Memaparkan catatan dengan label Kelab Alam Activities. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kelab Alam Activities. Papar semua catatan

Selasa, 28 Mei 2013

Berniaga di Festival Belia Putrajaya 2013

Posted by Emmymazli at 6:10 PTG 0 comments
23-26 Mei 2013
Wisma Sumber Asli, Putrajaya

Alhamdulilahhh... dalam sibuk menyusun kerja dan juga kesibukan Festival Belia Putrajaya 2013... dapat juga aku menyelit mencari rezeki dengan membuka gerai jual air anjuran Kelab Alam, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar... walau setelah difikirkan taklah untung mana pon disebabkan modal besar dan juga sewa yang agak boleh tahan tapi aku gagahkan jua untuk mencari rezeki... kira ini cubaan pertama aku untuk masuk dalam festival nih.

Jual air tapi syukur alhamdulillah... laku sangat... tapi asik terkena juga... heheheh... apakan daya.  Yang penting pengalaman mengajar aku.  Yang best tu... tempat ni dekat ngan stage... so rezeki tak putus orang kata... syukur sangat.

Mana tau akan datang dapat  buat lagi.... moga ada rezeki di mana-mana.  Aminnnnn
 

Khamis, 6 Disember 2012

Kejohanan Bola Tampar Pantai MAKSWIP 2012

Posted by Emmymazli at 1:46 PTG 4 comments

30 November -1 Disember 2012

Salam semua....

Today aku nak share story aku yang baru balik dari Kangar, Perlis.  Aku dan rakan sepasukan NRE telah menyertai Kejohanan Bola Tampar Pantai MAKSWIP 2012...  tak seperti tahun lepas.... tahun ni kami mempunyai Pengurus Pasukan... saper lagi kalau tak Abg Bob kita.  Heheheh....  Kalau tahun lepas kami hantar player ngam-ngam 4 orang jer.... tahun ni kami hantar 5 orang.  Extra sorang!!  Almaklumlaa... player ngam-ngam jer.  Dah masing-masing ada yang pregnent laa... ada yang baru lepas pantang laa... Ada yang last minit tarik diri laa (org yang ni memang aku bengang giler ngan dia... macam star beb!!)...  So terima la seadanya.  Malas nak fikir banyak-banyak.

