Rabu, 6 Julai 2011

Accident Depan Bijik Mata Aku di Cyberjaya

Posted by Emmymazli at 12:03 PTG
1 Julai 2011 (Jumaat)

Ni kira story awal bulan Julai baru ni.. tapi aku baru nak tulis.. sorry la... masa suntuk lately ni... Anyway, korang pernah tengok accident yang live berlaku depan biji mata ko tak??? Huhuhu... kalau diikutkan.. tak payah tengok pun takper kan....

Nak dijadikan cerita la... 2 minggu lepas aku telah ke Cyberjaya untuk menghantar coklat hantaran cousin aku Abg Mie yang bakal bernikah pada 2 Julai 2011 pada adiknya Khairul masa rehat di tengahari di hari Jumaat.  Masa aku jumpa Khairul tu, betul-betul kami berada di tepi jalan dekat dengan simpang empat kat depan Maybank Cyberjaya tu yang berdekatan dengan bangunan HP (Hewlet Pakard).  Area tu dikira Jalan Teknorat 5, Cyberjaya.  Masa tengah mengomel-ngomel kat balakang bonet kereta Khairul pasal suruh letak kotak coklat tu elok-elok dan menyusun balik coklat yang dah kehulu kehilir... tetiba.. dengar bungi "BANG!!!" dekat ngan kitorang dan masa kitorang toleh tu... satu buah bas dari arah kiri aku sudah langgar sebuah proton wira aeroback dari arah aku yang nak ke arah utara kami.   Bas tu menyeret kereta wira tu hingga ke tepi jalan dekat Bangunan HP tu.  Maka... nampak la orang yang dalam kereta tu terhuyung hayang sehingga kereta berhenti.... Masa tu.. aku hanya boleh pikir nak letakkan coklat dalam kereta dan terus berlari ke arah bas dan kereta wira tu....

Kalau di lihat.... pemandu bas tu memangtakder apa.. tetapi 2 lelaki india dalam kereta wira tu tak bergerak.   Aku pun jadi panik sambil melihat-lihat kenderaan incase lelaki india tu masih hidup.  Kalau dilihat pada penumpang hadapan di mana tempat yang teruk dilanggar bas tu, lengan dia berlubang... ngeri lak aku tengok darah masa tu.   Masa orang mula berkerumun tu.... aku pun buat panggilan polis, bomba dan ambulans.   Anyway... kebetulan ada juga ada orang lain call polis.... tapi biasa lah... dalam panik tu... kalau boleh semua orang aku nak call.  Lepas buat call tu... aku hint orang ramai yang ada kat situ untuk cuba kejutkan pemandu... alhamdulillah... dia bangun dan tiada cedera parah.  Tetapi bila dikejutkan sahabatnya yang si penumpang tu... tak bangun-bangun.  Dalam hati aku rasa dia dah mati.  Tetapi aku takmo respon negatif dulu.  Bila dikejutkan tak bangun... maka orang ramai cuba nak keluarkan penumpang tu dengan mencuba mengopak pintu kereta belah kiri tu but tak boleh. Kena ada bantuan bomba juga...

Ketika bomba, polis dan ambulan datang serentak.... maka bomba pun menjalankanlah kerja mereka menggunakan peralatan mereka.  akhirnya berjaya juga diorang pun keluarkan la si penumpang tu.  Tetapi bila pihak ambulan membuat pemeriksaan.... nampaknya si penumpang itu mati.  Huhuhu... sekelip mata sahaja 1 nyawa hilang... !!!!

Aku malas nak menunggu lama-lama... bila dapat tau yang si penumpang tu dah mati... aku pun minta izin pulang ke pejabat kepada kengkawan yang membantu tadi bersama-sama aku.  Tapi bila sampai jer kereta... terus aku rasa menggeletar... trauma... takut.... ehh.. semua ada la perasaan tu.  Terus aku buat call kat mama.  Yang peliknya...boleh lak aku  nangis... maybe terperanjat.  Yerla... kita lihat sekelip mata accident tu berlaku depan mata kita... dan sekelip mata juga nyawa orang melayang akibat kecuaian.  Aku cuba untuk bangkitkan diri... supaya tak takut dengan berbanyak istighfar semoga diberi kekuatan dalam diri ini.  At last.. aku sampai juga ofis.  Tapi trauma giler bila ingat muka india yang mati tu.  Huuhuhuh... takut.  Tetiba setelah melihat kejadian tu... aku terus bersopan di jalan raya.... kat trafic light jer tak yah nak pecut-pecut.  Takut jadi kes gini la ni....

Nota:  Berhati-hatilah di jalan raya.  Ingatlah orang yang tersayang....


Aku di lokasi kejadian berada di tepi bonet kereta Khairul pada kedudukan kereta proton iswara itu dan kereta aku berada di parking kereta kancil tu.   



Si penumpang yang mati ditempat kejadian.  Huhuhuh... ngeri!!!!!


Bomba cuba mengeluarkan mangsa kemalangan

keadaan kereta yang remuk di tepi

Bas putih hijau yang melanggar kereta proton wira itu

Disahkan si penumpang meningal dunia setelah dikeluarkan. 

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...