Rabu, 18 Mei 2011

All Ladies Treasure Hunt Anjuran BERNAMA - Part 1

Posted by Emmymazli at 3:29 PTG
14&15 Mei 2011 (Santu & Ahad) - Bangunan Bernama & Nilai Springs Resort

Salam semua.. today aku nak story pengalaman aku bersama teman-teman dan adik aku yang mencuba nasib buat pertama kalinya dalam treasure hunt berkereta.  Actually, ini merupakan pengalaman ketiga aku dalam bertreasure hunt ni tetapi kalau berkereta ini merupakan kali pertama buat aku.  Hehehe..... 3 orang lagi rakan sepasukan aku yang sememangnya tak pernah joint treasure hunt ni ialah kawan dari NRE sendiri iaitu Cik Intan Shafini dan Cik Ina Tisha dan juga adik aku sendiri iaitu Syila.  Nama team kitorang... jeng..jeng...jeng.... "DIVA ANGELS". Kahakahkah... tak bleh blah... macamlah Diva sangat kan... hehehhehe!!!

Aku buat pertama kalinya joint Treasure Hunt berkereta

Sebenarnya, aku memang teringin sangat nak masuk treasure hunt berkereta ni tapi tak pernah berpeluang.  Entah macam mana, aku terdapat email dari rakan NRE yang memaklumkan BENITA (Persatuan Suti BERNAMA dan Anggota Wanita Bernama) telah open pertandingan treasure hunt untuk wanita sahaja, maka aku sangatlah bersemangat nak masuk.  Kalau ada team lelaki.. confirm takder peluang... hehehehhe.. cam tau-tau nak kalah jer... huhuhu....  Kebetulan, dalam aku mencari rakan sepasukan bila dah tengok iklan tu, Cik Ina Tisha pun mencari rakan sepasukan, maka ada dah 2 orang.  Tetapi syaratnya mesti 2 atau 4 orang... kalau 2 orang tak best... pening nak fikir jalan dan jawapan pula nanti... maka aku telah invite Cik Intan Shafini (Setiausaha Puspanita Ibu Pejabat) dan adik aku.... Sib baik diorang nak joint...

Iklan yang buat aku tertarik untuk turut serta

Anyway, 2 hari before program, peserta kena mendengar taklimat untuk treasure hunt ni.  Maka aku pun pergi lah dengan Cik Ina Tisha walaupun aku sampai ke Bangunan Bernama tu agak lewat.  Bukan apa, taklimat tu penting untuk team-team macam aku ni yang tak tau apa-apa pasal treasure hunt berkereta ni.  Yang buat aku dan Cik Ina rasa malu tu.... urusetia treasure hunt tu dok la bercakap pasal 'tulip'.  Aku agak blur pada mulanya tapi buat-buat paham.  Tapi  bila urusetia dok rancak bercakap pasal 'tulip' ni.. maka aku dengan muka tak malunya bertanya " TULIP TU APA??" sambil berwajah blur tak tau apa-apa.  Dah memasing tergelak... ada pula yang tanya "TULIP TU TAK TAU KE?".  Maka aku jawab tau tau jer laa... huhuhu... malu.... bila urusetia menerangkan.... baru aku faham sambil tergelak cam orang bodoh.  Rupanya 'Tulip' tu, peta ringkas yang mementukan arah perjalanan treasure hunt dari satu destinasi ke satu destinasi mengikut jarak yang diberi.  Alkisahnya... ahahhahaha... Makanya Cik Ina Tisha pun macam aku juga... tapi anggapan dia terhadap 'tulip' tu lain pula... dia ingat setiap destinasi ada sign board bunga tulip tu la tempatnya... hahahahah....Semasa taklimat tu juga, setiap kumpulan diberi goodies bag yang agak lumayan juga isi kandungannya.   Haishh... tak rugi bayar memahal.  Selain tu juga, setiap kumpulan diberi 2 soalan treasure hunt dan peserta kena membeli siap-siap barang tersebut untuk diserahkan kepada urusetia pada hari kejadian.  Maka, aku dan Cik Ina Tisha pun keluar la Jumaat tengahari tu untuk membeli barang tersebut.

Semasa hari kejadian.... pukul 6.00 pagi kami dah terpacak berkumpul di NRE untuk menaiki kereta Cik Ina Tisha iaitu Myvi merahnya sebagai kenderaan bertreasure hunt.  Yang kelakarnya, bila aku terangkan kat Cik Intan dan Syila pasal 'tulip' tu... memasing pun blur... hahahahah... satu kaedah lagi untuk terangkan kat diorang jugak.... sib baik urusetia semalam tu dah bagi contoh.  Boleh jugak nak tunjuk-tunjuk.  Anyway, semua perserta dikehendaki berkumpul di Bangunan Bernama jam 6.30 pagi kerana pelepasan kenderaan akan bermula jam 7.30 pagi.  Akhirnya pukul 7 pagi juga sampai. Huhuhu..... Selalu lambat.  Sampai kat sana, terus jumpa urusetia dan pasang no kenderaan.  Urusetia bagi la 'tulip' tu.  Tengok jer 'tulip' terus nervous! Hahahahhaah... bukan apa... tak pernah masuk treasure hunt pakai 'tulip' ni.  Lupa nak citer... no kenderaan kami ialah 'No. 3'.  My lucky number!!

