Ahad, 8 Februari 2015

Rezeki Harini

Posted by Emmymazli at 11:30 PTG
Assalamualaikum....

Harini terpanggil nak citer pasal soal rezeki ni.... seriously sebenornya aku sangat bersyukur dengan apa yang berlaku pada aku harini.  

Kisahnya gini.... harini aku tak plan nak gi mana-mana selepas semalam aku berbelanja lebih skit untuk beli tudung untuk majlis perkahwinan adik minggu depan.  Sebenarnya... jujur aku cakap yang duit dalam tangan sebelum nak gi shopping tudung tu aku hanya ada RM90 sahaja hingga nak tunggu gaji ni.  Tapi atas niat untuk beli tudung untuk diri sendiri dan anak dara aku si Hanum sebelum majlis adik aku... aku tutup mata juga beli.  So target aku memang nak beli tudung tu just kat area jalan TAR lah sebab sudah semestinya murah.  Syukur kat diri sendiri juga sebab aku ni bukan jenis wanita yang mementingkan brand... nak beli jenama Neelofa... Fareeda... Ariani... Adijuma dan macam-macam bagai... dapat yang seangkatan dengannya pon dah syukur banyak dan yang penting murah.  Ikut kemampuan la katanya.  

So semalam aku berbelanja hampir RM70 untuk beli tudung aku dan Hanum serta anak tudung yang bersesuaian untuk dipakai kendian nanti.  So bleh imagine tak berapa jer duit aku tinggal.  Tapi aku pasrah jer.  Balik dari Jalan TAR kami 4 beranak terus ke Ampang untuk traning kelas champion anak-anak aku  pula.  Bleh pula batuk aku menjadi-jadi.  Makanya kenalah ke farmasi untuk beli ubat sakit tekak... duit lagi... so diam sudahla.... pejam mata duit tinggal berbelas ringgit jer dalam purse.  Duit suami aku memang tak minta sebab aku tau dia pon tinggal berapa jer duitnya....lagi pula sepanjang keluar... duit makan dan tol serta minyak kereta dia yang uruskan.  So aku senyap jer.  Buat macam takde apa yang berlaku tapi dalam hati tuhan jer tau apa yang ada dalam hati aku.  

Harini... seperti yang aku bagitau tadi.... duit dalam purse memang ada hanya berbelas ringgit jer... memang rasa nak nangis... tapi bukan jenis aku nak minta-minta ngan orang.  Makan aku tak risau sangat.  Cukuplah kenyang dengan makan apa yang ada dirumah.  Masak lauk sedap-sedap dan makan sampai kenyang.  Hubby aku keluar awal harini untuk buat kerja plumbing kat taman rumah.  Upahnya ada la skit lepas buat kerja.  Tapi selagi kerja tak settle... tak lah dapat upah penuh.  Buntu pasal duit tak settle lagi.  Baru aku teringat 1 perkara... Dalam aku takde duit... hari jumaat lepas, ada sahabat aku ni dah sedekah voucher jusco kat aku dengan tak semena-mena.... 10 keping RM10... so jumlahnye RM100.  Kebetulan dalam tangan memang ada voucher jusco lagi RM20.  So jumlahnya cukup RM120.  Aku memang plan lama nak beli underwear baru tapi asik tertangguh sebab rasa takde kepentingan (sebenarnya berkira duit... hehehehe).  Nampaknya... inilah peluang yang ada... aku memang ingat voucher hanya boleh digunakan untuk beli barangan selain barangan runcit kat jusco tu.  So aku pon berplan nak ke jusco lepas anak habis traning taekwondo.

