Isnin, 30 April 2012

An Evening With Anuar Zain 2012

Posted by Emmymazli at 11:21 PG
28 April 2012 - MITC, Melaka

Salam semua..... Today punya storey yang aku nak kaborkan ialah pasal kehappyan aku mendapat invitation sekali lagi pada tahun ini untuk menonton Anuar Zain punya event. Yeay!!!! Terima kasih banyak-banyak pada sahabat aku Tanty dari Permaisuri Resort Port Dickson yang invite aku. Actually  event ini untuk meraikan setiausaha dan juga peminat-peminat Anuar Zain.... Kalau nak tunggu boss den ni ha nak belanja.... Takderla.... Huwaaaa!!!!! 
Di hadapan pentas bergambar
Me with Tanty yang beri peluang hadir  event ni
Alhamdulillah tahun ni aku dapat 4 tiket berbanding tahun lepas yang aku just dapat 2 tiket. So memandangkan aku dapat 4 tiket... maka Tanty juga udah berpesan supaya memberikan tiket ini kepada potential secretary.... so aku pun mengajak la adik aku Syila dari UTEM yang dari tahun lepas nak tengok Anuar Zain ni.  Dan kebetulan pula.... aku ingatkan nak ajak mama aku... tapi mama pula kasi tiket tu pada sepupu a.k.a. adik aku si Ecah yang juga secretary di Perbadanan Air Melaka yang juga peminat Anuar Zain.  So semuanya secretary yang aku bawalah yer.... kecuali hubby aku yang bukan secretary... heheheh...
Secretary-secretary yang bergambar dengan Tanty
Hubby aku yg  bukan secretary... heheheh
Beria aku nak melaram skit tahun ni coz of  Anuar Zain punya pasal.... sanggup hari Jumaat tengahari a day before event tu aku sempat lari ke GM Klang nak cari nite gown untuk malam tu.  Mak beli yang murah-murah jer tapi nampak mahal ok...  Sepatutnya masa hari event tu aku tak boleh  nak ke mana-mana sebab pagi Sabtu tu aku ada Kejohanan Bola Tampar MAKSWIP.  Kalaulah ditakdirkan team aku berjaya ke quarter final.. mau naya aku tak bleh pergi event Anuar Zain ni... tapi memang ditakdirkan juga agaknya kitorang kalah walaupun kami dah buat sehabis baik dan ditakdirkan juga memang aku nak tengok Anuar Zain ni... maka sampai juga aku di bumi Melaka.  Make up artis mak pada malam tu sebenarnya adik aku si Angah... Hehehhe... cantik Angah make up... hihihi.. siap promote tu.... walaupun sebenarnya muka aku sun burn teruk dek main volleyball pagi tu... tapi Angah make up memang gojesss!!!  Thanks Angah!!!
Angah make up...  cantikkan....
Seronok memang seronok bila dapat tengok Anuar Zain sekali lagi dan dengan dia memang tak menjemukan... tapi kalau  nak dibandingkan event tahun lepas dengan tahun ni.... pada aku event tahun lepas lagi best la.... Firstly.... aku perhatikan Anuar Zain tak banyak turun ke meja untuk bersama-sama dengan peminat.  Khabornya ada peminat or  pembeli tiket yang mahal-mahal tu tahun lepas tak puas hati sebab tak dapat dan tak puas bergambar dengan Anuar Zain secara dekat... orang yang bayar tiket murah pula yang dapat... katanya laaa.... so kiranya tahun ni Anuar Zain lebih eksklusif laa... mencik tau.... Secondly.... aku perhatikan... hadiah cabutan  bertuah juga kurang tahun ni berbanding tahun lepas... ada berapa jer... orang yang datang beribu.... kecewa mak tau... Thirdly... kedudukan table aku ke belakang skit dari pentas, tak macam tahun lepas yang kat depan tapi aku syukur jugalah... cuma.... aku rasa bila dah terlampau ramai macam tak syok pula... hadoiiii!!! And lastly... makan style buffet dan kena beratur dengan orang yang ramai giler tu...tapi aku still tak kisah... masalahnya bila makanan yang aku jamah sumer tak sedap terutamanya spagetti yang aku teringin sangat nak makan..... kalau tengok spagetti tu memang menyelerakan... tapi  bila makan... OMG!!! Macam spagetti basi.   Hmm.... what ever laa.... Tapi nasib baik bila event tu dicover oleh Nabil dan Shira.  Tak habis-habis buat orang tergelak dengan gelagat diorang.  Tapi sayangnya bila artis undangan yang merupakan Raja Lawak 6 iaitu Shiro tak berapa menjadi dalam membuat lawak diorang malam tu.... best lagi tahun lepas bila diorang undang Lan Pet Pet.  Bukan nak membandingkan... tapi nak menambah baikkan.... 
Nabil dan Shira yang gile-giler dalam mengacara tapi best!!!
With Nabil
Layan bergambo dengan Shira
Abg Nas Ahmad pun ada... aku tak lepas peluang bergambo dengan dia

Apapun.... aku syukur bila dapat joint event ni walaupun banyak kekurangannya event ni tahun ni.  Harap-harap pihak penaja iaitu tokey Permaisuri Resort akan lebih telus dan berjaya dalam mengadakan event macam ni di masa akan datang.... kalau korang bagi mandat lagi kat aku untuk promosi.. aku ok jer..  heheheheh....  Cer tayang skit gambo-gambo Anuar Zain yang sempat hubby aku captured ni...

Oklah... takmo citer banyak-banyak....babai dulu.... ^_^

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...