Memaparkan catatan dengan label JBK Activities. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JBK Activities. Papar semua catatan

Jumaat, 29 Ogos 2014

Farewell For Me

Posted by Emmymazli at 5:08 PTG 0 comments
Alhamdulillah... rezeki makan lagi walau dah habis musim raya.  Hehehe.. nak buat camner.... masa musim raya boss takder kerana berada di oversea kalau nak buat jamuan tapi bila boss dah ada plak dan dah plan elok-elok majlis ni... boleh plak boss emergency leave.  Majlis yang di buat ni adalah gabungan 3 perkara iaitu Jamuan Hari Raya JBKdan juga Farewell untuk aku serta sambutan yang sambut birthday staff JBK pada bulan Julai dan Ogos.  

Hmmm... sabo jer laa kan... aku bersyukur kerana aku diraikan di JBK ni walau dah sebulan lebih aku keluar dari situ.  Tapi macam tak ikhlas jer kan bila boss yang pernah aku jaga dan uruskan bleh plak takder masa majlis aku yang bersekali dengan jamuan raya ni.  Aku sendiri tak pasti... perlu ke aku ni nak rasa kecik hati atau tak tapi pasrah jer laa... Tak kisahlah kalau boss tu rasa aku ni sebenarnya tak penting kat dia kan....  Tapi bila tang orang lain bleh plak buat macam best sangat... bila tang aku ni yang dah tahap macam bibik indon dia... dia boleh senyap jer.... ok find!!! 

Sorrylah... patutnya aku happy bila diraikan... tapi honestly i'm not happy with it.  Tang lain aku tak nak komen walau jemput aku pon macam acuh tak acuh... tapi apa pon terima kasihla kerana meraikan aku sekali dalam majlis JBK ni.  Harap semua yang berlaku bukanlah lakonan semata... dan yang meraikan aku pon biarlah ikhlas.  Hehehe... 

Dear JBK, thanks for the food, thanks for the present and thanks for invite me.  But more thanks coz boss didn't appear on that day.  It really broke my heart even i was smiling that time.  Whatever!!  But honestly... I'm happy with JKPTG right now!!

Ahad, 30 Mac 2014

Lunch With Puan Sherry

Posted by Emmymazli at 10:19 PG 0 comments
Alhamdulillahhhhh.... terima kasih Puan Sharifah a.k.a. Puan Sherry yang merupakan ex Pengarah di Jabatan Biokeselamatan (JBK) kerana sudi invite kami-kami dari JBK makan tengahari di rumah puan.  Happy giler.... bukan takat dapat makan Nasi Beriani dari air tangan puan... malah kami semua dapat cuci-cuti mata kat taman dan sekeliling rumah puan yang cantik.  Hehehehe.... What a lovely house and you too Puan Sherry.  Jangan serik lak kalau kami datang lagik... Hehehehehe

Isnin, 23 September 2013

Pertandingan Keceriaan Tandas sempena Hari Inovasi 1NRE Tahun 2013

Posted by Emmymazli at 3:24 PTG 0 comments
Salam semua....

Yuhuuu.... adesss... tajuk di atas amat berat untuk ditulis... bukan berat apa... rasa menyampah bila pertandingan gini memaksa kami untuk fokus kepada kerja yang tak sepatutnya... Haiyaakkk... tak pasal kengkawan JBK aku jadi cleaner toilet.  Kalau ikutkan aku pon terpaksa joint the club tapi bila aku baru jer nak pergi bersama-sama menjalankan tugas... cleaner bangunan pula nak clearkan kerja diorang dan terpaksa la aku dan yang lain stop kerja dulu.  Aku ni susah skit bila boss takder ke... boss ader ke.. sentiasa kena ada aku di tempat... kalau tak... hmmmm..... sendiri paham laa... So petang tu baru kerja-kerja staff JBK yang tergendala tu  bersambung....
Staff JBK menjalankan tugas.... untuk toilet pompuan jer yer... lelaki punya buat sendiri....
Kerja-kerja yang perlu cleaner bangunan settlekan....
So... korang tengok la sendiri... ceria ke idak selepas di bersihkan.... adusss... ni paling maxima yang mampu kami buat sebab kena ikut guideline pertandingan dan tak boleh sebarang-sebarang.  Budget JBK pon ciput... so buat mana yang mampu.  Tak boleh la nak follow jabatan yang gah-gah budget diorang.

Anyway... terima kasihlah kepada rakan-rakan se JBK yang berganding bahu menyental toilet di mana-mana yang patut Jumaat lepas.  Heheheh... doakan la yer kami tak berada di tangga terakhir... Amin....

Selasa, 17 September 2013

Sukan NRE 2013 - Penyertaan Jabatan Biokeselamatan

Posted by Emmymazli at 3:02 PTG 0 comments
13-15 September 2013 - UPM Serdang

Pasukan JBK yang berarak
Salam semua...

Baru jer semalam merungut pasal tak dapat join team volleyball NRE di Sukan NRE... tetiba harini nak story pasal event sukan ni pulak... hehehe... kena story jugak sebab its all about my life... nama pon blog kisah aku so kena la story kan...

