Khamis, 21 April 2011

Kisah Bapa Mertuaku Lagi....

Posted by Emmymazli at 2:00 PTG 6 comments
Semalam aku telah menceritakan kisah abah  my hubby di entry "Kesian Bapa Mertuaku".  Today aku nak sambung untuk share story kisah aku, my hubby dan adik ipar aku Linda pergi hantar abah berubat secara tradisional malam tadi dengan seorang orang tua bernama 'Pak Ngah' di Taman  Medan Jaya, PJ.  Ini bukan berubat macam bomoh-bomoh tu yer.  Aku tak suka kalau orang pergi berubat dengan bomoh-bomoh ni.....merepek la bagi aku.  Jumpa Pak Ngah ni pun last minit punya plan masa Linda call malam tadi lepas maghrib sebab abah teringat kisah dari adik ipar aku Nazri pasal orang tua ni.  Jadi kita ikhtiar la sedaya mampu.

Abah Mahat

Sampai kat sana, berpusing-pusing my hubby cari rumah orang tua ni.  Nasib baik ada GPS bergerak aku nih (gelaran untuk my hubby)!! Kalau nak tunggu aku dan Linda bawa abah, bukan takat tak jumpa rumah orang tua tu, silap-silap tak jumpa jalan pulang jugak.... huhuhu.  Almaklumle... area PJ ni aku masih lagi fail.  Apatah lagi area Taman Medan Jaya tu.  Kawasan apartment dia punya la sesak! Nak cari parking jer my hubby tawaf 4 kali baru dapat.  Adehh!!!

Masa jumpa dan masuk ke rumah orang tua tu, perspektif pertama aku melihat orang tua bernama Pak Ngah ni nampak macam biasa jer.  Tetapi tutur kata dia amat lembut dan beralas.  Bila abah dah terangkan segala-galanya, Pak Ngah pun mula la berubat.  Seriously, cara orang tua ni berubat simple jer. Dia hanya minta siapkan air botol dan dia sendiri standby sebiji botol mineral kosong dan cincin batu apa ntah kepunyaan dia.  Masa dia berubat, caranya dia usap mata dan kepala abah dan tiap kali dia usap dan tarik dia akan buang 'something' kat dalam botol dan tutup botol tu berulang kali.  Kemudian dia akan tanya abah, samada ada perubahan atau tidak pada pemandangan mata abah dia bila tiap kali dia buat macam itu.  Alhamdulillah, setelah berulang kali Pak Ngah buat perkara yang sama, setiap kali itulah  pandangan mata abah bertambah ok walaupun tidak sebaik yang asal. 

Setelah selesai, Pak Ngah minta anak dia ambil gambar botol yang 'diisi' tu di dalam bilik gelap menggunakan hand phone.  Kalau ikutkan, mula-mula ingat nak amik gambar pakai camera aku jer, tapi bila Pak Ngah kata takut nanti camera aku rosak bila ambil gambar tu, terus aku tak jadi.... Jahanam la pulak kang camera aku... huhuhu.  So hasilnya... haishhh... cerita je bab ni, meremang lak bulu tengkuk dan roma aku.  Ada la ternampak susuk makhluk dalam bentuk asap dan bayangan tetapi tidaklah berapa jelas pada mata kasar.  Antara nampak dengan tidak!!! Yang paling buat aku meremang bulu roma tu bila ada 3 keping gambar yang di ambil secara negatif (tanpa flash dalam gelap) nampak susuk makhluk bertanduk dan yang lain tu ada bentuk mata dan hidung.  Bukan 1 tau tetapi ada beberapa. Gambar tu menunjukkan haba yang ada pada botol tu so nampak la ada mcm lembaga berbantuk hitam kemerah-merahan dan background warna kuning emas.   Masa aku nampak jer gambar tu, lagi tegak la bulu roma aku ni.   Huhuhu... scary tul!!!

Baru aku teringat, masa berubat tu my hubby ada tanya orang tua tu, "Banyak sangat ke benda tu"  tetapi orang tua tu tak terjawab.  Hanya dia yang tahu jawapannya.  Sebenarnya, my hubby dah ternampak dah menda tu dalam botol tu.  Sorry to say, my hubby jenis orang yang senang nampak makhluk-makhluk halus ni cuma dia suka pretend macam takder apa.  So gambar yang aku nampak tu memang bukit sahih!Haishhhh!!! Ngeri wei!! Sebab tu aku tak mahu bluetooth pun gambar tu.  Takut jadi mimpi ngeri lak.  Hand phone pun rosak.... Even Linda pun tak mahu ambil gambar tu dari anak Pak Ngah.  Haishhh!!

