Jumaat, 7 Oktober 2016

Let Go Kucing Kesayangan

Posted by Emmymazli at 10:20 PG 0 comments
Harini tetiba rasa rindu pulak kat 2 ekor anak bulus kat rumah sebelum ni yang jadi tempat manja kami sekeluarga.  Huhuhu....  Saje jer terthrowback gambar-gambar kucing kembar aku nih... dok godek-godek telefon ternampak muka diorang.  Rindu tapi dah jadi milik orang.
Sebelum ni aku ada 2 ekor anak kucing kembar berusia 5 bulan.  Terpaksa aku let go pada orang yang nak bela kucing kat Mudah.My sebab aku tak tahan nak cover makanan dan pasir kucing untuk 5 ekor lagi yang sedia ada kat rumah tu... kalau termasuk 2 ekor tu... aku ada 7 ekor.  Mana mak tahan nokkk... Jadi walaupun sayang... terpaksalah aku let go.  Mana tak sayang.... 2 ekor ni duduk dalam rumah menemani kami..... manja sangat 2 ekor ni... nak orang layan... cium dia... kalau kita tak cium dia.. dia cium kita sambil jilat-jilat muka, tangan dan kaki.  

Kerana sayang terpaksa aku lepaskan supaya kasih sayang dia dapat dicurahkan pada insan yang akan lebih menyayangi dia.... cheeewaaahh... ayat aku... hahahahha

So... in memory aku jer la si Gemuk Mata Kuning Biru dan si Kurus Mata Biru.  Mama loves and miss u yayang.... Moga korang happy with your new family....
 





Khamis, 29 September 2016

Produk Height Up - Supplement Peninggi Badan

Posted by Emmymazli at 3:26 PTG 13 comments
Salam semua...

Harini saja nak buat review skit pasal satu produk ni.  Aku ni tau pasal produk ni pon sebab adalah seorang kawan aku yang anak-anak kami ni dalam dunia taekwondo.  Anak-anak dia memang semua ketahui.. hebat dan selalu menang pingat emas.  Disebabkan dasar kawan-kawan, minggu lepas semasa kami terlibat dalam perlawanan taekwondo, dia ada ceritakan pasal kelebihan anak dia sekarang ni dengan ketinggian yang ada dengan menggunakan produk Height Up. Yes.... memang aku perasan sangat anak dia sekarang tinggi nak dibandingkan dengan anak bujang aku yang sebaya dengan dia... Beberapa bulan lepas taklah tinggi  mana... Ketinggian dia dah macam budak tingkatan 5 sedangkan anak dia baru tingkatan 1.  Dalam taekwondo, untuk jadi atlet berjaya bukan sahaja terletak pada bakat tetapi ketinggian juga faktor penting untuk menjadi atlet taekwondo.  Bayangkan jika bermain di luar negara... pasti akan jumpa dengan atlet-atlet yang tinggi-tinggi.  Apa pon... bukan sembarangan orang kakak tu nak share something yang berguna untuk anak-anak dia kepada orang lain.  So aku rasa sangat beruntung bila dia sharekan kelebihan produk ni.

Maka dengan itu... aku pon googlelah... Nilah produknya....

Setelah aku google .... dapatlah aku baca maklumat dan riview dari orang yang pernah guna.  

Yes... aku dah order untuk anak-anak aku.  Soon akan dapat.... Tak salah mencuba.... lagi pula dengan keadaan anak bujang aku yang rendah tu.  Even dalam kelas, dialah paling rendah.  Kesian tau.  Belum cerita dalam taekwondo lagi.  Kimie pasti akan jumpa opponent yang tinggi dari dia. Kadang separas bahu pon ada.  Anak aku tu badan kecik tapi padat.  Tapi ketinggian bukan faktor untuk mengalah dalam perlawanan taekwondo.  Cumanya... kalau tinggi,  mudah untuk dia mencuba dengan lebih yakin.  

Insyaallah.  Aku harap  percubaan aku ni berjaya untuk anak-anak aku.  Kalau Hanum dah tinggi... moga lebih tinggi... dan Kimie... moga lebih tinggi dari sekarang and ada improvement.  Insyaallah... Aminnn....

Jom korang baca dan hadam dulu yer pasal produk ni... sumber semua ni dari encik Google....


Selasa, 27 September 2016

CK Classic International Open Taekwondo Championship Malaysia

Posted by Emmymazli at 5:23 PTG 0 comments
23-25 September 2016 - Stadium Badminton Cheras

Salam semua....

Kalini nak update pasal event anak-anak pula.

Hanum & Kimie kalini mewakili Koryo Club terlibat dengan CK Classic International Open Taekwondo Championship Malaysia.  Tournament ni melibatkan 25 buah negara luar yang sama-sama bertanding untuk merebut gelaran juara.  Bukan senang yer... Rezeki anak-anak aku dapat join kalini.

Kalini rasa macam jadual perlawanan lama skit dari tahun lepas.  Tahun lepas 2 hari jer.... tahun ni 3 hari.  Bercinta aku nak menunggu anak-anak ni.  Apa pon... tournament begini memberi pengalaman dan pendedehan pada anak-anak aku untuk sparring dengan atlet luar negara selain dapat berjumpa dan berkawan dengan mereka.

Buat kalini.... Hakimi yang pertama kali bertanding dalam CK Classic International Open Taekwondo Championship Malaysia tidak berjaya untuk mendapat apa-apa pingat setelah tewas di bout yang pertama dengan atlet Indonesia... bab kekalahan ni aku malas nak citer panjang... tapi aku anggap bukan rezeki Kimie untuk bawa balik pingat sedangkan permainan Kimie kalini cantik dari biasa.  Hmmmm...  Rezeki Hanum pula... dia berjaya membawa pulang pingat Perak.  Alhamdulillah... dia kalah di tangan pemain Terengganu di final bout.  Takpe... rezeki di situ... Tahniah kakak Hanum dan.... cuba lagi abang Kimie!!

Jom tengok gambar anak-anak dan kawan-kawan mat sallehnya... hehheheheh (nak mat salleh ajer!)
Jadual perlawanan Kimie
Jadual perlawanan Hanum
Sepanjang perlawanan poomsae
with friends from Australia
Hanum before perlawanan
Terima hadiah
Naik podium
Kemenangan untuk Koryo Sepang
With friends
With Stefan from Western Australia
With all team and coaches
With world champion from Iran
Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...