Ok... Actually aku dan rakan sejabatan yang tak sampai 25 orang ni termasuklah Ketua Pengarah aku terpaksa join Sukan NRE ni waima diorang seorang pegawai sekalipun untuk mencukupkan korum pasukan kami.  Nak atau tidak.... suka atau tidak.... pandai atau tidak dalam apa acara sekali pun kena join juga mana-mana game untuk turut serta.  Kalau tak tahu kena belajar.... hmmm... sabo jer laaa.... frust memanglah frust seperti yang aku citer dalam entry sebelum ni.... tapi terpaksa juga diturutkan demi arahan KP.  

Acara yang kami turut serta antaranya Bowling Lelaki dan Wanita, Karom, Dart, Congkak, Badminton, Dam Aji dan Perbarisan.  Acara yang terpasa walk over ialah Dart kerana bertembung dengan game lain pada hari yang sama kerana pemain yang main dart terlibat dengan game lain.  Nak kata camner... hanya mampu dibuat ialah cuba sebaiknya.... huhuhuu... Berjuang sebelum mengaku kalah.  Tapi memang dah tau kalah dah sebab masing-masing bukan profesional atau terer main game-game yang diorang masuk tu termasuk la aku sekali dalam ini cerita.  Huhuhu.... sabo jer laaaa...  Yang penting kami ambil pengalaman dan try to have fun dalam game dan terutamanya semasa perbarisan.  

Oklah citer pasal perbarisan ni.... kami ni dah la berapa orang jer.... pastu kena join jugak acara perbarisan.  Nak tak nak.... yer kan jer laaa.... walaupun try to be creatif tapi dengan berapa orang tu saja memang susah nak dapat markah banyak.... yang penting cuba.... tapi alhamdulillah... walaupun berapa ketul orang jer.... kami dapat tepukan gemuruh dari audience dan kengkawan jabatan lain... Kununnya.... walaupun jumlah kami kecil tapi semangat kami besar.... Hmmm... semangat la sangat.... kami ni terpaksa ok!!!!
Team bowling wanita
Hmmm... game bowling yang aku sertai pon ............. kalah la tu... hahahha.... main tak sepenuh hati walau aku usaha.... tapi nak wat camner kan.... training pon sekali jer... nak menang camner.  Mahal der bayar main bowling... bukan nak berkira tapi sebab bowling bukan lagi minat aku so aku cam tak ambil kisah pon.  
Oklah.... Tak tau apa nak citer lagi.... Ehh lupaa... secara keseluruhan yang aku tau JBK di tangga yang ke 11 dari 13 jabatan yang bertanding.... kira ok lah kan untuk first time join... dari duduk tempat yang terakhir... huhuhu... oklah... layankan ajer gambar-gambar pasukan Jabatan Biokeselamatan semasa Sukan NRE 2013. Bubye.....

Kejadian sebelum dan selepas perbarisan - Pembukaan Sukan  NRE

Hari Kedua semasa sukan berlangsung
 
 

Penutup Sukan  NRE

Ahad, 1 September 2013

Jamuan Raya JBK 2013

Posted by Emmymazli at 5:09 PTG 0 comments
30 Ogos 2013 - Ruang Legar JBK

Salam semua….

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi… akhirnya Jamuan Hari Raya JBK berlangsung dengan jayanya.  Terima kasih tak terhingga pada tetamu yang hadir ke majlils ini dan juga rakan-rakan setugas yang bertungkus lumus untuk menjayakan jamuan ini.  Apa pon… Selamat Hari Raya semua….

Selasa, 19 Mac 2013

1Million Women Purple Walk

Posted by Emmymazli at 7:41 PG 0 comments

17 Mac 2013
Dataran Putrajaya


Salam semua....

Ok... Today nak update event yang aku sertai 2 hari lepas....  sorry... Patutnya hari kejadian aku dah boleh update event yang aku sertai ni tapi bila aku terlalu busy dan kesihatan aku pula tak mengizinkan... Maka harini dalam MC baru sempat update... Huhuhu

Anyway..... Mesti korang ada dengar event 1Million Women Purple Walk di Putrajaya.... Program One Million Women Purple Walk ni adalah salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan sempena dengan Majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia. Ia dihadiri oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan ramai lagi VVIP bersama orang ramai. So.... Secara tak langsung kakitangan kerajaan diwajibkan untuk menyertai event ni untuk memcapai target 1 million tu....... Terpaksa la aku datang juga event ni... Those yang tak dapat nak joint kena bagi alasan yang kukuh...  Aku ni walau ada wedding cousin aku yang lebih penting kena hadir terpaksa juga la datang event ni dulu.... Kena punch card lak tu kat opis....Huhuhu....

Ok... Apa jer aku nak updatekan...  layan jer gambo yang sempat aku snap masa event tu.......
Masa OTW ke Presint 4
Gambar bukti aku datang.... boss pon ada... bukti besar ni....
Dikalangan orang-orang purple
Posse ngan kengkawan NRE
Masa nak mula berjalan
Di main stage
Aku dengan bendera 1 Million Women Purple Walk
Sempat bergambar dengan Fauziah Latif tapi tukang amik gambo blur la pulakkkk...
sakit pula hati kita nihhhh!!
Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...