Sabtu, 30 Ogos 2014

Happy Birthday Hanum Ke12

Posted by Emmymazli at 10:30 PTG 0 comments
Dalam tak sedar dah 12 tahun umur anak dara aku ni sebelum Hari Merdeka ke 57 muncul.... hmmm... sorry tiada apa yg menarik mama boleh bagi... hanya itu sahaja dihari jadi akak kalini. Mama loves u very much. Semoga terus menjadi anak yg solehah serta berjaya dalam UPSR yang bakal tiba tak lama lagi... 

Jumaat, 29 Ogos 2014

Farewell For Me

Posted by Emmymazli at 5:08 PTG 0 comments
Alhamdulillah... rezeki makan lagi walau dah habis musim raya.  Hehehe.. nak buat camner.... masa musim raya boss takder kerana berada di oversea kalau nak buat jamuan tapi bila boss dah ada plak dan dah plan elok-elok majlis ni... boleh plak boss emergency leave.  Majlis yang di buat ni adalah gabungan 3 perkara iaitu Jamuan Hari Raya JBKdan juga Farewell untuk aku serta sambutan yang sambut birthday staff JBK pada bulan Julai dan Ogos.  

Hmmm... sabo jer laa kan... aku bersyukur kerana aku diraikan di JBK ni walau dah sebulan lebih aku keluar dari situ.  Tapi macam tak ikhlas jer kan bila boss yang pernah aku jaga dan uruskan bleh plak takder masa majlis aku yang bersekali dengan jamuan raya ni.  Aku sendiri tak pasti... perlu ke aku ni nak rasa kecik hati atau tak tapi pasrah jer laa... Tak kisahlah kalau boss tu rasa aku ni sebenarnya tak penting kat dia kan....  Tapi bila tang orang lain bleh plak buat macam best sangat... bila tang aku ni yang dah tahap macam bibik indon dia... dia boleh senyap jer.... ok find!!! 

Sorrylah... patutnya aku happy bila diraikan... tapi honestly i'm not happy with it.  Tang lain aku tak nak komen walau jemput aku pon macam acuh tak acuh... tapi apa pon terima kasihla kerana meraikan aku sekali dalam majlis JBK ni.  Harap semua yang berlaku bukanlah lakonan semata... dan yang meraikan aku pon biarlah ikhlas.  Hehehe... 

Dear JBK, thanks for the food, thanks for the present and thanks for invite me.  But more thanks coz boss didn't appear on that day.  It really broke my heart even i was smiling that time.  Whatever!!  But honestly... I'm happy with JKPTG right now!!

Rabu, 27 Ogos 2014

5th TM (WTF)-NSC-Milo National Remaja Taekwondo Championship 2014

Posted by Emmymazli at 5:22 PTG 0 comments
22-24 Ogos 2014 - Stadium Badminton Cheras

Hah!! Apa jer aku nak ceritakan.... cuma mampu bagi report aktiviti taekwondo anak-anak aku lagi.  Heheheh... nak taip panjang-panjang mak tak larat laa.... 

Kalini anak aku keduanya dapat menyertai pertandingan ini cuma rezeki hanya berpihak kepada anak dara aku si Hanum dengan memenangi silver medal.  Hakimi kalah di first bout.  Takde rezeki...  Apa pon... bukan senang nak sampai ke tahap ini.  Dah ke peringkat national... aku bangga dengan pencapaian anak-anak aku.  Alhamdulillah....

Oklah... aku belanja result anak-anak koryo dan gambar sekitar pertandingan.

GRAND OVERALL: KORYO Taekwondo Club (14 Gold, 7 Silver, 6 Bronze)

Male Cadet (Age 9 - 11):
1st Place: KORYO Tkd Club (2 Gold, 2 Silver)
2nd Place: Perak (1 Gold, 1 Silver)
3rd Place: BTFC Tkd Club (1 Gold)

Female Cadet (Age 9 - 11):
1st Place: KORYO Tkd Club (2 Gold, 1 Silver)
2nd Place: BTFC Tkd Club (2 Gold)
3rd Place: Viva Tkd Club (1 Gold, 1 Silver, 1 Bronze)

Male Super Junior (Age 12 - 14)
1st Place: Kuala Lumpur (4 Gold, 1 Bronze)
2nd Place: KORYO Tkd Club (3 Gold, 2 Silver, 1 Bronze)
3rd Place: Selangor (2 Gold, 1 Silver, 1 Bronze)
Female Super Junior (Age 12 - 14)
1st Place: KORYO Tkd Club (4 Gold, 1 Bronze)
2nd Place: Sabah (2 Gold, 1 Bronze)
3rd Place: Kuala Lumpur (1 Gold, 2 Silver, 2 Bronze)
Male Junior (Age 15 - 17)
1st Place: Kuala Lumpur (2 Gold, 1 Silver, 1 Bronze)
2nd Place: Smart Martial Art (2 Gold)
3rd Place: KORYO Tkd Club (1 Gold, 3 Silver, 2 Bronze)
Female Junior (Age 15 - 17)
1st Place: Dynamic Tkd Club (3 Gold, 1 Silver, 3 Bronze)
2nd Place: KORYO Tkd Club (2 Gold, 1 Silver)
3rd Place: Selangor (2 Gold)

