Khamis, 21 Julai 2011

Volleyball Team NRE in 3rd Place @ Sukan NRE 2011

Posted by Emmymazli at 5:16 PTG
Bukan senang nak menubuhkan 1 pasukan bola tampar yang mantap.  Team aku sendiri masa mula-mula nak ditubuhkan pun pelbagai masalah yang timbul.  Nasib baik pengurus pasukan kami Mohd Nazrul Syahid tu penyabar orangnya. 

Untuk makluman korang, team kami pasukan bola tampar wanita NRE ni memang orang atau pihak yang tak espect lebih untuk pergi jauh dan menang.  Bukanlah aku nak menunding jari pada sesiapa, tetapi sejarah dulu memang banyak mengajar kami erti kesabaran.  2 tahun lepas, bola tampar wanita tiada team yang boleh dihantar.  Antara sebabnya, aku sendiri dah beralih arah bermain futsal dan pemain-pemain yang lama tak dapat nak bersekepala dengan pengurus dan kapten yang lama.  Bab itu tolak tepi.  Walaubagaimanapun, bola tampar wanita NRE pernah menjadi satu-satunya team pertama di NRE yang mendapat tempat walaupun tempat kedua semasa Sukan NRE 2005 kali pertama dengan bertemu  Juara bertahan FRIM.  Namun, sejak dari itu, team bola tampar dipandang sepi.   Sedihkan.... Heheheheh ^_^

Aku bersyukur pada tahun 2011 ini, team bola tampar wanita NRE mampu berdiri semula walaupun pelbagai halangan.   Yang penting, dengan adanya pengurus seperti Nazrul dan Kapten seperti Nurcaya, semua pemain lebih ceria dan happy.  Kalau kita berbuat salah dalam permainan, kita buat balik yang baru dan perbaiki kesilapan kita.  Bukan makin menghentam walau dalam permainan dengan pihak lawan!! Kan bertambah stress!! Lagi satu... paling menyampah kalau ada orang luar yang melebih-lebih dari kapten yang ada kat dalam game ni.  Rasa nak sepuk jer.... Sesiapa yang terbaca entry aku kalau terasa, aku minta maaf sangatlah.  Hakikatnya, aku happy giler dengan team yang ada sekarang ni.  Begitu juga dengan rakan seperjuangan aku yang lama. 

Tanpa sedar, aku terserius pulak.  Hahahha.... bukan apa, aku amat seronok nak story hingga terbangkit kisah lama pulak.  So, kita story pasal game la ekk.... Alhamdulillah, untuk kali ini walau dalam kepayahan, akhirnya  team bola tampar wanita NRE berjaya mencukupkan 12 orang ahlinya demi Sukan NRE 2011 walaupun tak semua yang dapat turun padang bermain.  
Team kami best!!!!
Dari kanan berdiri:  Emmy, Fateha, Norehan, Nurcaya, Che Zakiah, Fadzilah, Nor Azean, Haslina
Dari kanan duduk: Wahida, Koh Cheng Cheng, Rosemary dan Siti Hajar

15 Julai 2011

Sebagai permulaan bagi Sukan NRE 2011, bola tampar adalah antara acara terawal yang dipertandingkan sebelum berlangsungnya Acara Perasmian Sukan NRE 2011.   Team aku bertanding di awal pagi dalam hujan renyai-renyai.  Kesian....

Team NRE berada dalam kumpulan B yang mana menempatkan juga Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN).  Maka team NRE akan berlawan dengan JAS dan INSTUN bagi memastikan team NRE dapat ke semi final.

Sebagai permulaan, team NRE berjumpa dengan INSTUN.  Alhamdulillah, untuk game yang pertama kami berjaya dengan set 2-0.  Ini juga berkat dari sokongan Pasukan Sorak NRE yang memang best.  Thanks you all!!!!

Game kedua akan berlangsung keesokkan harinya untuk laluan kepada Solat Jumaat dan Perasmian Sukan NRE.
Kapten sedang mengatur strategi
Sesi panaskan badan sebelum berlawan dengan INSTUN
Bergambar dengan refri, Abang Zahari
Pasukan Sorak NRE
Bersemuka dengan INSTUN
Aku membuat serve
Kebetulan tercaptured aksi aku begini... korang boleh?? heheheh
Bersalam dengan team INSTUN setelah mendapat kemenangan
Melepas lelah selepas tamat permainan pertama

16 Julai 2011

Di hari kedua, game kedua kami bertemu dengan JAS.  Game kali ini agak gentar juga sebab dari pihak aku sendiri, Ann dan Kak Chik yang merupakan orang lama akan bertemu dengan rakan seperjuangan dahulu.  Team NRE kena pastikan menang dengan team JAS ni bagi memastikan kami ke suku akhir.