Team aku, 'DIVA ANGELS'.  Gaya macam pro beb!! Hahahah!!

Tepat jam 7.30 pagi, pelepasan kereta bermula.  Peserta mesti sampai di Nilai Springs jam 3.30 petang.  Tengok masa macam lamakan.... tapi bagi team aku yang pertama kali masuk treasure hunt berkereta ni... terseksa rasa.....  Boleh dikatakan... treasure hunt ni meredah Bangsar, Petaling Jaya, Subang, Shah Alam, Bangi dan Nilai 3 dan Pekan Nilai.  Setiap perhentian ada soalan yang diberikan.  Pening juga nak jawab.  Walaupun aku driver, tapi kesian jugak la bila 3 lagi rakan aku bertungkus lumus mencari jawapan.   Soalan dia... bapak susah!!

Satu perkara yang aku suka treasure hunt kali ni, dalam kita bersuka ria bertreasure hunt ni, pihak BENITA mengambil inisiatif di mana barang yang dibeli sebagai treasure hunt ni disumbangkan kepada rumah anak yatim di Bangi.  Treasure huntnya ialah minyak masak masak, sabun breaze dan buku latihan.  Satu usaha yang amat murni... !!! I like!!!

Pengalaman paling best bertreasure hunt ni.. hmmm... paling kelakar bila terpaksa gostan (patah balik) kereta di tengah-tengah kesesakan jalan raya di antara persimpangan ke Lebuhraya Gutrie dan Shah Alam.  Huru hara! Bab bawak kereta ketepi ketengah dah lain cerita.. bukan apa...nak pastikan 'tulip' tu betul.  Hahahahha!!! Tu  belum lagi bila pening mencari jawapan di sesuatu lokasi tu.  Nasib baik Cik Ina Tisha boleh 'Google'.  Boleh juga buat rujukan.  Kalau tak.. jenuh juga nak mencari jawapan.   

Bab lapar.. jangan cakap la.  Sepanjang perjalanan tu, aku sendiri tak sempat nak breakfast.  Punya la lapar.  sambil berjalan tu ada la singgah di Petronas untuk beli roti dan air.  Tapi perut tetap lapar.  Masa perjalanan nak ke Bangi ada singgah di Hentian Dengkil, penaja dari pihak Strudeals telah siapkan sandwich dan air mineral.  Tapi dasar aku ni tekak melayu... tengah lapar-lapar ni, tak boleh nak sumbat sandwich ni.  Nak nasi jugak!! 

Kumpulan kami tamat bertreasure hunt dan sampai di Nilai Springs Resort bersama 'treasure hunt' tepat jam 3.10 petang.  Selamat!!! Ingatkan kami paling lambat.  Risau gak.  Lepas habis, terus ambil kunci bilik dan pergi makan di sekitar Nilai 2.  Tak boleh tahan beb.

Kalau korang nak tahu, sepanjang bertreasure hunt ni, 1 gambo pun tak sempat nak amik untuk diri sendiri dan team.  Asyik sibuk mencari jawapan jer... gambo yang kami ambil semata-mata gambar jawapan kepada soalan yang diberi.... mostly semua gambo kedai.  Huhuh... bila dah sudah tu baru nyesal... heheheh.  So inisiatif yang ada ialah dengan mengambil gambar selepas tamat treasure hunt jer laa... tu pun ambil gambar bawah banner dan di kereta di Nilai Springs Resort sahaja.  Sedey!!!  



Petang tu selepas makan, kami sempat berehat di bilik melepaskan lelah dan melayan mata yang mengantuk ni sebab bangun awal-awal pagi dan keletihan mencari jawapan treasure hunt.  Aku dan adik aku Syila sebilik dan Cik Ina Tisha dan Cik Intan pula sebilik.  Duduk hotel free beb.  Berbaloi dengan bayar RM140 seorang. 

BERSAMBUNG....... (layan gambo dulu yer!!)

Aku dan Syila

Cik Intan Shafini dan Ina Tisha

Bergambar di samping kereta kebanggaan kami... heheheh

Intan Shafini

Syila

Ina Tisha

Of coz la Aku beb!! Hehhehe...

1 comments:

Unknown on 27 Julai 2015 pada 4:09 PTG berkata...

ALL LADIES TREASURE HUNT 2015...kembali..

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...