Participants (KORYO): 35 athletes (14 Gold, 7 Silver, 6 Bronze, 8 Nil)

GOLD MEDALISTS: (14)
Siti Sara Wardina Sheikh Ibrahim
Nurul Asyhqin Azmi
Nur Syafiqah Mohd Nasri
Nur Fitry Rozali Epyy Swagger
Nur Farah Alisa Ir Roslan
Nur Alia Natasya
Nur Adriana Nana Azami AzaPutra Tkd
Amalia Aliayatun Rizuan
Zulikmal Hakimi Norhisyam
Muhd Hazim Isyraq
Muhd Firdaus Iqbal
Muhammad Zunnurain Norrazam Nor Azam Ismail
Khir Amir Salam Sulaiman
Iman Roif Syahadat

SILVER MEDALISTS: (7)
Nur Adriani Azami
Maria Al-Kiftiah Ahmad
Muhd Iskandar Zulkarnain Ahmad
Muhd Amirullah Mat Naem
Muhammad Hafizuddin Mohd Nizam
Mohd Izzat
Zi Long Cheong

BRONZE MEDALISTS: (6)
Wong Yu Xuan
Nabil Haziq Aswadi Bin Mustafa Adyatie
Muhd Amirul
Muhammad Irfan Daniel Johan
Hassan Mahmood
Ziyang Cheong

Participants (EXCEL): 23 athletes (1 Gold, 3 Silver, 5 Bronze, 14 Nil)

GOLD MEDALIST: (1)
Muhd Irfan Firdaus Mohd Rizal

SILVER MEDALISTS: (3)
Nur Rouhanes Amanda
Jasmin Nabila Sukardi
Muhd Rouhed Amanda

BRONZE MEDALISTS: (5)
Nur Liyana Afrina Mohd Rizal
Nur Farhaty Hanum Mazli
Varshan Rai
Muhammad Daniel Hoe Muhammad Adam Hoe
Hazim Zarif Ahmad Zamani
  
 
 
 

Jumaat, 22 Ogos 2014

Jurnal - Kisah Perginya Ibu Mertuaku (Part 1)

Posted by Emmymazli at 5:17 PTG 0 comments
Salam semua... maaflah... setelah sekian lama... baru aku ada kekuatan untuk cerita kisah mak mertua aku yang dah pergi meninggalkan kami semua pada 14 Julai 2014 bersamaan 16 Ramadhan.  Ini pon setelah emak pergi selama 40 hari baru aku ada kekuatan itu.... Kalau korang nak baca jurnal aku ni dipersilakan.... 

28 Jun 2014 (Sabtu)

Mak masih dikatil hospital tak sedarkan diri… jantung mak masih bergantung pada mesin pernafasan. Doktor sedang berusaha merawat mak… kalau tengok keadaan mak… mak agak stabil dari awalnya.  Mak terpaksa ditidurkan bagi memastikan mak selesa dengan tiub pernafasan dan juga tiub yang sedut pendarahan dalam perut mak.  Kalau tak nanti mak akan meronta dan sakit.  Tapi sesuatu yang aneh di wajah mak.  Entahlah… tak dapat aku nak ungkaikannya… Aku harap mak panjang umur….  Walau kami boleh tengok emak di hospital selain waktu melawat… tetapi kami tidak dibenarkan berada di hospital untuk menjaga mak.  Semuanya atas pemantauan jagaan jururawat di situ. 

Bila diperhatikan tangan mak… ada sedikit tanda lebam di tangan kirinya.  Pada mulanya aku hanya nampak di kawasan lengan di mana tempat darah di ambil… kemudiannya setelah aku telek di bawah lengan mak juga dah mula kebiru-biruan.  Bila aku bertanya kepada jururawat mengenai hal itu… mereka hanya mampu jawab kerana mak terlalu lama berbaring.  Haiii.. entahlaaaa.. Yang pastinya mak masih seperti itu sahaja… terbaring lesu…


29 Jun 2014 (Ahad)

Pilu rasa hati… hari pertama Ramadhan yang dinanti oleh seluruh umat Islam dengan hati gembira tapi kami menyambutnya dengan hati duka… hati risau lihat mak masih terbaring di katil hospital.  Lebam di tangan mak nampak kian ketara… pendarahan mak dari perut yang mereka sedut melalui tiub dah mula kosong.  Kalau sebelum tiub tu penuh dengan darah hitam… harini dah mula beransur tiada… permulaan yang baik untuk mak…