So, dari pengamatan Pak Ngah mengubatkan abah aku, sebenarnya ada seseorang telah menganiaya dengan menggunakan permainan syaitan pada abah my hubby ni dengan menutup mata abah.  Orang yang menganiaya abah tu nak tutup pintu rezeki abah dengan 'kain'. Sebab itu pandangan mata abah kabur.    Sebenarnya, masa pergi Darul Shifa kelmarin, ustad yang mengubat abah tu pun cakap perkara yang sama tetapi dia tak mahu cakap banyak-banyak kerana bimbang keluarga aku jadi buruk sangka pada orang.  Macam aku cakap pada entry lepas, sudah 4 hospital abah pergi, doktor sendiri tak dapat nak terangkan apa yang terjadi pada mata abah.  Tak rasa pelik ke?? Abah aku ni sebenarnya penjual sate bergerak menggunakan motor di keliling kampung.  Dengarnya abah ada mohon subsidi untuk dapatkan kedai kopi bagi warga emas yang bekerja sendiri ni .  Ada la orang kat kampung tu macam nak bersaing dengan abah.  But kita ni tidak mahu lah menuduh sesiapa.  Biarlah Allah saja yang balas di atas perlakuan jahat orang tu.  Dari kata Pak Ngah, dia tak mahu bagitahu siapa orang yang buat tu  dan Pak Ngah sebenarnya tak akan balas pun apa yang orang tu buat pada abah, cuma dia pulangkan balik 'benda' tu pada tuannya.  Jika tetiba abah balik kampung nanti ada orang yang mengalami masalah yang sama macam abah, maka sendiri mau ingatlah.  Haishhh... meremang lagi bulu roma aku time menaip story nih!!!

Alhamdulillah, resultnya dengan izin Allah, abah dah boleh jalan sendiri tanpa dipimpin masa kami nak  balik tu.  Mata dia dah agak terang!! Bukan setakat itu, walaupun masih tidak jelas pandangan mata abah sepenuhnya, dia dah boleh pakai selipar sendiri masa nak keluar rumah Pak Ngah tu.  Amazing!!! Even masuk dan keluar lif, jalan ke arah kereta dan naik turun kereta pun, abah dah tak perlu dipimpin lagi seperti sebelum ini.   Happynya.....  Abah pun dah boleh tersenyum sekarang.  Tak murung seperti selalu.  Tatapi abah kena berubat lagi 2 kali lagi untuk baik sepenuhnya jika diizinkan Allah.  Maybe arini dan esok kami akan bawa abah jumpa Pak Ngah lagi. 

Apa-apa pun, kepada kawan-kawan yang membaca entry aku ni, aku tak minta dan takkan paksa korang untuk percaya perkara-perkara mistik ni.  Tapi kalau perkara macam ini dah berlaku pada diri sendiri, ahli keluarga, sedara mara dan kawan-kawan korang depan mata korang, barulah korang tau macam mana rasanya.   Aku bercakap ni bukan nak meraih kepercayaan korang, tetapi hakikatnya aku memang telah mengalami bila terjadi perkara begini pada ahli keluarga terdekat aku (bukan setakat abah tetapi adik aku, mama dan makcik aku) baru tau macam mana rasa perasaan aku ketika meraka tidak sedarkan diri dan dipengaruhi oleh "syaitonnirrajim" tu.  Teruk tau!!

So, kita ni sumer beringatlah.  Jangan sesekali mengambil jalan senang dengan menggunakan perkara yang dilaknat Allah (Syaitan dan Sihir) untuk memuaskan keinginan dan menganiaya insan lain.  Sesungguhnya Allah  melaknat manusia yang melakukan kemungkaran itu!! Beringatlah!! Oklah... aku nak undur diri dulu ye.  Penatlah....!! Bye....

Rabu, 20 April 2011

Kesian Bapa Mertuaku....

Posted by Emmymazli at 10:30 PG 4 comments
Salam semua... rindu giler nak menulis... sebenarnya kalau diikutkan hati banyak perkara yang aku nak tulis setiap hari sebab ada jer story yang nak aku share kat blog ni.. tetapi.. masyaallah... faktor kemalasan tu memang tak dapat nak disangkal lagi. Huhuhu....