Team NRE
Kali ni aku pergi ke Kangar bersama family aku dan adik lelaki aku si Boy menaiki kereta sendiri dan tak join kengkawan lain yang naik bas bersama team bola sepak.  Nak rasa jalan jauh la katakan.  Haa amik ko....!!! Disebabkan game start on 30/11/2012, maka kami bertolak sehari lebih awal on 29/11/2012.  Habis kucing aku sumer kena tinggal dengan bapak angkat (boarding) heheheh....  Kami  bertolak exactly dari Cyberjaya jam 12.30 tengah hari dan sampai Kangar lebih kurang jam 7.15 malam.  What a long journey... tapi ini termasuk masa rehat untuk makan durian kat Gopeng dan makan mee udang kat Sungai Dua.  Hahaha.....  Aku dan family menginap di Hotel Sri Garden tak jauh dari Hotel Putra Palace di mana perlawanan bola tampar tu diadakan.  Malam tu... jam 8.30 malam aku, pengurus dan urusetia diberi taklimat perlawanan untuk bola sepak 9 sebelah dan bola tampar pantai oleh urusetia kejohanan.  Undian telah ditetapkan bagi pasukan Bola Tampar Pantai Wanita, di mana team NRE telah diundi dalam kumpulan D bersama pasukan FRIM A, Jabatan Perangkaan Malaysia dan Kementerian Perusahan Perladangan & Komoditi (KPPK)... Huhuhu....
Bersama team dan pengurus serta urusetia
Hubby, Adik aku Boy dan anak-anak yang ikut aku ke Kangar
Ok.. Day first tu.... untuk first game NRE bertembung dengan FRIM A yang merupakan kawan-kawan jabatan di bawah 1 NRE.  Kebetulan 2 dari player team FRIM adalah rakan team NRE yang berlawan dengan Singapore baru-baru ini.   Hmmm.... Kami kalah dengan point 15-21... Sedey giler sebab di awal game kami main dengan konsisten dan seiring point dengan FRIM... tapi entah camner bila dah masuk pusingan kedua tu boleh plak masing-masing banyak buat mistake.  Huhuhu.... Game yang kedua kami bertembung pula dengan team PERANGKAAN pulak.  Untuk game ni kami menang 21-07.  Horayyyy.... Game yang ketiga pula kami berlawan dengan KPKK.  Untuk game ni kami juga menang dengan mata 21-16.  Maka dengan ini... secara rasmi kami merupakan naib juara kumpulan so kami akan bertembung dengan naib juara kumpulan lain pula di Quarter Final...
Game with team FRIM A
Game with team PERANGKAAN
Game with team KPKK
Nak dijadikan cerita... game team NRE untuk ketiga-tiga game habis sebelum tengahari sembahyang Jumaat tu.  Jadi nak menunggu bersambung petang tu.... kami telah  maklum yang game untuk wanita memang dah tak banyak untuk dihabiskan petang itu sedangkan game untuk lelaki masih bersusun.  Jadi aku dan rakan-rakan lain telah maklum kepada ketua pengadil dan urusetia yang jika game untuk quarter final boleh disambung esok sahaja dan game untuk lelaki yang masih belum habis boleh dihabiskan selepas court untuk game wanita tamat.  Tetapi atas kedegilan urusetia.... diorang minta tunggu juga sebab katanya selepas game wanita tamat.... akan bersambung game quarter final wanita pula.  Team aku ni... berjanggut la menunggu sambil menonton group lain bertanding.  But in the end bila jam menginjak 5.30 petang dan game wanita pon tamat. Tiba-tiba pengadil menaikkan nett  bola tampar dari ukuran wanita kepada ukuran lelaki.  Rasa pelik pula... tadi kata nak sambung game quarter final wanita.  Setelah di tanya.... urusetia nak sambung game lelaki  kasi habis dan game quarter final bersambung esoknya.... Takke hampeh namanya tu!!! Bila orang bagi pandangan dan nasihat korang sombong.... Bukan aku dan pengurus aku jer bertanya... tapi aku rasa ada beberapa team yang habis awal pon dah maklum lebih awal dengan urusetia tapi kemain eksen lagi!!!  Ni nama dia bodoh sombong.....!!! Sakit hati aku dibuatnya!!!  Menunggu bagai nak rak dari jam 2.15 sampai 5.30 petang hanya dengan aktiviti  melangok jer???!!!!!  Dah la panas terik ok!! Naik ireng dah aku ni.... kesian kat anak-anak, hubby dan adik aku yang melangok takder aktiviti.... Kalau tau gini... mau aku dan kengkawan dah sampai Padang Besar!! Huh!! Rasa nak sepak-sepak jer!! Kecoh jer lebih.  (sebenarnya tuju kat bro sorang tu!!).  Nasib baik laa ada kengkawan kat situ semua sporting... pantang jumpa camera jer bergambo.... hihihi...
 
So hari berikutnya.... game NRE untuk ke quarter final setelah dicabut undi semalamnye tu... kami bertembung dengan WISMA PUTRA... hmmm... kebetulan lawan dengan kawan-kawan secourt selalu training kat Pancarona tu.   Adeh.... gentar pon ada.  Tapi semangat aku tak pernah pudar.  Cuma pagi tu... team aku agak rushing.  Nak dijadikan cerita.... boleh pula bas yang sepatutnya menghantar team aku yang menginap di asrama tu rosak.  Adehhh...... nasib baik la aku ni naik kereta sendiri dan menginap di area situ jer.  Boleh juga aku dan hubby pick up diorang tapi masa tu dah banyak terbuang la.  Dengan aku dan team tak breakfast lagi.... dengan kapten team aku tak sihat demam lagi.... bila nak masuk game pun tak warm up betul-betul lagi.....adehhhh!!! Buat masing punya feeling down jer....  Mula-mula tu masa kami berlawan dengan Wisma Putra tu still competetive lagi... but in the end bila player aku agak down mentalnya sebab asyik buat mistake jer... so tak boleh nak buat apa.  Berserah jer laa dengan mata 14-21... memang nak balik awal agaknyaa.... Huhuhuhu.
Game quarter final dengan Wisma Putra
Apa pon.... aku amat berterima kasih kepada team aku.... semangat juang tinggi wooo walaupun pelabagai rintangan berlaku.  Huhuh.... Apa pon... cuba yang terbaik tahun depan.  Hoiiiyeee.....

Nak tau apa aktiviti aku lepas game tu.... kita tunggu sambungan entry next nyer....


So layan gambar dulu....
 
Gaya-gaya aku yang macam star... uwekkkk!!! Puiiii!!! Hahahhaha
 
 
 

Khamis, 22 November 2012

NRE Volleyball Team Wins @ 25th MNRE-MEWR Annual Friendly Games 2012

Posted by Emmymazli at 12:41 PTG 0 comments
10 November 2012 - FRIM, Kepong
Haaa.... setelah seminggu  lebih berakhirnya  25th MNRE-MEWR Annual Friendly Games 2012 ni... harini baru berkesempatan nak buat entry pasal penyertaan aku dalan sukan ini kalini.  Itupun sebab baru dapat gambar dari sahabat yang sama-sama dari team aku ni... Tq Lindsay!!

