Sabtu, 31 Disember 2011

Jalan-jalan KL Bird Park

Posted by Emmymazli at 8:30 PTG 0 comments
31 Disember 2011 - KL Bird Park, Kuala Lumpur

Salam semua....

Today nak story pasal aku sefamily  berjalan di KL Bird Park pada penutup tahun 2012.  Dah sekian lama duduk KL dan Putrajaya ni... sekali pun tak sampai lagi tempat ni.  Heheheh... yang paling sadis tu bila kami menggunakan tiket masuk KL Bird Park yang aku beli semasa Matta Fair yang lepas dengan harga masuk yang murah tu pada saat akhir gara-gara terlupa.  Sebenarnya.... last date tiket masuk tu 31 Disember 2011.  Huhuhu.... Nasib baik aku kelebek purse aku skali terjumpa pula tiket ni.. kalau tak.. memang habis gitu jer la tiket tu... heheheh!!!
Tiket masuk
 
 
KL Bird Park ni terletak di Lake Garden KL.  Excited giler anak-anak aku nak ke situ.... apa yang bestnye... kita bleh tengok burung-burung secara live... burung dilepaskan gitu jer.... so kita boleh ambil gambar dekat-dekat ngan burung-burung kat situ.  Best sungguh!!! 
Posse dengan Indian Ring Neck
Indian Ring Neck yang menjadi idaman kalbu
Segala jenis burung ada kat sini.  Eiii... tak boleh nak bayangkan seronoknya masuk KL Bird Park ni kalau korang memang peminat burung.  Nyesal pulak aku tak bawa kamera DSLR aku.   Boleh plak aku bawa camera kecik aku ni.  Tengah syok-syok ambil gambar time tu pula la bateri aku habis.  Hampehhh!!!

Masa kat sana.... haru betul bila kami tengah tengok aviary burung cockatiel macam aku punya tu.  Mana taknya... si Kimie bila nampak jer burung cockatiel warna kuning tu... terus dia minta ganti Tuning aku yang mati tu.  Adussss!!!! Dia ingat boleh suka-suka ambil agaknya??!!!  Jenuh nak pujuk.... last-last aku belah gitu jer nak bagi dia hilang tumpuan then baru dia diam.   Hehehehhe...

Kalau dah datang sini... tak sah kalau tak bergambar dengan burung-burung dekat zone bergambar tu.  Ya Allah!!!! Jangan kata budak-budak.... aku sendiri yang terlebih excited... berapa kena bayar pun aku sanggup.  Ingat nak ambil gambar pakai camera sendiri tu RM10 sorang... tapi budak yang jaga tu tengok kami 4 orang... so dia suggest ambil gambar yang siap frame KL Bird Park tu jer dengan harga RM35 then still boleh ambil gambar lagi pakai camera sendiri.  Haishhh... sakanlah aku.  Heheheheh..... At last.... dapat juga bergambar dengan burung-burung idaman kalbu.  Hehehehhe.  Suka gile aku tengok gambar yang diorang printkan tu.  Huhuhu.... nampak macam kami sefamily dengan burung-burung tu best friend jer.  Heheheheh.... Suka sangat!!!!!!!!!!!!!!!!
So korang.... aku ni tak pandai nak promote lebih-lebih.... tapi kalau korang dah takder tempat nak berjalan.... korang datanglah sini.  Memang tak rugi.  Korang rasa sendiri macam mana bestnya kat situ.  Hehehe.... So... korang layan jer le gambar yang sempat aku rakam masa kat sana yer....  Take care!!!
Bersepah-sepah Indian Ring Neck.  Sakan diorang nak bergambar dengan burung tu...
Eastern Rossella... idaman kalbu juga...
Comelkan??? Hehhehe
 
Bangau???
 
Dengan burung merak yang suka jalan sana sini tu....
Beria Hanum nak bergambar dengan burung enggang ni...
Permintaan Hanum... aku ambil gambar ni...
Dekat nursery... nasib baik tak terpicit anak ayam ni Kimie pegang
    
 
Kakak tua.... macam tau-tau orang ambil gambar dia... macam tersenyum jer...
So nice.... comel giler!!
 Layan gambo burung.... comel!!!




Khamis, 29 Disember 2011

Tuning Aku Mati!!!!

