Isnin, 14 April 2014

Cara Pakai Tudung Bawal Gaya Mawar Fizo Omar

Posted by Emmymazli at 5:19 PTG
Berkenan lak aku nak berfesyen cara gini... sesuai dengan ekonomi aku nih... heheheh.... jom try yok!!! heheheheh!!!!

Cara pakai tudung bawal gaya Mawar Fizo Omar. Tutorial atau panduan memakai tudung bawal ala fesyen tudung jenama Fareeda kini semakin popular dilaman sosial. Idea ini pada mulanya dicetuskan oleh Yunabella seorang blogger yang kini semakin dikenali ramai dengan gaya tudung tersebut. Fesyen ini sangat mudah kerana hanya memerlukan tudung bawal dan kerongsang sebagai medium utama fesyen tudung. Bukan sahaja kos yang murah, malah fesyen tudung bawal ala tudung mawar juga amat sesuai bagi remaja wanita masa kini.

Bahan Keperluan Asas

  • Tudung Bawal
  • Kerongsang Bersaiz Besar (Pastikan pin panjang)
  • Pin



Cara Pakai Tudung Bawal Gaya Mawar Fizo Omar
1. Kerongsang bersaiz besar sebagai aksesori utama.
2. Pastikan panjang tudung depan adalah sama rata.
3. Pakai tudung bawal seperti biasa
3. Pin pada bahagian belakang tudung bawal untuk tujuan kekemasan
4. Gunakan kerongsang dan pinkan pada bahagian hujung tudung depan.
5. Lipat tudung secara menaik ke dalam pin keronsang.
6. Setelah dilipat ke bahagian atas, pin kan kerongsang tersebut.
7. Lipatan tudung biasanya akan berserabut dan memerlukan kekemasan atau sentuhan terakhir.
8. Kemaskan lipatan tudung dengan menarik kedua-dua tudung depan kebawah.
9. Selesai
10. Hasilnya adalah sangat memuaskan.
Semoga berjaya! Jangan lupa sebarkan tutorial ini dengan kawan-kawan dan saudara mara yang lain ok.. lepas ni boleh la berhias tanpa perlu keluarkan duit yang banyak beli tudung Fareeda. Hehee..

Kredit kepada: Yunabella

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...