Memaparkan catatan dengan label JKPTG Activities. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JKPTG Activities. Papar semua catatan

Selasa, 8 Mac 2016

Farewell Party PA-PA JKPTG For Kak Nor & Liza

Posted by Emmymazli at 5:59 PTG 0 comments
7 Mac 2016 - Secret Recipe Galeria Putrajaya

Salam semua....

Actually... Kami PA JKPTG telah pon mengadakan Farewell party for Kak Noriza & Norliza yang bertukar ke jabatan lain smalam... Kak Noriza telah bertukar ke Jabatan Alam Sekitar dan Norliza ke Penjara Kajang.  Majlis sederhana yang dirancang secara singkat dan senyap-senyap ni alhamdulillah  berjaya dibuat atas usaha semua PA-PA. Bukan senang tau nak gather gini between PA's walau time ni tak semua dapat join.... almaklumlahh... faktor bersalin dan ada anak nak diuruskan waktu tengahari.  Takkan nak paksa-paksa orang yer tak... Yang datang semuanya aritu pon dah sporting habis... bergambo jer kerjanya... pastu gosip bos-bos... kalau tak mengenangkan bos masing-masing hado kat opis... mau melepak sampai ke petang nun... nasib sedor diri... heheheh.

Anyway... Selamat Maju Jaya Kak Nor & Liza!!

Sabtu, 5 Mac 2016

Pertandingan Bowling Tertutup JKPTG 2016

Posted by Emmymazli at 11:52 PG 0 comments
4 Mac 2016 - Wangsa Bowl, IOI Putrajaya

Assalamualaikum semua.... Yessss... bowling again.  Heheheh... last main bowling bulan 12 haritu untuk game Taman Pinggiran Cyber.... ni baru mula balik.  

Aku join ni sebab nak la aktif dalam aktiviti JKPTG... secondly just nak seronok-seronok jer... 3rdly... sebab kena paksa dengan En. Saiful, pegawai opis aku yang menjadi master mind pertandingan ni... haparaaa... main paksa-paksa yang tak tahan tu.... semua staff opis aku kena paksa... yang degil jer buat tak tau... boss-boss pon kena paksa tapi diorang ada excuse sebab ada hal... hahahahh....
Bab pemilihan kumpulan memang aku just tau yang group kami ni ditubuhkan atas undian... so redho jer laa... tapi tak sangka plak seangkatan ngan Junainah dan Ruhulina.  Tak kisahlah dengan sape pon... janji sekepala.... Yang tak tahan tu... siap nak kena bagi nama kumpulan... Si June kata diorang letak Sweet & Sour.  Tapi aku tak setuju... sweet tu dah betul... sour tu??? Hahahha... at last kami tukar nama kumpulan jadi Sweet & Gojes.  Gojes tu opkos!! Hehehhe
Untuk pertandingan yang diadakan di IOI Mall Putrajaya ni... setiap kumpulan dan player akan main untuk 3 game.... redho jer la nakkkk.... Kalau tengok hadiah2 dia meriah ya amat... dengan sponsor welcoming drinknyer... dengan KFC nyer... tu belum untuk pemenang bowling dan juga cabutan bertuah.  Senang kata peserta yang join ni tak pulang dengan tangan kosong la walau tak menang pon...

Nak dijadikan cerita... rezeki kumpulan aku dapat tempat kedua bagi kategori wanita.  Alhamdulillah!!! Dapat piala dan hamper besau jugalah... Jadilah dari takde kan.... hehehe... dan rezeki aku juga aritu dapat tempat ketiga untuk best scorer wanita... dapatlah RM40.  Jadilah kan... kenalah aku belanja suami and anak-anak aku esoknya sebab temankan aku sepetang tu.  Bab cabutan bertuah pula... dapatlah botol air kaca yang menarik juga... takpe... rezeki aku haritu dah cukup murah... syukur sangat.
Tempat Kedua Kumpulan Wanita
Tempat Ketiga Best Scorer Wanita
So... the conclution is... walau hakak kena paksa dan rela nak main bowling ni... tapi akak rasa happy giler la sebab dapat juga bawa balik hadiah... "Mesti Mau Menang" adalah cogan kata hakak dik ya... heheheh... tiada pengalah... kikikikikkkk...
Okaylah.... we enjoy the pic  ya... kita tengok semua pemain-pemain JKPTG yang hebat-hebat.  