Oklah.  Today aku nak story about my father in law.  Tapi bukan my father in law yang aku letak dalam entry sebelum ni yang menyanyi tu tau.  Ni father in law yang real punya.  Means, my hubby punya real dad.  Hehehe.... Mesti yang baca ni poning. Hahahahah.  Anyway, sebenarnya aku ada 2 keluarga mertua.  My hubby punya parents alhamdulillah masih hidup lagi and mereka telah bercerai semasa my hubby masih kecil.  Then, my hubby punya parents telah mendirikan rumahtangga keluarga masing-masing dengan berlainan pasangan selepas itu.  With mother side, my hubby takder adik-beradik but father side, got 4 childrens.  Walaupun adik-beradik berlainan emak, hubungan my hubby with his siblings sangat baik.  So, yang aku nak story ni about my father in law yang di 'bin' kan pada nama my hubby.  Heheheheh.

Abah Mazli - my hubby nye daddy

Actually, abah my hubby telah dimasukkan ke Hospital Serdang last week sebab mata dia.  Sebelum tu pada 9hb April 2011, adik ipar aku telah mengadakan kenduri akikah kat kampung.  So, maybe abah my hubby ni telah mengangkat barang-barang berat dan terlebih makan kambing yang diakikahkan, maka keesokan harinya bila dia bangun tidur, sedar-sedar pemandangan matanya kabur.   Bila dibawa ke hospital, hospital sendiri tak dapat pastikan punca jadi macam tu sebab bila di check tekanan darah, kencing manis, jantung dan macam-macam lagi semuanya dalam keadaan normal.  Bukan 1 hospital, malah dah 4 hospital yang adik ipar aku bawa termasuk Hospital Pakar Mata Tun Hussien Onn pun kata tak tau apa yang berlaku pada mata abah , cuma vision jer blur.  Tetapi pihak hospital kata jika nak buat pembedahan, still tak pasti samada boleh pulih atau tidak.  Lagi-lagi pula, cost rawatan agak mahal. 

Kebetulan, abah my hubby telah dimasukkan ke wad mata di Hospital Serdang, selama 4 hari last week tetapi tiada sebarang ubat yang diberi.  Just check mata, tekanan darah, tekanan jantung dan yang lain-lain jer.  Bak kata abah, "tertonggok jer aku kat sini tak buat apa, macam pokok yang ditanam tapi tak dibaja dan disiram.  Camtu lah aku kat sini.  Ubat apa pun tak bagi.  Macam mana aku nak baik!!"  Huhuhu, kesian.  Yer lee... dalam keadaan pancaindera utama kita telah ditarik balik, sudah pasti abah my hubby tu agak tertekan.  Bukan apa, doktor pun tak berani nak kasi sembarangan ubat kat abah, takut ada implikasi lain sebab tak dipastikan lagi apa masalah dan penyakit mata abah.

 
So, hari Isnin lepas abah dibenarkan pulang but sekarang ni abah my hubby ni tengah mencuba-cuba rawatan altenatif / rawatan islam / mistik atas nasihat doktor.  Semalam baru saja lepas berubat dengan Darul Shifa.  Kita tengoklah macam mana jika Allah mengizinkan untuk dia pulih. 

Jadi... pohon jasa baik kawan-kawan semua... doakan Abah saya ye, semoga pulih pandangan matanya.  Aminnnn....

Isnin, 18 April 2011

Pertandingan Karaoke D'Klasik RTM

Posted by Emmymazli at 11:40 PG 0 comments
16 April 2011 - Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri, Kuala Lumpur

Salam semua.... heheheh... kalau baca tajuk di atas tu caranya macamlah aku yang menyertai pertandingan ni kan?? Macam gempak jer!  Padahal yang masuk pertandingan tu sebenarnya bapa mertua aku.  Kehkehkeh...

Actually, malam Sabtu lepas telah berlangsung Pertandingan Akhir Karaoke D'klasik 'Menyanyi Dengan Betul' anjuran Radio Klasik Nasional di mana bapa mertua aku telah terlibat dalam pertandingan tersebut.  Peserta yang terpilih adalah dari pertandingan yang dijalankan di dalam radio hanya dengan peserta menelefon ke stesen radio dan menyanyikan lagu yang didengarkan di dalam radio.  Macam karaoke di dalam radiolah sebenarnya.  Rezeki bapa mertua aku, setelah 14 minggu pencarian di buat,  bapa mertua aku terpilih di antara 10 orang perserta dari seluruh Malaysia. 


Seawal jam 6.30 petang aku dan family mertua aku dah ada kat Angkasapuri.  Bagi support la katakan.. hehhehe.. tapi sebenarnya program berlangsung jam 9.00 malam.  Bukan apa, orang RTM kena la preparekan segalanya awal kerana nak ke udara kat radio secara langsung.
Ada rupa repoter ke??

