Isnin, 10 Februari 2014

Hari Keluarga Seksyen 3P, JUPEM

Posted by Emmymazli at 3:48 PTG 0 comments
8-9 Februari 2014 
d'Ark Resort, Janda Baik, Pahang


Salam semua....

Today nak update pasal program bersama keluarga pula....
Kalini aku ikut program under hubby punya ofis.  Tak plan nak pergi pon pada awalnya hinggalah hari Khamis lepas hubby baru confirmkan kata nak pergi.

Sabtu tu... kami gerak awal skit dari rumah untuk ke sana.... sebab hubby kata ada makan tengah hari disediakan.  Ok jer la... Aku ni sedar diri... dah la menumpang... heheheh.... so senyap-senyap jer laa... ikut jer rentak... orang makan kita makan... orang suruh masuk bilik aku masuk bilik... rehat dulu.... jam 3 dia suruh turun memakai tshirt yang disediakan maka kami pon persiapkanlah diri jer... Heheheh

Acara sukaneka biasa la.... budak-budak dengan acara rebut gula-gula dan isi air dalam botol.  Seronok tengok budak-budak seronok.  Mana tak nya.... habis gula-gula anak-anak aku kutip... si Hanum yang besar panjang tu pon join... dia tarah habis gula-gula masuk dalam baju Kimie kes dia takder tempat nak letak... tu belom termasuk yang Kimie kutip sendiri.... Naik kembong la tshirt Kimie... hahhahaha... kesian budak-budak lain...
Begitu juga dengan game isi air dalam botol.  Katanya kena isi sampai penuh... siapa penuh dulu dia menang.... of course la anak-anak aku menang... dah diorang besar-besar.... yang lain semua kecik dari diorang.... hahahah.... nak buat camner kan..... 
Selepas itu turn mama dan ayah plak.... game simple tapi mengena.  Mana tak nya.... Water bomb untuk mak-mak remaja yang santekk ni dan game cari gula dalam tepung untuk si ayah yang kacak-kacak.  :P.  Paham-paham jer laa... kalau dah main water bomb... jika salah tangkap balingan bom tu dah tentu la kalau bom tu pecah kena kat kita basah... nasib laaa.... Game para suami pon gitu jugak... habis berbedak laki aku cari gula dalam tepung... .. hahhaha... nasib baik tak sempat amik gambo... kalau tak tentu jadi bahan jenaka aku.  Heheheheh....
Acara mak-mak remaja
Para ayah
Sebenarnya ada satu lagi game yang aku masuk iaitu treasur hunt yang dibuat secara berkumpulan.  Simple but fun.  Pihak urusetia bagi borang dan kita kena cari team sendiri.  Dah dapat team baru boleh start game.  Task untuk treasure hunt tu mudah  but biasalah... nak dapatkan barang tu bukan senang... kena berebut wehhh.... masa yang diberikan cuma 10 minit lak tu... menggasak aku ngan team nak siapkan task yang diberikan.  Tapi sayang gambar aku takde.... kebetulan dapat capture 1 gambar 2 dari 4 orang team mate aku.   Gambar ni ada pon sebab kami nak ikut task yang diberikan suruh ambil gambar tudung berlainan warna.  Heheheheh
Kak Mira & Kak Jun team mate treasure hunt
Dah penat bersukaneka.... minum petang disediakan.  Tapi acara paling menarik bila ada kenduri buah-buahan terutamanya buah durian.  Perghhh... sakan semua.... yang mencangkung lain.. yang bersila lain... yang tukang kopek durian lain... macam-macam gaya ada.... seronok tengok gelagat masing-masing.  Aku jer tak berani nak makan lebih-lebih sebab takut sakit tekak.  Anak-anak aku antara orang terawal la makan durian... dah makan sampai pening baru sibuk nak pergi mandi sungai....
Acara dinner malam tu bertemakan Arabian.  Masakkk!!! Kitorang sekeluarga takde jubah sebenarnya.... kebetulan aku ada 1 jer jubah lama tapi besar dan simple giler.  Tapi aku bawa je untuk pakai malam tu.  Nak dijadikan citer terpaksa la kami sefamily pakai baju mana ada jer.  Malas nak grand-grand sangat.   But aku pulak rasa jubah aku plain sangat... kebetulan petang tu masa aku sampai Janda Baik aku pakai 1 baju ni.  Try  buat mix and match walau baju tu dah pakai pon petang tu... tudung aku memang dah bawak yang paling santekk aku ada kan... heheheh... Bila test pakai hubby kata ok plak... So jalankan jer laa...  yang penting make up kena lebih skit macam arab... orang Arab kalau make up kan suka lebihkan tang mata.... hehehehehe
Acara untuk malam tu... biasalah... makan-makan... kambing, ayam, ikan, sotong dan udang bbq serta menu-menu tambahan lain.... bila dah ada sukaneka petang tu mesti ada sesi penyampaian hadiahkan... pelbagai lagi hadiah cabutan bertuah yang nak dibagi-bagikan kepada staff.... Yeayy.. apa pon kami sefamily team Juara.   Jangan jeles yer....
Yang paling best... tak sia-sia usaha aku petang tu nak cuba-cuba baju tu kan.... Akhirnya dapat juga title Pakaian Wanita Terbaik malam tu... celah mana baiknya tak tau laa... terima jer... ngeh... ngeh... ngeh...
Dalam banyak-banyak perkara... rasa terharu pula ada yang menyediakan kek untuk celebrate birthday untuk staff dan keluarga yang lahir pada bulan Februari dan Mac... Haaaaa.... malu tapi mau... ikutkan jer laa..... Heheheh