Posted by Emmymazli at 2:57 PTG 0 comments
Sedey...!!!! Huwaaaa... tak tau nak cakap camner.  Anak burung Cockatiel aku yang bernama Tuning tu mati semalam.   Itu pun hubby aku find out dia mati lepas hubby dan anak-anak balik makan tengahari kat luar.  Tak tau punca tetiba mati.  Padahal.... sebelum ni ok jer.  Tak murung ke apa.... anak aku bagi makan baik jer....  tapi 2 hari sebelum dia mati tu... anak aku cakap dia muntah lepas makan Kaytee tapi selepas tu ok jer kami tengok.  Huhuhu... Tak fahamlah kenapa dia jadi begitu.
Tuning dalam kenangan....
Mayat Tuning.... Huhuhu
Paling sedih bila anak bujang aku menangis beria-ia bila Tuning mati.  Kimie memang rapat ngan Tuning sebab Tuning memang lebih jinak dari si Puteh.  Aku pula yang melalak tengok Kimie nangis.  Dia nak minta ganti Tuning lain tapi aku cakap nanti dulu.  Almaklumleee... ekonomoney!!!  Apa-apa pun... aku minta Kimie jaga dulu si Puteh tu.  Sian dia aku tengok.  
Kimi nangis...
Cium untuk kali terakhir sebelum hubby aku tanam....
Apa-apa pun aku redha Tuning pergi walaupun kami dapat berkasih sayang sekejap jer dengan dia.... huhuhuh.... terngiang-ngiang kat telinga aku time Tuning bising minta ambil dia dari sangkar untuk bawa jalan-jalan dan time suapkan dia makan.  Sedih wooo.....  Huhuhuh... Love u Tuning!!!!

Kejohanan Bola Tampar Pantai MAKSWIP 2011

Posted by Emmymazli at 2:47 PTG 0 comments
22-24 Disember 2011 - Kangar, Perlis

Salam semua... today aku baru berkesempatan nak story pasal event yang aku sempat joint kalini.

Huhuhu...sementelah kesihatan aku yang tak berapa nak memuaskan ni dan kesibukan aku menguruskan rumah yang aku baru pindah ni sempat lagi aku dan 3 orang rakan sepasukan aku ke Kangar, Perlis untuk mengkuti Kejohanan Bola Tampar Pantai MAKSWIP 2011.  Tau tak MAKSWIP tu apa???  Haishh!!!... Maksudnya ialah... Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP). Sebenarnya... hati aku ni taklah beria sangat nak ke Perlis ni untuk main volleyball beach ni tapi disebabkan dah ngam-ngam 4 orang jer yang ada dan kami pula dah hantar nama... nak tak nak pergi jugalah.  Sepatutnya 1 team memerlukan 6 orang di mana 4 orang yang bermain dan 2 orang lagi simpanan tapi apa yang terjadi kat team aku ni..... kami hanya ada 4 orang jer maka kenalah bermain mati-matian.   2 orang lagi player aku ni ada hal lain la pulak.  Tak boleh nak kata apa.  So  kami 4 orang ni kena jaga-jagalah jangan ada yang tercedera.  Dah la aku tak berapa sihat.  Memang aku redha sahaja apa yang bakal terjadi.
Dari kiri, Kak Chik, Aku, Teha dan Caya
Eh.. lupa nak mention 4 orang player team aku tu saper.... Anyway, player team aku ni terdiri dari aku sendiri,  Nurcaya, Fateha dan Che Zakiah @ Kak Chik.  Persediaan team aku???  Hahahahah... takder langsung!!  Bila nak training jer, ada sajer rintangan... hujan laa... player takder laa... court penuh la... eh... macam-macam hal lah!!  Memang team aku ni pergi Perlis secara gamble jer.  Apa nak jadi... jadilah!!  Tak kuasa aku nak fikir... huhuhuhu!

Kami bertolak ke Perlis pada 22 Disember 2011 (Khamis) dari ofis jam 1 tengahari bersama dengan budak-budak bola dari NRE.  Perghhhh.... bila difikirkan... tak larat aku nak berjalan jauh ni.  Almaklumlee... mabuk darat!! Kerja aku membuta jer la dalam bas NRE tu.   Asal tengok aku jer tido... tengok aku jer tido... hahahah..... tengok tv dalam bas sekejap terlelap.  Kalau aku tak lelap kang aku pening.  Baik tido!!!  Sampai kat Perlis pun dah tengah malam lebih kurang jam 11.30 malam kat Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang di Bawah Jabatan PERHILITAN.   Kat situ kami stay macam kat hostel tapi yang scarynya bila aku bertiga jer pompuan yang ada termasuk Kak Chik dan Caya duduk dalam hostel yang banyak katil tu.   Si Teha dah sah-sahlah balik rumah bakal mak mertua dia yang kebetulan tunang dia si Wan budak tempat aku tu ikut tumpang naik bas NRE sekali nak balik kampung dia.  Tersentil lah kami bertiga kat hostel tu.  Huwaa.... scary beb!!!

