Isnin, 27 Jun 2011

Bowling Suke-Suke SMVPD 79ers

Posted by Emmymazli at 3:51 PTG
26 Jun 2011 - The Mines

Lama juga geng-geng SMVPD 79ers tak gathering.  Rasanya last event bersama diorang pada awal bulan Januari lepas. 

Atas permintaan ramai, maka terjadi jugalah program bowling suke-suke dengan kengkawan lama ni.  Aku memang tak menjangka kali ini akan ada lebih ramai yang hadir dari dulu sebab responnya taklah sebaik mana.  Tetapi atas ketelusan kengkawan, akhirnya menjadi juga program ni walaupun pada saat akhir masing-masing ada program tersendiri dan tak lupa juga yang sememangnya mereka ada tugas yang perlu disettlekan tetap dapat juga bersama-sama memeriahkan majlis. 

Antara kengkawan yang hadir pada hari itu ialah Jafrul, Jefry, Harris Singh, Shahril MRT & isteri, Giant, Yazied, Wak & isteri, Hafis, Yumie, Jefly, Rynda, Hajar & suami, Ecah PPU dan anak-anak dan hubby aku jugak....
Kesemua yang ada bersama suami dah isteri memasing
Sambil berbowling sebagai agenda utama... dapat juga bergurau senda seperti dulu ngan kengkawan.  Yang bestnya, baik suami atau isteri memasing, semuanya sporting.  Dalam ramai-ramai haritu, Rynda la yang amat menjadi perhatian cik abang cik abang semua.   Almaklumla... pramugari, single dan comel pula tu.  Hehehehhe.  Paling sakan bila hubby si Hajar pun sakan mengusik si Rynda.   Pecah perut kengkawan yang mendengarnya.  Hahahahha!!

Selesai bowling, maka sesi makan dan meeting lah buat kami di kedai mamak sebelah The Mines tu jer.    Selain nak berjumpa, tujuan bowling diadakan adalah untuk berbincang dengan kengkawan yang lain untuk up coming reunion yang dijangkakan pada bulan Oktober.  Alhamdulillah, semua kengkawan yang hadir dapat memberi respon yang baik dalam meeting tersebut.  Syukur sangat.   Di harap semuanya berjalan dengan lancar la hendaknya.

Eh, lupa pula.  Sebagai permulaan,  Bendahari untuk SMVPD 79er telah dilantik dahulu untuk memastikan pembayaran untuk apa-apa program yang akan dijalankan.  Mesyuarat bersetuju untuk melantik En. Mohamad Jafri bin Mahmud (Automotif) sebagai Bendahari.  Good luck Jep!!

Anyway.... u olls layanlah gambar kami  yang comel-comel ni yer.... Heheheheheh... Tataaaa!!!


Masa untuk ke kedai mamak!!

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...