Khamis, 27 November 2014

Majlis Graduasi Tahun 6 SK Cyberjaya 2014

Posted by Emmymazli at 5:57 PTG 3 comments
26 November 2014 - Dewan Besar LKIM, Pulau Meranti, Selangor

Salam semua....

Just nak sharing hari bersejarah buat anak dara aku di akhir persekolahan di alam sekolah rendah bersama u all.  Semalam merupakan Majlis Graduasi Tahun 6 pelajar SK Cyberjaya di Dewan Besar LKIM, Pulau Meranti, Selangor.  Pelajar-pelajar Tahun 6 diraikan dengan satu majlis yang agak besar buat aku sebab bila tengok persiapan mereka dah ala konvokesyen universiti. Dengan jubah convo nyer... dengan hiasan dewan yang agak gah... dengan jualan gift untuk pelajar yang diraikan... setau aku konvo universiti/kolej jer ada gini... sekolah rendah pon ade jugak rupanya....
Aku rasa... korang yang baca pon sedia maklum.... 26.11.2014 merupakan tarikh keluarnya keputusan peperiksaan UPSR 2014.  Hmmm.... so majlis tu bukan sekadar majlis graduasi biasa... tapi bersekali dengan keluarnya result UPSR.  Berdebar memang berdebar.... tapi aku tak tau la kenapa aku cam biasa-biasa jer.... nak berharap lebih takut kecewa... tapi aku try buat muka tenang seorang ibu.

Aku try to be positif dari awal.... Beli jambangan bunga untuk Hanum ala-ala anak confrim dapat 5A walau aku tau anak punya kemampuan takat mana... walau tak target besar pada kebolehan anak... aku masih letak harapan kot-kot la anak boleh dapat at least 1-2 A, jadilah dari takder.. pastu ada B dan C pon takpe... aku dulu pun setakat 2A 1B 1C... tak la flying colors tapi oklah....
Bukan niat aku nak sorok-sorok... so inilah hakikatnya.... Rezeki Hanum hanya .... 4C 1D 
Sebenarnya aku tak tau nak buat expresi apa... berserah... redha... tension... marah... Apa pon dia dah usaha... terima jer la kan... 

Walaubagaimanapun.... aku takmo tunjuk wajah kekecewaan aku pada anak... cuma bila terlalu menahan perasaan tu yang buat sampai aku sakit kepala tahap migrain... daripada aku banyak bunyi ada baiknya lepas settle tu aku tidur dan rehat....

Malam tu... aku masih boleh berlagak biasa macam seolah-olah aku tak marah dia dapat result begitu... boleh ajak dia keluar bersama untuk makan something else skit di Ayer@8.  Bagi dia release skit...  Tapi masa nilah aku berpueluang untuk bercakap luahan hati aku as mak.
Apa pon.... sehingga ke  harini... walau semalam terdetik rasa kecewa atas banyak perkara.... atas nasihat kawan-kawan kepada aku supaya menganggap anak-anak ni ada kelebihan dan kekurangan masing-masing... malah masing-masing ada keunikan yang kadang terserlah dari awal dan ada kalanya tanpa kita sedar.  Apa-apa jer laa.... aku dah boleh terima apa yang Hanum dah usahakan... takde apa dah nak feeling dan fikir setakat ni... harap dia berusaha lebih lagi di PMR n SPM akan datang.

Layan jer la gambar-gambar semasa Majlis Graduasi SK Cyberjaya 2014...

