Harini tetiba rasa rindu pulak kat 2 ekor anak bulus kat rumah sebelum ni yang jadi tempat manja kami sekeluarga. Huhuhu.... Saje jer terthrowback gambar-gambar kucing kembar aku nih... dok godek-godek telefon ternampak muka diorang. Rindu tapi dah jadi milik orang.
Sebelum ni aku ada 2 ekor anak kucing kembar berusia 5 bulan. Terpaksa aku let go pada orang yang nak bela kucing kat Mudah.My sebab aku tak tahan nak cover makanan dan pasir kucing untuk 5 ekor lagi yang sedia ada kat rumah tu... kalau termasuk 2 ekor tu... aku ada 7 ekor. Mana mak tahan nokkk... Jadi walaupun sayang... terpaksalah aku let go. Mana tak sayang.... 2 ekor ni duduk dalam rumah menemani kami..... manja sangat 2 ekor ni... nak orang layan... cium dia... kalau kita tak cium dia.. dia cium kita sambil jilat-jilat muka, tangan dan kaki.
Kerana sayang terpaksa aku lepaskan supaya kasih sayang dia dapat dicurahkan pada insan yang akan lebih menyayangi dia.... cheeewaaahh... ayat aku... hahahahha
So... in memory aku jer la si Gemuk Mata Kuning Biru dan si Kurus Mata Biru. Mama loves and miss u yayang.... Moga korang happy with your new family....
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!