Selasa, 16 September 2014

Gathering Koryo Sepang @ Rumah Emmymazli

Posted by Emmymazli at 6:03 PTG
15 September 2014 - Rumah Emmy

Salam semua.... just nak sharing aktiviti aku dan family Koryo Sepang yang berkesempatan.   Ini bukan jamuan raya yer.... bukan juga birthday party or majlis rumah terbuka deepavali... hahahahah... ni hanya majlis gathering family koryo yang kebetulan jatuh pada turn aku untuk menjemput kawan-kawan datang rumah sambil makan-makan.  Takde niat lain der.... 

Alhamdulillah... walau simple... terlangsai niat aku nak jemput kawan-kawan datang rumah sambil makan masakan aku yang simple-simple... nak menu ikan bakar katanya.... aku pun buatlah... merasa la air tangan mak ni haaa.... kemain berebut aku tengok anak-anak makan sambil cekau ikan tu beramai-ramai... selera tengok diorang makan.  Yang mak ayah pon aku tengok selera pon baik jer.... heheheheh.... yang penting tidak berlaku pembaziran dan mereka suka dengan makanan yang aku sediakan.

Terima kasih pada yang datang..... yang bawa buah tangan buat tambah-tambah makanan pada malam tu.  Terima kasih tak terhingga.  Diharap jangan serik la gamaknya datang ke rumah aku ni... heheheh.....

Happy bila semua happy.... 

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...