Rabu, 7 Mei 2014

Tutorial Trengkas: Part 22

Posted by Emmymazli at 11:02 PG
Gurisan 'r' Ke Atas

Gurisan 'r' ke atas ditulis:
 
Kedudukan gurisan adalah sama seperti gurisan-gurisan ke atas yang lain (Lihat Part 16).

1.  Gurisan 'r' ke atas digunakan untuk perkataan-perkataan 'r' memulakan  perkataan (tanpa vokal didepannya):
2.  Gurisan 'r' ke atas digunakan untuk perkataan-perkataan 'r'  di tengah-tengah perkataan (kecuali 'r' sebelum 'm'):
3.  Gurisan 'r' ke atas digunakan untuk perkataan-perkataan 'r' hidup di akhir perkataan (ada vokal sesudah 'r' di akhir perkataan:
Latihan 22.1
Rangkai kata:
Latihan 22.2
Ringkasan:
Rangkai kata:
Latihan 22.3
Latihan 22.4



Transkripsi


Latihan 21.1
1.  Dengan nyaring Basri bin Razak telah menyeru rakan-rakannya mara dan merampas parang pencuri yang telah diusir ke tepi pusara itu.
2.  Ia rasa curiga apabila ia mendapati ada satu sarang burung di tepi almari di serambinya.
3.  Beliau sendiri telah meracun serangga perang yang menyerang dan merosakkan bunga ros dan pokok-pokok ru di lereng gunung yang curam itu.
4.  Ringan tulang ertinya rajin usaha.

Latihan 21.2
Tuan, Merujuk kepada surat tuan, dengan secara ringkas saya gembira menyatakan seorang menteri Kerajaan Pusat akan menyertai satu rombongan yang akan datang ke kampung tuan pada pagi Rabu ini.

Kerajaan memang sedar yang pendapatan anak-anak kampung di lereng guung itu telah menurun.  Ini disebabkan oleh anasir-anasir yang merasa cemburu dan iri kepada kerajinan tuan-tuan.  Anasir-nasir ini telah merosakkan keadaan tenteram di kampung tuan baru-baru ini.  Kerajaan telah mengkirimkan satu pasukan untuk mengadakan rondaan disekitar kampung ini.  Tuan-tuan akan mendapat rezeki semula.

Ikatan mesra di antara Kerajaan dengan tuan-tuan di ini sangat disanjung dan ini menjadi satu restu kepada Kerajaan.

Latihan 22.3
1.  Pokok-pokok rimbun akan ditanam di tepi-tepi jalan raya bagi mencantikkan lagi Bandaraya.
2.  Skim Rukun Tetangga akan dikaji semua agar ia dapat betul-betul dirasakan oleh rakyat jelata.  
3.  Di dalam rancangan Malaysia Ke-Empat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan membina banyak lagi dewan orang ramai dan dewan serbaguna.

Latihan 22.4
Pada bulan Mei 1971, Tuan Abdul Razak telah memaklumkan kepada orang ramai dengan panjang lebar secara rasmi Rancangan Malaysia Kedua mengikut Dasar Ekonomi Baru.  Rancangan Malaysia Kedua itu diutarakan dengan tujuan memajukan rakyat Malaysia.  Tuan Abdul Razak menyatakan banyak tenaga dan bicara telah digunakan untuk merancang Rancangan Malaysia Kedua itu.  Rancangan Malaysia Kedua itu telah pun diluluskan oleh Majlis Ekonomi Malaysia tetapi mesti dirundingkan di Dewan Rakyat atau di Parlimen.  Dasar Ekonomi Baru ini mempunyai dua tujuan utama y ang dinamakan serampang mata dua iaitu membasmi kemiskinan di kalangan rakyat dan menyusun semula rakyat Malaysia.  Dasar Ekonomi Baru ini dilaksanakan di dalam keadaan ekonomi yang maju iaiatu meninggikan pendapat tiap-tiap rakyat.  Dengan adanya Rancangan Malaysia Kedua mengikut Dasar Ekonomi Baru dan dengan penuh Rukunegara itu Malaysia menjadi lebih makmur lagi dari masa-masa yang lepas.

1 comments:

Unknown on 26 Jun 2015 pada 10:47 PG berkata...

Assalamualaikum, Terima kasih kerana memudahkan urusan PNP saya... nak tanya kenapa tak teruskan sehingga ke Part 46? di harap pn Emmy dapat mempertimbangkannya.

Nor Harlinda Harun PTSS

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...