Masa acara berlangsung,  paling kelakar bila aku masuk jer Auditorium P. Ramlee tu, orang lain kat situ tengok aku semacam jer.  Pelik gak. Aku pakai salah ke?  Rupanya orang kat situ ingat aku peserta pertandingan.  Kahkahkah... siap tanya, nyanyi lagu apa?? Sabo jer laa..... Lagi best pulak bila ada orang sebelah aku ni tanya, "Awak ni dari majalah mana?" Hahahaha... ada rupa orang majalah ke? Aku pun jawab tak lah.  "Kenapa kata saya orang majalah?".  Orang tu jawab, "Yer le, cara awak ni dengan camera lagi, memang nampak macam orang dari majalah..." Aku memang tergelak sakan.  Terpaksalah aku berterus terang.  Kehkehkeh... bangga seh... kembang kempis hidung nih!  Bila aku citer kat my hubby, dia senyum dan tergelak sinis sambil cakap "Perasan!!"  Tak boleh terima kenyataan la tu bini dia comel!! Wakakakakkakak!!!!!




Oklah... berbalik pada pertandingan tu, Pengacara majlis ialah Sofea dan Haris yang merupakan DJ Radio Klasik Nasional dan penyeri majlis yang menceriakan majlis ialah Kumpulan O Lama.  Boleh la... untuk majlis yang tak berapa besarkan.  Masih boleh dibanggakan.  Juri pertandingan ialah Akhbar Nawab (adik Ahmad Nawab) dan seorang lagi tu aku pun tak ingat nama dia.  Dari pahaman aku malam tadi, penaja untuk pertandingan ini ialah Tengku Zaini dari TZ Emas Holdings.  Tetapi hadiahnya taklah besar sangat.  Peserta Pertama: RM1000 dan trofi, Peserta Kedua:  RM700 dan trofi, Peserta Ketiga:  RM500 dan trofi.  Selebihnya hadiah saguhati untuk setiap peserta merupakan wang tunai RM100 dan trofi.  Kesemua peserta juga mendapat hadiah eksklusif dari Radio Klasik Nasional berupa sebuah pen berjenama.  Jadi le kan.... Hehehehe.....

Suasana pentas Auditorium P. Ramlee. 
Orang yang dalam gambar tu la Tengku Zaini

Tak dinafikan semua peserta yang bertanding amatlah berbakat.  Namun, bukan rezeki bapa mertua aku untuk menang malam tu.  Nak wat camner yer tak?!!  Kesian jer boleh.  Yang penting bapa mertua aku antara orang yang berjaya hingga ke peringkat akhir. 

Bapa metua aku - Syed Salim bin Syed Omar

Ada gaya penyanyi handalan walaupun dan berumur

Kalau aku nak ingat secara keseluruhan keputusan pertandingan tu tak dapat la.  Tapi seingat aku, pemenang tempat pertama nyanyikan lagu Menaruh Harapan dan tempat kedua peserta dari Melaka bernama Julaini yang nyanyikan lagu 'Ammy'.  Warghhhh... bangga wei orang nyanyi lagu aku.... menang lak tu... kehkehkeh.... perasan lagik.  Sebelum keputusan tu diumumkan, penonton dihidangkan dengan nyanyian dari pemenang2 Klasik Nasional sejak tahun 2007 hingga 2010.  Dan kebetulan one of them tu seorang kawan yang juga baik dengan mertua aku.... Si Eyfa... comel budaknye... heheheheh.. eh lupa lak... kalau sapa tengok Mentor... Eyfa ni adik Ayu Mentor (protege Hazami).

Bergambar dengan Artis Kelahiran RTM Eyfa

Oklah... nak citer banyak-banyak, aku tak laratlah... so enjoy the pic la yer... Layaaaannn.......

Kumpulan O Lama
 
Pengacara yang juga DJ Radio Klasik - Haris & Sofea

9 dari 10 Perserta yang bertanding... boleh lak gambar si Juara takder kat sini... hehehe

Bersama family peserta dan artis dari Melaka

Pak Metua aku bersama pemuzik-pemuzik dan pelawak dari Melaka
Actually yang kiri sekali tu Salman Sharif, komposer yang juga merupakan
tuan empunya studio Sri Dondang di Melaka tempat aku belajar vokal dulu


Jumaat, 15 April 2011

Kes Hanum Kena Cubit Dengan Cikgu!!!!

Posted by Emmymazli at 12:00 PTG 12 comments
Salam semua….