Pemenang Kategori Kumpulan Lelaki

Pemenang Kategori Kumpulan Wanita

Pemenang Best Scorer Lelaki

Pemenang Best Scorer Wanita

Penerima 'Hadiah Misteri'

Rabu, 14 Oktober 2015

JKPTG Volleyball Team @ Sukan NRE 2015

Posted by Emmymazli at 3:11 PTG 0 comments
9-11 Oktober 2015 - INSTUN & UPSI, Tanjung Malim, Perak

Assalamualaikum semua
Akhirnya berjaya juga aku gagahkan diri untuk update kisah Sukan NRE setelah 2 hari berlalu... letih hakak yer dikkk.... dah rehat 1 hari pon still tak puas rehat lagi rasanya... huhuhu.... bukan takmo guna 2 hari cuti ganti yang diberi... tapi aku nak spent time dengan family  menggunakan cuti yang diberikan kemudian.  Boleh rancang-rancang cuti malaysia ke ngan anak-anak lepas anak-anak habis exam nanti...

Apa saja aku nak kongsikan pasal Sukan NRE ni yer... hanya pasal team volleyball aku boleh la.... heheheh... dah tentu aku duduk dekat area volleyball court tu and tak ke mana....

Anyway, aku sampai Tanjung Malim pada hari Jumaat petang. Aku terpaksa gerak lambat skit sebab hantar anak aku timbang berat untuk Kejohanan Taekwondo Remaja Kebangsaan pada 10-11 Oktober 2015.  Apalah nasib aku dan anak-anak bertanding pada hari yang sama... tapi demi minat masing-masing.. kami terpaksa give and take... okay... bab tu cerita kendian yer.... tapi takper.... sebenor-benornya perlawanan volleyball berlangsung pada hari Sabtu... so takde masalah untuk kami player volleyball ni lambat skit sampai... kami menetap di Apartment Taman Bahtera.. di situ sebenarnya rumah sewa untuk student UPSI... tapi tak sure lak aku macam mana urusetia arrange untuk stay kat situ... sesuai  pula untuk dijadikan tempat penginapan semua atlet jabatan. Apartment yang kami menginap tu boleh memuatkan 8 orang.... ada 4 bilik dan setiap satu  bilik ada 2 katil.  senang skit aku mengumpulkan team aku dalam 1 bilik walau tak semua... malam tu kena rehat awal untuk esoknya... takmo stress-stress.  Nak body fresh!!


Sabtu - Hari Pertandingan

Alhamdulillah.... akhirnya pada haritu berjaya mengumpulkan semua player JKPTG termasuk dari negeri yang jauh-jauh seperti Perlis, Pahang, Sarawak dan lain-lain.... baru rasa lengkap team lelaki dan wanita.  Masing-masing bersemangat nak fight... As usual... sebelum fight... kita possing-possing dulu... bagi menang bergambar dulu... hehehehe...
\



Bagi team wanita JKPTG.... inilah jadual perlawanan dan result kami... Nak citer panjang-panjang pon tak guna... buat lenguh jari  menaip jer... hehehehe
Walau perlawanan yang diadakan di panas terik... team aku berlawan bermati-matian... kami nak menang... andai kalah biar bermaruah!!! As Kapten... bersyukur aku kerana dapat adik-adik  yang sporting, bersemangat dan paling best... diorang ni semua happy go lucky... Sayang korang ketat-ketat yer adik-adik.    
Terima kasih kepada penyokong JKPTG yang bersorak memberikan semangat kepada kami semasa bertanding. Memang havoc la korang semua.... Tak lupa juga kepada Ketua Pengarah JKPTG, YBhg. Dato' Dr. Salehuddin Ishak yang turun padang memberikan kata-kata semangat buat kami semasa perlawanan.  Siap tunggu kitorang lagi ketika rehat sebelum pergi final... dah macam pengawas pulak... heheheh.... kebetulan... nak tunggu final game kami memang lapar giler tapi Dato' tak kasi makan... nanti lemah untuk next game katenyeeee... disuruhnya kami makan power gel untuk tambah tenaga... walau tak sedap.. ku telan jua asalkan berguna untuk diri sendiri.  Tapi memang berhasillah....
Apa pon.. kalau korang perhati result di bawah, team aku berjaya mendapat tempat ketiga... syukur alhamdulillah... berjaya aku capai target aku dari mula.  Memang kalau  boleh nak aim johan dan naib johan... tapi kita kena sedar tahap kita di mana... so... as kapten...cukup buat kali ini yang aku kata team JKPTG mesti menang... dapat tempat ketiga pon jadi lah.... and Allah itu maha pemurah... dikotakan doa aku dan adik-adik aku.  Of course... semua yang ada ketika perlawanan akhir kami tu bersorak gembira di atas kemenangan kami.... thanks semua.... 