Masa hari kejohanan tu berlangsung pada 23 Disember 2011 tu.... team aku  ni memang terkontang kanting kami 4 orang ni.  4 orang kami ni... itulah player... itulah pengurus... itulah kapten... itulah juga penasihat dan itulah juga penyokong.   Huhuhu... sedih giler.  Nasib baik ada Wan temankan si Teha tu.  Ada juga orang nak ambilkan gambar dan bawa kita ke sana ke sini.  Kalau tak.. 1 gambar haram pun takder.... Huuhu.
Sempat pose masa team lawan minta time keluar
Semangat!!!
Team aku adalah antara tergolong dalam Kumpulan D termasuk player dari team Imegresen, KKR, Audit dan Wisma Putra.  Kiranya.... dalam Kumpulan A, B,C dan D ni..... kumpulan D lah paling banyak team dengan 5 team 1 kumpulan berbanding yang lain yang hanya 4 team 1 kumpulan.  Tapikan.....nak jadi rezeki kami pada haritu agaknya....walaupun kami terkotang kanting 4 orang ni.... kami berusaha untuk bermain bersungguh-sunguh walaupun orang tengok kami ni macam tak serius jer main volleyball tapi kami menang tanpa kalah dengan 4 team lain dan menjadikan kami Johan Kumpulan D.  Heheheheh.  Dalam banyak-banyak tu.... team Audit lah yang paling digeruni tapi nak jadi rezeki kami haritu... kami menang mudah dengan Audit.  Result kami haritu.... NRE vs KKR (21-19), NRE vs Imigresen(21-10), NRE vs Audit (21-5) dan NRE vs Wisma Putra (21-19).  Dengan ini... melayakkan kami ke suku akhir dan bertemu dengan Naib Johan Kumpulan A iaitu DBKL pada hari esoknya.  Tapi rezeki kami di suku akhir takat tu jer.  Huhuhu....  Kami kalah dengan DBKL 2-21.  Huwaaaa.... teruk giler rasa. Nak buat camner... takat tu jer yang mampu buat.  Hehehehe... habis jer game.... terus kami bertolak balik ke hostel dan bersiap untuk balik KL.  Actually... budak-budak bola  tak dapat ke suku akhir... so diorang terpaksalah teman kami pada perlawanan akhir tu dengan jadi penyokong tapi takder rezeki diorang tengok kami menang... hahahah... statement!!!!  Keluar jer hostel kami shopping dekat Wang Kelian... tapi aku pula tak lah shopping mana pun.... migrain pula melanda!!!  Beli baju 2 helai, bantal Angry Bird , kacang-kacang dan buah then lepas tu terus makan tengahari.... pastu aku terus cepat-cepat balik ke bas semula nak membuta.  Berpeluh-peluh aku tahan sakit kepala ni masa shopping tu.  Tak syok langsung!!!   Tau-tau jer aku tido dan tido lagi dalam bas then makan malam kat R&R Tapah then tido lagi pastu terus sampai ke Putrajaya pukul 12.15 malam.  Heheheheh....Boleh gitu???
Bersama pengurus JPM
Get ready nak berlawan dengan team yang paling kami geruni... Audit
NRE vs Audit
Aksi aku masa last day lawan dengan DBKL
Result kumpulan D.... kami johan kumpulan
Jadual ke perlawanan suku akhir... tapi NRE takder rezeki... huhuhu
 Anyway.. walaupun letih dalam perjalanan pergi dan balik ke Perlis.... aku rasa berpuas hati dengan pencapaian team aku ni walaupun kami ada 4 orang jer tapi kami berjaya membuktikan kami boleh jadi Johan kumpulan walaupun kami berhenti takat suku akhir perlawanan jer.    Ko ada??? Aku ada!!!  Hehehehe.... Caiyokkk!!!  Moga team aku akan berusaha lebih lagi di  masa akan datang.  Mana tau kali itu jadi Johan pulakan??? Waaarghhhhh.... AMIN!!!!



Selasa, 20 Disember 2011

Saya Telah Berpindah di Cyberjaya!!!