Harini aku nak story kebengangan aku terhadap cikgu sekolah rendah agama anak aku…. Haishh… kalau fikir pun geram ni.  Biarlah aku story di sini....

Puncanya ialah anak perempuan aku si Hanum lately ni selalu mengadu dia kena cubit kat perut dengan cikgu kelas dia. So, aku ni pada mulanya, tak ambil pusing sangat hal cikgu ni kalau nak merotan atau cubit anak-anak aku ni. Bagi aku, itu adalah perkara biasa dalam proses pembelajaran. Dan aku tidak menafikan… anak aku bukannya baik sangat. Biasalah budakkan.. nakal dia tetap ada. Lagi satu.. aku tak menafikan anak aku ni si Hanum ni kuat berangan dan kadang-kadang tak siap kerja sekolah sebab ada ada perkara yang dia tak dapat nak settle sebab lambat siap, takder buku rujukan dan tak faham. So, aku anggap anak aku memang patut terima hukuman atas silap dia. Tetapi yang buat aku bengang sangat ni adalah reason cikgu dia cubit tu. Actually anak aku ni antara pelajar darjah 3 yang tak dapat buku teks yang dibekalkan oleh pihak sekolah. Reasonnya tak cukup dan akan dapat lambat. Dalam proses pembelajaran, anak aku banyak ketinggalan bila nak buat homework yang memerlukan rujukan buku teks. In my case, anak aku mengadu, cikgu suruh hafal something dari buku teks and cikgu akan tanya esoknya. So anak aku ni, apa yang nak dihafal jika buku teks tu takder. Maka bila tak hafal, cikgu tu pun cubit tanpa pikir budak tu ada buku ke tidak. Bukan anak aku jer, budak lain yang senasib dengan anak aku pun begitu. Apalah salahnya jika photostate a few pages dari buku teks dan bagi kat anak murid untuk rujukan dan hafal.  Ini tidak!!  Aku tak kisah kalau perkara ni terjadi sekali dua… aku boleh faham lagi la… ni boleh dikatakan dalam 2 minggu ni kerap dan hari-hari beb! Dah banyak tanda kat perut anak aku tu baik yang lama atau baru. Sampai satu tahap aku tak bleh blah ni bila anak aku tak nak pergi sekolah agama lagi. Dia cakap dia nak pergi sekolah petang (sekolah kebangsaan) sahaja. Emak mana tak sedih bila anak kita mengadu tu dengan suara yang sebak dan linangan air mata. Aku ni bukan apa… aku boleh terima lagi kalau cikgu tu rotan kalau sebab anak aku tak buat kerja sekolah ke atau perkara-perkara yang anak aku buat salah. Tetapi bila reasonnya anak aku tak hafal dari buku teks yang dia tak dapat memang aku rasa tak munasabah. Awal minggu lepas Hanum tunjuk cubitan cikgu tu siap luka lagi. Bekas dia pun ada lagi. But bila tiap hari asyik tunjuk bekas kena cubit, dan reasonnya sama je maka aku pun naik bengang!! Aku siap cakap ngan Hanum “Cikgu kakak ni bodoh ke apa?? Takde otak ke?” Dan aku pun tak boleh tahan, malam tu terus aku citer pada my hubby. Hubby aku pun melenting la. Siap marah aku balik apsal tak bagitau awal-awal. Haishhh.. kita nak mengadu kita pula kena marah balik… huhuhu (>_<)


Tanda-tanda kena cubit ni yang dapat dicaptured pada camera.
Kalau ikut yang asal lagi banyak.
 Dan semalam my hubby telah ke sekolah agama anak aku. Targetnya nak jumpa Pengetua tetapi pengetua pula takde sebab berkursus. So my hubby terus jumpa cikgu si Hanum tu. Hmm.. kalau my hubby dah masuk campur, pempaham jer la. Memang confirm kena sekolah balik cikgu tu. Cikgu tu tak menjawab setiap soalan laki aku dengan betul. Kalau betul tak salah, kenapa tak jawab dengan elok. Yang paling my hubby bengang bila cikgu tu sedikit pun tak tunjuk kekesalan or cakap maaf supaya my hubby ni sejuk hati. Muka tak bersalah sunguh!! Khabarnya dari cikgu lain, cikgu si Hanum tu sebenarnya mengalami tekanan jiwa/stress. Dalam keadaan dia sendiri tak berkahwin lagi, memang dia tak faham bila anak sendiri diperlakukan begitu. Dia stress, dia marah budak. Bukan cubit jer… ada yang kena rotan teruk juga. Dengarnya, sebab kes cubit ni, bukan my hubby jer yang datang ke sekolah tetapi ada ibu bapa lain yang datang jumpa cikgu ni sebab tak puas hati. Tapi dari peramatan my hubby, perkara ini tidak sampai ke pihak atasan sekolah. Maka sebab itulah cikgu tu tak ambil pusing. My hubby cakap walaubagaimana carapun, dia akan tetap jumpa pengetua sekolah tu untuk buat aduan. Samada pengetua nak tukarkan dia ke sekolah lain atau pengetua yang ditukarkan sebab perangai cikgu tu kira nasib le. Padan muka!!

