalipun…. Tiada makna bagi suamiku ketika itu.   Sehingga aku melakukan perkara paling bodoh dalam hidupku untuk mendapat belas kasihan dari suamiku.  Aku menelan 20 biji panadol!!  Tapi takdir tuhan…. Aku hanya pengsan sekejap dan kesihatan aku biasa-biasa sahaja
11.40 malam
Aku terus cuba memujuk suamiku walaupun dia cuba mengelak-ngelak bertembung denganku sejak petang tadi…. …. Walau tangisan dan sedu sedan… walau aku dapat memeluk suamiku tapi aku tidak dapat memeluk hatinya…. Bagaimana bisa kupujuk hatimu… sehingga aku terlelap sambil pelukanku tidak lekang…. Begitu keras hatinya juga tidak memaafkan aku.  Katanya aku nak melepaskan diri…. Tapi tetap mempertahankan diri… aku tetap mengatakan aku tidak melakukan perkara yang terkutuk itu. 


18 Jan

6.00 pagi
Aku tersedar dari tidurku.  Mataku bengkak…. Ada sisa air mata kering di mata.   Aku mencari suamiku…. Dia sedang bersiap untuk ke tempat kerja.  Aku tahu… dia cuba mengelak dari  bertembung denganku.  Alasannya dia ada tugas.  Aku meminta ampun lagi… aku ingin memeluknya lagi.  Aku sudah tiada daya…. Suamiku terus mengelak dariku apatah lagi memberiku peluang untuk mencium tangannya.  Aku tak benarkan suamiku pergi kerja selagi dia tidak memaafkan aku.  Aku tekad….. tiada cara untuk membuktikan yang aku tidak bersalah melainkan aku mati di tangan ku sendiri.  Aku melaung macam mana pun dia tetap tidak peduli.  Biarlah jiran nak kata apa janji aku dapat pujuk suamiku.  Aku cari pisau potong daging yang dibeli suamiku baru-baru ini.  Aku mengugutnya dengan memacukan pisau tajam itu dileherku.  Aku tekad untuk mati kerana tiada apa yang aku ada kecuali lelaki ini.  Jika dia tiada…. Tiada ertinya aku hidup.  Terjerit-jerit aku disubuh hari untuk mendapatkan kasih sayang suamiku semula dan tidak lekang dari mulutku memohon ampun darinya serta menyatakan aku tidak melakukan perkara terkutuk itu.  Kebetulan… anak-anak aku baru sahaja keluar dari bilik air…. Menjerit-menjerit mereka menangis minta aku jangan bunuh diri dan mereka katakan mereka sayangkan aku….. suamiku yang masih ada rasa amarah menyuruh aku memandang wajah anak-anak.  Terduduk aku berteleku sambil aku membaling pisau ke tempat lain.  Suamiku terus keluar rumah dengan tiada apa-apa reaksi untuk ke tempat kerja. 
 
Aku pergi ke tempat kerja seperti biasa walau mata aku bengkak… walau hati aku gundah gulana dan walau dalam hati aku menangis… tak tahu bagaimana hendak ku sorokkan perasananku…. Aku tak tahu kepada siapa aku mahu mengadu.  Aku ceritakan pada sahabat terapatku di sini apa yang berlaku…. Puas dia cuba menenangkan perasaan ku….. tapi hatiku tetap tidak tenang…..

1.50 petang
SMS ringkas dari suamiku:  “Ko tolong jaga anak-anak dan semua yang ada”

Bagai di panah halilintar….  Aku jawab sms suamiku…. “Abang jangan cakap yang bukan-bukan… I love u so much… I tak mahu kehilangan abang.. Please… maafkan I dan dosa I.  Untuk kali keberapa I sumpah demi Allah I tak pernah bersama dengan lelaki lain.  Maafkan I kalau  apa yang abang baca tu mengguris hati abang tapi I tak pernah buat bang…. Apa ertinya I tanpa abang… Jika  abang tak ampunkan I sekali pon atau abang tak mahu pandang I lagi… I pula minta abang jaga anak-anak.  I hidup pon selama ini bergantung pada abang… bergantung kasih sayang abang…. Segalanya kita share bang…. I tak nak orang lain menggantikan tempat abang… I tak boleh hidup dengan orang lain.  I takkan pergi mana… cuma kalau  benar abang tidak boleh terima I dan abang benar-benar tak boleh pandang I seperti dahulu… I rela MATI!!  I hidup pon tiada guna tanpa abang dan anak-anak.  Kalau abang tak balik petang ini… anggaplah abang akan tengok mayat I malam ini.  Mungkin dengan ini  I dapat buktikan pada abang I tak buat seperti yang abang sangka dan I benar-benar cintakan abang.  Jaga anak-anak dan harta kita…. Jaga orang tua I dan you. I love u abang… Terima kasih jaga I selama ini… Halalkan makan minum dan segalanya yang abang dah berikan pada I.  Ampunkan I.  Terima kasih.”