Posted by Emmymazli at 11:10 PG 3 comments
Yuhuuuuuuuuuuu...!!!!!!!!!  Kengkawan sumer!! Aku nak maklumkan kepada semua yang aku dengan ini secara rasminya telah berpindah di Taman Pinggiran Cyber, Cyberjaya.  Haaa... akhirnya impian aku dan keluarga telah tercapai.  Tak sia-sia penantian aku selama 8 tahun nak tunggu duduk rumah sendiri ni. 
Rumah aku....
Anyway, walaupun rumah aku tak sempurna lagi renovatenye.... tapi atas sebab aku tak mampu nak tunggu lama lagi sebab rumah yang aku sewa di Desa Saujana tu telah berpindah pihak kepada owner baru.... maka tanggal 13 Disember 2011 aku telah mula berpindah dengan mula pindahkan barang-barang besar di rumah tu atas bantuan rakan sekolah aku di SMVPD si Jeff dengan menggunakan lori dia.  Alhamdulillah.... semua berjalan dengan lancar masa pindahkan barang tu tapi punyalah letih nak packing dan angkut barang tu... tuhan jer tau.  Macam nak tercabut pinggang aku.  Itu belum lagi kira nak kemas barang yang dah diangkut pula kat rumah baru tu.  Banyak juga la barang yang aku rasa tak berguna aku sedekahkan kepada kakak dan mat indon yang kerja kat area perumahan aku tu dan yang betul-betul tak pakai aku buang dan bakar jer.  Takmo nak semakkan rumah lagi.

Itu pun walau aku dah kemas, sedekah dan buang pun still lagi ada jer barang yang bertimbun di bilik belakang tu.   Punyalah semak kat bilik belakang walau dah kemas beberapa kali.  Hmmm... betullah orang cakap... sebulan lebih pindah pun belum tentu siap kemas rumah.  Letih woo....  Selagi rumah aku takder kitchen kabinet dan rak kat stor tu... aku rasa selagi tu la aku akan rasa semak kat dapur, stor dan bilik belakang tu sebab banyak barang dapur jer pun tapi tak tau nak letak mana.....  Tapi nak buat camner... dah banyak duit aku habis kat renovate rumah tu... bab nak buat kitchen kabinet tu aku rasa lambat skit kot.  Habis dah duit aku tanpa sedar beli barang untuk rumah tu sedikit demi sedikit walau tak seberapa.  Duit bonus sumer habis kat rumah jer..... beli lampulah.. beli paip la... beli cat la... beli kabinet anak la... itu laa... ini laa..... last-last aku yang pokai... huhuhuh... pening-pening!!!  Tapi takper... walau aku berhabis duit... yang penting berhabis untuk rumah aku.. bukan rumah orang lain.  Syukur sangat!!

Sebenarnya... banyak lagi perkara kat rumah aku tu yang belum siap sepenuhnya terutamanya bab renovate tu.... macam-macam masalah timbul tapi takper... biarlah aku hadapinya dengan sabar.... takmo kecoh-kecoh... selagi aku boleh sabar... aku bersabar tapi tanpa sedar aku punya stress tu sampai aku demam dan batuk tak ingatlah lepas pindah 4 hari kat rumah tu...!!!   Pastu... baru aku nak recover... berjangkit pula kat anak-anak dan hubby demam dan batuk aku tu.  Event now, batuk aku still tak hilang lagi ni.  Orang-orang tua kata demam terkejut sebab pindah rumah baru.  Hahahahah..... iyolah tu.   Dahlah penat pindah... kena mengemas lagik... time tu pulak la badan ni tak sihat.  Stress aku!!! 

Aku memang berhasrat nak buat kenduri doa selamat setelah berpindah nanti bersekali dengan majlis doa selamat anak aku bersunat tapi bila tu belum ditentukan lagi sebab masalah kekangan kewangan buat masa ini.  Apa pun.... kengkawan semua doakan aku yer selamat menempuh segalanya dengan cekal dan tabah.... Doakan yang terbaik untuk aku dan keluarga yer... 


Isnin, 12 Disember 2011

Anak Cockatiel Aku Yang Jinak!!!

Posted by Emmymazli at 6:11 PTG 1 comments
 9 Disember 2011

Salam semua... seronok betul aku bila akhirnya tercapai impian aku untuk mempunyai baby bird yang still handfeed dan yang paling penting jinak.  Aku memang berangan-angan nak mempunyai burung Cockatiel spesis Lutino (kuning) dan Albino (putih).  Dapat juga akhirnya!!!!

2 ekor anak burung ni umurnya lebih kurang 3- 4 minggu masa aku beli dari Pak Teh.  Masa mula-mula ambil tu aku agak nerves dan takut nak pegang sebab belum pernah dapat pegang burung yang tak menggigit.  Hehehehhe..... Tapi bila dah dapat pegang macam tak mau lepas jer.   Nak pula kerja dia nak menenggek kat bahu kita... rasa sangat di sayanyi.... Masa aku ambil gambar ni pun.... bukan main pandai lagi 2 ekor burung ni nak berposing... loghat!!!  Cam tau-tau jer orang ambik gambar dia.  Heheheheh...