Aku ni jadi emosi ni bukan apa. Kalau sesiapa yang sekolahkan anak-anak mereka di sekolah agama area Selangor (aku tak tau la kalau area lain macam manakan.. hehehhe) ni pasti tahu berapa banyak yuran sekolah dia. Mengalahkan yuran sekolah kebangsaan. Macam-macam bayaran yang dikenakan. Bayaran elaun guru la, photostat la dan macam-macam lagi. Dari segi penghasilan, tak la baik mana. Sabo jer laa….

Balik sekolah petang semalam, aku bertanya pada Hanum apa cikgu tu cakap bila ayah dah jumpa dia. Hanum said “Cikgu cakap kat semua budak kelas… lain kali jangan mengadu pada ibubapa… jangan suruh ibubapa datang sekolah lagi. Lepas ni cikgu tak kisah murid-murid nak belajar ke, tak buat kerja sekolah ke, tak menulis ke, nak main ke apa… suka hati murid-murid la nak buat apa”. Boleh ke seorang guru "Sekolah Rendah Agama" berkata begitu bila ibubapa menegur untuk penambah baikkan anak-anak dan diri guru itu sendiri. Bermaksud cikgu ni tak redha dan tak ikhlas menjalankan tugas dia sebagai guru. Nama jer cikgu agama. 

Cikgu-cikgu sekelian, tugas guru atau pendidik ni amat amat mulia tau!! Aku faham tugas sebagai pendidik ni bukan mudah. Tetapi, tolonglah didik anak bangsa kita dengan sepenuh hati walau apa pun cabarannya. Bukan seperti melepaskan batu di tangga. Memang tak semua guru begini tetapi golongan kecil yang sebeginilah banyak merosakkan nama profesion guru yang sememangnya mulia di mata masyarakat. Pelisss la wei!!!

Rabu, 13 April 2011

Sejenak....

Posted by Emmymazli at 7:05 PTG 2 comments
Aku suka kata-kata ni dari seorang kawan....

Jadilah teman bagai MENTARI, yang menyinari dan memberi semangat setiap makhluk di bumi. Seperti ANGIN, yang berhembus dan menyejukkan hati. Seperti BINTANG, yang tanpa lelah menemani malam yang sepi. Seperti BULAN, yang menenangkan mata dan hati dimalam yang sunyi. Dan janganlah menjadi teman seperti PELANGI, yang datang sejenak lalu pergi entah kemana...

Renung-renungkan dan selamat beramal!!!! hehehehehe!!!!!!!

Selasa, 12 April 2011

Khas Untuk Suami Isteri: Tips Cinta Suami Isteri

Posted by Emmymazli at 5:56 PTG 2 comments
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.



Isnin, 11 April 2011

An Evening With Anuar Zain - Program Minggu Setiausaha

Posted by Emmymazli at 3:34 PTG 3 comments
9 April 2011 - Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.

Salam semua…

Excited giler aku nak bercerita kali ni… hehehehehe.. .. Kalau ikutkan aku, memang malam sabtu lepas balik dari event ni atau hari Ahad tu, nak jer terus buat entry pasal event yang aku hadir ni. Teruja sungguh!!


Hehehe…. Actually keterujaan aku ni disebabkan aku dapat penghargaan dari Permaisuri Resort Port Dickson iaitu dari seorang kawan yang bernama Tanty yang menghadiahkan aku dan suami untuk menghadiri Majlis Sepetang Bersama Anuar Zain atau An Evening With Anuar Zain bersempena Minggu Setiausaha 2011 pada hari Sabtu yang lepas 9 April 2011 di Dewan Seri Negeri, Melaka. Warghhhh!!! Happy giler beb. Keterujaan aku tu hingga aku mengubah suai jubah aku yg gedobos giler menjadi blouse yang amat cantik untuk dipakai malam tu. Huhuhuhu. And rezeki aku bertambah baik bila aku tak perlu cari or beli kasut yang sesuai sebab my sister Angah juga telah menghadiahkan sepasang kasut yang cantik. Hehehehe….