So.... secara keseluruhan... inilah hasilnya 1 hari 1 malam tu..... heheheh.... kami have fun dan puas betul.... aku rasa  yang lain pon rasa begitu.... walaupun majlis simple tapi terasa benar happynya dengan majlis yang dibuat penuh keikhlasan oleh Seksyen 3P ni... kenapa ek cakap gitu.... entah laa.... biar segalanya tersirat dalam hati... heheheh.... Tq yer urusetia majlis... lenkali jangan lupa ajak lagi.. heheheheh

Selasa, 4 Februari 2014

Kes Pemaju Taman Pinggiran Cyber Gulung Tikar!!

Posted by Emmymazli at 3:49 PTG 6 comments
Adussss.... Stress betul ngan pemaju rumah aku  ni iaitu Perspektif Perkasa Sdn. Berhad @ Talam Corporation.  Macam hampehhh... kalau bukan kat blog mau berbakul lagi sumpah seranah aku.  Sakit pula ati kita ni bila mengenang nasib membeli rumah di TPC yang ada jer permasalahan  berlaku.  

Kalau orang lain beli rumah senang-senang jer.... kenapa la nasib aku dan penduduk TPC yang lain gini... kalau orang kaya takper.. boleh juga cari or beli rumah lain.  Ni dah la rumah susah nak cari... mahal lak tu.... tak mampu den der.... 

Kalau sebelum ni ada jer.. Mula-mula skali kes tuntutan bayaran.... ada jer diorang nak ngelak dari bayaran tuntutan tribunal kes lewat siapkan rumah terbengkalai 8 tahun.... satu sen pon tak dapat!! Macam cilako!!! Kendian tu.... kes rumah retak sana sini.  1 kerja pulak nak repair sumer sendiri... nak tuntut ngan pemaju kes lepas setahun terjadi... nak tak nak buat sendiri ler....  itu blom yang lain berkaitan sampah... kebersihan taman sumer... diorang lepas tangan dengan Majlis Perbandaran Sepang... 

Ni kes akhir tahun lepas antara pemaju dengan pihak Syabas lak....  pihak Syabas nak tuntut bil air pukal dengan penduduk sebab ada bil tertunggak dalam amount RM3k lebih yang pemaju tak bayar dah berapa bulan kat Syabas.  Padahal terang-terangan yang kami mostly sumer ada meter sendiri.  Nasib baik Syabas bagi opsyen dan juga faham dengan apa yang terjadi diantara pembeli rumah dengan pemaju mangkuk hayun ni. Nak tak nak AJK TPC kena rikki satu-satu rumah yang takder meter and paksa mereka pasang.... Kalau nak pasang kena la daftar baru balik dan keluar duitkan... Ada yang tak nak bayar sebab alasannya mereka dah bayar kepada pemaju tapi pemaju yang tak jalankan kerja... Dah nak buat camner kan... Nak tak nak kena gak bayar semula dan AJK TPC kena juga uruskan dengan Syabas. Hmmmm.... 
Notis yang dikeluarkan oleh penyelesai dalam surat khabar
Kalini punya kes terbaru pasal suatu notis telah disiarkan di akhbar-akhbar  tempatan pada hari Khamis, 02 Januari 2014 berkaitan dengan status pemilikan rumah di TPC, Cyberjaya, Selangor oleh Ler Lum Advisory Services Sdn. Bhd. berikutan dengan status pemaju perumahan taman ini iaitu Perspektif Perkasa Sdn. Bhd. yang telah diisytiharkan bangkrap oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 Mei 2013.  So, pihak penyelesai yang telah dilantik iaitu Ler Lum  Advisory Services Sdn. Bhd sedang mencari harta-harta pemaju untuk dilupuskan termasuk perumahan TPC dimana pemilikan masih di bawah “master title”.  Pihak penyelesai yang dilantik akan menyelesaikan masalah status pemilikan daripada “master title” ke “individual title”.  Jadi... untuk penyelesai melancarkan proses pertukaran status tersebut, pemilik-pemilik hendaklah mengemukakan bukti pembelian lot rumah dengan mengemukakan beberapa dokumen kepada pihak penyelesai seperti Ic pembeli, sales and purchase agreement, surat kelulusan pinjaman dari institusi kewangan, surat delivery vacant possession, surat keterangan tuntutan tribunal dan lain-lain dokumen yang berkaitan dengan pembelian rumah serta semuanya ditandatangai oleh peguam atau pesuruhjaya sumpah yang dilantik.  Aduussss... masakkk!!!!  Tapi hubby aku telah tunaikan tanggungjawab dia sebagai Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Pinggiran Cyber dengan mengedarkan memo mengenai perkara ini kepada semua penduduk termasuk memaklumkan perkara ini melalui whatsapp dan FB.  Masalahnya.... ada penduduk yang degil bonar ni.... hmmmm.... tak tau la nak kata apa... kami difahamkan... kalau pembeli rumah tak declaire umah diorang ni... pihak penyelesai boleh mengambil kira rumah tersebut masih harta pemaju dan boleh melelongkan rumah tersebut untuk dijual dan menyelesaikan hutang-hutang pemaju walaupon rumah tu ada owner.  Takke cari pasal namanya.... adessssss!!!  Kalau ikut kedegilan sendiri mati.  Apa pon... aku dan suami telah jalankan tanggungjawab aku sebaiknya....  tapi hati sakit laaa!!

