Isnin, 30 November 2015

5th National Interclubs Taekwondo Championship

Posted by Emmymazli at 12:58 PTG
27-29 November 2015 - Stadium Badminton Cheras
Salam semua... entry  kalini update pasal taekwondo tournament anak bujang aku... Alhamdulillah... kalini anak bujang aku si Kimie terpilih dalam 5th National Interclubs Taekwondo Championship ni.  Untuk anak dara aku si Hanum... bukan dia tak terpilih untuk sertai game ni... tapi atas rasa tanggungjawab dan amanah pada Sir dan Kelab Koryo.... Hanum diminta untuk jaga Pertandingan Taekwondo Daerah Sepang pada hari yang sama... maka dia taklah dapat sertai tournament kalini.  Insyaallah... ada rezeki lain untuk Hanum.  Aku tahu Hanum sedih dan stress bila tak dapat main... sedangkan kawan seangkatan semua ada... Tapi insyallah kak Hanum.... ada rezeki lain nanti untuk akak....

Seperti biasa... Kimie dah pandai sesuaikan diri dalam pertandingan.  Tak perlu aku nak guide or bantu.  Untuk menang pingat emas/perak kalini.... Kimie kena lalui 3 game... aku serah sepenuhnya pada Kimie untuk pilih jalan yang dia hendak.  
Kimie vest biru
Kimie vest merah
Bab cakap-cakap belakang dari parent lain pasal anak aku... dah malas aku nak layan.  Lantaklah korang nak kata anak korang hebat ke apa... Yang penting Kimie dah berusaha tunjukkan kebolehan dia.  Biar Allah dan Sir yang melatih Kimie jer tahu yang Kimie dan aku sendiri as parents tak pernah memintas atau cuba membodek sir untuk beri tempat pada anak aku ke tournament besar.  

Well... Alhamdulillah.... Kimie merangkul pingat perak.  Walau pingat perak... aku dah cukup bangga... bukan mudah nak berjaya... Mama bangga dengan adik...!!
Selebihnya... aku nak ucap tahniah juga buat Kelab Koryo Malaysia yang berjaya menjadi Johan untuk Overall di tahun 2015.  Congratsss team dan coches!!  Moga tahun depan bawa sinar baru buat anak-anak kita semua yer.

Last but not least... layan gambo jer lah yer... 
Gambar kejayaan Kelab Taekwondo Koryo
Antara pala yang dimenangi
Peserta di beri taklimat oleh Sir KM Rajendran sebelum balik
Kimie pon nak pegang trofi besar!!
Antara anak-anak Koryo Sepang yang join tournament dan berjaya


0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...