Ok! Citer bab majlis tu, disebabkan excitednya nak datang , pukul 6.15 petang aku dan hubby dah keluar rumah but nasib baik aku call Tanty dulu before datang and dia cakap suruh register jam 7.30 nanti. So, patah balik rumah my mom. Hahahah… gelojohkan??!! Masa sampai kat sana, aku terus jumpa Tanty untuk ambil tiket di hadapan Dewan Seri Negeri. But terkejut giler bila tengok perubahan Tanty yang cantik giler!!! Gojes gitu. Actually, Tanty ni sebaya aku dan beranak 7 tetapi dia memang macam anak dara beb!! Malam tu dia memang cantik!! I like!!!!

Register Nama dengan Tanty

Sempat possing dengan Tanty... Cantikkan!!

Selepas ambil tiket dari Tanty, aku terus register nama and dapat goodies. Alhamdulillah!!! Aku ditempatkan di Table 15. Tetapi aku terkejut juga tadi sebab masa aku nak sign nama tu, sekali aku terpandang harga tiket tu RM288 seorang. Wow!! Kalau 2 orang dah berapa?? Haishhh!! Terima kasih banyak-banyak pada Tanty yang sudi menjemput aku and hubby. Kalau nak pergi sendiri tu memang la fikir 2 kali. Kalau pergi pun maybe seorang jer kot. Heheheh…

Tunjuk tiket... Heheheh...

Sebelum masuk dewan tu, perkara penting sekali ialah bergambar di depan poster atau pentas kecil dewan yang menunjukkan event tersebut. Heheheh… Macam Anugerah Bintang Popular pulak!!! Then, masuk jer Dewan Seri Negeri tu, mak rasa macam artis!! Hahaha!! Yer lee… lalu kat karpet merah tu. My hubby pun melayan amik gambar, sakanlah mak!! Hahahaha!! Anyway dalam mencari table, sekali table 15 tu rupanya depan sekali sebelah kanan dewan. Huisshhhh!!! Best giler!!! Masa ni, dalam hati siap terfikir, mesti my sister Syila tu jeles tak hengat sebab my hubby cadangnya nak beri tiket dia pada Syila but kebetulan, Syila membantu cousin aku di Seremban untuk Surprised Birthday Party for Uncle Zainal & my cousin Hazzeq. So, nak tak nak dia kena pergi la. Kesiannnnn….. Macam aku bukan tak nak joint diorang tetapi bila dah dapat tiket orang bagi ni and kebetulan artis dia Anuar Zain, Nabil & Shira as emcee, so terpaksa lah tolak. Huhuhu… Tapi apa-apa pun,thanks banyak-banyak pada Tanty. Muachhh!!!

Bergaya mengalahkan artis!! Hahahah

Di pentas hadapan bergambar dengan big poster
 
Laluan karpet merah

Table 15, table aku duduk

Kedudukan table aku yang paling hadapan

Tepat jam 8.15 baru acara bermula. Bermula dengan pengacara dari Permaisuri Resort yang memulakan majlis dan mempersembahkan makanan istemewa kepada VVIP, maka majlis pun mempersilakan Nabil dan Shira sebagai Emcee. Memang best giler bila dengar diorang ni merepek dan buat lawak. Memang gelak tak hengat. Untuk permulaan selepas makan, Nabil & Shira telah membuat cabutan bertuah dan banyak hadiah disediakan dari penaja. But tau tak, no cabutan pertama yang disebut tu no aku iaitu 0219!! Haishhh… Rezeki betul!! Tak sangka pula dapat. Tapi biasalah, kalau dapat cabutan pertama ni hadiahnya taklah besar sangat but boleh lah dari tak dapat langsung. Hadiahnya ialah dari baucer treatment bernilai RM138 dari Prominence Touch Beauty House. And then, majlis terus berjalan dengan acara tarian dan nyanyian sambil menikmati hidangan dan kemudian tu sambungan cabutan bertuah lagi. Dalam Nabil dan Shira asyik melawak jer, tetiba masuk pula Mazlan Pet Pet dengan lawak dia yang pecah perut. Mau terbalik la dewan tu dengan gelagat mereka bertiga. Hahhaha…

Nabil & Shira as Emcee.  Best giler
Gelagat Nabil dan Shira masa mengumumkan aku as pemenang cabutan pertama