30 Jun 2014 (Isnin)

Keadaan mak masih sama…. Tiub yang sedut pendarahan dalam perut mak kosong… hati agak gembira… jururawat bertugas maklumkan yang semalam pendarahan masih ada sedikit dan pagi ni mereka telah tukar tiub lagi.  Jika harini telah tiada pendarahan tiub itu akan dibuka samada harini atau esok.  Syukur Alhamdulillah…

Sedihnya hati… semasa kami sibuk-sibuk nak berbuka puasa… aku dapat berita sahabat dari NRE, Muhammad Kamal Salleh Hodin meninggal dunia akibat serangan jantung selepas terjatuh ketika melangkah longkang di Bazar Ramadhan Putrajaya.  Ya Allah… teringat segala gelagat dan kelakuan Arwah Kamal yang berbudi pekerti tinggi… suka memuji orang… Hmmm…. Rasa terkilan bila tau kejadian ni berlaku, aku masih di kampung tidak dapat melihat dan melawat jenazah arwah Kamal bersama-sama kawan-kawan lain sebagai penghormatan terakhir.  Semoga roh arwah dicucuri rahmat.

Raya @ Strata JKPTG

Posted by Emmymazli at 2:41 PTG 0 comments

21 Ogos 2014 - Seksyen Hakmilik Strata, JKPTG

Assalamualaikum semua....

Alhamdulillah... terlaksana sudah tugas pertama aku bagi memastikan aktiviti besar di Strata berjalan lancar.   Walaupun sekadar jamuan raya... tapi untuk memastikan segalanya berjalan lancar bukan mudah.  Kena memastikan semuanya teratur.  Teratur yang dimaksudkan contohnya dari segi makanan... walaupon potluck kena ada kepelbagaian.... cara hidangan juga serta edaran makanan....  keduanya kena ada hiasan dan dekorasi raya di pejabat.... ketiganya senarai jemputan terutamanya vip... dan macam-macam lagilah... aku kena buat semuanya.... huwaaaa.... Tapi syukur... semuanya berjalan dengan lancar dan mendapat sokongan padu dari teman sepejabat.  

Cuma biasalah... aku dengan cara aku... orang lain dengan cara lain.... tak suka diperbandingkan.... tapi lega bila orang suka hasil usaha kita... aku cuma nak bawa pembaharuan... harap-harap yang lain oklah kan...

Oklah... first of all.....kita cerita pasal tema jamuan... tema jamuan... Makan-makan... Sembang-sembang Strata.... kunun-kununnyer la kan... tempat untuk kita makan-makan sambil menyembang... heheheheh... Tapi cam tak sempat jer... 
Apa yang menarik pada aku jamuan raya kalini... aku dapat all out apa yang aku simpan tentang apa yang suke... aku dapat buat hiasan photo booth.... bila orang datang jer... bleh terus sesi bergambar.... bergasak la nak kumpul meterial untuk buat photobooth ni.... akhirnya.... jadi la juga... taraaaaaa....
Orang kata... masuk-masuk jer sesuatu tempat... kena tunjuk and nampak wall picture yang menarik untuk memastikan majlis tu seronok untuk di join or tak... hahaha.... poyo..... tapi... puaslaa mak nak deco wall picture kitorang tu nak bagi menarik sikit dengan menggunakan apa yang ada... nampaknya... tahun depan kena buat lain... 
Paling utama selepas itu ialah susun atur kawasan jamuan dan tempat makan.... mesti mau menarik... walau tempat kami sempit... yang penting tempat yang kami sediakan tu agak selesa skit untuk mereka singgah dan makan.... pempaham sudah leee....
Kalau tengok menu yang kami bawa... masyaallah.... meriah giler ko... walau sekadar potluck... tapi happening... Antara menu yang menarik ialah... chocolate fountain... spagetti bolognise... satay.....kek-kek yang sedap tak hengat dunia... wallawehhhh.... montel aku gamaknya kalini.... 
Lupa pula nak bagitau.... sebelum sempat memulakan jamuan raya... kami sempat mengadakan majlis bagi meraikan kakitangan yang telah berpindah dan akan berpindah dari Strata dan juga morning prayer.... Huwaaa... jadi tempat tadahan air hujan jap kat pejabat ni..... heheheh... sayang benar diorang ni pada Strata...
Tamat sesi air mata baru kami pon mula la makan tak hengat dunia untuk geng-geng Strata dulu.... hahahahah.... sedappp ko.... dah settle tang kami baru jemputan luar pula masuk dan memeriahkan majlis kami.... Korang tengok sendirilah... betapa meriahnya opis kami....
Table VIP
Hah!!! Nak kata apa jer lagikan... bagi aku... misi jamuan raya aku berjaya!! So.. enjoy gambar kami dari Seksyen Hakmilik Strata sudah laaaaa... Kita enjoyyy!!!
Aku dan Boss Puan Sharifah (dua dari kanan) bersama pegawai yang dirai....
Kak Emma (kiri sekali) dan Puan Alya (dua dari kiri)
Kak Emma, Puan Sharifah dan Puan Azwani
Kami dari Strata....
Possing-possing kami....
Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...