Aku doakan semua  berjalan lancar la gamaknya... lepas satu-satu.  Dah la banyak kekurangan kat taman ni.  Aku pon pelik la ngan pemaju ni masa buat rumah dulu.  Taman permainan ada... tapi lot untuk buat surau  boleh takder.  Bukan menda ni penting ke??? Kan dah jadi 1 hal penduduk nak kena pikirkan cara nak dapatkan surau.  Kalau pihak Pejabat Tanah, MPS, PKNS, YB-YB dan Ahli Majlis nak layan senang-senang takpe... ni banyak nau karenah birokrasi yang kena hadap.  Sorry to saylah yer.... Sabo jer laaa kami ni.... bukan apa... kesian kat laki aku la juga yang jadi pengerusi.  Semua menda nak pikir and buat kerja sendiri... takkan nak paksa-paksa AJK lain buat kerja sama.  Sendiri bleh fikirlah... dah besau panjangkan.... Jangan tau nak complaint jer tapi bila meeting, gotong royong, kutip yuran dan aktiviti-aktiviti lain tu tunjuk muka pon idak... cakap jer lebar lebur kat fb dan whatssapp tapi bila kita buat majlis ada jer halnya... takkan tiap kali program ada hal yer dak...? Hakikatnya.... setakat tu jer lee... asik muka yang sama jer ngadap walaupun diorang pon ada agenda lain tapi at least datang juga atau maklum awal atau usaha untuk something... komuniti/rumah kat TPC tu ada la dalam 319 biji rumah tapi komuniti tu macam 30 biji rumah jer.... sedihhhh!!!  Huhuhu.... Macam mana nak berjaya persatuan penduduk ni bila ahli sendiri tak kerjasama.  Alasan yang diberikan sebab ramai penyewa.... tapi aku tengok owner rumah sendiri pon dalam 50% jugak... still sama jer... so acaner tu?? Yang menyewa tu bukan dok situ gak ke? Haishhhh... alasan macam tak munasabah. Tak reti aku.  Tapi tak semua penyewa gitu... ada juga penyewa yang betul-betul bagi komitmen terhadap urusan taman.  Yang ini aku salutelahhh... 

Sorrylah kalau kata-kata dan complaint aku kat atas tu akan menyinggung hati orang lain secara tak sengaja.  Tapi itulah hakikatnya.  Biar gaduh sekarang jangan gaduh kendian.  Lagipun untuk kebaikan bersamakan.... persatuan penduduk ni diadakan semua bersebab. Selain dapat mengeratkan sillaturrahim... pelbagai perkara dapat dibincangkan dan dikongsi untuk kebaikan bersama... nama pon jiran yer tak.  Ni masing-masing buat hal sendirik. Jangan dah susah atau terkena sok baru nak cari jiran.  So fikir-fikirkanlah yer... 

Sekali lagi maaf dari aku kalau ada yang terasa.... Aku luahkan apa yang terbuku dihati aku.  Rindu hidup berjiran seperti aku duduk kat taman umah lama di Segamat, Melaka dan rumah sewa aku kat Taman Desa Saujana sebelum menetap di sini.  Rumah yang aku duduk tu sumer rumah sewa tapi kami hidup dan berjiran macam kami bukan penyewa.  Ada jer aktiviti kejiranan yg dibuat... seronok. Hmmm..... oklahhhh.... penat menulis dan membebel.

Tata....

Sabtu, 25 Januari 2014

Sile Geram Anak Kucing Saya

Posted by Emmymazli at 11:58 PG 0 comments
Entry kali ni saja-saja je... heheheheh.... nak tunjuk-tunjuk anak kucing saya.  
Geram kan... Love them so much!!!


Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...