Semasa menerima hadiah
 
Happy amik hadiah tu... sambil diusik oleh Nabil dan Shira

Gelagat Mazlan Pet Pet menghiburkan

Lebih kurang jam 10.20 gitu, baru Anuar Zain keluar membuat persembahan. Dia menyanyi macam-macam lagu top dia hampir 1 jam lebih. Boleh dikatakan lebih dari 10 buah lagu yang best-best dia nyanyikan. Masa persembahan tu, Anuar Zain begitu dekat dengan peminat dan bolehlah diambil bergambar. Aku pun mengambil peluang yang sama sebab dia dah datang dekat table aku. Tetapi masa mula-mula aku dapat ambil gambar dengan Anuar Zain tu, boleh pula my hubby takder. Dia pergi merokok. Tension jer bila minta tolong orang lain then dia ambil gambar yang hasilnya ntah apa-apa… sabo jer laaa. But rezeki aku lagi… Anuar Zain datang ke table aku lagi kemudian tu dan aku dapat bergambar dengan Anuar Zain lagik…. Kali ni my hubby dapat ambilkan senonoh skit rupa gambar tu… Hahaahahah!! Hmm… tapi faham-faham la… berebut orang nak bergambar ngan Anuar Zain ni.. aku sampai tersepit la. Haishhh!!! Selepas tamat Anuar Zain menyanyi, Nabil, Shira dan Lan Pet Pet menghiburkan kami lagi. Memang bertambah huru haralah dewan tu. Memang tak sia-sia panggil diorang ni as emcee.

Persembahan Anuar Zain

Anuar Zain datang ke table aku

Gambar bersama Anuar Zain

Seronok sungguh dapat possing with Anuar Zain

Sedang mendendangkan lagu

Sebaik selesai nyanyian

Penutup bersama emcee-emcee yang kelakar giler

Selepas tamat majlis tu dalam jam 12.00 malam tu, aku tercari-cari Tanty, nak say thanks sebenarnya. Tapi bolehlah pulak si Nabil, Shira dan Mazlan Pet Pet keluar atas pentas bergambar. Masa tu, orang lain dah loghat nak balik. Aku pula minta my hubby standby dan aku naik ke pentas sorang-sorang buat muka tak malu. Lepas jurugambar ambil gambar diorang jer, aku minta izin dengan mereka bertiga yang nak bergambar sama. But tau-tau la, bila aku dah start bergambar dengan diorang jer… ramai pula yang loghat nak bergambar juga bila tengok aku dah tarik Shira, Nabil dan Lan. Hehehe… nasib baik aku mulakan, kalau tak memang tak berpeluang la bila masing-masing dah berebut. Heheheheh.

Bergambar dengan Mazlan Pet Pet, Shira dan Nabil - tengok tangan
aku siap paut si Nabil... Hahahah

Anyway, aku nak merumuskan bahawa aku amat berpuas hati dengan program An Evening with Anuar Zain sempena Minggu Setiausaha ni. Terima kasih tak terhingga kepada Tanty yang memberikan peluang ini kepada aku and hubby. Muachhhh!!! Kalau nak tunggu boss bagi…. Hmmmm… sampai kedut muka aku pun lum tentu ada boss kat kerajaan ni nak bagi…. Huhuhuh (ayat tak bleh blah!!). Dan terima kasih tak terhingga juga kepada my hubby yang sudi melayan karenah aku untuk event ni…. Dia tau aku teruja giler nak pergi program ni dan bergambar dengan Anuar Zain dan Nabil dengan lebih dekat. Mak minat sangat Nabil sebenarnya, dapat lak ambil gambar dengan Nabil siap pegang lengan orang tu… Hahahha!! My hubby cakap “Bukan main lagik bini aku nih!!” Hahahaha. Bukan apa, mengambil peluang jer. Hehehehe.

Oklah, that's all for today. Enjoy the pic ya…. Muachhh!!!

Goodies dari Permaisuri Resort

Hadiah Cabutan Bertuah - Cover hadapan

Baucer dari Prominence Touch

Ruang pentas

Bersama salah seorang penari

Me with my hubby

Rakan setable

Persembahan pembukaan dari pihak hotel

Food presentation for VVIP's

Gelagat Nabil dan Shira

Lawak si Mazlan Pet Pet.  Kelakar betul dia dengan baju nih!!

Possing semasa Anuar Zain buat persembahan

Gelagat Mazlan Pet Pet

Anuar Zain... feelling

Suke sangat!!!

Aksi mulut berapi semasa penutup

Majlis penutup

Possing comel sebelum balik... wajah kepuasan tu...

Me with m y hubby sebelum balik

Nak jugak bergambar dekat poster nih!!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...