Jumaat, 24 Februari 2012

Nokia 200

Posted by Emmymazli at 10:38 PG
Salam semua....

Aku dah rasa mula nak berbloging balik setelah lama berehat... hehhehehe.. apa nak story ekk...??

Oklah... harini aku nak ucapkan terima kasih kepada encik hubby aku yang telah  membelikan aku handphone baru Ahad lepas untuk menggantikan handphone CSL a.k.a. Blueberry aku yang dah agak jahanam jugakla tapi still boleh pakai. 
CSL a.k.a. Blueberry yang lama
Anyway kalau ikutkan aku tak kisah pun pakai handphone lama tu lagi sebab aku suka pakai handphone yang  mempunyai 2 sim card walaupun handphone tu jenis murah.  Lagipun aku ni serik sikit nak pakai handphone mahal-mahal dan RM400 ke atas sebab kalau  hilang or jatuh dan jahanam ke.. memang nangis tak berlagu la gamaknya.... ada sejarah sebenarnya... huhuhu.  Anyway...punyalah aku bertahan pakai handphone lama tu dekat 2-3 tahun sebab nak tunggu jenis Nokia or Samsung ke keluar handphone jenis 2 sim card memang tapi lambat bebenor.  One more thing aku kalau boleh takmo pakai handphone jenis touch screen sebab aku  ni lembab skit bab tekan touch-touch ni.  So handphone yang  mempunyai semua keypad alphabet dan nombor macam Blackberry memang menjadi pilihan aku.  Biarlah orang nak kata aku ni ketinggalan zaman ke apa... whatever!!!!!!!!!!

Jadi... bila dapat tau jer Nokia keluar handphone yang sespesis dengan C3 tu ada 2 sim card pada akhir bulan Januari haritu dan murah pula tu... RM300 jer....maka dengan segera la aku ingat nak beli.  Handphone ni model Nokia 200 dan amat baru lagi di pasaran.  Bila aku diberitahu oleh penjual handphone tu  yang juga kawan hubby aku yang handphone jenis ni buat masa ni hanya keluar warna putih dan hitam sahaja but di masa akan datang dalam 2 bulan lagi akan keluar warna pink kegemaran aku... maka aku sanggup lagi tunggu.  Takper la kalau pakai dulu handphone Blueberry aku yang kokak tu... Tapi minggu lepas hubby aku lak yang loghat nak beli jugak handphone tu dan takmo tunggu warna pink.  Dia risau kalau handphone Blueberry aku tu  buat hal dalam masa terdekat ni.  Kalau aku setuju ambil yang warna putih atau hitam ni dia yang bayarkanlaa... memanglah selamat duit aku tapi aku still tak dapatlah handphone warna kegemaran aku selama ni.... haishhhh!!!!  At last dia dealing sendiri ngan kawan yang jual handphone tu akhirnya ambil jugalah handphone Nokia 200 warna hitam.  Huhuhu... frust but thanks!!!
Nokia 200 yang hubby aku hadiahkan...
Syukur tu syukurlaaa.... tapi bila la aku nak dapat pakai handphone warna pink yang ada ciri-ciri seperti aku nak ni...???? Huhuhuh!!!!!

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...