Burung-burung ni aku namakan Puteh (Albino) dan Tuning (Lutino).  Tuning masih lagi makan suap.  Aku beri makan Kaytee (nestum untuk burung) setiap pagi dan petang.  Berbanding Puteh pula tak mau langsung makan Kaytee.  Dia dah mula makan sekoi dan benda keras.  So tak pandang dah Kaytee lembik-lembik ni.  Eksyen yee Puteh!!

Puteh
Tuning
Anak-anaklah orang yang paling suka dapat 2 ekor burung ni bila diorang dapat bawa dia kehulu kehilir macam anak sendiri.  Tak payah aku suruh... tau la si Hanum tu bagi makan tiap-tiap pagi sementara dia cuti sekolah ni.  Hmmm.... yang tak tahan tu siap ajak main buaian tu... sabo jer laa....

Oklah... kengkawan  yang nak bermain dengan burung aku ni.. meh la singgah rumah.... bleh main dengan burung Cockatiel ni sesama yer.....

Kimie Berkhatan... Bujang Dah Anak Mama!!

Posted by Emmymazli at 5:15 PTG 2 comments
4 Disember 2011 - Ampang

Salam u oulss!!!

Kalini nak citer pasal anak bujang aku si Kimie yang baru jer berkhatan.  Fuhh!!! Lega sungguh aku bila Kimie dah setuju untuk berkhatan pada usia 8 tahun.  Ini semua gara-gara terhasut oleh ajakan anak best friend aku si Nurul, Riduwan.... maka si Kimi pun berjaya dipujuk untuk berkhatan.  Yeay... selamat 1 bab!
Kimie baru lepas berkhatan masa on the way balik ke rumah
Sebenarnya.. lama dah aku pujuk Kimie untuk berkhatan tapi dia takut.  Walaupun adik aku si Syila dok pujuk siap nak offer bagi dia pocket bike pun tetap Kimie belum terbuka hati nak berkhatan.  At last... gara-gara ajakan si anak Nurul dan hadiah yang dijanjikan si Syila... maka Kimie pun akhirnya setuju nak berkhatan.  Atas bantuan Nurul yang meregisterkan anak aku bersekali ngan anak dia dan anak buah dia yang nak berkhatan juga tu.... akhirnya tercapailah matlamat aku nak berkhatankan Kimie tu.  
Kimie berkhatan sekali dengan anak Nurul si Riduwan (tengah) dan anak buah Nurul (kiri sekali)
Sehari sebelum Kimie nak bersunat tu.... Kimie siap request kat aku minta Paman Yun (cousin aku yang kebetulan ada kat rumah aku masa tu) mesti teman dia kat dalam bilik doktor masa dia khatan tu.   Haiii!!! Sabor jer la!!! Mengada.... si Ayun pun layan jer laa... sebab dah janji ngan anak buahkan....
Lepas keluar bilik doktor.  Kimie ditemani hubby aku dan cousin aku Ayun
Aku dah tak ingat nama klinik si Kimie tu berkhatan tapi yang aku tau.... Kimie berkhatan di area Ampang.  Klinik ni menggunakan kaedah Alisklamp...  Lepas bersunat... dah boleh jalan seperti biasa cuma jangan lasak-lasak jer la.  Senang juga nak jaga.  Tak macam orang dulu-dulu siap nak jahit bagai dan kena pakai kain yagn kena gantung sepanjang masa tu.  Lepas beberapa hari, Kimie pun dah boleh pakai seluar walaupun klamp dia still ada kat bird-bird dia tu..   Heheheh.  Kalau korang ada anak lelaki yang nak gunakan kaedah ini... boleh lah cuba....  aku letakkan sekali panduan Alisklamp ni...  Bukan aku nak promote suka-suka kaedah ni.  Tapi so far.. aku tengok Kimie ni lasak semacam jer walaupun ada klamp tu kat bird-bird dia.  Kira oklahkan kalau kaedah ni tak menyusahkan budak-budak untuk menjaganya...
 
Anyway... so far ni matlamat aku dah tercapai.... so lepas ni matlamat Kimie pulak nak dapatkan pocket bike dia dari Mak Anjang dia... hahahah... siaplah ko Syila!!!  Kimie dah tuntut tu... paham-paham sudah!!!

Kiranya... kalau dah berkhatan tu.. anak aku dah bujanglah kan??!!! Heheheh!!!  Sayang Kimie.....


Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...