Ahad, 3 Januari 2016

Melawat Jiran Bersalin & Kematian Anak

Posted by Emmymazli at 11:49 PG
2 Januari 2016 - Taman Pinggiran Cyber 

Salam semua...

Sedih bila mendengar khabar sedih seorang jiran taman aku ni di tahun baru gini... Jiran aku ni namanya Asu.  Dia baru lepas bersalin anak yang kelima.  Tapi malangnya anak yang dilahirkan tak cukup bulan dan ada komplikasi lain.  Selepas beberapa jam baby Asu dilahirkan secara caeserian.... baby Asu telah meninggal dunia.  Kesian sangat pada Asu.  Khabarnya Asu tak sempat pon jumpa anak dia ketika masih hidup sebab masih tidak sedarkan diri lepas pembedahan... namun sempat la tengok sebelum anaknya dikebumikan....kesian... kesian... kesian... moga Asu tabah menghadapi ujian yang Allah berikan... Anak itu akan menanti Asu di pintu syurga... Amin... Al-Fatihah.

Kami mama-mama TPC yang mengenali Asu telah melawat Asu petang semalam... kebetulan Asu pon baru keluar dari hospital.  Itu pon kalau aku tak wasap Asu untuk tanya khabar tentang anak-anak kami yang sepatutnya pergi hari orientasi sekolah bagi tingkatan 1 semalam... mesti aku sendiri pon tak tau berita yang Asu dah masuk wad masuk 3 hari... apatah lagi yang lain.  Senyap-senyap jer Asu ni.... 

Anyway.. menda semua dah selesai... kami as jiran just bagi semangat kepada kawan-kawan.  Moga ukhwah berpanjangan. 

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...