Ahad, 12 Januari 2014

Anak-Anak Training Kelas Taekwondo Di Tempat Baru

Posted by Emmymazli at 4:00 PTG 1 comments
Salam tahun  baru...  masih sempat lagi kan nak wish... hehehehe

Anyway just nak sharing aktiviti anak-anak.... 

Memandangkan Kerajaan pon minta kita sebagai rakyat Malaysia ambil langkah berjimat cermat.... salah satu caranya aku terpaksa juga la mengambil langkah menukar kelas training taekwondo anak-anak aku dari training di Putrajaya ke Putra Perdana.... area rumah aku lebih dekat banyak dengan Putra Perdana dari di Putrajaya nun.... dapat aku jimat minyak kereta.  Huhuhu....

Lagi pon.... kebetulan pula.... trainer yang mengajar tu Sir Muhin yang juga sir diorang yang mengajar Kelas Sparring di Dengkil dan di bantu oleh Sir Arvind.  So harap-harap  ada banyak perkara yang boleh diperbaiki oleh anak aku selepas ini.  Bukan senang nak dapat sir-sir yang bagus kan....

Anyway... moga anak-anak aku berjaya hendaknya kelak.... Amin.  Good luck anak-anakku!!

Khamis, 9 Januari 2014

Emmymazli Enterprise Dah Didaftar!!!

Posted by Emmymazli at 2:07 PTG 0 comments
8 Januari 2014 - Putrajaya

Alhamdulillah... setelah ditimbang tara beberapa lama memandangkan aku hendak mencuba pelbagai perkara dalam dunia perniagaan maka akhirnya aku kuatkan semangat untuk melabelkan nama aku dan suami 'EMMYMAZLI' dengan mendaftar perniagaan untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan.  Puas aku fikir untuk daftarkan perniagaan ni sebab dapat permintaan untuk menjual power bank dan lain-lain barang dalam kuantiti yang banyak.  So why not aku mula dari first step dan mula cari-cari peluang perniagaan kecil-kecilan secara online.  

So.... pada 8 Jan 2014 (Rabu) akhirnya aku berjaya mendaftarkan perniagaan aku dengan nama 'EMMYMAZLI ENTERPRISE'... yeayyyy!!! Doakan aku yer kengkawan..... zaman sekarang ni kena mula berniaga untuk mencari rezeki tambahan buat anak-anak dan menyara hidup.... Aku harap aku gagah harungi cabaran ini... Amin.....

Isnin, 6 Januari 2014

Kenduri Kesyukuran di kampungku

Posted by Emmymazli at 1:55 PTG 0 comments
4 Januari 2014 - Kampung Paya Meranti, Tiang Dua, Melaka

Salam semua.... baru sempat nak update story hakak balik kampung.... Alhamdulillah... dapat la gamaknya aku dan keluarga merasa makan nasi ambeng dan berkumpul bersama keluarga kembali.  Majlis diadakan di surau sebelah rumah parents aku sempena kenduri kesyukuran buat keluarga makcik aku, Puan Janiah Sahri a.k.a. Bik Nyah.  Seronok sangat berkumpul dengan sedara mara walau aku sendiri tidak berapa sihat... demam, batuk dan selsema buat pergaulan dan kerja aku kurang aktif.    Huhuhu..... Anak-anak la seronok, sempat main air kolam kecik kat depan laman umah dan mandi hujan masa kita sibuk-sibuk.  Sabo jer la.  

Anyway Bik Nyah... thanks for the nasi ambeng and everything.  Alhamdulillah!!!  Rugi sedara-sedara yang tak balik... hehehehe

Sesi menyediakan ambeng
Sempat hanum dan alya main hujan....
Masa orang sibuk-sibuk mengemas rumah... budak-budak ni pulak sibuk main air... 
Makan ambeng beramai bersama keluarga... yang kenduri dah settle... heheheeh
Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...