Khamis, 29 Mei 2014

Lawat Cik Razak Sakit

Posted by Emmymazli at 5:07 PTG
Alhamdulillah.... walau sibuk mana aku... walau sekejap jer masa yang aku ada... sempat juga aku bertandang ke IJN untuk mengjenguk bapa saudaraku yang seorang ini.   Tak lain tak bukan... Cik Razak.  Satu-satunya bapa saudara aku yang mukanya mirip abah aku dan juga rapat dengan abah juga.  

Khabarnya Cik Razak ni dah lama sakit jantung... tapi tiba-tiba dia collapes dan di bawa ke IJN oleh anak-anaknya.  Aku ni pon baru tau dan baru berkesempatan untuk menjenguk... Itu pon malam lepas anak-anak habis class taekwondo di Ampang.  On the way perjalanan balik baru sempat menyinggah.  Alhamdulillah... masa aku datang melawat Cik Razak dah beransur pulih.  Dah boleh bercakap walau macam kenal tak kenal aku... tak kisahlah... janji aku as anak buah ingat dia kan....
Teringat perbualan aku dengan dia.... aku khabarkan kalau family Cik Razak bagitau awal-awal yang dia tak sihat boleh abah aku dan mama yang kebetulan ada di rumah aku singgah melawat dia... ni dah beberapa hari baru bagitau... itu pon kami tau di FB anaknya.  Sebagai saudara dah tentu kami akan ambil berat.  Bila tau abah dan mama datang rumah aku dia pon bertanya...

"Abah ko datang saja ke?"
"Taklah.... orang ajak abah jalan gi Langkawi.  Abah kata dah lebih 20 tahun abah tak ke sana.  Jadi nak tengoklah perubahan yang ada kat sana" kataku seloroh..
"Best la bapak ko..."
"Best la agaknya Cik Jak... abah suke... siap buat history of Langkawi lagi yang dia pergi masa orang kecik-kecik" ceritaku seloroh lagi sambil senyum. Nampak Cik Razak termenung sekejap...
"Aku tak pernah sampai Langkawi" Erk... terkedu... macam salah cakap pon ada... dalam hati terfikir... rasanya anak-anak Cik Razak lebih dari mampu untuk bawa dia jalan-jalan... tapi maybe faktor kesihatan... yang pastinya aku tak tau apa yang terbuku dalam hati Cik Razak.
"Takpe... Cik Razak sihat dulu la yer... nanti dah sihat boleh anak-anak bawa jalan.  Betul tak Ijat?" jawab ku selamba sambil pandang wajah sepupuku yang menjaga Babanya di wad pada malam tu.  Ijat hanya senyum sambil mengangguk.

Apa pon yang terbuku dalam hatinya hanya dia dan Allah sahaja yang tahu.  Aku sendiri tak boleh lama-lama di IJN tu... almaklumla... dah malamkan.. anak-anak pon esoknya nak sekolah.  So aku pon minta izin untuk beransur pulang.

Diharapkan Cik Razak akan beransur pulih seperti sedia kala.... Sayang Cik Razak....

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...