Isnin, 28 Mac 2011

Pertandingan Sireh Junjung Sempena Mesyuarat Agung PUSPANITA NRE

Posted by Emmymazli at 1:29 PTG
23 Mac 2011 (Rabu) - Dewan Baiduri NRE

Today nak story mory kisah mesyuarat Agung PUSPANITA NRE yg lepas…. Heheheh... Baru arini lak nak update story. almaklum le… mmg aku kesibukan masa skit lately ni…. Nak tgk blog n FB pun tak sempat… tgk jap pastu tutup.. confirm bulan ni punya bil internet kat umah tu bayar andau je sbb tak berpakai… rugik!!… hehehehehe
Last week, kementerian aku ni telah mengadakan Mesy. Agung PUSPANITA NRE… maka dengan tak sengaja aku yg juga merupakan ahli dan juga AJK terpaksa le dtgkan… before mesyuarat tu… secara tak langsungnya…. Aku telah berjumpa dgn Akak Hasidah dari JUPEM ni pada hari sebelum mesy tu sbb tolong dia simpan towel yg untuk dijual pada hari mesyuarat tu. Dia telah mengajak aku untuk joint pertandingan menggubah sireh junjung dan towel…. Macam tak caya lak dia ajak akukan…. “Silap person la akak ajak org ni”… aku ckp camtu… almaklum lee…. aku bukan penah buat pun dan masa pun dah suntuk sgt… esok nak pertandingan… arini baru nak ajak… actually aku sebenarnya dah tau lama pasal pertandingan tu… tp bukan tak minat… tp takut tak jadi jer … hehheheh… lg 1 dalam saat akhir ni mana la aku nak cari daun sireh??? . At last… pujuk punya pujuk… termakan jugak aku dgn pujukan akak Hasidah tu…. tp dengan syarat kak Hasidah kene tolong aku cari daun sireh n dia setuju…. Sampai kat umah aku terus termenung… sbb takder idea nak buat apa…. Dok la mengsearch internet… gaya sireh junjung mcm mana aku nak buat tp takder idea jugak… sambil menelek tu… aku ternampak idea sana skit.. idea sini skit… then aku draf nak buat mcm mana… kalau boleh sesimple mungkin… bukan apa… malas…. Masuk pertandingan pun sekadar nak cukupkan korum jer…. Then, masalah lain lak timbul…. Nak kena beli brg la pulak…!!! Adehhh…. Dah la tak gaji lagi time tu… terpaksa le list brg ikut keperluan dan pinjam duit laki aku tu… sib baik dia ada… heheheh… bukan main berjimat aku…. Aku just beli gabus, bunga orkid 1 btg (yg byk bunga 1 tangkai tu), bunga halus 2 ngan peniti sahaja… bodoh2 gitu pun dah RM40 tau… haishhh…. Sabo jer laa…. Sampai umah aku termenung… takkan nak wat cenggini jerkan…. Aku pun cari ler bunga pahar yg lama2 tu… tgk ok lagik… aku cabut n leraikan.. mana yg leh pakai aku amik n guna untuk esok…. Serius beb… sireh junjung yg aku buat tu mmg byk guna reben dan bahan terpakai jer….. recyle method la… huhuhu….

Masa hari pertandingan dan Mesyuarat Agung tu, aku redha n buat jer le apa idea2 yg terkeluar… ada 5 org peserta termasuk aku yg buat sirih junjung….masa yg diberi lak 30 minit jer… but ada la tambah masa… paling lambat siap aku la… huhuh… nasib baik ada adik aku dari JUPEM dan 2 org kawan aku si Latifah dn Kamariah bantu aku gunting2 daun dan bunga…. Kalu tak lagi la berabad aku nak siap…. bila dah siap… rasa cam ok lak tgk sireh junjung aku ni… tp bila tgk org lain nyer sireh junjung… huhuhu… terasa rendah diri lak… uwaa….. tp takper laa….

Dalam berdebar menunggu keputusan…. Aku ni terjebak jugak wat persembahan dengan NRE Angles wat persembahan dan poco2…. Praktis skali jer…Haishh… layan jer lee… temankan Ila sebenarnya…. Lgpun bukan susah pun… hehehhehe…

Dalam menunggu-nunggu tu… berlangsung la mesyuarat n mcm2 lagi laa…. Hmm… sampai mengantuk la aku… tp nak gak tau apa keputusannya…. Then… tunggu punya tunggu…. Aku diumum pemenang tempat kedua… Huhuhu… mcm tak caya… bukan apa… aku wat simple giler… org lain siap ada gubahan bunga bagai…. Tp bleh lak aku menang tempat kedua… tempat pertama dimenangi kak Harinawati dari JKPTG… dia punya ada tema…. Aku punya…?? Bak kata kawan aku Yat… ko buat jer tema ‘Menara Nan Sebatang…” Hahahaha… tp jadi jugakla menara nan sebatang ni menang di tempat kedua… huhuhu… Korang tau tak hadiahnya apa… RM70 jer… jadik lee… tp disebabkan aku amik lambat duit hadiah tu…. maka boss yg serahkan duit tu telah ‘mengtol’ supaya beli towel Puspanita tu yg berharga RM12 n tolak siap2 duit kemenangan tu…. Haishhhh!!! Sabo jer laa!!! Boss saper la ni!!!! Boss Umie ni…!!

Selesai mesyuarat dan bergambar bagai… maka aku pun balik dan menerima cenderahati dari pihak PUSPANITA. Dapat la coklat Ferero Roche dan uncang dari bunga riben…. Jadik lee…. sape nak bg yer tak…? Kebetulan before tu… Puan MJ a.k.a boss Umie panggil aku… ingatkan nak apa …. Rupanya dia nak bagi hadiah kerana banyak membantu dalam menjayakan program PUSPANITA… dpt la lg 1 cenderhati… Tisu cover dari bunga reben jugak… hehehheeh…. Baik lak ati si MJ tu nak bagi hadiah kat aku…. Hehehehe.. rezeki betol aritu….

Sekian… story for today….

sedang memulakan menghias tapak sireh junjung

second part... menghias menara nan sebatan... heheheh

sentuhan-sentuhan terakhir....

tadaaaa... siap sudaaaa....

inilah hasil kerja aku...

pemandangan dari atas... comel tak??

masa ni menari lagu michael buble

poco-poco

berdebar menunggu keputusan

hadiah yang diserahkan oleh Datin Shahriah


Adik aku Angah pun ada...






Besttt!!!

Bergambar bersama semua AJK dan ahli PUSPANITA NRE


2 comments:

Unknown on 28 Mac 2011 pada 6:26 PTG berkata...

tahniah emmy

Unknown on 28 Mac 2011 pada 6:26 PTG berkata...

tahniah emmy...i like

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...