Selasa, 4 Februari 2014

Kes Pemaju Taman Pinggiran Cyber Gulung Tikar!!

Posted by Emmymazli at 3:49 PTG
Adussss.... Stress betul ngan pemaju rumah aku  ni iaitu Perspektif Perkasa Sdn. Berhad @ Talam Corporation.  Macam hampehhh... kalau bukan kat blog mau berbakul lagi sumpah seranah aku.  Sakit pula ati kita ni bila mengenang nasib membeli rumah di TPC yang ada jer permasalahan  berlaku.  

Kalau orang lain beli rumah senang-senang jer.... kenapa la nasib aku dan penduduk TPC yang lain gini... kalau orang kaya takper.. boleh juga cari or beli rumah lain.  Ni dah la rumah susah nak cari... mahal lak tu.... tak mampu den der.... 

Kalau sebelum ni ada jer.. Mula-mula skali kes tuntutan bayaran.... ada jer diorang nak ngelak dari bayaran tuntutan tribunal kes lewat siapkan rumah terbengkalai 8 tahun.... satu sen pon tak dapat!! Macam cilako!!! Kendian tu.... kes rumah retak sana sini.  1 kerja pulak nak repair sumer sendiri... nak tuntut ngan pemaju kes lepas setahun terjadi... nak tak nak buat sendiri ler....  itu blom yang lain berkaitan sampah... kebersihan taman sumer... diorang lepas tangan dengan Majlis Perbandaran Sepang... 

Ni kes akhir tahun lepas antara pemaju dengan pihak Syabas lak....  pihak Syabas nak tuntut bil air pukal dengan penduduk sebab ada bil tertunggak dalam amount RM3k lebih yang pemaju tak bayar dah berapa bulan kat Syabas.  Padahal terang-terangan yang kami mostly sumer ada meter sendiri.  Nasib baik Syabas bagi opsyen dan juga faham dengan apa yang terjadi diantara pembeli rumah dengan pemaju mangkuk hayun ni. Nak tak nak AJK TPC kena rikki satu-satu rumah yang takder meter and paksa mereka pasang.... Kalau nak pasang kena la daftar baru balik dan keluar duitkan... Ada yang tak nak bayar sebab alasannya mereka dah bayar kepada pemaju tapi pemaju yang tak jalankan kerja... Dah nak buat camner kan... Nak tak nak kena gak bayar semula dan AJK TPC kena juga uruskan dengan Syabas. Hmmmm.... 
Notis yang dikeluarkan oleh penyelesai dalam surat khabar
Kalini punya kes terbaru pasal suatu notis telah disiarkan di akhbar-akhbar  tempatan pada hari Khamis, 02 Januari 2014 berkaitan dengan status pemilikan rumah di TPC, Cyberjaya, Selangor oleh Ler Lum Advisory Services Sdn. Bhd. berikutan dengan status pemaju perumahan taman ini iaitu Perspektif Perkasa Sdn. Bhd. yang telah diisytiharkan bangkrap oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 Mei 2013.  So, pihak penyelesai yang telah dilantik iaitu Ler Lum  Advisory Services Sdn. Bhd sedang mencari harta-harta pemaju untuk dilupuskan termasuk perumahan TPC dimana pemilikan masih di bawah “master title”.  Pihak penyelesai yang dilantik akan menyelesaikan masalah status pemilikan daripada “master title” ke “individual title”.  Jadi... untuk penyelesai melancarkan proses pertukaran status tersebut, pemilik-pemilik hendaklah mengemukakan bukti pembelian lot rumah dengan mengemukakan beberapa dokumen kepada pihak penyelesai seperti Ic pembeli, sales and purchase agreement, surat kelulusan pinjaman dari institusi kewangan, surat delivery vacant possession, surat keterangan tuntutan tribunal dan lain-lain dokumen yang berkaitan dengan pembelian rumah serta semuanya ditandatangai oleh peguam atau pesuruhjaya sumpah yang dilantik.  Aduussss... masakkk!!!!  Tapi hubby aku telah tunaikan tanggungjawab dia sebagai Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Pinggiran Cyber dengan mengedarkan memo mengenai perkara ini kepada semua penduduk termasuk memaklumkan perkara ini melalui whatsapp dan FB.  Masalahnya.... ada penduduk yang degil bonar ni.... hmmmm.... tak tau la nak kata apa... kami difahamkan... kalau pembeli rumah tak declaire umah diorang ni... pihak penyelesai boleh mengambil kira rumah tersebut masih harta pemaju dan boleh melelongkan rumah tersebut untuk dijual dan menyelesaikan hutang-hutang pemaju walaupon rumah tu ada owner.  Takke cari pasal namanya.... adessssss!!!  Kalau ikut kedegilan sendiri mati.  Apa pon... aku dan suami telah jalankan tanggungjawab aku sebaiknya....  tapi hati sakit laaa!!

