Rabu, 12 Oktober 2011

Gubahan Coklat Aku Di Pertandingan Gubahan Kreatif Koko

Posted by Emmymazli at 4:47 PTG
Salam semua....

Haaa.... harini aku nak story pasal hasil kerja aku menggubah coklat/koko untuk Pertandingan Gubahan Kreatif Koko anjuran Lembaga Koko Malaysia.  Event ni pada Sabtu lepas 8 Oktober 2011 di Mid Valley Megamall, KL.  
Gubahan coklat yang aku buat
Actually pada mulanya aku taklah minat nak join walaupun aku suka gubah-gubah ni tapi atas permintaan Puan Marsineh, Setiausaha PUSPANITA NRE yang meminta aku mewakili NRE bersama-sama dengan dia masuk pertandingan ini sebab tiada wakil yang sudi.  At last, pada hari kejadian aku sendiri tidak dapat hadir event ni kerana aku ke Cameron Highland.  But atas dasar janji dan tanggungjawab... aku telah siapkan juga gubahan coklat ni menggunakan apa yang aku ada dan meminta bantuan kawan iaitu Latiffah Masuri a.k.a. Tipah untuk hadir mewakili aku.  Nasib baik dia setuju.   Terima kasih banyak-banyak pada Tipah.
Email dari Puan Marsineh
Surat dari Lembaga Koko Malaysia
Nak dijadikan cerita... Tema coklat aku tu ialah... "SEMEKAR COKLAT CINTAKU".  So, nama pun semekar... jadi tema coklat aku mestilah ada bunga-bunga dan coklat bentuk bunga.  Jadi aku telah buat tempahan bunga dip yang cantik dari kak Tini yang terkenal dengan bunga dip dia.  Aku juga minta dia design  tapak untuk aku buat gubahan coklat dan aku pinjam dulang hantaran kak Tini.  Selepas itu aku gubah coklat berbentuk love menjadi bunga kemboja.  Itu jer pun aku reti... Heheheheh.... Walaupun gubahan aku ni simple sebab memang aku prepare pun last minit... maka idea aku pun dah agak kering dan sementelah bahan hiasan juga tak mencukupi.   Nasib baiklah Tipah ni pun agak kreatif.  Dia telah menambah sedikit aksesori  pada gubahan aku agar nampak lebih cantik dan menarik.  Terima kasih lagik kepada Tipah...
Gubahan aku sebelum diubahsuai oleh Tipah...
Di hari kejadian... Aku diberitahu hanya 15 peserta yang hadir dari 18 orang berdaftar.  3 orang yang tidak hadir tu  termasuklah Puan Marsineh yang outstation pada hari kejadian.  Hadiah yang disediakan untuk pemenang tu... PERTAMA : RM1000, KEDUA: RM700, KETIGA:   RM500 dan SAGUHATI X 5 ORANG:  RM100.  Apa pun... rezeki aku dan Tipah hanya mendapat tempat Saguhati sahaja bersama 4 orang y ang lain.  Tapi hadiah saguhati pun tidak mengecewakan.  RM100 tu beserta sijil penghargaan!!!  Oklah kan??? Daripada takder baik ada.  So, atas dasar persahabatan dan pengorbanan masa Tipah, wang hadiah tu kami bahagi 2.  Alhamdulillah sesangat.  Terima kasih bebanyak kepada Tipah yang sudi mewakili aku ke Pertandingan Gubahan Kreatif Koko tu. 
Sijil dan duit yang telah dibahagi 2 dengan Tipah... alhamdulillah!!!!
Oklah... enjoylah pic Tipah dan gubahan coklat aku di sana yer..... aku tumpang happy jer.... dan terima kasih kepada Tipah sebab bagi aku pic-pic ni.   Thanks banyak-banyak sangat!!!
Tipah mewakili aku dengan coklat gubahan aku dan diubahsuai oleh Tipah
Nama Gubahan Coklat Aku
Ok tak???
Tipah di Hall 1
Pentas Pertandingan Gubahan Koko Kreatif
Tunjuk brochure pertandingan
Time Tipah ambil hadiah saguhati kami
Bersama peserta dan juri pertandingan
Tipah bersama wang kemenangan dan sijil aku
Kami punya!!!!
Gubahan yang telah disiapkan
Gubahan yang telah disiapkan
Pemenang pertama.. dapat RM1000 tu!!!
Antara gubahan yang sempat dirakam

3 comments:

Kak Iena berkata...

sekali skala dapat menggubah mesti best

Ummi Rina on 13 Oktober 2011 pada 6:44 PTG berkata...

Maaf ya rina copy gambar Pertandingan gubahan kreatif koko untuk tambah gambar kat blog rina ... kalau senang jengoklah kat http://rinachoc.blogspot.com/

Emmymazli on 14 Oktober 2011 pada 8:42 PG berkata...

ok takper.... thanks sebab sudi singgah di blog emmy ni... apa-apa pun congrats yer rina....

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...