Aku sedar kata-kataku seperti orang yang tiada pegangan hidup…. Tapi siapa tahu… jiwa aku kosong….

4.30 petang
Buat suamiku.... bagaimana harus ku pujuk hatimu....? Aku bukan wanita terhebat..... adakala aku melakukan kesilapan... maafkanlah aku.... andai tiada kasih sayangmu.... segalanya tidak bererti buatku.  Aku kosong... aku tiada apa... segalanya telah ku serahkan padamu.  Andai ditakdirkan kita tidak bersama.... biarlah AJAL yang memisahkan kita.  Aku malu berdepan dengan dunia tanpa kau disisi.  Ada baiknya aku MATI.  Aku dah letih menahan hati... aku dah letih menangis... aku dah letih jadi yang terbaik walau tidak disukai.  Dengan itu.... halalkan segalanya abang... ampunkan dosa-dosaku dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.   Jaga anak-anak dan keluarga aku.... Aku sayangkan kamu semua tapi aku tak daya untuk kehilangan salah seorang dari kamu.  Biarlah aku pergi.... Aku amat tidak berdaya.... (-_-)

6.30 petang 
Sampai sahaja rumah aku terus mengunci bilik mengunci diri di dalam bilik…. Pada anak-anak aku minta jangan mengganggu ku…. Berikan aku ruang untuk diri aku sendiri… anak-anak seolah-olah mengerti.  Di dalam bilik aku menangis…bersedih dan terus bersedih tatkala hati terus merintih menangisi kepahitan yang menimpa diri….. tatkala memikirkan apa yang perlu aku lakukan sekiranya suami yang dikasihi tidak pulang memaafkan diri dan aku mahu terus menghukum diri aku sendiri…. Tidak kira dengan apa cara sekalipon!! Aku mahu mati!!
 
7.23 malam
Aku terdengar seruan Azan dari radio yang ku pasang dari telefon dimana tujuan asal aku memasang radio itu untuk mendengar lagu-lagu sentimental sambil menangisi diri sedari tadi…. Baru ku sedar… seruan azan tadi bisa membuat hati aku tenang….  Aku sedar selama ini aku jarang mengerjakan perintahnya.  Aku hanya melakukan bila teringat dan perlu.  Dalam saat ini… apabila mendengar alunan azan tadi… entah mengapa terlintas dalam fikiran… hanya Allah yang mampu memperbaiki keadaan kerana aku tahu aku tidak bersalah.  Laju aku bangkit dan terus ke bilik air untuk mengambil wuduk…. Tanganku terus mencapai sejadah dan telekung baru pemberian suamiku minggu minggu lalu setelah dia pulang dari Kelantan.  Hiba rasa hati….. saat aku memasangkan telekung pemberian suami ke badan, air mata ini terus berjujuran dipipi.  Amat besar maknanya pada aku pemberian ini.  Rupanya… inilah tujuan Allah nak tunjukkan pada aku yang pemberian suami ku ini ada hikmah yang tersirat bakal berlaku.  Sedih…. Aku tunaikan solat maghrib dengan penuh hiba sambil  menyesali perbuatan ku selama ini.  Sambil aku bersujud… aku ternampak wajah suami dan anak-anak.  Betapa besar rahmatmu Ya Allah pada harini… Kau beri aku peluang untuk tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang mu Ya Allah. 
Selesai solat maghrib…. Aku memanjatkan doa kepada Illahi  agar dosa-dosaku diampunkan…  begitu juga dosa-dosa suami, anak-anak dan kedua-dua ibu bapa ku juga minta diampunkan…. Paling aku berdoa agar Allah bisa melembutkan hati suamiku untuk pulang ke rumah dan juga dilembutkan hatinya agar menerima ku kembali seadanya.  Berkali-kali ku ulang doaku sambil air mata berjujuran di pipi.  Wajahnya sentiasa dalam fikiranku ketika aku berdoa sambil terbayang segala usikan dan belaian suamiku ini sepanjang perkahwinan kami.  Amin…. Ya rabbal a’lamin….  Aku mencari surah yassin di dalam laci…. Sedang aku hendak memulakan bacaan Yassin… Anak-anak aku mengetuk pintu bilik mengatakan suamiku telah pulang tetapi dia berada di Kantin Pekerja Indonesia di kawasan perumahanku.  Aku sangat bersyukur dengan rahmatmu Ya Allah!!  Walau pun Kau belum sampaikannya di rumah…. tapi sudah menjadi satu rahmat yang besar padaku Kau telah membawa dia pulang.  Aku minta anak-anak mandi aku bersihkan diri dan menyiapkan kerja sekolah.   Aku kembali ke tikar sejadah dan memulakan bacaan Yassin.  Entah mengapa… hati ini terasa amat pilu…. Sambil bacaan yassin meniti di bibir…. Wajah suamiku terus bermain difikiran….  Apakah petandanya itu???  Hanya Allah sahaja yang mengerti.  Mungkin dia adalah suamiku yang terbaik Allah anugerahkan pada aku.  Sekiranya selama ni tanpa aku sedar yang suamiku adalah insan yang paling menyayangiku… harini aku mengerti betapa hancur dan hibanya hati suamiku kerana menyangka aku berlaku curang.  Apa pon… aku akan terus meminta ampun dengan suamiku hingga dia memaafkan aku tanpa sekelumit jemu  dan tanpa sekelumit gentar kerana aku tahu aku tidak bersalah.  Suamiku adalah hak aku!!