Aku doakan semua  berjalan lancar la gamaknya... lepas satu-satu.  Dah la banyak kekurangan kat taman ni.  Aku pon pelik la ngan pemaju ni masa buat rumah dulu.  Taman permainan ada... tapi lot untuk buat surau  boleh takder.  Bukan menda ni penting ke??? Kan dah jadi 1 hal penduduk nak kena pikirkan cara nak dapatkan surau.  Kalau pihak Pejabat Tanah, MPS, PKNS, YB-YB dan Ahli Majlis nak layan senang-senang takpe... ni banyak nau karenah birokrasi yang kena hadap.  Sorry to saylah yer.... Sabo jer laaa kami ni.... bukan apa... kesian kat laki aku la juga yang jadi pengerusi.  Semua menda nak pikir and buat kerja sendiri... takkan nak paksa-paksa AJK lain buat kerja sama.  Sendiri bleh fikirlah... dah besau panjangkan.... Jangan tau nak complaint jer tapi bila meeting, gotong royong, kutip yuran dan aktiviti-aktiviti lain tu tunjuk muka pon idak... cakap jer lebar lebur kat fb dan whatssapp tapi bila kita buat majlis ada jer halnya... takkan tiap kali program ada hal yer dak...? Hakikatnya.... setakat tu jer lee... asik muka yang sama jer ngadap walaupun diorang pon ada agenda lain tapi at least datang juga atau maklum awal atau usaha untuk something... komuniti/rumah kat TPC tu ada la dalam 319 biji rumah tapi komuniti tu macam 30 biji rumah jer.... sedihhhh!!!  Huhuhu.... Macam mana nak berjaya persatuan penduduk ni bila ahli sendiri tak kerjasama.  Alasan yang diberikan sebab ramai penyewa.... tapi aku tengok owner rumah sendiri pon dalam 50% jugak... still sama jer... so acaner tu?? Yang menyewa tu bukan dok situ gak ke? Haishhhh... alasan macam tak munasabah. Tak reti aku.  Tapi tak semua penyewa gitu... ada juga penyewa yang betul-betul bagi komitmen terhadap urusan taman.  Yang ini aku salutelahhh... 

Sorrylah kalau kata-kata dan complaint aku kat atas tu akan menyinggung hati orang lain secara tak sengaja.  Tapi itulah hakikatnya.  Biar gaduh sekarang jangan gaduh kendian.  Lagipun untuk kebaikan bersamakan.... persatuan penduduk ni diadakan semua bersebab. Selain dapat mengeratkan sillaturrahim... pelbagai perkara dapat dibincangkan dan dikongsi untuk kebaikan bersama... nama pon jiran yer tak.  Ni masing-masing buat hal sendirik. Jangan dah susah atau terkena sok baru nak cari jiran.  So fikir-fikirkanlah yer... 

Sekali lagi maaf dari aku kalau ada yang terasa.... Aku luahkan apa yang terbuku dihati aku.  Rindu hidup berjiran seperti aku duduk kat taman umah lama di Segamat, Melaka dan rumah sewa aku kat Taman Desa Saujana sebelum menetap di sini.  Rumah yang aku duduk tu sumer rumah sewa tapi kami hidup dan berjiran macam kami bukan penyewa.  Ada jer aktiviti kejiranan yg dibuat... seronok. Hmmm..... oklahhhh.... penat menulis dan membebel.

Tata....

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

salam kak, sekarang macammana? masih ada masalah macamtu lg?
kes2 pecah rumah pun ade lagi ke?
saya tengah usha2 area rumah ni. ingat nak beli..tapi dengar macam-macam pasal tpc ni jadi risau pulak...

Tanpa Nama berkata...

Salam kak, maaf tiba-tiba bertanya. Mcmana dgn status rumah di area TPC? bercadang nak membeli tapi takut pulak kalau owner lama belum settle ttg status pemilikan rumah...

Unknown on 24 November 2014 pada 11:56 PG berkata...

salam kak, semlm (23/11/14) sy n hubt lalu kt tmn ni.. ingt nk beli umah area cni

Unknown on 24 Mac 2015 pada 11:23 PTG berkata...

Assalamualaikum Kak, nak tanya kalau ada terdengar rumah kosong untuk disewa di kawasan ni. Boleh minta tlg bg contact kepada saya di hadie606@gmail.com

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...