Isnin, 11 Mac 2013

Layankan Purple Walk Tak Jadi

Posted by Emmymazli at 9:52 PG
Nak dijadikan cerita.... Kan kat tv sedang sibuk mengiklankan program 1 Million Women Purple Walk di Putrajaya pada 9-10 Mac 2013. Event tu punya main kat sebelah opis aku jer sebenarnya tetapi disebabkan sibuk dengan kes di Lahad Datu bagi menghormati wira-wira negara  yang terkorban, maka program ni ditunda.  Masalahnya pula.... program dah jalan... khemah semua dah ada.... peniaga-peniaga semua dah mula business tapi program Purple Walk tu sendiri tak dapat dijalankan.... huhuh.... banyak pembaziran berlaku katanya... tapi nak buat camnerkan....

So... dalam boring-boring hari minggu tu takder apa nak buat.... aku sefamily pon menyibukla kat khemah-khemah untuk event ni dalam jam 3 petang.... huarghhh.... sayangnya... banyak booth yang best-best la jugak.... ada aktiviti-aktiviti menarik dan khidmat-khidmat percuma seperti terapi mengurut atau refleksiologi dan macam-macam lagi tapi pengunjungnya kurang la pula.... sayang betul.  Macam aku pula... sebenarnya datang atas permintaan Pengarah tempat aku ni iaitu Puan Sharifah sebab katanya minta kami support booth Tourism Malaysia yang kebetulan anak dia si Nadia Nazir yang merupakan bekas DJ Fly.fm menjadi host di sana.  Hehehhe... layankan jer laa....  So ada la goodies walau tak seberapa dari dia tapi suka la anak-anak aku.... 
Bersama Nadia Nazir yang muka dah penat... hahahah
Dah jumpa Nadia Nazir, kami meronda area situ.  Dalam dok sibuk mengambil kesempatan refleksiologi la bagai dan anak-anak aku with hubby dok sibuk dengan aktiviti diorang.... tetiba datang pula artis-artis Fear Factor dan yang lain-lain menyinggah di sana.... hmmmm... Hanum dan Kimie nampak jer Elfira Loy dan Kaka Azraff terus ajak bergambar... layankan jer laa... dengan aku-aku sekali terjebak.... kihkihkih.... 
Kami yang sakan dengan Elfira Loy

With Kaka Azraff

Paling best bila jumpa Aida AF yang merupakan cucu angkat bapa mertua aku di Melaka bersama dengan Fina AF dan adiknya  yang sama-sama menyanyi dengan diorang sejak diorang kecil.... masa aku jumpa diorang dulu kecik-kecik jer besar-besar Hanum dan Kimie tetapi suara besar bila menyanyi... sekarang dah besar panjang.... macam tak caya jer... huhuh.... Bila jumpa Aida terus kitorang borak panjang pasal keluarga di Melaka la semua.... Huhuhu.... tapi takleh borak lama-lama sebab Aida ada program untuk diteruskan....
With Aida AF

Lepas possing sakan dengan artis tu... perut kami punya la lapar... malas nak jalan jauh-jauh kitorang beli jer Pizza Hut yang buat offer giler-giler kat situ.... Disebabkan malas nak jalan mana-mana lagi sebab kaki pon dah letih mengelenjat before tu  maka terus hubby ajak balik... huhuhu.... 

Apa lagi.... story habis laaaaa!!! Hahahha...

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...