Rabu, 9 Julai 2014

BISKUT NESTUM

Posted by Emmymazli at 1:10 PTG 0 comments
Ni aku nak share lagi satu resepi biskut yang mama aku tak pernah miss untuk buat dan yang sangat aku suka.  Bagi kuih ni sebalang pon boleh habis kalau letak kat depan mata aku... tak yah nak tunggu bagi kat tetamu... hehehehehe... korang try ekkk!!
gambar ihsan google
** nanti kalau dah ada gambo sendiri aku upload gantikan yang ni. tq
Untuk doh:
5 cawan tepung gandum
2 cawan nestum (diblend kering tp jgn terlalu halus)
1 1/2 cawan gula kastor
1/2 camca garam
2 biji telur (kuning sahaja)
2 camca teh esen vanila
1 1/2 - 2 cawan butter 

Sebagai hiasan:
2 biji kuning telur
2-4 titik pewarna kuning telur
Ceri potong

Cara membuat
1.  Gaulkan dan uli kesemua bahan doh di atas dan gunakan butter sebanyak 1 1/2 cawan dulu.  Kalau ulian doh tak lembut baru tambah butter tetapi jangan sampai melekit semasa uli doh. 
2.  Terap ikut acuan yang kita suka.
3.  Hiaskan dengan sapuan kuning telur di atas kuih dan letakkan ceri potong
4.  Masak dengan suhu 170°c selama 20-25 minit atau hingga kekuningan

Simple kan?? Yummy!!!

TART NENAS (TERAP)

Posted by Emmymazli at 12:46 PTG 0 comments
Sempena nak raya ni... aku nak share resepi tart mama aku yang menjadi favourite aku tiap-tiap tahun.  Bagi aku... takder yang dapat challenge kuih tart mama aku nih... heheheh... mengadakan.... bukan apa... selalu yang aku dapat atau makan dari yang orang lain buat most of it tartnye akan terlalu lembut dan peroi... so resepi mama aku ni akan just nice jer tepungnya dan jem nenasnya tak terlalu manis seperti yang kita beli.  Sebenarnya aku suke tart terap dari tart gulung... kalau tart gulung.. jem nenasnya nanti lembut sangat berbanding jem nenas pada tart terap yang dibakar.  Akan rasa liat-liat skit. Apa-apa pon.. cuba dulu baru tau kan...

Bahan doh:
500gm tepung gandum
125gm butter
125gm planta
1 camca teh garam
2 biji telur (1 biji guna penuh, 1 biji guna kuning shj & buang putihnya)
1 camca teh esen vanila

Untuk jem:
2 biji nenas
1 cawan gula

Cara membuat:  

Untuk Jem: 
2 biji nanas di blend dan dimasak dengan 1 cawan gula sampai pekat.  Sejukkan.

Untuk doh:

1. Gaulkan butter + planta, garam, telur seperti sukatan dan esen vanila dan gaul sehingga rata. 
3. Masukkan tepung gandum yang telah diayakkan. 
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati menjadi doh.
5. Canai adunan biskut setinggi anggaran 1/2 - 1cm (ikut suka...) terap ikut acuan yang kita suka.
6. Bulat-bulatkan jem nanas. Letakkan jem nanas diatas adunan yang dah diterap.  Hiaskan sekali kalau nak nampak kuih lebih menarik.
10. Bakar dalam oven suhu 170'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 15-20 minit. 
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara

Ok... selamat mencuba... 


Nota:
1 adunan = 2 biji nenas (saiz sedang/besar)
1 biji nenas = 1/2 (setengah) cawan gula
Kalau nak inti color-color pon cantik juga... ikut suka hati kita!!

Selasa, 1 Julai 2014

Sahabatku Maut Di Bazzar Ramadhan

Posted by Emmymazli at 7:45 PG 1 comments

Seorang sahabat saya di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar iaitu Muhammad Kamal Salleh Hodin telah pergi menghadap illahi petang semalam, 30 Jun 2014 bersamaan 2 Ramadhan 1435H semasa hendak membeli juadah di Bazzar Ramadhan... sedih tak terhingga...

Arwah Kamal seorg yang sangat baik... dia selalu puji aku cantik... dia selalu puji dan tanya khabar anak-anak aku... kadang-kadang dia mengusik nak jadi menantu aku sebab aku ada anak dara... dia tak pernah lupa greet kita bila bertemu... dan tak lupa juga minta sampaikan salam kepada suamiku Mazli... kalau dia rasa dia terlebih gurau dia akan minta maaf... padahal takde apa pon yang perlu dimaafkan... Ya Allah... rasa penyesalan timbul sebab tak luangkan masa dengan dia walau pun dia berbuat baik dengan kita... lately ni aku akui aku selalu ignore dia..... sedangkan dia slalu cuma nak berbuat baik dengan kita.... huhuhu.... sedihnya... dan aku rasa bukan aku jer yang akan cakap pasal arwah begini... semua yang kenal arwah akan cakap menda yg sama.

Kamal... akak masih tersentak dengan pemergian kamu... terngiang-ngiang segala yang berlaku antara kita dan juga keadaan yg berlaku semasa kamu kerja disebelah patisyen akak... kamu hanya lelaki skema yang baik hati... lagi ingat kamu akak akan lagi sedih... moga roh kamu ditempatkan dengan orang yang beriman... 
Alfatihah...

Butiran kejadian yg menimpa Kamal...
Mangsa/jenazah:
- Muhammad Kamal bin Salleh Hodin
- 34thn
- bertugas di Kem. Sumber Asli & Alam Sekitar
- asal: Kluang, Johor.
Kronologi:
- Waktu kejadian: 5.45pm
- Lokasi: Tapak Bazaar Ramadhan Presint 3.
- mangsa dikatakan memanjat cerun utk ke bazaar dan melompat longkang besar. Tetapi lompatan beliau gagal dan terhantuk di tebing longkang.
- pihak polis mengesahkan beliau mati di tempat kejadian .
- status kes: diambil alih oleh PDRM utj siasatan lanjut.
- 6.56ptg mayat masih ada di tempat kejadian bersama pihak polis.
- mayat telah dibawa ke hospital putrajaya utk post mortem dan disahkan arwah mati kerana sakit jantung. jenazah terus mandikan dan dikafankan serta dibawa pulang ke kampung halamannya di Kluang Johor tengah malam tadi

Terima kasih tak terhingga kepada teman-teman NRE yang menemani jenazah dari pada tapak bazzar ramadhan hingga ke hospital dan seterusnya menguruskan jenazah beliau hingga ke kampungnya... semoga jasa kalian mendapat pahala dan rahmat yg melimpah ruah darinya.  Aminnnnn....
Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...