Selesai bacaan yassin… aku terbaring di tikar sejadah sambil memandang ke arah telefon yang menunjukkan waktu untuk ke sembahyang Isyak pula.  Entah mengapa…. Air mataku sukar dibendung ketika itu.  Sehinggalah aku terdengar suara Azan Isyak mula berkumandang di radio telefon hingga tamat… aku terus bangkit menunaikan Solat Isyak…. Sekali lagi aku menadah tangan ke hadrat Illahi agar segala dosaku dia, suamiku dan ahli keluarga ku yang lain diampunkan dan sejahtera hendaknya kehidupan mereka. Sekali lagi juga aku berdoa agar suamiku dilembutkan hati dan mengasihani diri ini berulang-ulang kali sambil menitiskan air mata hiba.  Aku teramat menyayanginya Ya Allah.  Kau peliharalah perkahwinan kami ini.  Amin Ya Rabbal A’lamin.

Aku meletakkan telekung pemberian suamiku di dalam lipatan sejadah.  Aku berbaring di birai katil sambil termenung mendengar radio yang dipasang ditelefon.  Dalam 10 minit aku begitu…. Tiba-tiba terdengar bunyi enjin motor suamiku tiba di porch rumah.  Tergumam aku seketika…. Ya Allah…. Begitu pantas kau menunjukkan kekuasaan mu.  Kau telah membawa lelaki ini pulang walau aku tahu belum tentu hatinya lembut kepadaku tetapi bagiku ia sudah cukup untuk memadai dia pulang ke rumah.  Indahnya kekuasaan mu Ya Allah!!  Aku tau… sekiranya suamiku ada di rumah… kebajikan dan makan pakai anak-anakku akan terbela.  Jadi aku terus membaringkan diri sambil melayan perasaan hingga terlelap tanpa secubit makanan pon yang singgah di mulut dan perutku seharian itu.  Entah mengapa….tiada sedikit pon perasaan lapar ketika itu.  Malam itu…..Aku tidak mahu  mengganggu suamiku…. Aku hendak beri peluang kepada suamiku untuk memikirkan segala-galanya dengan waras dan tawakal….  Aku berserah kepada Allah…

19 Jan

6.10 pagi
Aku tersedar dari tidur apabila terdengari bunyi alarm telefon… terus aku ke bilik air membersihkan diri dan mengambil wuduk untuk menunaikan solat Subuh.  Selesai solat aku terus berdoa seperti sebelumnya….. minta ketenangan hati dan dilembutkan hati suamiku…. Dengan telekung yang masih di badan… aku keluar bilik mencari suamiku… dia tidur di bilik anak daraku…. Anak-anakku yang lain tidur di ruang tamu.  Pintu bilik terkunci tetapi lampu bilik terpasang… Aku mencari kunci bilik dan cuba membuka tombol pintu.  Alhamdulillah… setelah dah berkali-kali mencuba akhirnya berjaya.  Aku lihat suamiku sedang tidur mengereng di katil kecil anak daraku…. Dengan telekong yang masih terpasang di badan…. Aku membaringkan diri di sebelah suamiku sambil memeluknya dari belakang dengan penuh kasih sayang dan linangan air mata.  Walau aku tahu suamiku tidak mahu dipeluk… aku tetap hendak memeluknya.   Dia tidak menolak ku pon ketika itu sudah cukup baik.  Walau beberapa kali dia cuba mengalihkan posisi badannya… aku tetap mahu terus memeluknya.  Aku tidak mahu melepaskannya.  Biar dia tahu… sejauh mana dia pergi… sejauh itu aku akan menggapainya.  Tak terucap kasih sayangku padanya….  Kami terus terlelap di katil kecil itu hingga pukul berapa aku sendiri tak pasti. 