Tapi, alhamdulillah, dengan kemenangan set 2-0 kami berjaya menumpaskan JAS.
Bersedia untuk bermain
Bersedia untuk berlawan dengan JAS
Aksi kapten semasa berlawan dengan JAS
Selepas tamat game kami dengan JAS, team kami pun terus ke gelanggang lelaki untuk menyaksi game team lelaki NRE berlawan dengan FRIM.  Walaubagaimanapun, nasib tak menyebelahi mereka pula.  Huhuhu... Kesian lak!!
Team bola tampar lelaki NRE
Aksi team NRE semasa bermain.
Antara aksi menarik yang sempat dicaptured
Pada sebelah petangnya pula jam 2.30 petang, team aku bertemu dengan NAHRIM di suku akhir.  Alhamdulillah, berkat sokongan kawan-kawan netball dan pasukan sorak NRE, kami berjaya akhirnya dengan set 2-0.  Dengan ini kami berjaya masuk ke semi final.
Penyokong dari pasukan sorak NRE dan team netball NRE
Aksi menentang NAHRIM
Sokongan yang paling best setelah menang dengan NAHRIM

17 Julai 2011

Di hari ketiga, untuk semi final kami bertemu dengan FRIM. Rasa frust betul jumpa FRIM di semi final.  Bukanlah nak kata kami tak bagus.  Untuk team seperti kami ni yang baru 1 bulan lebih training, maybe agak susah untuk beat team FRIM yang memang dah pro dan teratur.  Untuk mendapat Johan, team NRE kena mengalahkan FRIM.  Jika NRE kalah, kami kena fight untuk mendapat tempat ketiga selepas berlawan dengan FRIM nanti.  Namun kami tetap berusaha bermain bersungguh-sungguh dengan harapan yang tinggi dalam game ini.  Tapi kemenangan tetap berpihak pada FRIM dengan set 0-3.  Point NRE dan FRIM tak jauh beza untuk setiap set tetapi nasib tetap tidak menyebelahi kami. So sad!!
Berbaris dengan pihak lawan FRIM
Bersalam dengan FRIM sebelum bermula game
Berkumpul untuk kata-kata semangat sepasukan
Semasa berlawan dengan FRIM
Dengan kekalahan dengan FRIM tu, kami kena pastikan yang kami mendapat tempat ketiga.  Untuk itu, kami bertembung pula dengan JAS.  Baru harapan tu rasa mulai cerah.   Heheheh....

Alhamdulillah, target tempat ketiga yang diidamkan akhirnya berjaya juga dengan set 3-1 dengan JAS.  Ternyata kami boleh berjaya!!!  Walaupun ditempat ketiga, team aku syukur sebab  team aku adalah satu-satunya outdoor game NRE yang mendapat tempat.  Huhuhu!!! Bangga giler beb!!!
Kata-kata semangat yang aku lontarkan kepada kawan-kawan sepasukan setelah tewas di tangan FRIM dan memastikan NRE mendapat tempat ketiga jika berlawan dengan JAS
Tunjuk jersy aku... No. 5 ok!!!
Penjaga garisan.. Iela semasa lawan dengan JAS
Aksi NRE semasa berlawan dengan JAS
Pasukan JAS
Kemenangan yang amat bermakna buat kami.   Terharu giler beb!!! Semua berpelukan!!
Happy tak terhingga tanpa aku sedar aku menitiskan air mata.  Akhirnya berjaya ditempat ketiga!!
Dengan kemenangan ini, team kami dah tak sabar nak ambil hadiah kat majlis penutup tu nanti.  Hahahah.  Poyo giler.  Tak dinafikan, memang kami penat giler hingga tak larat nak join perbarisan NRE.  Dah lah muka rentung.  Adussss!! Tengok cermin pun ngeri la beb!! Muka maasing-masing dah macam bangla dan bajau laut.  Hahahah!.

Semasa penyampaian hadiah.... kapten kami diiringi dengan sorakan team kami dan pasukan sorak yang bukan main kuat masa kapten kami ambil medal di stadium.  Cayalah!!!!!!!!!  Love this team!!!
Kapten kami Nurcaya semasa mengambil hadiah tempat ketiga
Team bola tampar wanita NRE bersama pengurus nak tayang medal berlatar belakangkan Kompleks Sukan UPM
Tayang medal lagi!! heheheheh
Love this team!!! Muachhhh
Lastly.. aku happy giler dengan adanya team ni walaupun team bola tampar kami hanya dapat menyumbang tempat ketiga, tetapi kemenangan ini amat bermakna buat kami setelah usaha kami diperlekehkan sebelum ini.... Semoga team ini berjaya mendapat tempat yang lebih baik di Sukan NRE dan mana-mana pertandingan di masa akan datang.  Kita usaha lagi yer... Caiiiyokkk team NRE!!! Love u all!!!

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...