Rabu, 20 Julai 2011

Sukan NRE 2011

Posted by Emmymazli at 12:22 PTG
15-17 Julai 2011 - UPM, Serdang

Haaaa.... inilah acara Dwi Tahunan yang amat ditunggu oleh warga dari kementerian dan jabatan di bawah Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar.  Sejak penubuhannya pada tahun 2004, sukan Dwi Tahunan ini yang mula diadakan pada tahun 2005 menjadi medium rasmi untuk kakitangan jabatan dan kementerian menunjukkan bakat dalam sukan yang diminati. 
Pada tahun 2011, Sukan NRE Kali ke 4 diadakan di Universiti Putra Malaysia pada 15-17 Julai 2011 dianjurkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia sebagai tuan rumah.  Kali ni agak meriah jugalah sambutan yang dibuat oleh JUPEM.  Bukan senang nak menguruskan satu majlis yang besar...
Pada tahun ni, aku mewakili NRE sebagai pemain bola tampar.  Seingat aku la, sepanjang aku menceburkan diri dalam Sukan NRE, pada tahun 2005 aku bermain bola tampar dan mendapat tempat ke 2.  Satu-satunya game yang NRE menang pada tahun itu.  Pada 2007, aku juga bermain bola tampar tetapi takder rezeki membawa pingat untuk NRE.  Pada tahun 2009 aku mengubah haluan dengan bermain futsal dan team aku tetap tiada rezeki juga.  Dan pada tahun ini, aku berpatah semula untuk bermain bola tampar dan nampaknya rezeki berpihak kepada team aku tahun dengan mendapat tempat ketiga yang merupakan satu-satunya outdoor game yang mendapat tempat untuk pasukan NRE.
Pada tahun ni juga, julung kali ditubuhkan Pasukan Sorak NRE atas permintaan KSU.  Memang meriah sungguh pasukan sorak ni.  Happy giler kalau mereka ada untuk bersorak ketika kita menentang lawan.  Boleh jadi bertambah bersemangatlah dengan adanya diorang ni... Cayalah... Caiyokkkk!!!!
  
Acara Pembukaan - 15 Julai 2011

Sepatutnya pada kali ini, aku dan team tak perlu berbaris untuk perbarisan semasa pembukaan Sukan NRE sebab hanya peserta yang terpilih sahaja yang berbaris.... Tapi nampak gayanya,  kitorang ni memang dah betul-betul langkah kananlah sebab kebetulan kami nak melintas padang, AJK Sukan NRE pun pangil untuk minta kami join bebaris..... haishhh... dah la panas terik!!!  Nak meramaikan ahli perbarisan katanya... layankan jer laaa.... tapi walau apa pun... tak kiralah hari panas ke apa.... acara bergambar adalah paling utama.. pantang tala camera jer... berdedai bersusun nak bergambar... hahahahhaah
Ketua Kontijen En. Baba (kiri skali), Lokman pegang bendara dan sarah pegang sepanduk NRE
Kontijen NRE berarak
Lenggang kangkung jer aku berbaris... heheheh
Semasa acara pembukaan,  antara aktiviti-aktiviti menarik perhatian kitorang ialah persembahan pancaragam dari Tentera Malaysia yagn mengiringi acara perbarisan, persembahan nyanyian dan koir dari JUPEM yang berpakaian baju perlbagai kaum di Malaysia, bacaan ikrar untus semua kontijen, persembahan tarian kanak-kanak sekolah rendah yang sememangnya best, persembahan khas seni mempertahankan diri, aksi letup meletup dan macam-macam lagik.  Kiranya, kali ni punya event pembukaan memang best-best la. 
Pacaragam dari tentera Malaysia
Pembawa bendera
Sesi menaikkan bendera Sukan
Acara baca ikrar
Persembahan koir dan nyanyian dari JUPEM
Tarian yang menarik dari kanak-kanak sekolah di Puchong
Persembahan beladiri dari pelbagai jenis seni bela diri
Perasmian menembak dari Menteri
Sasaran menermbak menteri
Acara gemilang pembukaan Sukan NRE 2011
Sesi bertemu Menteri dengan kontijen
Medal yang disediakan untuk setiap kontijen
Pasukan sorak yang memantau dari grand stand... cayalah...
Bergambar sakan dengan semua kontijen NRE yang berbaris!!

Acara Penutup - 17 Julai 2011


Biasenya acara penutup memang kurang mendapat sambutan apatah lagi kalau team tu dah kalah.  Tapi atas arahan YDP, nak tak nak kena la jugak datangkan... Heheheheh
VIP yang menyaksikan perlawanan bola di antara JPSM dan JPS
Sebelum acara penutup tu,  perlawanan bola sepak final di antara JPSM dan JPS telah diadakan.  Nampaknya, 2 pasukan ni menjadi perhatian ramai.  Yang kelakarnya bila siap ada bergaduh sebab tak puas hati kawan kena langgar.... haishh.. skit-skit mau gaduh...!!! Tak pasal-pasal kena kad merah.  Kapten pasukan JPSM bernama Lukmal dan pemain dia yang bernombor 8 bernama Syahir menjadi perhatian sebab hensem... hahahah... boleh gitu.... ???  Kebetulan ada lah brother yang agak poyo kat situ suruh kami sorak untuk JPSM.  Kami ni sorak macam tak berapa nak ikhlas... sebab kesian.. hahahahahah.  Sorak pun sebab 2 pemain yang menjadi bahan usikan kami untuk aweks yang belum kawen untuk team pasukan sorak NRE. Hahahahahha.  At las.... JPSM berjaya juga dengan gol 2-1.  Cayalah!!
Kapten Pasukan Bola Sepak JPSM dan JPS
Bersedia untuk bertarung
Mamat yang pakai bendera JPSM ni la yang aku story tu... hehehheh
Kemenangan pasukan bola sepak buat JPSM... tahniah!!!!
Cerita pasal performance NRE semasa acara penutup tu.... Hanya 3 game yang berjaya mendapat tempat.  Team Congkak dan Snooker dapat tempat kedua manakala team bola tampar dapat tempat ketiga.  Apa pun, aku bangga sebab team bola tampar satu-satunya team outdoor game yang berjaya mendapat tempat untuk NRE.   Tahniah juga kepada pasukan badminton yang mendapat tempat keempat.  Walaupun tempat keempat, sekurang-kurangnya memberi mata lebih sikit untuk NRE. 
Kapten Pasukan Bola Tampar mengambil medal tempat ketiga
Pasukan Snooker di tempat ke 2
Pasukan Congkak mendapat tempat ke 2
Apa yang aku nak story sangat yer dalam entry ni.... kalau pasal team bola tampar aku, aku nak buat entry lain... baru gempakkan... hahahahah

Oklah, congrats kepada kontijen-kontijen yang berjaya.  Keputusan keseluruhan ialah

1) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
2) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
3) Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
4) Jabatan Ukur dan Pemetaan
Markah keseluruhan setiap kontijen
Kita tunggu tahun 2013 pula yer.. Masa tu, JAS pula jadi hos... Good Luck JAS!!!!
Penyerahan bendera sukan kepada Ketua Pengarah JAS yang akan menjadi hos Sukan NRE pada 2013


2 comments:

eiyzniey on 23 Julai 2011 pada 10:26 PG berkata...

bez main

Emmymazli on 4 Ogos 2011 pada 9:41 PG berkata...

mmg best dik..... rasa puas kali ni dapat main volleyball setelah 4 tahun gantung tangan ^-^

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...