Bagai diberi isyarat… walau aku terlelap… aku tahu suamiku bangun dari sisi aku.  Aku bangun sama dan menanggalkan telekungku dan keluar dari bilik anak daraku… ku lihat dia sedang duduk di sofa sambil menonton tv.  Aku terus ke dapur menyediakan sarapan pagi untuk keluargaku setelah 2 hari aku mogokkan diri aku dari memasak kerana terlalu bersedih. 

Selesai memasak dan siap menghidangkan makanan.  Aku kembali kepada suamiku.  Kali ini…aku akan tetap pujuk dia sedaya upayaku walau air mata ini telah mencurah-curah tanpa henti dan tidak bermakna apa-apa pada dia…. Aku akan tetap pujuk suamiku!! Aku akan tetap terus meminta ampun darinya walau aku tidak bersalah.  Aku redho… aku terus menangis dan meminta ampun…. Aku terima sahaja kemarahan yang keluar dari mulutnya….   Aku cuba untuk mencium tangannya tapi suamiku terus mengelak dari aku memegang tangannya.  Aku mengerti dia terluka tapi aku mahu pengertian dan kemaafan darinya.  Aku tidak peduli!!  Entah macam mana…. Aku dapat memegang tangannya…. Aku cium dan meratap…. “Tangan dempak ini yang I rindukan… tangan ini yang selalu mencubit, mengeletek dan mengusik I… tangan ini yang selalu membelai rambut I… tangan ini yang selalu menggaru I dan tangan ini yang selalu memeluk I.  Tangan ini juga yang beri I makan dan kasih sayang.  Please don’t go away from me… I miss this hand…. Please yang…. I love u abang… Macam mana I nak hidup tanpa u.  Please abang” Aku terus meratap…. Peluh tubuhku yang mengalir usah dikata… tapi aku tidak peduli…. Perhatian suamiku yang aku peduli.  Entah bagaimana….. dengan kata-kataku tadi…..suamiku memegang pipiku menatap wajah aku…. Aku menangis hiba di tangan yang memberi makna dalam hidupku itu selama bergelar isteri … aku cium leher… pipi dan dahinya…. Aku terus meminta ampun…. Aku memeluknya sambil bersyukur kerana Allah telah melembutkan hatinya.  Suamiku memelukku…. Suasana hiba seketika……  Ya Allah…. Aku bersyukur… Kau telah tunaikan permintaanku.  Bagaimana aku harus berterima kasih padamu Ya Allah.  Aku baring disisinya  dan memeluk tubuhnya sambil ada sisa tangisan.  Aku mengerti… walau dia memaafkan aku… tapi disudut hatinya tetap terluka kerana menyangka perbuatanku... Aku akan tetap terus berdoa untuk suamiku menyayangiku sampai akhir hayat kami nanti.
 
Alhamdulillah…. Setelah beberapa hari berlalu…. Tanpa sekali aku meninggalkan perintah mu Ya Allah…. Aku lebih merasa tenang…. Aku akan tetap terus berdoa untuk suamiku di dalam setiap solat-solatku….. Aku sedar…..walau pon dia berbuat baik padaku dan menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami tapi aku tahu… jauh disudut hatinya masih ada sekelumit sakit hati kepada lelaki yang cuba mengganggu rumah tangga kami.  Aku tahu dia cuba selidik dari teman-temanku  yang mengenali lelaki dari zaman silamku itu.  Pada aku….. lakukanlahh apa saja… asalkan dia tidak melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.  Aku tahu aku tidak bersalah.   Yang penting… aku hanya mahu kasih sayangnya dalam hidupku.  Aku akan tetap terus berdoa… moga pernikahan ini akan berkekalan hingga ke Jannah!!  Andai ditakdirkan jodohku dengannya tidak berpanjangan… biarlah hanya dengan panggillan Allah sahaja yang dapat memisahkan kami.  Amin Ya Rabbal A’lamin…
 

NOTA DARI EMMYMAZLI

PERIHARALAH DAN SAYANGILAH HUBUNGAN SUAMI ISTERI YANG TERBINA.  ALLAH MENJADIKAN SETIAP PASANGAN DAN PERHUBUNGAN ITU ADA PASANG SURUTNYA… SETIAP SATUNYA ADA HIKMAH DISEBALIKNNYA.  CUBALAH PERBAIKI KELEMAHAN DIRI UNTUK MENIKMATI KASIH DARI YANG HAKIKI.....

Ada kata-kata dari blog seorang teman yang mengusik perasaanku....

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU 

"Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, 
ambil yang jernih. Baru teguh peribadi." 

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan. 

Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi. 

Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, "Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini." 

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. 

Saling berpesan-pesan kpd kebaikan.. 

"The only real mistake is the one from which we learn nothing..."

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...