'h' Cecah
Gurisan 'h' cecah |
Latihan 27.1
Transkripsi
Latihan 27.1
Hamdan telah dilahirkan pada 1hb Muharam tahun lalu. Ia telah menang dalam satu kejohanan kanak-kanak. Bapa Hamdan iaitu Tan Sri Harman bin Abdul Halim orang Pekan, Pahang dan emaknya Puan Sri Hasni binti Hambali orang Rahang, Negeri Sembilan.
Tan Sri Harman menjadi duta di Morocco. Beliau selalu pergi ke perkampungan di Padang Pasir Sahara.
Anak-anak gadis di sini tidak dihalang atau diharamkan menyertai gerakan sehari-sehari bersama-sama anak-anak lelaki. Mereka tidak lagi dianggap semata-mata seperti hamba. Mereka bijak dalam hal tenunan hamparan. Tenunan mereka ini sangat halus. Hampir segala hasil usaha tenunan hamparan itu dihantar ke luar negeri. Nama Negara Morocco menjadi harum kerana hasil tenunan hamparannya.
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!