Masa kat jusco tu... punyalah lawak bila nak beli underware pon sampai berkira-kira.... anak-anak pon nak juga... sabo jer la....  beli dan pilih punya hal... aku kira-kira adalah dalam RM123.++.  So kena tambahlah duit sendiri RM3.++ tu.  Rupanya bila dah kat cashier.... lepas dapat diskaun... semuanya hanya RM104.30 jer... jadinya aku simpanlah voucher RM20 lagi untuk digunakan kendian.  Masa menunggu anak aku pergi membayar kat cashier tu.... aku ni bermanis mulut la pergi tanya kat seorang promoter ni.... "Jusco ada buat member card promo untuk dapatkan voucher tak sekarang ni?"  Promoter tu cakap "Takde... hanya boleh kumpul point dengan mata pembelian dan juga beli barang dengan harga member card..."  Hmmmm.... diam jappp aku bila dengar.  "Tapi saya nak bagitau ni kak... saya rasa ramai pon tak tau.... pihak jusco pon memang tak akan bagi tau... saya sendiri sejak kerja sini baru tau.  Sebenarnya.... setiap 6 bulan elok akak cek point jusco card akak.  Akak boleh rebate mata akak dengan voucher jusco tu.  Kalau akak tak rebate mata tu... setiap 6 bulan hingga setahun akak punya point burn.  Rugi kat akak.  Boleh mendatangkan duit tu sebenarnya.  Tak ramai tau pasal rebate ni"  Haaa... baru aku teringat... last time Yat beli mesin basuh kat jusco pakai card aku.... alaaa... dah lama kot... ruginyaaaaa.... patutlaa senyap jer..... last aku shopping beria pon masa nak raya beli baju raya anak-anak.  Boleh try cek jap lagi la nampaknya.... Hmmm...  terima kasihlah kepada promoter tu kerana bagitau.

Settle bayar tu... terus ke kaunter khidmat pelanggan.  Saje nak check point untuk tau berapa point ader and kalau nak rebate voucher dapat ke tak.... Cek-cek boleh dapat voucher RM40 lagi!! Ya Allah... syukurnya.... sape la nak bagi gitu jerkan... Aku minta hubby tanyakan... kalau voucher ni nak digunakan di pasaraya bahagian runcit tu boleh atau tak..... pegawai khidmat pelanggan tu kata boleh!  Maka misi seterusnya kami terus ke pasaraya untuk membeli beberapa keperluan rumah dengan berbekalkan voucher balance RM60.  Huhuhu... sadiss jer bunyinya.... tapi rahmat besar pada aku.  Dengan dalam purse yang tak berapa nak ada ni.... masih lagi boleh shopping kat jusco.  Lagi terharu bila masa tengahari tu... hubby ada tanya... ada duit tak nak beli ayam untuk buat rendang bagi kat opis.... aku terpaksa cakap takder.... lepas nak makan anak beranak jer kita ni kalau pun sempat.  So bila di ingat balik.... dapat juga hubby aku beli ayam dan skit-skit bahan rendang untuk dia tunaikan hajat bawa rendang ayam untuk disedekahkan pada member opis disebabkan voucher tu.  Huwaaaa.... nampak tak??? Rezeki Allah tu di mana-mana.  

Pastu... yang buat lagi terharu tu.... masa sibuk-sibuk shopping bajet kat jusco tu... hubby dapat message dari tuan rumah yang dia buat kerja plumbing tu.  Dia minta hubby ambil duit skit kat penyewa dia.  Huhuhu... rezeki lagi... alhamdulillah.... so masa balik tu... kami singgah la ambil duit upah kerja  hubby pula.  taklah tangan kosong sementara nak tunggu gaji tu.... syukur sangat-sangat....

Apa pon yang boleh aku cakap... Alhamdulillah dan syukur sangat untuk rezeki harini... Rezeki Allah tu dalam macam-macam bentuk. Allah tau hamba dia susah dengan cara ni.... dia bagi rezeki dengan cara lain pula... yang penting niat tu ikhlas..... Syukur padamu Ya Allah!!

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

golden goose sneakers
jordan shoes
goyard outlet
hermes birkin
kobe byrant shoes
Travis Scott Jordan
cheap jordans
off white hoodie
golden goose sneaker
goyard

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...