Khamis, 8 Oktober 2015

Team Volleyball JKPTG 2015

Posted by Emmymazli at 10:30 PTG
8 Oktober 2015 - Court Bola Tampar Taman Pancarona, Presint 18, Putrajaya
Hai.. lama tak update pasal volleyball.  Heeheheh... lama tak lama dari sebelum puasa sampai sekarang la kan.... 

Okaylah... sebenarnya tak menyempat pon nak story yang aku dah  join pasukan volleyball Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG).  Kalini aku join team ni untuk menghadapi Sukan NRE 2015 yang akan diadakan di Tanjung Malim, Perak dari 9-11 Oktober 2015.  Esok jer la kan... heheheh.... 

Dah 2 minggu kami berlatih secara bersama sebagai persediaan menghadapi kejohanan sukan ni...  Hmmm... alhamdulillah... masing-masing bagi  komitmen yang baik walau ada yang busy dengan tugas.  Ada  yang datang dari JKPTG KL, JKPTG Selangor... apa pon... kalau diperhatikan... diorang ni most of it boleh main dengan baik... yang team perempuan tau maksud aku... heheheheh...  insyaallah... ada rezeki kot dalam pertandingan kalini.... aminnnn.....

Ini kali.... aku dilantik oleh Pengurus Pasukan Bola Tampar Lelaki & Wanita iaitu Abang Anwar Tajudin untuk menjadi Kapten team wanita.  Hmmm... tak pernah-pernah jadi kapten... apa la jadinya nanti... Apa pon... aku hanya bantu Abg Anwar saja dari awalnya untuk memastikan segala persiapan bagi pasukan kami tercapai dan tersusun.  Takde niat nak jadi kapten pon.  Tapi... honestly... aku memang suka kalau dalam satu pasukan... we are not only be a player... but we have fun as a friend, brother and sister.... kan lagi seronok jadinya.... 

Alhamdulillah... rezeki kalini untuk pasukan aku  ni memang murah.  Rasa happy dapat buat yang lain tersenyum gembira.  Aku  berjaya usahakan apa yang patut untuk pasukan aku.   The best part... boss aku sendiri menjadi Penasihat kepada Pasukan Bola Tampar JKPTG... so rezeki kami bila dia  dapat sumbangkan sedikit kewangan untuk buat baju training pasukan kami... hmmmm....

Nak dijadikan cerita... hari terakhir training kami harini... Puan Sharifah yang menjadi penasihat kami telah menyempurnakan majlis penyampaian amanat dan cenderahati kepada semua player.  Walau tak semua ada... tapi bagi kami cukup bermakna dan bersemangat untuk menghadapi pertandingan esok...

Okaylah... doakan yer kengkawan.... layan gambar dulu....

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...