Isnin, 24 November 2014

Pink Love Charity Run 2014

Posted by Emmymazli at 5:24 PTG 0 comments
23 November 2014 - Taman Tasik Titiwangsa
Salam semua... today just nak story aktiviti keluarga dan kengkawan.  Kalini... aku dan hajar telah daftarkan anak kami dalam Pink Love Charity Run 2014 di Taman Tasik Titiwangsa... Punyalah happy nak masukkan anak dalam larian ni... bukan apa.. kalau tengok fb program ni... medal  yang perserta akan dapat sangatlah cute... hehehehhe
Sebenarnya... kalau ikut condition kesihatan kami sekeluarga untuk berlari tu amatlah letih.  Letih sebab baru balik dari kampung... letih layan anak buah baru... dan letih lepas membantu sedara melangsungkan kenduri kawin di kampung kami.  Bila terpaksa balik tergesa-gesa untuk turut serta dalam program ni yang penat nau rasanya.  Apa pun... Hanum, Kimie sukses melaksanakan 4km larian... dan aku pula sempat la lari 2km (bersamaan dengan 1 round tasik tu).... itu pun rasa tak cukup nafas der... banyak jalan dari larinya... hahaha... poyo kannn.... aku sebenarnya pon lari sekali bersama dengan hajar just untuk suka-suka tapi at last hajar lari dulu sebab tau aku lembab gila.  Bukan apa... bila badan dah membulat ni rasa berat nau kaki dan bontot.... nak lari pon ala larat tak larat... tapi ada hati nak join run juga.  boleh aku buat preparation for the next run kan... hehehhehe
Oklah... anyway... happy sangat sebab dapat berkumpul bersama keluarga di hujung minggu sambil beri semangat pada anak-anak untuk turut serta dalam aktiviti yang mendatangkan manfaat pada hujung minggu....

Adios....
Sebelum start run... tengok muka masing-masing sembap
Selfie emak-emak
Sebelum lari sempat bergambo lagi walau ada yang  muka terpaksa... hahahah
Sijil dan Medal Finisher... menarik kannn
Kimie dengan medal dan sijilnya... muka letih...
Hanum dengan medal dan sijilnya... 

Gambar-gambar kami sekeluarga dan keluarga hajar....

Selamat Pengantin Baru Teha!!

Posted by Emmymazli at 10:30 PG 0 comments
22 November 2014 - Kampung Alai, Alai, Melaka.

Huarghhhh penat nau rasanya.... Kami baru sahaja selesai hadir ke majlis perkahwinan sepupu hubby Fateha.  Sekali sekala dapat balik kampung.... terpaksa lunaskan tanggungjawab dengan keluarga bila ada kenduri kendara... hehehehe... Apa pon... seronok juga bila sekali sekala berjumpa.... Selamat pengantin baru Teha dan suami dari Kak Long & Abg Long Emmymazli sekeluarga.  Semoga berkekalan hingga ke anak cucu.  

Enjoy the pics!!

Selasa, 18 November 2014

Aktiviti Baru Untuk Anak-anak dan Diri Sendiri

Posted by Emmymazli at 6:16 PTG 0 comments
Salam semua

Just nak sharing... sekarang ni... aku dah temui aktiviti baru untuk anak-anak dan diri aku sendiri. Nak tau tak apa dia??? Heheheh.. macam suspen je kan.... Okaylah Emmy bagitau.... Sebenornya.... sekarang ni kami dah mula bergiat separa aktif dalam larian/marathon/walkathon.  Selain memantapkan stamina anak-anak dalam bidang taekwondo yang diceburi.... dapat juga menambah medal dan memberikan kepuasan diri sendiri dalam menjaga kesihatan.  Terus-terang, aktiviti ni memerlukan sedikit kos tetapi kita akan happy dengan hasil yang kita buat dan yang kita dapat.... depends la masing-masing... Tak perlu mengharapkan orang luar.... aktiviti ni kita sendiri cari dan kita sendiri yang usahakannya.  So... aku tak nak la simpan sorang-sorangkan aktiviti larian/marathon/walkathon ni yang semakin popular di luar sana... jadi aku nak sharekan info mengenai larian/marathon/walkathon pada korang yang maybe masih freshie macam aku ni tapi sangat berminat untuk join.  Sharing is caringkan....  

For those yang diluar sana masih baru dalam dunia larian/marathon/walkathon.... korang boleh cek segala info tentang larian/marathon/walkathon ni link-link seperti di bawah.