Sebenornyaaa... aku rasa happy giler bila diberi peluang untuk kali kedua dalam sukan persahabatan di antara Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air Singapura yang diadakan di FRIM tahun ni.  Sukan ni diadakan secara tahunan berganti tempat samada diadakan di Singapura atau Malaysia.  Kalau dulu pada tahun 2009 aku berkesempatan dalam sukan bowling di Singapura, tapi kalini aku diberi peluang bermain bola tampar atas kapasiti aku pada tahun lepas yang bermain bola tampar dalam Sukan NRE 2011.  Syukur aku terpilih.  
Dalam team aku  ni... terdiri dari 10 orang player dari pelbagai jabatan.  Walaupun ada yang pertama kali aku berjumpa dengan diorang.... tapi kitorang macam dah kenal lama... best.. best!! Heheheh...  Yang buat aku segan skit bila diorang ni pon terdiri dari yang terhebat.... huwaaa... malu sehhhh!!!  Aku bukan terer mana pon!!

Syukur alhamdulillah.... tahun ni aku mendapat kemenangan berganda. Kalau sebelum aku dapat kemenangan dari kumpulan koir.... kali ni aku menang dalam pertandingan bola tampar yang berlawan dengan Singapura pula.  Walau hadiahnye tak seberapa sangat la kan.... tapi rasa puas hati la jugak kerana dapat menyumbangkan mata kemenangan kepada NRE dalam sukan persahabatan ni...  Huhuhu....  For info.. 12 games telah dipertandingan untuk Sukan Persahabatan NRE-MEWR  2012 ni..... alhmadulillah... NRE berjaya menjadi juara keseluruhan pada tahun ni dengan mata NRE 10 - MEWR 2.  Yeay!!! Congrats NRE!!!

Thanks kepada kengkawan dalam team aku NRE Malaysia.... Kak Fatah, Mawar, Maheran, Baizura, Lindsay, Bebeh Caya, Massiah, Izwah dan Zuraini. Trade mark kita "Enjoy the game!"  Hahhaha.... memang betul-betul enjoy game ni kita buat!! Hihihi....  Love u all friends!!

Enjoy the pic!!





Khamis, 1 Mac 2012

Pertandingan Bowling Kelab Alam

Posted by Emmymazli at 12:15 PTG 0 comments
29 Februari 2012
Alamanda Putrajaya

Hmmm..... Bowling again??? Heheheh... itu lah reaksi pertama bila aku dapat tau yang Kelab Alam akan buat pertandingan bowling ni.  Anyway... aku ni mulanya malas nak main pun sebab last game yang aku  join dan Kelab Alam juga buat aku tak berapa perform.  So, aku taklah nak amik action sangat pada mulanya.  But bila sahabat aku si Nurcaya ni call ajak duet ngan dia.. maka aku kat why not la.... cuba jer... main suke-suke... So nama team kitorang... 'Bebehs Team"... Hahahhaha
Partner ngan Caya -  Bebehs Team
So semalam... Maka berlangsunglah game bowling ni kat Alamanda... Memang dah dijangka bila aku tak berapa nak bersungguh main bowling ni.. maka game pun tak berapa nak perform.  Heheheh... tak perform pun dapat no 8.. antara tercurut.. hahahah ... jadi la.. tapi kesian la kat bebeh aku si Caya ni.  So aku ngan kengkawan ni menang bergambo jer laa....

Anyway.. congrats kepada Ina Tisha.. partner aku masa team Divalah Sangat sebab menang tempat pertama untuk team dia.  Aku tumpang seronok ok and of the reason ialah hubby aku paling suka bila  mengajor dia main bowling... dengor kata... hahahha... kalau ngajor bini dia... memang tak jalan der... hahahahahaha.
With Ina Tisha... Ex partner aku masa team Divalah Sangat!!!
Oklah.  Congrats kepada semua pemain yang menang!!!
sibuk bergambo dengan family lepas habis bowling
masa ni tengah sibuk bergambo... anak si lily tu sibuk tarik tambut aku kat belakang.... comel but geraammmmm
nak jugak amik gambo dengan hubby... heheheh
masa ambil hadiah... kualiti gambo tak berapa cantik tapi ni jer yang ada
hadiah kitorang
gambo grouping.... lepas habis event...
 
Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...