Isnin, 9 Jun 2014

Menerima Tempahan Jam Berdesign Gambar

Posted by Emmymazli at 5:16 PTG 0 comments
Salam semua....

Harini saja nak strory pasal rezeki aku dalam bisness yang tak di sangka-sangka ni.... Apa pon... alhamdulillah kerana ada sahabat yang sudi membantu aku dan berikan kepercayaan beliau yang juga guru bersama Pengetua Sek. Men. Keb. Seksyen 16 Shah Alam untuk buat tempahan jam ni setelah melilhat hasil kreatif aku sebelum ini yang buat design jam ni khas untuk Reunion SMVPD 79ERS bulan April yang lalu.  
Ni contoh jam yang aku buat semasa SMVPD 79ERS
Niat asalnya aku just nak buat something kreatif jer untuk program reunion tu... tapi tak sangka mendapat tempat di hati sahabat aku ni dan dia berikan contoh dan idea ni kepada mesyuarat sekolah untuk aktiviti tertentu sekolah.  Setelah mendapat persetujuan dua-dua pihak akhirnya aku memulakan tugas menjalan kerja-kerja designing dan pasang siap pada jam yang diorder.  

Amacam... ok tak hasil kerja aku nih??

Syukur alhamdulillah... dalam terdesak ada orang bagi aku peluang perniagaan. Thank you Lala.

Kotlah kalau ada yang berkenan nak buat tempahan boleh la roger aku yer.... Tata....

Ahad, 8 Jun 2014

Eksiden... Malang Betul Diri Ini

Posted by Emmymazli at 5:14 PTG 0 comments
6 Jun 2014 - Persimpangan  KBS & NRE

Ya Allah... apa la nasib aku nih... apalah ujian Allah nak bagi aku sebenarnya... baru aku nak dapat rezeki lebih sedikit untuk cover perbelanjaan aku setelah habis duit bercuti ke Langkawi... bleh plak eksiden dengan motor.

Hmmm... tak tau nak salahkan saper... aku atau  motor tu... masa kejadian tu... aku dalam perjalanan balik rumah dari ofis... kena pon kat depan pejabat di simpang tiga nak ke jalan besar.  Tapi honestly aku memang silau  matahari petang tu... masa aku keluar... aku memang tak nampak motor pon dari arah kanan walau aku menjengah... jadi aku keluar simpang seperti biasa.. tup tup... dammm belah pintu kanan aku.... memang terperanjat giler.
Aku terus himpit ke tepi... nak buka pintu tak boleh.... toleh belakang tengok-tengok ada budak kecik atas jalan tertiarap sambil nangis.. menggelabah giler... terus aku ke tempat duduk sebelah dan buka pintu... aku perhatikan anak perempuan dia menangis tak berhenti... berdarah di atas mulut dan dahi. nasib baik tiada ada yang parah... si ayah yang bawa motor luka di kaki dan tangan.... nasib baik tak ada apa yang buruk berlaku... terus aku bawa mereka berdua ke hospital putrajaya  dan motor minta lelaki yang menjaga kiosk di tepi jalan tu uruskan.

Sampai di hospital putrajaya terus aku hantar mereka berdua di wad kecemasan... lepas hantar tu aku terus cari parking kereta.  Dah dapat parking terus aku menuju ke wad kecemasan... Lelaki yang eksiden dengan aku tunggu tu  namanya Rosaidi... aku menunggu dengan tenang sambil dia mendaftar untuk berjumpa doktor.  Anaknya yang tadi menangis akhirnya dah ok. Dalam baik aku pujuk dia duduk dengan aku dan alhamdulillah... dia ok dan senyap jer.  Sehinggalah tak lama selepas itu isteri beliau datang dan menerpa anaknya dengan tenang.  Nasib baik wanita tu baik orangnya dan rileks... Ada setengah manusia dah menggelabah monyet kalau tengok ahli keluarganya kalau terjadi apa-apa.  Dia nak pastikan anak dan suaminya tidak apa-apa yang teruk berlaku barulah hatinya tenang.  Selepas menelek anak perempuannya barulah dia boleh bersalam dan berborak dengan aku baik-baik.