6. http://mylifestyle.my/
7. http://event.themarathonshop.com.my/catalog.aspx
8. https://www.facebook.com/PacemakersAR

Semua laman web ni selalunya akan update program terkini larian/marathon/walkathon ok.. semua laman web ni slalunya akan update program terutamanya yang ranking no 1,2,3,4, dan 5 di atas la. So... korang boleh pilih la larian/marathon/walkathon yang bersesuaian dengan korang. Ikut citarasa dan free masa korang la katakan.

Honestly.... untuk part emmy.... kalau bab larian/marathon/walkathon ni... emmy akan pilih yang ada berikan medal terutamanya untuk kategori kanak-kanak dan juga larian jarak dekat seperti 5 km. Bukan apa... dah berusaha mestilah kita nak sesuatu sebagai ingatan dan ganjaran kan walaupun dekat skit kita berlari dari yang profesional... lagi pon sebab kita bayar.... Rasa kesian la bagi budak lari penar-penat then takde habuan. Betul tak....? Jadi... sebelum daftar... better cek dulu info yang diorang berikan. Jangan main taram jer... nanti kita yang rugi.. Selain itu... emmy akan pastikan larian/marathon/walkathon yang dianjurkan tu ada berikan t shirt... goddie bag... sijil dan macam-macam lagi.... yang penting berbaloi dengan apa yang kita bayar and dapat tu. Di bawah ni aku bagi contoh-contoh runner's entitlement. Mana tau kalau korang dah tengok lagi rasa bersemangat nak join.

 

So...... cubalah cek link-link yang aku bagi tu... pastikan korang berdaftar untuk menyertai larian/marathon/walkathon. Terutamanya bagi wesite myraceonline tu... sangat strict dan tak boleh daftarkan untuk orang lain... daftar untuk diri sendiri jer dan pakai email sendiri. Yang pastinya... kalau 1 akaun email telah didaftarkan pada 1 nama....email tu tak boleh share dengan pengguna lain.... 1 email hanya untuk satu akaun. So... you try and error la ekk...
Oklah... nice sharing kan... see u next time!!

Isnin, 17 November 2014

Happy 13th Anniversary Emmymazli

Posted by Emmymazli at 11:54 PTG 0 comments
Alhamdulillah... harini 17.11.2014 maka genaplah 13 tahun usia perkahwinan aku dan suamiku Mazli.  Segala ranjau dan duri telah pon kami tempuhi selama ini. Terima kasih suamiku yang berkongsi segalanya denganku.... Engkaulah suami dan engkau jugalah sahabatku paling setia menemaniku.... Moga kami mampu melalui segala onak dan ranjau perkahwinan kami hingga ke akhir hayat kami. Insyaallah... Aminnn... 
Cake ditempah oleh Floral Cake Shop

Hanum Grading Taekwondo Merah 2

Posted by Emmymazli at 10:45 PG 0 comments
16 November 2014 - Sek. Keb. Taman Putra Perdana 1 (SKTPP1)
Syukur Alhamdulillah.... aktiviti mingguan aku memang terisi dengan aktiviti anak-anak jer.  Walau Cik Abang kita kena outstation... tapi aku seperti biasa... boleh jer gerak sendirian dengan anak-anak... hehehehe

Ok... kalini aku layankan Hanum untuk grading ke peringkat Merah 2 pula.  Huwaaa... sabo jer laa ngan anak sorang ni... seksa nak ajau dia teknik dan juga ingatkan dia taeguk-taeguk taekwondo yang akan dia hadapi semasa grading ni.  Kalau rajin training takpe... dah la tak rajin... pastu bila kita ajau dia banyak pula halnya... kadang rasa ringan tangan ngan kaki hinggap kat dia pon ada gak.... grrrrr!!

Anyway.... alhamdulillah... dah selamat tempuhi grading Ahad lepas di SKTPP1.  Boleh laaaa... nak kata perfecto tu tak la kan... budak-budak ni takleh nak berharap beria sangat nanti kita lak yang kecewa dan geram nau-nau.   

Apa pon... berserah kepada keputusan pemeriksa.  Semoga melepasilah grading ni.  Resultnya maybe minggu depan.
Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...