Of course!!! Kami happy tak terhingga.... so far ketika itu... setelah seharian pelbagai jenis perlawanan sukan yang berlangsung.... khabarnya baru team aku sahaja yang bawa pulang medal atau ada placing untuk JKPTG.  Selebihnya... kena tunggu esoknyalah baru tau full result.  As kapten... dah tentu aku bangga tak terhingga.  Terima kasih kepada Pengurus kami Abg Anwar yang tahan benar dengan kerenah kami ni.... huhuhu.... this is for you to Abg Anwar... 
Honestly.... walau tersangatlah letih pada haritu... tapi disebabkan manisnya rasa kemenangan kami tu... langsung hilang rasa penat... malam tu... kami siap boleh pergi tengok team lain lawan badminton, karom dan dart kat kompleks sukan proton dan juga Instun.  Dah puas layan diorang.. kami pergi pergi ngeteh dengan cafe instun jer.... senang... boleh juga post mortem pasal tournament siang tadi tu... 


Ahad - Penutup

Seharian kami yang tinggal pada hari Ahad tu melayan diri masing-masing sendiri dengan menonton perlawanan volleyball final untuk team lelaki sementara nak tunggu majlis penutup petang tu... hmmm... nak buat camne... team lelaki JKPTG tak berjaya... takpe... kita cuba lagi tahun depan yer...

Sebelum majlis penutup tu.... sempat juga tengok perlawanan akhir bola sepak diantara JUPEM dan JPS.. as usual as game penutup...

Heee... tak sabo nak terima medal... tapi lagi segan nak naik pentas.. hehehhe.... ingat nak suruh pengurus jer amik medal... tapi bila AJK KEKASS suh aku  naik... hmmm... redho jer la....
Paling membanggakan... walau hanya dapat tempat ketiga... memangnya team volleyball wanita jer la yang satu-satunya acara yang JKPTG dapat tempat.  Huhuhu... yang lain semua takde rezeki... itu pon team congkak dapat juga sumbangkan mata dengan kedudukan ke empat.  Ok... Ya Allah... bangga giler... jadilah dari takde... dari sunyi sepi JKPTG ni kan...
Of course... aku percaya... masing-masing yang ada petang tu tumpang gembira dengan kejayaan kami.... 1JKPTG katenyer.... kenalah  bergambar sakan... heheheh...
Thanks Dato' KP dan lain-lain yang nak bergambar dengan medal yang kami terima... on behalf player yang tak dapat turut serta.... hehehe.. bangga ok....
Oklah... tak tau nak citer apa lagi... keputusan penuh Sukan NRE bleh tengok kat bawah ni..... bye!!
Dedicated to all players... thanks kerana bagi kerjasama to our team.  Walau ada yang akak tak dapat nak turunkan main semasa pertandingan... semua yang akak lakukan bersebab.  Anyway... kehadiran korang semasa training, team building dan kejohanan ini sendiri pon dah sangat-sangat membantu dan menunjukkan korang juga sebenarnya pemangkin kejayaan semua player yang turun padang.  Jangan kecil hati dengan akak yer... seperti akak cakap... akak nak kita menang... so this is it!! Kita dah menang walau 3rd place... bukan kerana yang turun padang jer... tapi kerana kita semua yer... Jangan serik untuk join next time... insyaallah... kita jumpa lagi 2 tahun.  Insyaallah... love u all!!!
Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...