Sambil menunggu kami menunggu giliran untuk dia dan anaknya berjumpa doktor... jauh di sudut hati aku berdoa agar tiada apa-apa yang berat berlaku pada mereka.  Kalau tengok kecederaan Rosaidi macam patah or retak di bahu.  Entah laaa.... Dalam hati runsing dengan apa bakal berlaku... adusss... bila fikirkan balik aku jadi tension tapi aku cuba jadi tenang.  Berdoa agar tiada apa berlaku.... itu belum lagi difikirkan apa yang perlu aku bincangkan dengan hal kenderaan kami.  Bab aku takper laa... bab dia... Ya Allah... tension aku dibuatnya.  Hubby dah  malas nak layan or fikirkan pasal aku... dia suruh aku settle sendiri.  Lagi buat aku tension!!  Apa-apa biarlah tunggu keputusan doktor.
Dalam 3 jam di hospital menunggu dengan penuh sabar dan doa... hasil pemeriksaan doktor dan ujian x ray kedua-duanya... alhamdulillah dua-dua selamat dan hanya luka kecil sahaja.  Lega rasa.  Ujian kedua pada aku... Rosaidi tanya aku macam mana nak settle.  Kalau difikirkan... jika aku nak claim insurans memang acces aku tak lepas dengan kerosakan begitu.  Buat rugi aku punya ncb insurans jer kalau nak claim.  Lebih elok kalau buat sendiri sahaja. Tapi kalau nak buat dua-dua skali dengan motor dia memang jauh dari kemampuan aku.  Sebab kami sendiri tak pasti kesalahan siapa.  Kalau setakat aku punya kereta... kemek pon aku still boleh bawa lagi hinggalah aku ada duit untuk repair.  Jadi setelah bincang dan lihat kembali keadaan motor dan segalanya... akhirnya kami decide buat sendiri-sendiri.  Hmmmm.... lega rasa....

Apa pon... seperti biasalah... kena tahan telinga dengan laki aku tu.... lepas seminggu lebih kereta tak hidup dan tersadai di rumah menunggu ada duit untuk direpair... kami berharap pakai kereta angah yang kebetulan dia balik Sabah minggu tu... yang geram tu... bila aku nak hantar kereta tu pergi repair setelah ada duit skit boleh plak bateri kereta aku kong. Adussss... dugaan buat aku betullah. Kenalah cari juga RM200 untuk tukar bateri pulak.  Haiiii laaaaaa.... Sabo jer laaaaaaa pasrah jer ok....

Jumaat, 6 Jun 2014

Pelancaran Hari Rakan Alam Sekitar

Posted by Emmymazli at 5:10 PTG 0 comments
5 Jun 2014 - Dataran Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan

Haaa... update story menyanyi menyanya lagi.  Heheheh.... apa jer yang boleh aku buat.  Nyanyi je le kan.  Kalini aku dan kengkawan koir telah diberi tugas untuk menyanyikan lagu tema program Rakan Alam Sekitar semasa Pelancaran Hari Rakan Alam Sekitar di Port Dickson.

Semangat lagi seminggu sebelum majlis dah start training.  Tapi aku 2 hari jer... hahahah.. yer laaa... boss aku sekat aku jer sampai beremail bagai... malas nak story... sakit pulak ati kita nih!!  Tapi kerana minat ku telan jua.  Lantokkan dia.  

Kami diberikan penginapan di Hotel Seri Malaysia... syukur... aku pula boleh bawa anak-anak.  Asalnya aku ada partner lain tapi last minit partner aku takde plak... so aku ajak la encik suami tidur sebilik ngan aku sebab kebetulan dia pon bertugas di hari berkenaan.  Heheheheh.... 
Semasa hari rehearsal... Bila dah bawa anak-anak ni... almaklumlah... ada jer nak ngetuk aku.  Adoiiiii... sabo jer laaa... tapi dalam takmo bagi kesian pula... so nak tak nak bagi laa... bukannya nak apa pon... nak naik kuda padi jer... tapi cekik darah.  Huh!! Rehearsal start pon tak lagi tapi aku dah terkena.  Haiyaaaaa.... Kalau tak layan kang muncung sedepa.  
Semasa rehearsal
Semasa  hari pelancaran... kami diberikan baju ala-ala pekerja JAS semasa menyanyi... Hahahaha... korang tengoklah sendiri.  Tak kuasa aku. Orang dah bagi aku terima jer la.  Alhamdulillah... persembahan simple... tapi penganjur happy.  Kami ni setakat artis murahan (ayat tak bleh blah)... tak kena bayar pon... janji makan pakai cukup walau dalam hati banyak menda tak berkenan.  Heheheh... biase lee.... tak semua menda perfect kan.  
Pemandangan majlis dari tepi pentas.. meriah!
Kami pulang ke Putrajaya sejurus lepas tamat program.  Takmo tunggu-tunggu. Almaklumlah... mana yang tinggal anak, bini dan suami tu agak leceh untuk stay berhari-hari.  Yang bawak anak-anak ni pon lagi leceh.. asik kena cukai jer... masakkkk aku.  Hehehehe....

Oklah... takde apa menarik pon... menolak lagi ada... hehehehe... taataaaaa...
Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...