Selasa, 23 September 2014

Grand Final SPORTEXCEL-NSC-MILO-TM ( WTF ) National Taekwondo Circuit 2014

Posted by Emmymazli at 5:38 PTG
20-21 September 2014 - Stadium Badminton Cheras

Salam semua....
Kalini nak update aktiviti anak-anak dari Koryo Club dan Koryo Sepang khasnya dalam last circuit taekwondo di bawah Persatuan Taekwondo Malaysia.  Nampak gayanya... circuit terakhir ni Hanum hanya mampu grab pingat gangsa sahaja untuk kategori bantam.  Syukur dari tak bawa pulang apa-apa.  
Koryo Sepang athelete
Secara keseluruhannya... Koryo Taekwondo Club telah memenangi keseluruhan amnya dengan 13 pingat emas, 11 pingat perak dan 8 pingat gangsa.  Syukur sangat.... untuk pengetahuan korang di luar sana... perlawanan dalam pertandingan taekwondo ini menggunakan format liga (round robin) untuk beri peluang kepada peserta membuktikan kemampuan walau mereka telah kalah di pusingan pertama.
Peserta-peserta Koryo Taekwondo Club
Koryo Taekwondo Club memenangi acara keseluruhan
Keputusan perlawanan mengikut kategori...

Dibawah 11 Tahun: 
1 Koryo (4 gold, 2 silver, 2 bronze) 2 BTFC (2 gold, 1 silver) 3 Selangor (1 gold, 2 silver)

Di bawah 14 tahun
1 Koryo (6 gold, 5 silver, 3 bronze) 2 Perak (3 gold) 3 KL (2 gold, 3 silver, 2 bronze)
Di bawah 17 tahun: 
1 Selangor (4 gold, 2 silver, 2 bronze) 2 Koryo (2 gold, 4 silver, 3 bronze) 3 Dynamic (2 gold)

Kategori Terbuka: 
1 Pelapis (2 gold) 2 KL (1 gold, 1 silver) 3 Koryo, ATM and Win Long (1 gold each).
Oklah... layan gambar-gambar sekitar circuit ini yer....
Sir Taufiq (ketua jurulatih) memberikan taklimat kepada peserta
Sir KM Rajendran memberikan ucapan kepada peserta
Hanum dan pemenang-pemenang kategorinya...

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...